Perhatian!!!

Semua cerita ini adalah hakmilik Puan Saiman dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Wednesday, April 29, 2009

Nasi lemak

Tengahari tadi Puan Saiman bawa Papa pegi lunch di Sembulan. Seperti biasa Puan Saiman akan order telur dadar, sayur kailan ngan Asam Pedas Ikan.... yummy...... Tapi sebelum tu ini perbualan Puan Saiman ngan Papa, masa on the way pegi Sembulan....
Papa : Ma, tadi masa Papa ambil abang kan, abang minta beli nasi lemak, dia minta tapau....
Puan Saiman : Bila dia mau makan ?
Papa : Ntah..... mungkin lunch ni ?
Puan Saiman : Silap-silap dia sudah makan ni Pa.... (sambil tinguk jam... jam 12.15 pm sudah masa tu). Selalunya kalau masa begini ni dia tengah makan tu... Tapi kalau dia belum makan bagus kita ambil dia di rumah, kita bawa di pegi makan....
Papa : Bah.... makan di mana ?
Puan Saiman : Di Sembulan la, ada satu tu dia jual nasi lemak. Tapi ndak apa, kejap mama kol dia .....
Terus kol Permata Hati........
Puan Saiman : Assalamualaikum abang...... abang buat apa ?
Permata Hati : Waalaikum salam.... abang tengah makan....
Puan Saiman : La..... bukan tadi abang kestau Papa, abang minta tapau nasi lemak ka ?
Permata Hati : Ya.... abang tau ni, mesti Papa yang kestau Mama kan, abang mau makan nasi lemak...
Puan Saiman : Jadi, kalau tapau nasi lemak, bila abang makan ni ?
Permata Hati : Nanti malam la......
Puan Saiman : Ala.... mana bulih makan tu nak..... nanti bangas sudah tu....
Permata Hati : Ni bah kakak ni, tadi abang cakap abang ndak mau makan, tapi dia paksa juga makan..... (terdengar juga dia cakap ngan bibik)
Puan Saiman : Ok, ndak apa..... abang makan jak dulu. Nanti malam kita keluar makan ah... kita cari nasi lemak ok....
Permata Hati : Bah......
Puan Saiman : Ok, jangan lupa pegi tuition ok....
Permata Hati : Ok, babai........
Masa Puan Saiman cakap ngan Permata Hati ni, Papa cuma diam jak, langsung ndak bersuara, sebab kalau Papa cakap, gerenti Permata Hati cakap begini ........
'ah....... kamu dua urang pegi mana ni ah..............' hahahahahahah
Jadi masa makan tadi, Puan Saiman kestau Papa la, memandangkan bisuk Puan Saiman bercuti jadi lepas ambil dari sekolah esok, Puan Saiman akan bawa dia sama bibik makan di Sembulan. Jadi Papa pun bagitau la, kalau begitu, malam ni bawa Permata Hati makan di City Mall dan bisuk baru la bawa dia makan di Sembulan. Puan Saiman ni ok jak....... janji makan..... hehehehehe. Oh ya, lepas lunch tadi, Puan Saiman ambil kesempatan atas kelemahan Papa..... hahahahaha.... Puan Saiman bawa Papa pegi kedai 'bake with me' di Jalan Lintas, biasalah beli tepung dan lain-lain lagi , kan Puan Saiman mau buat biskut...... kunun la.......
Sekian, cerita masa lunch hour tadi.

Puan Saiman 'sign out'....

Tuesday, April 28, 2009

Cuti hujung minggu ini

Hari Jumaat ni cuti 'Labour Day' lepas tu sambung lagi cuti hujung minggu....Yahuuuu...... Dari minggu lepas lagi, Puan Saiman sudah buat rancangan ngan Papa. Jumaat ni, Puan Saiman akan merajinkan diri. Mula-mula akan buat 2 jenis biskut (itupun tinguk angin dulu la, kalau rajin buat 2, kalau malas, langsung ndak buat....hahahahaha). Tapi belum tahu lagi mau buat biskut apa... hmmmm.... ini kena tanya Permata Hati dulu..... Malam sikit, kiranya mau masak rendang ayam ngan kari ayam. Dan tidak dilupakan mau rebus nasi impit. Sabtu nanti Insyaallah, Papa mau bawa pegi piknik di Kundasang..... nah ko...... piknik punyalah jauh kan.


Sebenarnya bukan apa, memang setahun sekali kami pegi Kundasang utk piknik. Lagipun, masa ni jak bulih bawa Permata Hati tu jalan-jalan. Lagipun, sebenarnya mimang Puan Saiman suka betul pegi Kundasang ni...... sudahlah udaranya yang nyaman, sejuk lagi tu..... sioknya.... Macam tahun lepas, pun begitu juga, kami anak beranak, bibik ngan Bibing piknik di Taman Kinabalu, Kundasang. Masa tu pun memang menu yang sama, kari ayam, rendang daging ngan nasi impit. Bukan apa.... senang disediakan. Sepatutnya hujung minggu ni, bibik patutnya bercuti hujung minggu, oleh kerana kemungkinan besar dia tidak akan menyambung kontraknya, jadi tahun ni tahun terakhir dia akan bekerja utk kami. Bila Puan Saiman kestau jak yang mau piknik di Kundasang, terus bibik cakap mau ikut. So, bawa jak la kan, mana tau kan memang ini la last dia bekerja di 'luar negara', sebab dari apa yang bibik bagitau, kemungkinan bila dia kembali ke negaranya, dia tidak akan lagi bekerja di Malaysia. kerana antara satu sebabnya, duit simpanannya sudah agak mencukupi utk dia membuka gerai utk jualan jajan. Lagipun menurut bibik, setakat ni dia sudah ada tanah yang mana emaknya dan adik lelakinya sudah menanam pokok gajus dan hasilnya sudah boleh didapati pada tahun depan. Begitu juga tanah yang baru dibelinya yang berdekatan dengan sekolah. Jadi dia berhajat utk membuka gerai kecil-kecilan utk menjual jajan dan nasi campur utk orang-orang yang bekerja di kawasan tu.....(tenguk.... bibik ni lebih kaya dari majikannya sendiri.... hahahaha). Memang beginilah bah kan, rezeki orang kita ndak tahu...... tapi apa pun yang akan bibik buat, Puan Saiman sekeluarga akan mendoakan semoga berjaya...Amin.... (aikkk....apasal bulih jadi cerita pasal bibik ni..... out of topik sudah ni...)
Jadi tunggu jak la hari Jumaat ni ah..... kalau ada buat biskut.... bah adalah tu... tapi kalau teda, maknanya teda la bah tu kan..... tapi mesti kasih kuat semangat ni...... hahahahahaha....
Puan Saiman 'sign out'.
p/s : oppssss sebelum Puan Saiman 'sign out,' Puan Saiman terperasan ada seorang pembaca dari Mountain View, California juga menjenguk blog ini..... dan juga dari Lakhnau , Uttar Pradesh India dan beberapa lagi negara yang Puan Saiman ndak pernah pegi pun.....bangga ni (kembang hidung ni....hahahahaha). Terima kasih la kepada semua yang meluangkan masa dan membaca blog Puan Saiman yang tidak seberapa ni,. Kalau pegi KK jangan lupa bagitau ok, nnt bulih la jumpa. Dan kalau sudi kasih kenal la diri anda yang jauh itu, ok................

Monday, April 27, 2009

Macam-macam cerita.....

Beberapa minggu ni, ofis Puan Saiman ada pelbagai aktiviti, dan hampir kesemuanya Puan Saiman terlibat..... bagus kalau pegawai besar.... hahahahaha. Walaupun dalam kepenatan dan kesibukan, dan juga bersungut...hehehehee... tapi Puan Saiman tetap juga bersyukur sebab diberi kepercayaan untuk join aktiviti-aktiviti ini. Dari menelefon ke hotel-hotel dan bercakap ngan orang pelbagai bangsa, memberikan satu pengalaman yang tidak ternilai. Boleh juga mengasah bakat PR ni. Bukan semua orang diberikan kepercayaan kan. Banyak Puan Saiman belajar. Dari ndak tahu Dokumentasi I*O sampailah ke pameran he*ba, semuanya Puan Saiman pelajari. Walaupun masih ramai lagi pegawai-pegawai yang lebih berpotensi utk menjalankan tugas-tugas tersebut. Tapi macam Papa cakap, pegawai-pegawai atasan ni ada alasan yang tersendiri utk panggil seseorang tu utk membantu mereka. Jadi sekarang ni Puan Saiman akan lebih berfikiran positif.

Sekarang ni Puan Saiman ada satu aktivit ngan Papa. Aktivit tinguk wayang. Kami akan pegi tinguk wayang setiap malam sabtu. Kami mesti tinguk wayang jam 9 malam. Tapi kami keluar rumah round 7 pm. Pegi dinner dulu lepas tu baru pegi tinguk wayang. Sanggup ni Papa drive pegi 1B, padahal dalam perjalanan pegi 1B tu ada 2 panggung wayang yang kami lalu...hahahaha... Tapi sebenarnya Puan Saiman ngan Papa lebih suka tinguk wayang di 1B sebab tempatnya yang selesa dan luas. Tapi yang paling penting ialah banyak kedai makan... hahahaha.... Sementara ada bibik ni la kami tinguk wayang, mana tahu awal tahun depan bibik ndak lagi mau sambung kontrak, alamatnya kena bawa sekali la Permata Hati tu tinguk wayang. Masalahnya, bukan semua wayang yang dipertontonkan kepada umum sesuai utk budak-budak kan, sebab itulah Papa bawa Puan Saiman tinguk wayang berdua-duaan jak, tapi kalau ada kartun ataupun cerita yang sesuai ngan budak-budak gerenti Permata Hati kena bawa tu.

Cerita Permata Hati.

Permata Hati sekarang ni sudah boleh membaca..... tapi bukanlah perkataan yang panjang2. Cuma dua susunan perkataan... macam mata, makan, nasi, tidur dll. Cuma perkataan yang senang-senang saja lah. Ini pun berkat tunjuk ajar mamanya yang comel....cewahhh.... Sebenarnya, Permata Hati tu tau sudah Abjad ABC, cuma belum pandai mengeja, jadi Puan Saiman pun merujuklah dengan orang yang lebih pakar, iaitu, adik Noi. Memandangkan anaknya Iz sudah boleh membaca ketika berumut 5 tahun, jadi Puan Saiman pun mengorek la rahsia dia. Jadi dengan tunjuk ajar daripada cikgu yang bertauliah itu, dan dia juga bagitau buku yang harus dibeli, maka Puan Saiman pun ngan Papa pegi cari buku tu sabtu minggu lepas ataupun lebih spesifiknya pada 18/4. Dapat beli 4 buah buku. Yang bagusnya buku tu ada berperingkat. Buku 1, Buku 2, Buku 3 dan Buku 4. Jadi malam tu juga Puan Saiman mulakan dengan Buku 1. Buku 1 ambil masa 3 malam utk dibaca. Buku 2, 2 malam utk dihabiskan dan hari Jumaat yang lepas sudah start buku 3. Sabtu dan Ahad, Buku 3 tu langsung Permata Hati ndak mau baca, sebab susah dia cakap. So Puan Saiman pun slow la sikit. Bukan apa, satu perkara yang Puan Saiman perhatikan ialah, Permata Hati ni kalau bab belajar masa mood dia ok, kejap jak dia membaca, TANPA SALAH. Tapi kalau dia tiada mood, jangan disuruh. Mula la mengeluarkan air mata. Bacaan pun tersekat-sekat. Macam hari tu, masa Buku 2. Masa ni dia ndak tahan mengantuk sudah, jadi Puan Saiman pun cakaplah


Puan Saiman : Ala... tinggal 2 perkataan jak tu, abang kasih habis la, ok.


Permata Hati : Ala Ma, abang mengantuk sudah ni....


Puan Saiman : Baca jak la...


Permata Hati : I... BU...... (diam..., langsung teda bunyi)


Puan Saiman : Apa bunyi IBU (sambil mengeja) tu.....


Permata Hati : (Eja lagi balik) I (e)......bu ......(dan dengan penuh konfiden dan kuat Permata Hati pun bagitau......) IKAN.


Puan Saiman masa ni ketawa sampai guling-guling atas katil..... nah kau, anak sepa lagi dalam muka bumi ni eja IBU bunyinya Ikan.... anak Puan Saiman jak....... Bila Puan Saiman kasih tau bunyi yang betul, Permata hati pun ikut ketawa....... Rupanya dalam buku B. Malaysia Permata Hati, ada pula diajar huruf I dan gambarnya ikan. Jadi dia pun sebutlah IBU tu bunyinya IKAN.... hahahaha... lucu betul Puan Saiman rasa.......

Tadi masa lunch hour, Puan Saiman rindu ngan Permata Hati ni, jadi Puan Saiman pun pulang la, mau jenguk Permata Hati. Sampai jak Puan Saiman di rumah, terus dia mengadu, dia ada kerja rumah Bahasa Cina. Jadi bila Puan Saiman tinguk jak kerja rumah tu, terus dia cakap...

Permata Hati : Ma, nanti jak Abang buat di tuition ah....

Puan Saiman : Ok.......

Terus Puan Saiman simpan balik buku tu dalam beg sekolah dia. Semalam Puan Saiman ada masak lemak nangka ikan masin. Sedap tul makan. Tau la sayur nangka ni kan, makin di kasih panas, makin sedap. Lepas makan, Permata Hati baring atas katil. Dia minta Puan Saiman baring sebelah dia. Ndak lama lepas tu, dia minta potongkan kuku. Sejak kebelakangan ni, Permata Hati ni mula bertanya yang macam-macam. Kadang-kadang sampai Papa pun ndak tau mau jawab apa. Pernah juga bapa Puan Saiman bagitau, yang Permata Hati ni walaupun masih lagi budak-budak tapi berakal betul. Syukur Alhamdulillah. Bukan itu saja, sensitif bukan main. Macam semalam. Seperti biasa, kalau sebelum tidur, Permata Hati ni biasa minta cerita dahulu sebelum tidur. Jadi Papa pun kasih cerita la pasal Permata Hati berumur 1 tahun setengah. Masa tu bibik kami yang pertama baru berhenti. Oleh sebab kami belum lagi dapat pengganti, jadi untuk sementara, kami terpaksa letak dia di nursery di Jalan Ke*ajikan. Yang Puan Saiman terkejut tu, percaya Permata Hati masih ingat lagi. Bila Papa cerita, kalau Permata Hati ditinggalkan di nursery tu, Permata Hati mesti menangis kuat2. yang buat kami terkejut tu...... dia MENANGIS.

Alahai anakku...........

Puan Saiman 'sign out'.



Thursday, April 16, 2009

Madam tai-tai

Sekarang ni Puan Saiman sedang mengalami kepenatan yang melampau.....


Badan sakit.....


Pinggang sakit.....


Tengkuk sakit............


Kaki sakit............


Otak penat..........


Hujung minggu pun kerja...........


Balik petang pun lambat................


Sampai rumah....... terus tumbang....................


Semuanya pasal I*O ini.......................


Kerja macam kuli batak......................


Bilalah mau jadi madam tai-tai ni..................


Ndak payah pegi kerja................


Kadang-kadang bagus juga jadi surirumah ni kan................

Tapi, jangan risau, semuanya sudah berlalu...... kesibukan yang melampau tu dari 6-16/4.... kini 'back to normal' sudah...... Syukur Alhamdulillah............






Puan Saiman 'sign out'........

Friday, April 3, 2009

Cerita minggu lepas....

Ingat lagi kah cerita minggu lepas ada orang langgar 'kuda putih'.  Kejadian ni berlaku selepas ambil Permata Hati dari sekolah. Bila sampai depan Ibu Pejabat Te*e**m, biasalah jalan jammed. Sebab kebetulan kawasan ni sahaja ada 4 buah sekolah iaitu 1 taska, 2 tadika dan 1 lagi sekolah rendah. Kebetulan jalanraya tu jalan utama/jalan besar. Dari jauh lagi (ini Puan Saiman pandang cermin depan) kebetulan Permata Hati duduk di belakang), Puan Saiman memang perasan kereta dipandu laju. Pertama kali tu 'dia' sempat brek. Kali kedua, kereta di depan Puan Saiman berjalan sedikit kemudian brek, jadi Puan Saiman pun ikut la. Sambil tu mata Puan Saiman masih lagi tinguk kereta di belakang tu. Si kawan ni pula, sambil memandu, tiba2 dia tunduk macam ada something yang terjatuh, jadi si kawan ni pun tunduk, tunduk punya tunduk, ah sudah...... di kawan tu langgar belakang kuda putih.

Bila sudah berlanggar, Puan Saiman pun turun la mau tinguk la kecederaan 'kuda putih', tau apa jadi, si kawan yang melanggar tu, masih lagi sibuk cari ntah apa benda yang jatuh tu, bila Puan Saiman bagitau dia, yang dia langgar belakang, mula-mula tu dia ndak juga mengaku, tapi Puan Saiman paksa juga dia turun kereta, dan tinguk. Jadi dipendekkan cerita, dia mengaku juga akhirnya. Bila Puan Saiman minta no telefon si kawan ni, kesian juga dia, sibuk mencari telefon, puas juga Puan Saiman menelefon bila dia minta tolong dailkan. Rupanya telefon tu terjatuh di kaki tempat pemandu. Rupanya si kawan yang tunduk semasa memandu tu, rupanya sedang cuba mengambil telefonnya yang terjatuh... sememangnya kecuaian semasa memandu....

Sekarang ni Puan Saiman sedang menonton Al Kuliah siaran TV3, tentang Jenazah. Memang bagus rancangan ni, tapi lebih bagus lagi kalau dapat di tonton, bukan pada sebelah petang, sebab masa ni ramai baru pulang kerja, kecuali bagi negeri yang bercuti hari Jumaat, lain cerita la kan. Sebenarnya memang selalu juga Puan Saiman tinguk siaran ni, dan di Astro Oasis pun ada juga. Banyak pengajaran dan ikthibar yang dapat kita pelajari. Tapi yang ndak bestnya lepas siaran Al Kuliah, cerita dari Indon la pulak. Bukan ndak boleh tapi ndak sesuai la.....   lebih-lebih lagi, kalau di KK ni kan, waktu Maghrib awal berbanding di Semenanjung.

Puan Saiman masih ingat lagi dulu-dulu (ehem...... masa bujang dulu kala), kalau waktu Maghrib begini, pantang betul bapa kalau tv di pasang. Masa ni sunyi sepi jak rumah, tapi tepat jak jam 7 malam, ndak sempat2 lagi, berebut tu mau pasang tv...... hehehehehehhe.... rindu pulak ngan durang mummy sama bapa......

Ok la, Papa pun sudah sampai....... mau layan Papa dulu....... (ala Puan Saiman kan isteri mithali.... ndak caya, tanya Papa... kan Pa)




Puan Saiman 'sign out'............