Perhatian!!!

Semua cerita ini adalah hakmilik Puan Saiman dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Monday, March 21, 2011

Harta karun.

Berdasarkan kisah benar.......





Di satu ketika....... pertengahan tahun 70'an. Sepasang suami isteri baru mendirikan rumahtangga. Si isteri berdarah campuran cina + kadazan, manakala si suami berdarah Brunei + Bajau.....maka wujudlah anak2.





Apabila mereka mendirikan rumahtangga...si isteri telah dihadiahkan oleh ibu si isteri beberapa dozen pinggan mangkuk untuk digunapakai oleh si isteri. Makan pinggan mangkuk tersebut digunapakai untuk menghidangkan makanan kepada si suami serta anak2.





Sehinggalah suatu ketika, apabila anak2 semakin ramai dan bertambah ramai. Maka pinggan dan mangkuk serta gelas2 seramik di simpan di dalam peti yang besar. Maka anak2 pun diperkenalkan dengan pinggan2 plastik. Maka sekiranya pinggan, mangkuk atau cawan2 yang jatuh dari tingkat 20 pun, nescaya tidak luka sedikit pun pinggan2 tersebut.





Sehinggalah pada suatu ketika, keluarga yang hidup sederhana tersebut berpindah kerana sang suami membeli rumah di kawasan bandar. Maka diangkutlah semua bala tentera yang kian membesar. Dan peti yang besar tersebut tinggalah di rumah lama. Bukan dilupakan tapi adalah lebih selamat ditinggalkan. Dan si isteri tadi berpesanlah kepada penyewa rumah lama agar peti tersebut hanya mengandungi pinggan2 mangkuk2 dan gelas2 lama.





Hari berganti hari, bulan berganti bulan, dan tahun juga berganti nombor. Sehinggalah satu ketika, apabila anak2 sudah membesar dan si penyewa rumah lama tadi pun berpindah. Apabila sang suami dan isteri pergi dan memeriksa rumah lama mereka, maka pasangan suami isteri itupun agak bersedih apabila terlihat peti tersebut telah dibuka dan banyaklah pinggan mangkuk dan gelas2 yang 'ghaib'. Dengan perasaan yang sedih, maka peti itupun diangkat dan dibawa bersama. Kemudian, peti itupun duduklah bersama pasangan tadi. Tanpa dibuka dan diperiksa sekali lagi. Maka peti itupun duduklah di satu sudut dapur, di tutupi dengan kain dan diletakkan barang2 di atas peti tersebut.





Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan sekali lagi tahun berganti nombor......sehinggalah suatu ketika, anak pertama kepada pasangan tadi, menanyakan kepada ibu bapanya sekiranya mereka tahu sesiapa yang ada menjual pinggan mangkuk dan cawan2 lama. Si ibu dan si bapa tadi menyatakan bahawa mereka ada menyimpan sedikit pinggan mangkin tersebut dan menyuruh si anak tadi pergi melihat peti yang disimpan di sudut dapur. Tetapi si anak tadi tidak juga melihat ataupun membuka peti tersebut.





Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti nombor. Rumah pasangan tadi kalau dulu di sulami dengan gelak ketawa dan tangisan anak2, kini berganti dengan gelak ketawa dan tangisan cucu2. Sehinggalah hari Jumaat yang lepas. Ketika si anak sedang duduk2 di ruang tamu di rumah ibu dan bapanya. Kedengaran si bapa memanggil si anak. Apabila si anak melihat bapanya di dapur, kelihatan si bapa sedang memegang pintu peti tersebut. Dan ternampaklah si anak akan pinggan mangkuk dan beberapa cawan2 yang ada. Maka si bapa pun menyuruhlah si anak memilih dan mengambil pinggan2 mangkuk2 dan cawan2 yang disukai dan sekiranya ingin, semua sekali pun boleh, dari tidak diguna, kata si bapa. Maka dengan penuh kegembiraan maka si anak tadi mengambil satu besen kecil. Penuh.

Jadi gambar di bawah ini hanya sedikit atau secebis dari pinggan2 tersebut. Sila la menjamu mata......






Pinggan di bawah ini hanya 2 sahaja. Kiri dan kanan. Ditengah2 pula dihadiahkan oleh kakak angkat gua. Rupanya kakak angkat gua banyak pinggan begini, tapi kini pinggan2 kakak angkat gua itu terletak di kampung. Kakak angkat gua berjanji untuk memberikan gua pinggan2 dam mangkuk2 sekiranya beliau pulang kampung kelak. :-D

Pandang depan.....lihat kembang bunga tu...cantik kan.....


Pinggan ini hanya tinggal 2 juga. Ibu kepada anak ini menyatakan bahawa dahulu beliau ada 1 dozen pinggan begini. Tetapi 'ghaib'. Begitu juga pinggan di atas tadi. Pasu di tengah2 itu adalah pasu antik. Kepunyaan kakak angkat gua. Menurut cerita kakak angkat gua, beliau pernah menyelamatkan seorang tua yang berbangsa cina. Jadi sebagai hadiah kerana menyelamatkan itu, maka orang tua tersebut telah menghadiahkan kakak angkat gua pasu ini. Menurut orang tua tersebut, pasu ini adalah peninggalan moyang beliau. Sebanyak 3 jenis ceramik ini telah dihadiahkan, dan menurut kakak angkat gua juga, 2 buah ceramik yang diberi adalah bangku bekas pasu dan juga tajau. Tetapi hilang di curi orang. Jadi kakak angkat gua hadiahkan pasu ini untuk gua pula. Terima kasih...kak....


Gambaran bunga2 pinggan dengan lebih dekat. Pinggan ni kalau di lihat dari jauh, macam mata....


Pandangan dari jauh.... dengan bangga diri, gua ingin mengumumkan...bahawasanya gua yang gebu ini telah berjaya mengecat almari ini.....sila kagum <---- kambang sudah gua ni...warghkakakakaka...jadi kepada sesiapa yang ingin mengecat perabot sila panggil gua...nanti gua bagi quotation <---wah!!! riak ni..... ;-D

Dan ini juga..... nampak kerusi tempat letak lampu tu meja tu...pun gua cat juga....sila kagum.....

Belum lagi kagum ka??? Nampak meja perhiasan di antara almari putih tu...pun gua cat juga..... <---- sengaja ni bagitau......

Susun atur pinggan2....

Gambar2 pinggan secara dekat akan diberikan kelak.......

p/s : ada sebuah meja lagi yang telah di cat oleh gua, tapi belum dapat di bawa masuk ke dalam rumah sebab, cat belum kering ;-D
Puan Saiman 'signning off'.......




Friday, March 18, 2011

Gua sayang semua.

Gambar di bawah ini adalah gambar 2 jejaka yang pandai mencuri hati gua....terutama yang pakai spek tu...warghkakakakkaa...sila abaikan orang yang pakai spek tu, sebab yang pakai spek tu sudah gua 'cop'...siapa mau berkenalan sama yang pakai spek tu kenalah tanya gua dulu..... DAN sila jangan pandang lama2 sebab...nanti gua marah...warghkakakakakakka......ok....STOP.

Gua bukan mau cerita pasal yang pakai spek tu, tapi gua mau cerita pasal budak yang dipangku tu. Masa gambar ini diambil, budak tu baru berumur 3 tahun.... dan gambar diambil ketika berada di dalam lrt. Ntah apa yang dimenung pun gua tidak tau. Nampak beg di belakang budak tu...macam2 ada dalam tu... dari pempes sampailah ke botol susu...warghkakakakaka.....bagus la budak tu angkat sendiri...tidak juga sakit tangan mama dia angkat beg dia tu....<---- sebab mama dia penting diri...mama dia banyak beg plastik dan beg kertas untuk dipegang..jadi sila abaikan kepentingan diri sendiri mama dia tu......<---uishhh mama sepa la tu.....



Gambar di bawah ni adalah gambar budak di atas tadi....esok 19/3, budak ini berumur 8 tahun..... yupp....8 tahun sudah la.....sejak 1/3 tu, setiap hari dia ingatkan birthday dia...macam2 dia tulis dan lukis...siap telefon papa dia lagi. Bukan apa pun, dia bagi *hint2* sama papa dia, yang dia mau hadiah apa....lagi pun budak ni tau kalau dia kol mama dia, gerenti dia tidak kena layan punya....warghkakakkaka....ini jawapan mama dia ---> bagus la bah nak, indak juga terpakai $$ mama ni, kan mama mau beli kabinet pinggan mangkuk....opssssss........warghkakakaka....

Ini pula gambar cinta dan kesayangan gua dunia akhirat..... sepa lagi..parents gua la... Insyaallah hujung minggu ni durang ni akan mengerjakan umrah.....mudah2an selamat jalan dan selamat balik..... dan semoga dapat mengerjakan umrah dengan tenang...AMIN.....


p/s : sekarang ni gua sedang menjalankan projek di rumah. Hampir setiap hari gua pulang dari ofis, gua akan cat perabot rumah gua....semua ke warna putih......abis putih.....warghkakakakka.......
p/s/s : sengaja gua bag tau, sebab gua skrg ni teda mood ambil gambar.... penyakit M kini melanda.....
p/s/s/s : siap 'projek' gua, nnt kita kongsi2 gambar yer.....*wink2*...
p/s/s/s/s : will be missing my parents ......


Puan Saiman 'signning off'.......

Monday, March 14, 2011

Alahai Berita Harian

Nampak gambar di bawah ni.....LANGSUNG TIDAK LUCU....siapa yang rasa mau ketawa sila tampar MUKA sendiri!!!!


Siapa yang lukis ni !!!!!!!! Bagus antar ni pelukis pegi Jepun, biar dia rasa pula kena bubut tsunami!!! Supaya biar dia rasa macam mana orang lain rasa bila ditimpa bencana...




Kalau gua kenal sama ni pelukis atau kalau gua tiba2 terserempak sama orang yang mengaku yang dia pelukis ni gambar, mari gua mau ajar sikit!!!!



1) Kesusahan dan penderitaan orang lain BUKAN untuk dipermainkan.



2) Nyawa tiada galang ganti jadi BUKAN untuk ditertawakan.



3) Mereka yang melarikan diri untuk menyelamatkan nyawa BUKAN untuk diperlekehkan.



Gambar diperolehi dari sini.....

Jadi cubalah SENSITIF sikit!!!! JANGAN MAIN SEDAP TANGAN DAN JARI bila melukis.........

p/s : walaupun di BH sudah memohon maaf, tapi orang akan tetap ingat perkara ni sampai bila-bila...Percayalah!!!!!!

SEKIAN!!!!!

Gua yang marah.....

Puan Saiman 'signning off'....

Friday, March 11, 2011

Cabaran Hari ke-10

Wah!!! Cabaran ke-10 sudah ni...gigih dan rajin konon...padahal.....<-- bagus ko mengaku ko ni mmg pemalas kan....

Ok...ini lauk gua semalam......



Ini la dia, sayur campur + udang basah = my feveret ni....
Ayam masak kicap + segala mak nenek sos + kacang peas <--- ni kalau masak kering2 ni sedap sikit..tapi anak gua suka kuah ni lauk ayam.... jadi sebagai seorang mama yang cantik dan jelita serta paling penting GEBU....haruslah jaga hati anak...warghkakakkaka <--- sila cepat2 cari plastik dan muntah....


Ini la rupa bentuk lauk pauk dalam pinggan gua.... nyam...nyumm...nyummmm


Dan sekali lagi semalam gua buat lagi air penyejuk jiwa ni......anak sama laki gua suka minum ni...<--- ko sama bibik pun suka jugak kan...pura2 konon indak mengaku.....
Ok kepada sahabat baru gua ni...ini adalah resepi air penyejuk jiwa....warghkakakakakkaa...guling2 bah suma chef dlm dunia ni nampak nama air ni......
1) Jelly yg dibuat sendiri - gua guna agar2 cap burung layang2 (tapi masa gua buat ni, tinggal warna putih jak, jadi terpaksa la gua letak pewarna minuman yg warna merah dan gula). Gua ikut jak arahan macam dalam belakang paket. Bila selesai masak, sejukkan dulu. Bila betul2 sudah sejuk barulah masukkan dalam peti sejuk. Keluarkan dari peti sejuk dan potong2 kecil. Tapi gua tidak guna pisau utk memotong, tapi gua gua pelenyek makanan, supaya jelly tersebut dapat dihancurkan dengan saiz yang halus sedikit......warghkakakakaa <--- tanda2 orang paling rajin sebenarnya...
2) Sediakan 100+
3) Sediakan kordial sirap merah perasa ros...tapi kalau tidak suka yg ada perasa ros, beli saja Sun Valley merah...gua suka ni guna Sun Valley...tapi kalau yg ada perasa ros tu pun lagi la sedap...
4) Sirap buah2an dalam tin. Selalunya kalau mau makan eskrim <---patut la ko gebu <<---- diam...orang mau bagi resepi ni......selalunya kalau mau makan eskrim, gua suka tambah buah2an dalam tin tu.....tapi tu sirap buah2an tu..jangan dibuang, simpan dalam bekas yang lain, jangan biarkan tu buah2 atau sirap dalam tin..sebab tu tin berkarat. Banyak guna sirap buah2an ni sebenarnya.....
Cara-cara :-
Masukkan jeli dalam gelas. Kemudian masukkan sedikit kordial merah, masukkan sedikit sirap buah-buahan<--- (dalam anggaran 1 sudu makan dan tertakluk pada saiz gelas anda)..... dan akhir sekali masukkan 100+ perlahan2...bila masukkan 100+ sila tuangkan dari tepi gelas perlahan...sebab kalau tuang di tengah gelas, jeli2 akan pecah......jeli2 ni sebenarnya yang mencantikkan warna minuman <--- kalah chef ni....warghkakakakakaka
Selamat mencuba. Laki gua bilang, ni minuman lebih sedap dari mana2 'welkem drinks' yang pernah dia minum dari hotel2 yang dia pernah pergi<--- eleh puji lebih2 la tu, supaya selalu kena buat kan.....tapi mmg sedap, sebab bibik gua pun siap tengok dan siap tulis lagi......warghkakakakakkaka
p/s : lauk malam ini dan malan esok tidak akan disiarkan, bagi memberi laluan pada tukang masak untuk berehat serta dapat menghidangkan makanan tanpa sibuk2 mengambil gambar. Akan bersiaran kembali pada hari satu akan datang <--estro..sila ambil penulis blog ini, kerana penulis ini ada bakat menulis dengan penuh riak dan eskyen.....
Sekian.
Puan Saiman 'signning off'....












Thursday, March 10, 2011

Cabaran Hari ke-9

Semalam gua masak simple saja <--ala...bukan ko memang masak2 paling simple ka...uikssss..... <---- ko diam!!!!



Inilah gua masak semalam........


Sayur pucuk manis + cendawan tiram + isi ikan = manis dan sedap.

Sotong masak tomato..... <--- apasal ko masak mesti simpan tomato <--- suka ati gua la...

Ikan masin <--- kegemaran ramai.....
Penyedap nasi gua <---limau kasaturi + kicap + lada = kicap lada....

Seperti biasa, nasi dan lauk pauk di pinggan gua.....

Lepas makan....sila la minum air penyejuk jiwa........warghkakakakaka






Sekian.
Puan Saiman 'signning off'.......







Wednesday, March 9, 2011

The Luckiest Number - 8

gambar no. 8 diambil dari rumah pakcik google...terima kasih pakcik..


Hari ni gua tidak menayangkan gambar2 makanan yang dimasak semalam. Tapi walaupun gua tidak menayangkan gambar2 tersebut, gua tetap masak tomyam. Pasal apa gua indak menayangkan gambar tersebut...sila baca cerita ini sampai habis.....


Di satu ketika....ketika berjalan2...


Laki gua : Kenapa tidak bawa kamera....


Gua : Malas...berat....


Lepas kena tanya oleh laki gua, gua jawab sambil tengok tempat lain.....warghkakakakkaa <----ala...takut kena tegur laki la tu kan...dulu bukan ka ko yg beriya2 minta beli kamera, lepas tu banyak la alasan ko ah....malas bawa la, berat la.....masa minta beli tu, bukan main lagi ko berjanji mati2an.....



Di ketika yang lain...


Laki gua : Kenapa ambil gambar pakai BB (aka encik Hitam Bery ).....


Gua : Lupa pula mau bawa kamera..... <--- padahal, ko sengaja indak mau bawa tu kan...


Kalau jawab pun tinguk tempat lain, malas mau tengok respon muka laki....<------ gua tau, indak payah tinguk muka laki pun, mesti tu laki geleng2 kepala.....<---- tau rasa bersalah kan....yg ko gatal2 minta beli kamera besar gajah dulu apasal.....


Beberapa malam yang lepas, masa ambil makanan yang dimasak...


Laki : Apasal ambil gambar guna BB...kenapa indak guna tu kamera...


Gua : Malas.....kena kasih keluar dari beg lagi, sudah la berat...nanti lepas ambil gambar, kena lagi masuk dalam beg.....


Laki gua : Jadi tu kamera, macam mana la...


Gua : Ala...papa pakai la utk pegi 'menimbak' sama kawan2 papa....


Begitu la jawapan gua setiap kali itu laki tanya <---- sib baik indak kena bagi sedas dua bagi jawapan gua tu......jangan kamurang, klu laki gua tegur gua...gua mesti nangis kaw-kaw punya....itu strategi yang paling berkesan......warghkakakakakaka...opssss...jgn ikut ah...ini berkesan utk gua saja.....



Semalam.....sewaktu gua mau menghidangkan makanan <-- ya...ya....walaupun gua ada bibik, bibik gua tidak masak, tidak menghidangkan makanan untuk gua anak beranak. Tugas bibik gua adalah membersihkan rumah dan menyediakan lauk pauk yang hendak di masak serta tugas utama adalah menonton sinetron dalam estro dan semua tugas2 bibik adalah bergaji penuh <----aikkk....apasal tiba2 cerita pasal bibik pula ni.....tukar cerita...tukar cerita......


Bila laki gua nampak gua sibuk2 menghidangkan makanan....terus laki menyibukkan diri di dapur...


Laki gua : Mama sudah ambil gambar tu makanan ka...


Gua : Belum, kejap lagi...selesai dulu hidang, baru mama ambil gambar. Kenapa papa belum mau makan lagi ka....


Laki gua : Bukan.... nanti lepas selesai hidang makanan, mama ambil gambar guna ini la.....




Amacam!!!!! Sikit2 lagi 'semangat' gua mau terbang pegi Paris naik kapal bisnes klas.....hitam itu menawan kan....warghkakakakaka


Mula2 kasih nampak tali dulu......


Buka beg kecil maka ternampak la wajah sang jejaka yang malu melihat gua, sambil mengenyitkan mata.....<--- bukan laki gua kenyit mata sama gua, ni kamera la......



Hisshhhhh.......terus gua jatuh cinta pandang kedua..

Maka....akibat terkena panahan cinta untuk kali kedua...yg dulu tu besar...berat....yang ini lebih kecil....ringan, maka gua ingin mengumumkan cinta kedua gua......<---cinta kedua konon..... gambar pun malas ambil <---diam la....orang baru mau feeling2 jatuh cinta ni....



Oleh kerana gua terkena kejutan....sebab itulah lauk pauk terus lupa kena ambil.....jangankan ambil gambar lauk....gua pun terus kenyang...warghkakakakakaka.....


Maka dengan rasminya gua mengumumkan bahawa kamera gua yang besar gedabak tu diserahkan kepada laki gua dengan rela hati.


*menimbak/menembak - adalah nama lain untuk pergi berjalan2 bersama2 kawan2 yg ada DSLR untuk mengambil gambar....




Puan Saiman 'signning off'.....



Tuesday, March 8, 2011

7 - is my lucky number


Semalam.... sekali lagi gua masak sup ikan <--- sekali lagi konon, padahal balik2 sudah bah masak sup ikan ni....warghkakakkaa....ok tidak lucu....

Gua suka masak sup...senang dan mudah bagi gua yang 'rajin' ni. Lagipun di rumah, gua anak beranak memang suka makan nasi sama sup2 ni. Tidak kisah la sup ikan ka, sup ayam ka, sup sayur ka.....semua gua belasah.....paling2 'rajin' pun masak sup telur...abis cerita... hari minggu tu gua ada beli ikan dan kebetulan gua beli la ikan putih ni.....tidak juga besar, cuma sebesar tapak tangan budak2...tapi ikan2 begini yang suka beli sebab rasanya lebih manis dan isinya yang lebih lembut <----guling2 nangis chef 1 nampak ayat ni.....

Jadi, gua pun masaklah sup ikan.....macam biasa lebihkan halia....selain rasa sup yang pedas2 sikit, halia juga dapat mengeluarkan angin dari badan ya kawan2.....<---amacam ada bakat jadi bidan kampung ka....warghkakakakkaa....sori la gambar kurang memuaskan, maklumla, gambar diambil ketika asap2 kepanasan keluar dari sup.... selain daripada ikan, gua juga campurkan telur2 ikan yang gua beli....nampak tu ada telur ikan.....sepa indak nampak, kena pakai cermin mata sudah tu.....

Gua memang suka makan ikan....jadi selain dari masak sup ikan, gua juga masak ikan campur tomato. Gua gorengkan dulu ikan tu garing2... lepas tu goreng bawang merah dan bawang putih di kuali lain...masukkan tomato yang betul2 merah ataupun tomato yang betul2 masak....masukkan sedikit sos cili...pastikan tomato tu lembut, kemudian, masukkan ikan dan sedikit air. Sebelum letak garam dan perasa, rasa dulu, sebab kadang2 hanya rasa masin, pedas dan masam sudah ada pada sos, garam yang ada pada ikan goreng dan juga tomato <--- apasal blog gua ni sudah macam blog masakan sudah ni....wah...amcam, terliur kan nampak ikan yang rasanya masam2 ni....

Dan sayur.... gua pun indak tau apa nama sayur ni, tapi gua panggil kobis panjang <--- ada ka nama sayur kobis panjang...hahahahaha....hentam saja la..yg penting, sayur ni sudah selamat masuk di perut gua anak beranak....

Dan tidak dilupai juga air asam ataupun air asam dari limau kasturi yang dibuang biji, diletakkan sedikit kicap dan lada padi yang dipotong halus.....yummy........nyum....nyum....

Inilah rupa piring gua...ada ikan, dan sayur...dan disimbahi bersama air asam....lepas gua ambil gambar piring gua, barulah gua letak air asam kicap tu, kalau tidak, mana nampak kan...sebab 'gelap' jak piring gua...warghkakakakakkaa.....


Dan...semalam...gua buat...errr....entah la apa nama dia ni..... gua letak...jeli atau agar2 merah yang gua buat sendiri di bawah tu.... kemudian gua letak buah2 campur ditengah kemudian di atas sekali gua letak buah longan....kemudian last sekali gua letak 100+ dalam gelas tu...dan rasanya yummy..... cubalah......mmg sedap sebab anak gua minta 2 kali.....

Alamak......baru gua perasan, gua tidak terambil pula gambar pinggan lepas gua makan...tapi indak apa, yang penting habis...lagipun, lepas ni gua indak mau lagi menayangkan pinggan gua lepas abis gua makan.....sekian.
p/s : malam ni mau masak tomyam la......
Puan Saiman ' signning off'.....





Monday, March 7, 2011

Cabaran Hari ke-6

Ok.... kita teruskan cabaran hari ke-6...maksudnya bermula lagi dari malam hari satu, ataupun malam Isnin. Lauk untuk malam sabtu dan malam ahad tu minta di 'excuse' la yerrr..... lagipun hari 6 sama hari minggu adalah hari hujung minggu berblog...warghkakakkakaka <---sendiri buat peraturan sendiri ikut la kan.....

Ni kali gua mulai dengan nasi la...selalu laukkk saja yang duluan, kesian tu nasi, kecil nanti hati.....<-- ada ka nasi kecil hati <--- bah, suka ko la bah, ko jugak punya blog kan...warghkakakakkaka

Semalam, gua buat nasi goreng udang....nampak tu merah2 tu...itulah udang yer adik2.....

Mari tinguk dekat sikit....wah.....sedapnya <--- mmg sedap...kalau indak sedap, mana laki sama anak gua tambah 2 nasi 2 kali <--- sib baik sendiri masak dan makan di rumah, kalau makan di kedai....minta nasi goreng udang...lepas tu minta tambah 2 kali lagi tu...nah koyak bah poket membayar <---- tapi selalunya bukan gua yang bayar...laki gua yang jugak sebenarnya yang bayar....warghkakakkakka...opssss...


Adehhhh....udang tu bah...macam melambai-lambai minta di'ngap'...

Nasi goreng di makan bersama sup 'terjun'....pasal apa gua panggil sup terjun...sebab....gua goreng bawang merah sama bawang putih sama sikiiitttt minyak.....bila tu bawang2 nampak tukar warna sudah...trus gua letak 5 cawan air.... lepas tu tunggu mendidih....bila mendidih, gua masukkan tauhu putih dan 'fishball'.... tunggu lagi. Bila mendidih, gua masukkan sayur, garam dan serbuk perasa....mendidih jak, matikan api...letak dalam mangkuk dan makan bersama nasi goreng...nasi putih pun boleh sebenarnya......nasi putih lagi sedap......dan lepas tu boleh lah makan dengan penuh perasaan dan abaikan perasaan feeling2 mau kurus...sebab lepas makan baru teringat mau diet <----- uiikkkk macam sepa tu ah...warghkakakakakakaka.....

Inilah rupa sebenar pinggan gua yang sebenar...macam biasa...bersih dan licin.... ini cara gua makan di rumah, begitu juga laki dan anak gua. Gua anak beranak jarang tinggalkan nasi walaupun sebiji.
Jangan tanya pencuci mulut, tiada pencuci mulut...sebab lepas makan, gua anak beranak trus kelam kabut tinguk tv....warghkakakkakkaa....
Puan Saiman 'signning off'...

Friday, March 4, 2011

Cabar Hari Ke-5...

Begini la bah ni kan, sekejap pagi, sekejap petang kasih publish posting kan...tapi indak apa...yang penting buat <---- padahal...macam tu malas mau keluar sudah tu <--ala mmg pemalas pun bah ni tuan punya blog..banyak la alasan ko bah...'sigh'...

Bah, ni la bah kunu lauk gua semalam..... sebelah kiri sayur sawi putih campur sama telur masin......yg sebelah lagi tu ikan masak kicap....



Ikan masak kicap ni seperti biasa la bah kan.....angkat tangan sepa indak pandai makan ikan....ok...kalau tidak pandai makan ikan....sila tinguk tu sayur saja..... kalau pun tidak pandai makan sayur...bah...sila masak megi...hahahhahahahahha <--- apa bah ko cerita ni, tidak lucu bah tu....teda pun urg ketawa...'cisssssss' ndak bulih ni masuk raja lawak ni..

Ini antara feveret gua..sayur putih masak telur masin...supaya tu sayur tidak la telampau pucat, bah letak la bah lada besar..... kasih hiris2...nampak kalerful jgak kan....
Seperti biasa...nasi gua yang berwarna warni..... ada ikan, sayur telur masin dan tomato..... nyumm...nyumm...nyum.....
Habis jgk...<---tu pasal ko indak kurus2....

Semalam...gua takut anak gua tidur awal lagi, jadi gua buat sendiri tu eskrim...op...op...op....bukan buat sendiri...gua beli yg siap sedia, tinggal gua kasih masuk saja dalam gelas...... nampak gelas2 di bawah ni....sudah gua kasih sedia...jangan kamurang tanya kenapa indak penuh...sengaja tu gua indak kasih penuh...satu urang rasa sikit2.... bukan gua luki, mula2 banyak tu, penuh, sekali tu eskrim mau cair2 sudah, trus terturun bah.....bah apa lagi, trus gua suruh anak sama laki gua cepat2 makan.......

Mari kita tinguk dekat sikit...... gua lupa sudah apa brand ni eskrim, tapi perasa stroberi.... tu yang nampak putih campur2 pink tu...lps tu gua letak lagi buah2 campur di atas tu brand Del Monte kalau indak silap..... bila makan.....fuhhhh...nikmat..............
Cuba teka siapa yang habis duluan makan eskrim tu......teka la...teka la....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
cuma bulih teka 1 kali saja ah......
.
.
.
.
.
.
apa...kamurang gua ka.....SALAHHHH.......
.

.

.

.

.

.

jangan kamurang bilang anak gua.........tapi klu itu jawapan kamurang, SALAH.......
.

.

.

.

.

.

.

.

Tapi sebenarnya BIBIK gua.....warghkakakakakaka.....<---betul gua indak tipu.....

Puan Saiman 'signning off'..

























Thursday, March 3, 2011

Cabaran Hari ke-4

Wah...gigih ni... kuat semangat kononnya la kan..ok, gua indak mau cerita banyak. Kamurang tau ka apa nama sayur di bawah ni......mari kita tinguk sama2. Ini sayur memang sedap di buat sup....samaada masak bersama tulang2 ayam...ataupun isi2 ayam ataupun ikan. Ataupun ikut sesuka hati tukang masak la.....apa pun boleh letak bah kan...yg penting ikut selera masing2.....Gua memang suka beli sayur ni. Ni sayur 1 ikat harga dia 2 ringgit, gua beli 2 ikat...4 ringgit...sekali jak masuk kuali.... dan sekali makan.



Ok...... maka selepas berperang bersama kuali...inilah lauk gua semalam...sebelah kiri adalah sayur di atas tu.... dimasak bersama udang...yummy...... gua sengaja kasih banyak kuah sebab gua suka makan nasi banjir <---- nasi berendam kuah. Dan sebelah kanan pula adalah sup ikan. Indak juga boleh cakap kepala ikan, sebab gua campur kepala ikan dan isi2 ikan juga. Di rumah gua, cuma gua sama bibik saja makan kepala ikan, anak sama laki gua makan isi ikan...... huh!!! nasib baik kepala ikan belah 2, sebelah gua punya, sebelah lagi bibik gua....nasib baik tu laki sama anak gua tidak makan kepala ikan, kalau tidak berebut la lagi......sungguh bernasib baik gua kan.....*wink2*...

Mari kita tinguk dekat sikit ni kepala ikan....kepala ikan hendaklah diletakkan paling atas. Nampak halia tu... kalau gua masak sup ikan, atau ayam atau buat sup tulang..gua cuma pecahkan halia....supaya kepedasan lebih umpphhhh.....gua tidak suka halia ditumbuh halus sebab macam lain sikit tu rasa sup...tapi itula macam gua cerita tadi....lain tukang masak lain cara...lain cara lain selera...jadi suka hati tukang masak la bah kan...warghkakakakakakaka.....asal jak sendiri masak, sendiri yang kesedapan makan <--- ada ka orang begitu, atau gua satu urang saja....tapi suka hati la kan.....


Nah...ini pula sayur tadi tu...nampak tu udang...kepala udang kekal, kulit udang di buang dan dibelah belakang....uishhhh...ckp pun teda guna la....sedap gua cakap lu <---- errr atau gua satu urang jak kesedapan....
Macam biasa la.....isi dalam pinggan gua.....


Selesai....Alhamdulillah......yang tinggal cuma tulang. Licin.
Semalam memang tiada buah untuk dimakan sebagai pencuci mulut. SEBAB........ gua janji sama anak gua, lepas makan, gua laki bini mau bawa anak gua keluar, pegi makan eskrim....gua anak beranak makan jam 7 mlm...gua janji mau bawa anak gua makan jam 8.30...TAPI....jam 8 anak gua tertidur di sofa.....terus KANSEL!!!!! <--- aikk...sepa yang marah ni, tadi pagi anak gua bangun dengan perasaan yang gembira tapi gua bangun rasa macam ada yang kurang...apasal tu ah....ahhhh!!!! malam karang jak la makan eskrim.....yummyyy.....<---patut la ko indak kurus2 ging *garu kepala*

Puan Saiman 'signning off'.....