Perhatian!!!

Semua cerita ini adalah hakmilik Puan Saiman dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Thursday, January 21, 2010

Dia......

10 atau 11 tahun lepas, kali pertama melihat orang ni limpas (lalu) depan gua. Masa tu gua masih lagi bertugas di kaunter. Dan bersama dia ialah seorang yang agak dikenali jugak...hehehehe.... Mungkin masa tu gua ndak kenal dia, jadi lurus jak dia berjalan. Tinguk ke kanan pun ndak ke kiri apalagi.... dalam hati gua... 'biasalah budak baru'...hehehehehe...
Mungkin sudah ditakdirkan kami bersama....tiba-tiba gua dipinjamkan di Bahagian tempat dia bekerja (mula2 dipinjam, lepas tu terus tetap di Bahagian tu). Walaupun begitu kami tetap berlainan tempat (bukan dalam satu pejabat). Kalau ndak silap, setahun kemudian, atas sebab2 tidak dapat dielakkan pejabat kami berpindah dan kami pun agak kerap berjumpa walaupun bukan di pejabat yang sama (satu bangunan tapi berlainan tingkat). Hinggalah dia ditempatkan satu pejabat ngan gua. Duduk bersebelahan pulak tu. TAPI walaupun duduk bersebelahan tapi jarang berjumpa (sebab dia kerap bertugas di luar). Walaupun begitu, sempat lagi gua pegi rumah sewa dia bersama amoi ngan bekas bos kami.... diabuat makan2 .... (masa ni kan cuma gua jak sudah kawin, durang belum lagi).
Sampailah dia mempunyai kereta.... seingat2 gua, gua pernah menemankan dia pegi servis kereta. Ikut dalam kereta dia, walaupun masa tu dia baru dapat lesen. Gua rasa mesti dia ingat, keluar dari pejabat lama kami, ada satu rounabout, dia bawa kereta macam mau korner baring ohhh...... hahahhahaa.... tapi tu la, semua tu kenangan....
Sampailah dia ni berkahwin dan mengandung.... masa ni gua rasa gua la paling excited. Apa ndak.... dia jak la kawan gua yang mengandung dan duduk sebelah gua..... biasalah urang mengandung ni kan. Dia ni, asal jak mengandung mesti mau makan Japanese Food, jadi gua dengan gembira tetap menemankan dia makan...(gua suka..gua suka) Dipendekkan cerita.... sampailah dia bersalin..... Wah!!!! Excited gua tu semacam jak... sampai gua sama si Daling pegi rumah dia. Masa tu dia tinggal di Kepayan..... Bayangkan dari dia ni bujang sampai la dia ada tiga anak2 yang secantik dia (mata semua besar2...cute tul) ..... hehehehheeh.... sampaikan anak2 dia panggil gua Mama Acai......hehehhhee...seeee...... menantu gua sudah start training panggil gua Mama Acai....hahahahhaahahha...... Dan kami selalu bergurau yang kami ni berbesan .
Gua ngan dia ni...pantang jumpa....lebih2 lagi kalau dia bercuti panjang. Kalau jak dia datang (terutama hari pertama), gua ngan dia akan bercerita dari pagi tu sampai la pulang. Sampaikan ex-boss kami selalu geleng2 kepala jak...paling2 dia cakap pun kan..'kamu ah...dari pagi sampai petang ndak abis2'....hahahhahahaha......best ohh bos kami dulu. Lagipun dulu, mungkin tempat kami tu ndak ramai staff, jadi kami semua macam adik beradik.... kami semua jarang panggil nama... sesama kami panggil abang, adik, kakak, amoi, kecuali bos la. Bos tetap kami panggil bos....
Selepas 10 tahun kami satu ofis, satu persatu staff berpindah, termasuklah gua... dan kini turn dia ni la. Sudah la berpindah, jauh pulak tu. Kalau sudah dia berpindah ni, maka berkurang la geng 'berbalas-balas' kuih dan lauk pauk. Berkurang la lagi 'shoulder to cry on'. Kurang lah lagi tempat meluahkan perasaan. Kuranglah lagi geng yang bercerita pasal anak2.
Insyaallah, kalau teda aral melintang, esok kami akan berjumpa. Ndak sabar rasanya.... Esok, kami akan berjumpa dengan gembira. Bercerita dengan riang ria. Tapi bila berpisah akan turunlah manik2 halus di pipi yang mulus. 10 tahun bukan masa yang singkat. 10 tahun banyak cerita dan kenangan. 10 tahun banyak dugaan yang datang dan pergi. 10 tahun berkenalan hanya dia dan gua tahu. Tahu...??? Ya tahu segala2nya..... sebab gua dan dia adalah 'shoulder to cry on'........
p/s : gua akan cuba mengambil gambar kami esok......
Puan Saiman 'sign out'......

No comments: