Perhatian!!!

Semua cerita ini adalah hakmilik Puan Saiman dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Friday, December 26, 2008

Karambunai.... episode 1

Sekarang ni Puan Saiman sedang bercuti-cuti. Alah... bukan jauh pun di Karambunai jak Papa bawa. Syukurlah bah kan, dari ndak kena bawa jalan. Kelmarin pagi, jam 8.30, hantar bibik pegi terminal bas di KK. Dia cakap dia mau pegi melawat saudara dia di Keningau. Puan Saiman ni teda la halangan, harap-harap lepas cuti nanti rajin la keja kan. Ok, lupakan kisah bibik. Kelmarin tengahari, te'rajin' pulak masak. Pegi rumah bapa, masak sup kepala ikan. Apalagi, ditambah bila bapa cincang asam bambangan....wallla..... kalah masakan hotel oh..... Kebetulan Noi ngan Didik ada di sana, berebut bah makan. Pulang petang tu, lepas maghrib sambung lagi masak, ala bukan susah jak pun, rebus jak sotong ngan ikan campur lagi asam mangga. Goreng telur mata lembu..... Ntah apa hal semalam terajin lagi, buat lagi Butter Cake, ndak la banyak, 1 loyang kecil jak, bukannya apa, Permata Hati suka makan ni. Bagi sikit ngan durang mummy...... Lepas makan semalam, cuci kain, kemas dapur........turs ZZzzzzzz.........

Pagi tadi bangun, trus jemur kain, lepas mandi, trus rendam lagi kain. Bangunkan Permata Hati, sebab mau bawa mendaftar di sekolah. Biasalah beli buku la, beli baju la. Mungkin hari ni masih ramai lagi pegi bercuti, jadi masa mendaftar tadi ndak la ramai urang. Selesai urusan pendaftaran, minta teman Papa pegi hantar inai, Syukur Alhamdulillah, rezeki....... selesai hantar inai, Papa bawa pegi breakfast di Sri Kajura di Likas. Lepas tu, pulang, masa untuk 'packing' barang. Papa cakap sebelum jam 3 petang baru jalan pegi Karambunai. Jadi dalam masa 4 jam tu mau tau apa Puan Saiman buat..........

1) Packing barang
2) Angkat kain, jemur kain
3) Bagi Ciko ngan Ciki makan
4) Tukar air di akuarium ikan karuk
5) Isi air di botol
6) Kemas segala pinggan mangkuk (kasih masuk dalam kabinet)
7) Double check ngan Permata Hati kalau-kalau ada lagi barang2 dia yang mau bawa (huh...          macam2 dia mau bawa, segala bantal pun diangkut).

Bila sampai jak di Karambunai tadi, kira2 jam 2.30 hujan turun punyalah lebat. Lepas check-in, Papa bawa makan di Karambunai Club House. Puan Saiman makan Oxtail Asam Pedas ngan nasi panas2, disulami ngan teh tarik dan ditemani ngan hujan lebat...perrgggg...... 'heaven'....sigh.... bila la badan yang cute ni mau turun......hehehehehehe

So, nanti Puan Saiman sambung kejap lagi, mau temankan Papa ngan Permata Hati lepak di beranda.... nanti Papa cakap dalam hati 'bawa bini makan angin pun, sibuk dia ngan blog'... jadi sebelum Papa cakap gitu...... Puan Saiman sign off........

Nanti kita sambung balik, ok.........


Wednesday, December 24, 2008

Happy Anniversary!!!!

Awal pagi tadi Puan Saiman dapat SMS dari Papa... (thank you, Pa). Same to you, too. Tahun ni, sudah 13 tahun Puan Saiman hidup ngan Papa. So, seperti yang dijanjikan oleh Papa tadi pagi, malam ni Papa bawa Puan Saiman ngan Permata Hati pegi... aik pegi mana lagi, pegi 1Borneo la bah. PEgi main boling, kiranya Puan Saiman mau bawa Papa pegi makan di Kenny Rogers, lepas tu tinguk wayang, lepas tinguk wayang barulah main boling.... hehehehehe.....



Awal pagi ni, Puan Saiman buat 'kuih maggi', walaupun percubaan pertama tetapi berjaya jugak la. Jadi dalam masa cuti nanti, Puan Saiman akan buat utk makan di rumah. Semalam Papa pegi dinner ngan department dia sempena Ketua Pengarah yang akan pencen. Apalagi, selagi papa ndak pulang, Permata Hati pun ndak mau tidur, dan setiap kali Puan Saiman mau tidur, dia akan panggil 'Mama, jangan tidur, kasih kawan abang, kita sama-sama tunggu Papa...' padahal masa ni mata Puan Saiman punyalah berat. Nasib baik juga papa pulang awal..(Pa, Mama tau ni, mesti papa escape awal kan).


Hari ni Puan Saiman dengar ada half day, tapi half day nya jam 3.30 petang... ndak apa la janji ada.... walaupun lambat..... Selesai minum pagi tadi (ala bukan di mana pun, dimeja jak pun), Puan Saiman terus kasih bersih tempat kerja Puan Saiman ni, bukan apa, lebih banyak sampah sebenarnya. Ini kalau ada orang busuk hati ni, lempar mancis, gerenti tempat duduk Puan Saiman ni terbakar....hehehehe.... jadi hari ni Puan Saiman pakailah baju t-shirt ngan seluar panjang jak...wink...wink...


Hari ni, Puan Saiman mau bercerita pasal Papa pula. Papa ni ndaklah cerewet. Apa yang Puan Saiman masak, semuala bah dia makan. Kadang-kadang Puan Saiman masak tu pun ndak la sedap, tapi ntahlah, bila cakap ngan Papa dia cakap sedap, tapi betul atau ndak Puan Saiman pun ndak tau. Itu kena tanya Papa la. Mungkin juga Papa cuma mau ambil hati, jadi Papa pun 'terpaksa' jak la makan, kan. Papa ni suka makan kari, terutama kari ayam. Tapi lauk yang paling Papa suka ikan+udang+sotong rebus mangga ataupun ikan+udang+sotong rebus bambangan. Sampai bertambah-tambah tu Papa makan. Lebih lagi kalau campur lagi ngan daun bawing (baca : kemangi)...
Papa ni suka betul dengar jazz. Love song jangan cakap la (yang ini Puan Saiman suka, sebabnya Puan Saiman bulih tumpang sekaki...hahahaha) .Puan Saiman pernah tanya Papa suka group apa. Papa jawab 'Alleycat'...hehehehe.... Papa juga suka Search....oiii jangan ndak tau...legend tu..... Papa suka membaca, sampai penuh sudah almari ngan buku di study room tu. Papa suka baca pelbagai bahan bacaan, sampai kadang2 Puan Saiman nampak dia baca Majalah Ben10 Permata Hati...hehehehehe..... Kalau dulu Papa ni memang kaki sukan. Papa bulih main badmintan, tenis, bowling dan sekarang ni golf. Kalau dulu Papa mesti wakil Jabatan utk bersukan, sekarang ni pun masih juga tapi cuma main golf la.
Jadi kepada Papa
SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE13.
SEMOGA PAPA DIPANJANGKAN UMUR, DIMURAHKAN REZEKI DAN DILIMPAHI RAHMAT OLEH ALLAH S.W.T, AMIN.
DARIPADA PUAN SAIMAN NGAN PERMATA HATI


Tuesday, December 23, 2008

Hari-hari yang berlalu.....

Hari ni hari terakhir Puan Saiman membantu kerja-kerja di level 1 tu. Sejak membantu di sana dari awal Oktober sehinggalah hari ni, banyak juga yang sudah Puan Saiman habiskan. Sampaikan Puan Saiman terpaksa bekerja hari Sabtu hanya utk menyusutkan 'benda-benda' itu. Kini semuanya sudah selesai. Puan Saiman dan 2 lagi 'rakan' membantu di sana dari Okt sehingga akhir Disember. Walaupun belum lagi habis bulan, kan Puan Saiman akan mula bercuti dari 26/12 sehinggalah 02/01/2009. Walaupun bercuti panjang, teda sebarang perancangan dibuat....sigh... (sambil menjeling Papa ni).... Bibik pula start sudah bercuti 25/12 nanti....yes... lamanya sudah Puan Saiman sekeluarga teda 'privacy', jadi bila bibik bercuti panjang ni, adalah privacy sikitkan. Lagipun, Puan Saiman harap bisuk adalah half day ni, kalau ada kan best....


Sekarang ni, masa betul-betul cepat berlalu. Baru pegi kerja pagi, buat kerja 'sikit-sikit', sudah petang. Balik rumah, masak, mandi, makan, tidur. Begitulah rutin kan. Macam baru jak rasanya Permata Hati tu masih merah lagi tapak kaki, sekarang ni saiz kasut sekolah jak 20. Sudah 2 batang gigi susu yang tanggal dan kini sudah berganti ngan gigi kekal. Kalau dulu, rambut di gunting pendek, atau cukur pisau mata saiz 1, sekarang ni rambut ndak bulih potong pendek, nanti kalau potong terlampau pendek, rambut ndak bulih buat style ultraman. Kalau dulu cakap slang 'baby talk' sekarang ni lancar sudah bercakap, cuma ada beberapa perkataan 3 susu kata yang ndak dapat sebut, macam tenggelam dia cuma sebut gelam :-D Kalau dulu tengok rancangan Elmo atau ultraman, atau Postman Pat, atau Barnie atau yang sewaktu dengannya, hampir semua rancangan di channel Ceria ataupun Playhouse Disney Channel 613, atau Nickelodeon 612, sekarang ni di channel Cartoon Network 616. Kalau dulu Ultraman, sekarang ni Ben10.


Macam baru juga rasanya Puan Saiman berpindah ke Bahagian ni, rupanya sudah setahun. Betul-betul ndak rasa. Kalau di Bahagian dulu, hujung tahun begini mana la dapat cuti, biarpun apply, gerenti ndak kena lulus punya. Banyak payment mau settle di Bahagian Akaun. Ndak payah apply cuti, memang tau ndak kena kasih cuti punya. Tahun ni, buat pertama kalinya Puan Saiman dapat bercuti panjang sedikit. Tapi masalahnya, Puan Saiman jak cuti, Papa barangkali ndak cuti tu. Jadi kesimpulannya, Puan Saiman akan berdua-duaan jak ngan Permata Hati di rumah, tanpa Papa dan tanpa bibik. Oleh sebab bibik teda, maka Permata Hati akan diberikan tugas yang paling senang iaitu - selama teda bibik ni, Permata Hati akan keluarkan Ciki & Ciko (baca :kucing) dari kandang dan bila malam, panggil balik masuk kandang. Lepas tu, suruh Permata Hati panggil Ciko & Ciki pulang makan kalau tengahari...hehehehe....
Hari Sabtu ni ada 2 jemputan, 1 jenputan kawin, 1 lagi jemputan 'full moon'. Mungkin jemputan ni terpaksa ditolak sebab Puan Saiman ndak mau pegi..... jangan tanya kenapa... cuma memang ndak mau pegi... tapi kalau tiba-tiba angin 'baik' masa hari tu, mungkin pegi jugak la....
Ok..... lain kali sambung cerita.... Puan Saiman sign out...

Tuesday, December 16, 2008

Standard makin turun.



Ehemm....... kalau mau tau, Puan Saiman, Papa ngan Permata Hati ni sebenarnya pantang dengar tempat makan yang sedap. Sanggup drive jauh sekadar mau rasa makanan yang orang cakap sedap. Percaya atau tidak, sekadar mau makan tengahari, Papa sanggup drive all the way pegi Transit di Jalan Tuaran. Makanan dia memang sedap ( baca : ikut standard anak tekak Puan Saiman la). Nasi goreng d'Trasit memang sedap. Siap ada telur mata lembu ngan seketul sayap goreng, sedapnya ndak terkira. Minum lagi air kelapa muda ataupun ice lemon tea....yummyyy......






Tapi standard makanan ni haruslah di jaga, jangan seperti di tempat yang ingin Puan Saiman nyatakan ni. Kalau dulu sedap, sekarang ni bukan lagi ndak sedap, tapi ndak sedap langsung, ndak berbaloi membayar.






Tempat yang pertama : Restoren Sri K*n*nga* di Asia City.


Sudahlah makanan ndak sedap, pelayannya sombong tahap Cipan. Siap menjeling lagi tu, macam la kita makan free kan. Servis lambat yang amat. Kalau dulu Puan Saiman bagi 3 setengah bintang, sekarang ni 1 bintang sebab tempat duduk tu jak. Makanan yang sampai ndak mencapai standard Permata Hati, Papa ngan Puan Saiman. Kepada Restoren ini, - selamat tinggal, kami hanya ke Restoren yang sama tetapi di Putatan sahaja, biar Puan Saiman pegi jauh, yang penting apa yang kita makan berbaloi dgn apa yang kami bayar. Kalau keadaan terpaksa pun, sekiranya semua kedai di KK di tutup, Puan Saiman tidak lagi akan duduk di kedai ni. Biar makan megi jak di rumah.






Tempat yang kedua : Restoren Rasa Ny*ny* di KK, satu baris ngan Home & Garden.


Baru-baru ni Puan Saiman datang pegi sana, adalah order beberapa jenis lauk, lauk lain yang sampai setakat ok la, utk mengisi perut. Order ikan, ndak sampai-sampai, ayam goreng yang dipesan sampai, tapi sekali sampai masih lagi berdarah-darah, amacam mau makan (sekarang ni pun bila Puan Saiman ingat, kembang tekak mau muntah). Last-last, jangankan Puan Saiman berhenti makan, Papa, Permata Hati ngan Bibik pun berhenti makan bila nampak ayam tu. So Papa cakap, ' ini last sudah kita makan di sini'...... so kepada Restoren Rasa Ny*ny*, - anda kehilangan pelanggan yang selalu bawa orang luar daerah makan di tempat kamu, dan utk makluman standard makanan kamu semakin menjunam seperti menjunamnya saham di pasaran antarabangsa. Dulu Puan Saiman boleh bagi 4 setengah bintang, sekarang ni cuma boleh bagi 2 bintang, sebab tempat yang bersih, minuman ok, dan tempat duduk yang selesa, tapi kalau makanan tu, sekarang ni separuh harga pun belum tentu lagi Puan Saiman mau.... sori yer... Sebelum ni pun, memnag Puan Saiman kerap datang ke Restoren ni, kadang-kadang 2 kali sebulan pun ada, tapi dulu, sekarang ni limpas-limpas jak la. Kalau tanya Permata Hati pun, dia sendiri ndak mau singgah.




Sekarang ni tempat makan yang masih lagi mempertahankan standard masakannya ialah Restoren Kak Nong di Bundusan, Restoren Rezeki di Jalan Lintas, Restoren Sri Keningau di Putatan, Transit di Jalan Tuaran, Gayang Seafood Restaurant. Ini antara nama-nama restoren yang masih lagi mempertahankan standard makanannya. Ada jugalah beberapa tempat yang Puan Saiman ndak dapat nyatakan di sini sebab nanti orang sangka menunjuk pula, tapi kalau sepa-sepa mau tau pasal mana hotel yang yang ada buffet yang sedap, tanya jak sendiri sama Puan Saiman ok, nanti Puan Saiman kasih tau. Kalau pasal restoren makanan segera pula jangan tanyalah sebab makanan durang kan sudah standard, mana-mana makanan pun sama jak rasa, kalau pun ndak sama, tapi lebih kurang jak la. Sekadar menyebut beberapa nama seperti K*C, Pi**a, Kenn* R*ge**, Ra** M*s, dan lain-lain lagi lah. Dan seperti biasalah, harganya pun bulih tahan jugak kan. Tapi itu ikut selera sendiri lah. Cam Papa, jangan bawa pegi Pi**a, mau ndak mau Papa TERPAKSA juga menelan, bukan ndak sedap, ntahlah mungkin tekak dan selera Papa lebih kepada nasi. Apa pun lauk yang ada, yang penting ada nasi. Cam Papa selalu cakap, "rasa ndak makan nasi ni, bukan ndak kenyang. Kenyang, tapi ndak puas". Hahahahaha.... nampak ayat Papa tu.... eh... jangan salah sangka ah.... Betul juga Papa cakap tu, memang kenyang makan, tapi rasa perut tu kan ringan jak bah... hahahahaha... biasalah perut biasa makan nasi kan.


Ok, kita stop cerita pasal makan...... Puan Saiman sign out.....








Monday, December 15, 2008

Bulan Bercuti

Bulan Disember ni memang bulan orang sibuk mau bercuti. Jadi Puan Saiman pun begitu jugak. Sekarang ni pun malas sudah mencapai ke tahap maksimum. Nasib baik cuti sudah tahap kritikal, kalau ndak, malas tul mau pegi kerja ni. Bagus lagi punduk2 (baca : duduk) di rumah, bulih beramas mesra ngan Permata Hati.
Mulai minggu depan, 26/12, Puan Saiman mula bercuti. Jadi Puan Saiman sudah berkira-kira mau bawa Permata Hati pegi 1Borneo, naik bas lagi tu. Kesian bah Permata Hati ni, selalu betul mau naik bas, tapi teda masa pula mau bawa dia, jadi Puan Saiman sdh bagitau Papa mau bawa dia naik bas pegi 1Borneo, Papa pun sudah bagi green light. Dari rumah, Papa ambil. Naik bas pegi 1Borneo dari Warisan Square. Bas ni khas utk pegi 1Borneo. Nampaknya bas ni memang selesa, Puan Saiman pernah tanya ngan ipar Puan Saiman yang pernah naik bas ni, dia cakap memang cukup selesa. So, Insyaallah kalau teda aral melintang memang jadi la ni. Kiranya mau bawa Permata Hati naik bas tu around jam 10.00 pagi, sampai sana sebelum jam 11.00 pagi, pegi pusing-pusing kejap, lepas tu bawa dia tinguk wayang. Lepas dari tinguk wayang, lunch. Lepas lunch, pegi bawa dia di tempat permainan budak-budak tu. Buang-buang masa sebelum Papa ambil. Ataupun, pegi sebelah tengahari, lunch dulu, baru tinguk wayang jam 2.00, lepas tinguk wayang, bawa dia pegi tempat permainan budak-budak, lepas tu pegi cari kasut ngan stokin sekolah. Sementara tunggu Papa ambil. Tinguklah mana yang ok, kan. Permata hati ni paling suka makan di Kenny Rogers ataupun Rasa Mas. Rasa Mas tu nasi ayam dia pun ok juga, kalau ambil satu set, siap ada sup, sayur ngan ayam sedap pulak tu (ini dari rasa Puan Saiman sendiri la, lain orang lain seleranya kan). Kalau di Kenny Rogers tu, Permata Hati suka betul mushroom soup dia. Rasanya Permata Hati pun memang suka pegi 1Borneo ni, bukannya apa, semuanya ada di 1Borneo. Puan Saiman jangan cakaplah..... fulus jak ndak cukup... muahahahaha...
Dalam seminggu cuti tu, Puan Saiman pun ndak tau mau bawa dia pegi mana lagi. Tengoklah.... sekarang ni pun Puan Saiman sedang pujuk-pujuk Papa utk ambil cuti, tapi tu lah kan, memang betul la Papa cakap, Papa kan sudah ambil cuti hari tu, jadi sekarang ni ramai betul staff dia minta cuti, jadi kalau Papa pun cuti nanti teda pula orang di ofis kan. Sabar jak la Puan Saiman tu....sigh.... Jadi Puan Saiman berharap supaya adalah staff Papa yang ndak bercuti supaya Papa boleh berjalan ngan kami dan ini akan membolehkan Papa membayar setiap barang yang Puan Saiman beli........^ . .^ muahahahhaa, bukannya Papa ndak bagi duit kalau Puan Saiman jalan ngan Permata Hati,t api masalah ndak cukup....hahahahahaha... kalau Papa ada, dia jak la tulung bayar, jadi Puan Saiman bulih buat buduh jak......... ataupun masa bayar tu kan, Puan Saiman pura-puralah buka purse....padahal... dalam hati doa-doa jugalah biar Papa cakap.... 'ndak apa Ma, biar Papa bayar'....... dalam hati Puan Saiman tu....'AMIN'.... opsssss.... kenapatan la oleh Papa ni.... tapi ndak apa bah kan Pa....wink...wink..... (baca : sambil-sambil Puan Saiman pura-pura hilang ingatan yang Papa sudah kasih beli oven utk anniversary hari tu).
Ada juga la Puan Saiman cakap ngan Papa, mau bawa Permata Hati pegi Kundasang, ala ndak payah la bah tidur disana, pulang balik jak pun, tapi tinguklah kalau Papa dapat cuti, kalau ndak, di rumah jak la Puan Saiman ni ngan Permata Hati sebab bibik pegi cuti-cuti Malaysia. Last-last, Puan Saiman ngan Permata Hati makan, minum dan tidur jak la ni.... bertambah-tambahlah badan Puan Saiman ni 'kurus'.... hehehehe.....

Monday, December 8, 2008

Raya


Sayu tul Puan Saiman bila dengar Takbir ngan lagu Selamat Hari Raya dendangan Datuk Syarifah Aini di Sabah.fm ni. Rasa macam mau terbang jak pulang pegi rumah bapa... rindu tul mau berkumpul-kumpul ngan durang bapa sama adik-adik, terutama ngan Papa dan Permata Hati. Bila dengar lagu raya ni kan, rasanya ndak kisahlah jauh atau dekat rumah ibu bapa kita kan, yang penting kita mesti mau pulang, hati tu berkobar-kobar mau pulang, cam terngiang-ngiang di telinga suara bapa ngan mummy, seakan-akan ternampak di anak mata perangai adik-adik ngan anak buah. Best betul kalau ingat masa dulu-dulu.


Kalau dulu masa budak-budak, masa tinggal di kampung, masa raya begini, tugas Puan Saiman mesti pasang lampu pelita. Sebelum Maghrib, bapa letak minyan tanah dalam lampu pelita, jadi lepas maghrib, Puan Saiman akan letakkan lampi pelita di sekeliling pagar, lepas tu pasang. Masa ni juga, lampu mentol yang berwarna warni akan di pasang. Masa ni mana lagi ada lampu lip lap ni. Meriah betul. Lepas tu, Puan Saiman akan ditugaskan oleh mummy menumbuk segala bawang-bawang, tumbuk segala rempat ratus ngan yang paling Puan Saiman ndak suka, TUMBUK KELAPA Goreng utk dibuat kerisik. Sebab kelapa ni kena tumbuk sampailah keluar minyak. Sakit tangan ohh.... Masa ni la juga sepupu sepapat akan berbasikal sambil panggil Puan Saiman, Sudahlah sakit tangan, sakit hati lagi sebab ndak dapat join durang. Tapi kejap jak tu, lepas selesai jak urusan tumbuk menumbuk, masa ni la Puan Saiman kasih nampak keskillan naik basikal...hahahahahahaha....


Kalau dulu, di kampung, mana ada adegan culik menculik ni. Anak kau, anak aku juga, anak aku, anak kau juga, jadi mana2 orang tua di kampung tu suka2 hati jak durang kalau mau marah kita, kalau buat salah la, tapi sekarang ni, silap-silap anak sebelah rumah pun ndak kenal. Masa ni la Puan Saiman ngan Awing sama Jamali pusing2 kampung, tapi seberang kami jak la, seberang ndak berani sebab masa ni sungai masih besar lagi. Masa ni la kami sibuk-sibuk tinguk urang sibuk pasang lampu pelita, ada pertandingan lampu pelita, selalunya diadakan masa malam raya la. Kami, the 3 stooges ni selalu la bah sibuk-sibuk. Bila pulang jak di rumah, bukan jak muka hitam kena asap lampu pelita, lubang hidung jangan cakaplah...hehehehe...


Kalau dulu, bapa mana la dapat ikut pertandingan ni, sebab bapa ada anak-anak perempuan, jadi mana ada urang tulung dia pasang lampu pelita pakai batang bambu, cuma daddy Yunus jak la yang rajin ikut ni. Masa ni, arwah Nenek Haji masih ada lagi, arwah akan duduk di beranda rumah sambil mengarah-arah jak la kerja dia..... tiba-tiba Puan Saiman teringat pula Arwah... Al-Fatihah...


Kalau dulu, Puan Saiman masih ingat lagi, baju Puan Saiman adik beradik memang special, baju kurung yang dibuat memang boria abis. Masa dulu corak kain berbelang-belang memang popular, jadi utk menjimatkan kos dan masa rasanya, mummy beli dua warna, 1 warna merah, satu warna biru, masa ni kami baru 4 beradik, jadi 2 orang pakai warna biru, 2 lagi pakai warna merah. Malam Ahad yang lepas, masa family gathering di rumah mendiang Apo, masih lagi pula ada gambar kami di rumah di Kinarut, apalagi jadi bahan ketawa kami adik beradik la. Ada Ning ambil gambar tu. Masa gambar diambil, kira kamilah yang paling hebat ...... muahahahha...... Puan Saiman ngan baju kurung berbelang putih biru, ngan rambut pendek kembang, bapa ngan rambut ala-ala Allyecats, rambut mummy ala-ala Farah Fawcett-Bionic Women (sori la kalau salah ejaan), adik-adik yang lain, ala biasalah kan, mana durang dapat lawan kecantikan dan keayuan Puan Saiman kan, maklumlah Puan Saiman ni kan kakak durang, jadi durang ndak bulih lawan, nanti ketulahan kan.....muahahahahaha.....


Kalau dulu, kan ada bunga api jenis tali tu, kiri dan kanan tali, kalau ditarik mengeluarkan bunyi yang kuat tu kan, jadi apa Puan Saiman buat, Puan Saiman ikat di pagar tangga, jadi sepa-sepa jak buka pintu pagar tu gerenti menyumpah punya, jadi sepa lagi kena tuduh, Puan Saiman la sebab mana lagi ada budak yang paling tua di rumah tu...sigh..... kenapatan (baca : ketahuan) la pulak.... Masa ni, bila orang bertakbir dari masjid Putatan, memang dengarlah dari rumah Puan Saiman, masa ni lah berkobar-kobar utk menyambut raya, ndak kisah la Raya Puasa atau Raya Haji.


Kalau dulu, ada satu cerita yang agak sedih utk diceritakan tapi cerita ni jadi pengajaran yang berguna kepada Puan Saiman. Kalau dulu, masa Raya, mummy akan minta tolong Nenek Hajah datang ke rumah utk ajar mummy masak makanan Melayu. Pernah satu ketika, Nenek Hajah datang ke rumah sekadar mahu ajar mummy masak Nasi Minyak!!! Kesian mummy, memandangkan dia saudara baru, jadi mummy terpaksa belajar masakan Melayu. Rasanya masa ni umur Puan Saiman baru 7 atau 8 tahun. Walaupun pada kebanyakkan masa Puan Saiman bermain cam budak-budak yang lain, tapi tetap juga memerhati kejadian di sekeliling. Masa ni la Puan Saiman bertekad, satu hari nanti Puan Saiman tetap akan belajar memasak dan membantu mummy di dapur. Supaya dapat menyambut Hari Raya seperti orang lain. Begitu la pengorbanan ibu bapa kita kan, sanggup buat apa saja asal jak anak-anak dapat macam apa yang anak orang lain dapat, kan. Cuma kadang kala anak-anak jak yang masih ndak sedar diri. Ntahlah sama ada pura-pura ndak sedar diri atau memang ndak sedar-sedar....sigh....


Sedih pulak........ teremosi pulak Puan Saiman. Ok la, sign out.


Wednesday, December 3, 2008

Mama Baby....

Kalau bulan Ogos Bulan Kemerdekaan, maka bulan Disember Bulan anniversary Puan Saiman lah...hehehehehe... Insyaallah 23/12 ni genaplah 13 tahun Puan Saiman berkahwin ngan Papa. Lapan tahun berkahwin ngan Papa, kami biasa hidup berdua, ke sana ke sini, kami berdua. Banyaklah mulut bertanya-tanya 'aik berdua jak ka? mana anak??' Masa ni Puan Saiman selamba jak la cakap belum ada rezeki. Ada yang bagi semangat utk Puan Saiman tapi lagi banyaklah juga cakap-cakap belakang. Masa ni Puan Saiman ngan Papa juga ambil part time sekolah balik. Jadi kalau ada saudara mara kawin tu, kadang-kadang cuma Puan Saiman jak yang pegi, kadang-kadang cuma Papa jak la yang pegi. Jadi bila ada nampak kami lone rangers, maka banyaklah spekulasi yang bercakap yang Puan Saiman ngan Papa sudah 'berpisah'. Hmm... mulut orang kan. Sampaikan ada yang berani tanya ngan Noi masa kenduri samaada betul atau tidak kami sudah 'berpisah'... kalau mau tau apa Noi jawab, anda kena tanya Noi la...hehehehe.
Sampaikan Noi kasih sampai 'berita' ni ngan Puan Saiman. Hairan betul kan, kadang-kadang orang luar lebih tau pasal rumah tangga kita daripada kita sendiri kan.... hairan...hairan... Jadi oleh kerana selama 8 tahun tu kami hidup berdua, segala 'kebiasaan' yang kami buat, tiba-tiba berubah bila datangnya Permata Hati. Sebelum itu, Puan Saiman ngan Papa pernah juga bercakap utk mengambil anak angkat ni, tapi ndak la secara tiba-tiba. Tanpa sebarang persediaan, tiba-tiba Permata Hati muncul dalam hidup kami. Syukur Alhamdulillah. Permata Hati mengisi kehidupan kami dengan penuh keceriaan. Syukur Alhamdulillah, berkat pengalaman Puan Saiman menjaga adik-adik, maka menjaga Permata Hati amatlah mudah. Dengan tunjuk ajar daripada mummy dan bapa serta Noi ngan Ning (masa ni Noi ngan Ning baru melahirkan Aming ngan Is - ralat umur Aming/Is ngan Permata Hati ialah 5 bulan, cuma tahun yang berlainan). Kini, Permata Hati sudah berumur 5 tahun dan Insyaallah akan masuk 6 tahun pada Mac tahun depan.
Selama hidup ngan Papa ni kan, Puan Saiman selalu berperasaan yang kadang-kadang Puan Saiman ni kan manja yang berlebihan ngan Papa. Pernah juga Puan Saiman tanya Papa, kalau-kalau Puan Saiman ni manja, cuma Papa senyum jak kadang-kadang pun dia buat derrkkk jak. Jadi Puan Saiman selalu cakap sendiri, mungkin perasan sendiri jak ni....sampailah kejadian ni...
Kejadian 1...
Puan Saiman : Abang....(panggilan Permata Hati)..... Kemas mainan ni, kalau abang ndak kemas nanti mama kestau Papa jangan beli mainan utk abang lagi....
Permata Hati : Mama baby.......
Puan Saiman : ????.....
Kejadian 2...
Permata Hati : Ma, malam ni kita pusing dekat ofis Papa ok...
Puan Saiman : Ok, tapi bila Papa pulang nanti abang cakap sendiri ngan Papa, ok...
Permata Hati : Mama la bah cakap, kan Mama Baby....
Puan Saiman : ????.......
Kejadian 3....
Puan Saiman : Abang, masuk mandi. Banyak nyamuk di belakang tu... (masa ni Permata Hati main di belakang rumah...)
Permata Hati : kejap..... lima minit
Lepas 10 minit...
Puan Saiman : Abang masuk !!! Kalau ndak mama kestau Papa abang ndak dengar mama cakap...
Permata Hati : Heii....... (sambil masuk dapur)... sikit-sikit kestau Papa, Mama baby.....
Puan Saiman : ......????
Sehinggalah malam tadi...... sebelum tidur.....
Puan Saiman : Abang mau tidur sudah ka?
Permata Hati : Ya, tapi mama kasih off la dulu komputer (baca : notebook) tu.
Puan Saiman : Kejap....
Permata Hati : Ma, abang kasih off aircon ah...
Puan Saiman : Bah...
Permata Hati : Ma...(baring sambil tinguk Puan Saiman...)
Puan Saiman : Hmmm....
Permata Hati : Mama baby kan....
Puan Saiman : Ah... kenapa pulak Mama baby...?
Permata Hati : Sebabkan Papa selalu kiss mama....
Puan Saiman : Ala... kan Papa pun selalu kiss abang kan...
Permata Hati : Tapi, Papa selalu kasih beli mama present...tapi papa ndak kasih beli abang present.
Puan Saiman : Banyaknya papa kasih beli abang tu... di KL jak, abang beli barang Ben 10 jak 1 beg Ben 10 abang kan. Mama mana ada Papa kasih beli (masa ni Puan Saiman cover-cover la sikit).
Permata Hati : Ada tu abang nampak, Papa kasih beli mama yang bikin masak kek tu (baca : oven), lepas tu Papa kasih beli mama utk jahit kain tu (baca : mesin jahit), Papa kasih beli mama baju, abang nampak Papa kasih beli mama beg 2 lagi tu.
Puan Saiman : Ala...Papa kasih beli mama tu pun utk mama tu pun utk abang juga. Kan abang suka makan kek, jadi sekarang ni kalau abang cakap mau makan kek, trus mama buat kek kan. Kalau ada baju atau seluar abang koyak, bulih mama jahit. Beg mama tu Papa kasih beli bukan utk mama jak, kan mama selalu simpan PSP abang dalam beg mama.
Permata Hati : ...(terdiam)...
Puan Saiman : Bang, kenapa abang selalu cakap mama baby....
Permata Hati : Memang la.... Sebab Mama selalu kena kiss oleh Papa, dalam kereta pun Papa pegang tangan mama. Papa selalu cakap kalau makan, tunggu mama dulu. Kalau jalanpun Papa pegang tangan mama....jadi mama baby la.
Puan Saiman : Oh begitu ka..... Mama pun selalu nampak Papa kiss abang. Kasih beli abang mainan. Bawa abang makan KFC, pegang tangan abang..... sama macam mama la kan. Lagipun kadang-kadang abang ndak mau kena pegang tangan oleh Papa kan, jadi abang nampak jak Papa pegang tangan mama, sebab abangkan suka lari-lari...
Permata Hati : Ya la, tapi abangkan masih kecil, mama kan sudah besar mana bulih baby-baby lagi...
Puan Saiman : ????....
Masa lunch hour tadi, Puan Saiman masih lagi terfikir-fikir apa maksud Permata Hati, dan kini Puan Saiman sudah dapat apa yang dia cuba sampaikan. Maksud Permata Hati tu Puan Saiman ni manja la...sebab dia cakap cam baby.... mungkin dia nampak Nana (anak Didik), ramai betul yang ambil berat, sekejap-sekejap kena kiss, kejap-kejap kena dukung/gendong. Mungkin juga dia jeles sebab bila Papa pulang, mesti Papa cari Puan Saiman bila Papa sampai rumah (seperti biasa Puan Saiman dalam bilik tinguk tv atau di dapur masak). Rupanya selama ni Permata Hati perhatikan jak apa yang Papa buat ngan Puan Saiman. Dan utk itu juga, selama ni bukanlah Puan Saiman perasan yang Puan Saiman ni manja ngan Papa tapi sememangnya memang MANJA ngan Papa. Jadi sahlah segala perasan tu selama ni...hehehehehehehe......
Jadi ada 20 hari lagi sebelum masuk tahun ke 13 kami berkahwin. Tapi Puan Saiman ndak la mau minta apa-apa lagi sebab kan sudah kena kasih beli oven......tapi kalau ada lagi yang kena kasih beli Puan Saiman ndak kisah pun, tapi kali ni Papa kena bagi sembunyi...sembunyi la... wink....wink.....

Tuesday, December 2, 2008

Penatnya....

Hari ni hari kedua kerja lepas seminggu berpoya-poya di KL. Sakit kaki ohh...tapi berbaloi. Penat masih lagi terasa. Kelmarin cam biasalah, 1st day kerja, kerja jangan cakaplah..... semalam Puan Saiman pun tidur awal, baru jam 10.00 sudah tidur. Papa pun sama. Permata hati ngan Bibing pun tidur jam 10.00 mlm juga.
Hari Jumaat (28/11) tu Papa bawa pegi KLCC, tapi pegi sana naik teksi dari KL Sentral sebab masa pegi sana mulanya mau ikut LRT tapi ada problem la pulak, tunggu punya tunggu ndak sampai2, ada jugalah announcement yang durang ada problem sikit, dari sebelah station di suruh lagi pegi sebelah station, last-last Papa cakap cancel naik LRT kita pegi KLCC naik teksi. So, kami pun naik teksi.
Sampai di KLCC cancel pegi Aquaria. Papa kasih beli Puan Saiman t-shirt yang best. Thank you Pa. Lepas tu Papa tanya mau pegi mana, Puan Saiman cakaplah mau pegi Jalan Masjid India. So kami naik LRT pegi Masjid Jamek. Sampai di sana, apalagi borong tudung lagi. Selesai membeli, kira mau cari teksi di perhentian Sogo, tapi, Ya Rabbi.... punyalah ramai urang berbaris, tapi teksi tarak. Masa ni sudah jam 2.30 petang, jadi Papa bawalah makan di Pertama Kompleks. Order minum, ok la, tapi bila makanan sampai, punyalah lapar, tapi ndak dapat makan, nasi goreng yang Puan Saiman order bau telur yang amat, nasi ayam Papa, bau ayam......uweeekkk..... jangankan 2 sudu, satu sudu pun ndak dapat masuk di perut. Adalah dalam 10 minit kami tenung nasi tu...last-last Puan Saiman bawa Papa naik LRT balik sebab teksi masih belum ada, orang masih lagi berbaris panjang. So kami pun pegi balik ke LRT. Tapi kali ni kami ndak lagi ikut Masjid Jamek, sebab Papa cakap kalau ikut Masjid Jamek kena turun di KL Sentral lepas tu tukar LRT bali, tapi kalau ikut dari Medan Tunku terus turun di Bukit Bintang, so kami pun jalanlah. Sepanjang jalan tu, kami berjalan, dengan bangganya Puan Saiman mau umumkan, Permata Hati langsung ndak minta dukung/gendong. Best jak dia jalan.
Dipendekkan cerita, sampai di Bukit Bintang, on the way pegi hotel, Papa bawa makan, so cakaplah ngan Papa, kita simpan dulu barang-barang dalam bilik, lepas tu kita pegi makan di Low Yat. Lepas simpan barang-barnag, Puan Saiman ngan Permata Hati tukar sandal, lepas tu turun balik, Papa bawa Puan Saiman makan Japanese Food...yummy..... Lepas makan, Permata Hati bawa pegi Kenko Fish SPA balik, so kami pun pegi, tapi ni kali Papa pun join sekali lah. Keluar dai Pavillion tu, hujan punyalah mencurah-curah turun, sib baik sebelum pegi Pavillion tu, Puan Saiman sudah beli payung. Singgah sekejap di KFC sebab Permata Hati mau makan lepas tu Papa hantar Puan Saiman ngan Permata Hati pegi masuk bilik (ala, hotel ngan Low Yat pun bukannya jauh, bersebelahan jak pun). Papa jalan balik pegi Low Yatt mau beli iPod. Janji ngan Papa lepas maghrib nanti mau pegi BB Plaza tapi Permata Hati panggil BB Park...hahahaha... ntah Puan Saiman pun ndak tau dari mana dia dapat nama Park tu.
Lepas Maghrib, Puan Saiman ngan Permata Hati pegi BB Plaza, Papa di Low Yatt, lepas pusing-pusing dalam BB Plaza ngan Sungai Wang (baca : sesat) jumpa pintu kemudian terus keluar (baca : ni kalau sesat lagi dalam setengah jam, alamatnya kena call Papa la ni minta ambil...hahahaha). Pegi Low Yatt, lepas tu trus pegi makan. Lepas makan, balik bilik dan mulakan acara mempacking barang dalam beg yang baru Papa beli sebab beg yang Puan Saiman bawa ndak muat...sigh....
Hari terakhir di KL (29/11).
Pagi tu sempat lagi pegi BB Plaza balik. Papa belikan bapa baju, Puan Saiman pula beli baju yang terakhir, utk Didik. Lepas beli terus balik hotel kemudian check out. Mula-mula ikut perancangan Papa, mau minta hantar pegi KL sentral jak, kemudian naik kliaekspress. Tapi bila fikir-fikir balik, bagus pegi terus KLIA. Cakap pasal KLIA Express ni, ada cerita di sebaliknya. Masa baru sampai di KLIA hari selasa tu, Papa bawa naik KLIA Express ni kemudian turun di KL Sentral, sebab lama sudah Papa janji ngan Puan Saiman ngan Permata Hati mau naik benda alah ni, masa mau naik KLIA Express tu, adalah bangla ni tolong angkat beg, bila letak, Papa cakaplah thank you, tapi tau apa jadi, dia berdiri jak, sampai Papa cakap, apa pula si kawan ni tunggu, sambil Papa cakap ngan Puan Saiman. Jadi Puan Saiman cakaplah ngan Papa, mungkin dia minta tip kali Pa. Memang pun !!!!! Jadi dengan keadaan terpaksa, Papa bagi jugak lah. Barulah si kawan ni jalan. Papa cakaplah ngan Puan Saiman, cuba tengok apa di belakang baju t-shirt dia tu, bila Puan Saiman pandang -FREE SERVICE- Jadi kepada KLIA EXPRESS, silalah ambil berat pasal hal ni. Bayangkan bila durang buat begitu ngan pelancong....sigh.... Tapi memang best naik KLIA EXPRESS ni, Puan Saiman syorkanlah kepada sesiapa yang mau pegi KL Sentral ngan cepat, selamat, bersih dan selesa sekali. Rasanya KLIA Ekpress ni perlu buat iklan dengan lebih banyak di Sabah ngan Sarawak, supaya orang-orang yang mau makan angin di KL boleh guna pengangkutan ni. Sebenarnya bukan durang ndak mau guna KLIA Express ni tapi sebenarnya ndak berapa terdedah ngan pengangkutan yang disediakan. Puan Saiman pun bukannya tau betul pasal ni, sib baik Papa yang bagitau, sebab Papa cakap, kalau dia pegi kursus di KL memang dia akan naik KLIA Express ni.
Mungkin juga KLIA Express boleh buat sesiapa yang dari terminal LCCT mau naik KLIA Express ni, pengangkutan dari LCCT ke KLIA mungkin tambangnya 60 sen atau kurangkan sedikit kadar tambang KLIA Express tu.... tapi mungkin durang sudah buat, cuma Puan Saiman ndak tau kan..... Tapi betul jugak la Papa cakap, kalau 3 atau 4 orang berbaloi juga naik KLIA Express ni tapi kalau lebih, bagus naik teksi baru berapa yang kena bayar kalau share-share bayarkan, betul jugak la, tapi mungkin kalau naik secara grouping mungkin tambangnya boleh didiskaunkan....kan...wink...wink.... Alamak, apa yang sudah Puan Saiman melalut-lalut ni....
Nanti Puan Saiman sambung cerita lagi ok.....babai

Thursday, November 27, 2008

Kisah jalan-jalan makan angin...



Adoiii... sakitnya kaki. Ini barulah nama dia jalan-jalan sampai mau patah kaki....hehehehe.. walau penat tapi berbaloi. Tinggal di Hotel Cap*tal di Jalan Bukit Bintang....bestnya... Bangun pagi mandi, lepas tu bersiap, buat minuman Red Guara, lepas tu jalan....petang baru balik... mandi... makan tapau, lepas tu pengsan sampai pagi....hahahahaha.... Permata Hati apalagi, letak jak kepala di bantal pun terus pengsan. Hari Selasa tu, Papa bawa pegi Pavillion, pegi Ke*ko, cuba Fish Spa... sioknya... tapi nanti lah Puan Saiman upload gambar sbb masa selalunya Papa yang tolong pindahkan gambar dari h/p atau kamera dlm USB, Puan Saiman tinggal upload jak, jadi ini kena tunggu Papa la ni ah..... (so peminat di luar sana, harap bersabar).

Hari Kedua (26/11).

Kelmarin, pegi Mid Vall*y, teda beli apa-apa pun di sana, saja la tinguk2, ala sama jak rasa dia kalau pegi 1Borneo, semua ada...... Lepas tu Puan Saiman bawa Papa pegi Sogo, sampai di Sogo, durang tengah buat fire drill, tunggu depan pintu Sogo lebih kurang setengah jam, lepas tu masuk. Apalagi Permata Hati sepuas hatilah dia pilih Ben10. Puan Saiman pulak pilih2 dan beli2 baju utk anak-anak buah. Tapi ndak pula tau saiz durang, jadi hentam jak la, mana yang Puan Saiman berkenan tu, itulah yang Puan Saiman beli, tapu yang paling gergitan (baca: geram) bila beli baju anak-anak perempuan, cantik-cantik, jadi utk Izz, Akma, Weeda sama Nana, tunggu Mak Long pulang ah..... Utk anak-anak lelaki pula, Puan Saiman ndak berapa susah hati sebab Ning selalu pegi KL jadi dia puas la beli utk Bibing sama Aming, tapi ada jugak la kasih beli utk durang kan. Keluar dari Sogo, Papa belanja Puan Saiman makan sama Permata Hati di Secret recipe di luar Sogo. Lepas makan, Papa tanya mau pegi mana, ala jawapannya senang jak "jom Pa, kita pegi Jalan Masjid India, seberang jalan jak pun".

Sampai di seberang jalan, Puan Saiman pegi beli Telekung utk mummy, tudung yang terbaru utk Mummy, Noi, Ning ngan As, tapi utk Didik belum lagi, ndak tau mau kasih beli dia apa????? Utk Adik sama bapa, Papa jak kasih beli, jadi ndak la Puan Saiman susah hati kan...... masa Puan Saiman di Jalan Masjid India, Permata Hati ada kestau Puan Saiman dia cakap "mama, mama.... Ibu cakap kan dia minta beli tudung airmata" punyalah Papa sama Puan Saiman ketawa bila dia cakap begitu, sampai dia cakap "mesti kasih beli ibu tudung, kalau ndak nanti abang ndak tau mau jawab sama ibu, kalau ibu tanya sama abang". Jadi Puan Saiman pun, cari la tudung, sampai di tempat jual tudung, Puan Saiman ndak jadi beli tudung airmata, Puan Saiman beli tudung yang terbaru, tudung bunga timbul.... hargapun bulih tahan juga, tudung airmata tu sudah ketinggalan zaman......muahahahaha...... 

Hari ni (27/11)

Pagi tadi, breakfast di kedai di bawah hotel tu jak, kedai mamak, Permata Hati ngan Papa makan roti telur, Puan Saiman makan roti kosong. Memang betul Papa cakap, ramai betul orang Sabah tinggal di hotel ni. Sebab masa breakfast, depan, kiri sama belakang Puan Saiman semua dari Sabah. Rupanya orang yang duduk di belakang Papa tu Datuk Pat*war*, tapi ialah kan di KL ni, kau-kau, aku-aku. Sedangkan kelmarin masa di Sogo, kami terjumpa juga ngan Datuk Sap*w*. Biarlah durang, back to the story.....

Puan Saiman bawalah Papa pegi Plaza GM di Jalan Chow Kit, nampak dalam web ok jak, tapi sekali pegi sana, ndak berbaloi betul. Mungkin kalau mau berjualan atau mau beli dalam kuantiti yang banyak, ok la. Dari jalan Chow Kit tu, kami jalan kaki sampai pegi Sogo, beli lagi barang di Sogo, Papa kasih beli Puan Saiman beg Carlo Rino...yes......thank you Pa. Disebabkan Papa sudah kasih beli Puan Saiman Oven kan, jadi Puan Saiman ndak la berani buka mulut minta beli apa-apa.... tapi kalau kena kasih beli tu, ambil jak la. Lepas dari Sogo, kira mau pegu Jalan Masjid India balik, tapi kaki sudah ndak mengizinkan. Jauh bah kami jalan tu.  Lagipun susah jugak mau cari teksi di Jalan Masjid India tu. Cam kelmarin, sudahlah banyak barang Papa angkat (kesian Papa), bila tunggu teksi, ada 4 keluarga didepan, kejap2 teksi datang ambil durang, tapi bila turn Papa, 1 teksi pun teda, kalau ada pun ndak mau pulak berhenti, sampai Puan Saiman kestau Papa, mungkin ini sebab Papa angkat banyak barang ni, sebab kalau di KK, mana la Papa angkat barang begini banyak. Dapat teksi pun, pemandu teksi ni ndak sabar, sepanjang jalan di mengeluh sudahlah begitu, minta hantar pegi Capitol Hitel dia hantar pegi Federal Hotel, last-last Papa bawa turun jalan kaki balik hotel, sib baik ndak jauh. 

Esok pulak, Puan Saiman kira mau bawa Papa pegi Aquaria-KLCC, lepas tu pegi balik Jalan Masjid India, mau beli tudung, ngan kain (itupun kalau jadi lah). Pulang pegi hotel Puan Saiman kira mau ikut Monorel atau LRT jak, kalau ikut teksi, pegi Bukit Bintang ni, Permata Hati bulih lagi tidur 1 jam, tapi kalau ikut monorel atau LRT kejal jak sampai, ndak sampai pun 30 minit. Betul-betul jammed gila di Bukit Bintang ni tapi Puan Saiman SUKA betul. 

Adoiii..... sakitnya belakang, oklah Puan Saiman mau kasih lurus kaki dan belakang dulu....kalau ada masa, Puan Saiman update lagi ok.....



Capitol Hotel 
7.43 malam
No Bilik : opppsss mana bulih kasih tau, nanti Puan Saiman kena culik...hahahahaha

Monday, November 24, 2008

Penatnya....

Sejak dua minggu kebelakangan ni, sibuk betul Puan Saiman. Macam-macam la dibuat. Betul orang cakap, kalau kita kerja ni kan, kerja tu ndak la bah pandai habis. Buat 1, dua datang, buat 2, 4 datang, buat 1 troli, 2 troli datang....sigh...
Jadi oleh kerana yang demikian, Puan Saiman ndak la dapat bercerita panjang. Dan mulai esok sampai hari Sabtu, Puan Saiman akan pegi bercuti ke KL. Papa ada cakap mau bawa Puan Saiman pegi mana jak yang Puan Saiman mau pegi, jadi Genting and Sunway Lagoon, here we come. Kalau Papa bawa notebook dia, Puan Saiman akan update dari hotel ok.........babai......sioknya ni......

Monday, November 17, 2008

Hujung minggu.

Hujung minggu yang lepas tu amat memenatkan. Hari sabtu tu, Puan Saiman pegi kerja. Full stop. Ndak payah cerita la. Banyak betul kerja yang dibuat. Cuma Puan Saiman mau bagitau, Puan Saiman pegi keja dari jam 8 pagi sampai jam 5 petang. Sampai rumah, badan cam kena pukul. Tapi ndak apa la bah kan, beginilah bah kita cari rezeki kan.
Kelmarim (Ahad), Puan Saiman bangun jam 8.45 pagi. Nah, kau!!! Bila Puan Saiman bangun, Permata Hati masih lagi tidur di sebelah. Papa sudah pun bangun. Bila Puan Saiman tanya Bibik, bibik bagitau Papa pegi beli newspaper. Lepas tu Puan Saiman mandi. Bila keluar dari bilik air, Permata Hati sudah bangun dan mandi di bilik air bibik. Lepas bersiap, Papa bagitau, jom breakfast di luar...Yes....
Lepas breakfast, terus pegi Sulaman, pegi beli ikan. Puan Saiman beli udang, sotong ngan ikan. Selesai membeli, bawa Papa singgah Desa di Damai, mau beli ayam. Lepas beli ayam, singgah rumah bapa hantar ikan ngan udang. Lupa pula Puan Saiman bagi sotong ngan mummy...sigh...
Sampai rumah, bibik bersihkan semua. Puan Saiman salin baju, trus buat bun. Syiok...syiok buat bun, sampai lupa ambil gambar...(tepuk dahi, terus). Cuba teka bila Puan Saiman ingat mau ambil gambar, sekarang ni la bila mau update blog. Puan Saiman sudah ambil gambar tadi. Tapi memandangkan Puan Saiman ni ndak pandai mau upload gambar dari handphone ke pc, jadi kena tunggu Papa la malam ni utk uploadkan...(sambil main mata ngan Papa ni :-D). Nantilah yer Puan Saiman uploadkan gambar. Dapatlah sikit bagi durang bapa, adik ipar Puan Saiman ngan 4 biji Puan Saiman bawa pegi ofis. Puan Saiman buat sausage bun ngan chicken mushroom bun. So buat bun kali ni memang success.
Hmmm... utk minggu depan Puan Saiman tengah fikir-fikir mau buat apa la ni. Tapi kiranya mau rehat lah dulu, kesian juga ngan oven tu, malar la bah minggu-minggu Puan Saiman guna. Tapi kalau ndak guna, relaks betul la pulak oven tu kan. Lagipun kalau ndak buat apa-apa, bibik balik-balik tanya 'kak, kita mau buat kek ka?'..... sigh.... tapi ndak apa, yang penting dia rajin mau kasih bersih barang-barang yang Puan Saiman guna...muahahahaha......

Tuesday, November 11, 2008

Cerita Papa.

Hari tu, Puan Saiman ada tanya ngan Papa bulihkah Puan Saiman cerita sikit2 pasal Papa. Tau apa Papa jawab ;

Papa : ndak payahlah.

Puan Saiman : ngapa Pa?


Papa : ndak payahlah cerita pasal Papa, cerita pasal Permata Hati jak la.


Tapikan ntahlah kenapa dari pagi tadi, Puan Saiman asyik teringatkan Papa. Percaya atau tidak, Puan Saiman ngan Papa, walaupun sudah hampir 13 tahun berkahwin tapi kami akan bersms setiap hari, lebih dari 10 kali. Kecuali bila Papa ada meeting atau kursus la. Tapi, ada sekali tu, Papa ada kursus, Papa cakap boring tul, jadi dia bersms ngan Puan Saiman lebih dari 20 kali...hehehehe...padahal pagi sebelum pegi kerja jumpa, petang pulang kerja pun jumpa juga. Ndak cukup sms kadang2 kami bertelefon jugak.

Macammana Puan Saiman panggil Papa (mula2 masa tunang dulu panggil abang, lepas kawin panggil Yang, lepas ada Permata Hati panggil Papa. Tapi sekarang ni, Puan Saiman kadang2 panggil Yang kadang2 panggil Papa). Papa juga dulu2 panggil Lai, lepas ada Permata Hati panggil Mama la pulak). Mesti ada yang tanya kenapa pandai berubah pula nama panggilan ni kan. Bukan apa, masa Permata Hati start belajar bercakap dulu, bila dia dengar Puan Siaman panggil Papa yang, dia pun panggil Papa..Yang...Yang..., bila dia dengar Papa panggil Puan Saiman, Lai, dia pun panggil Lai...Lai...muahahahaha. Jadi lama-lama melekat pula nama panggilan tu.Ndak apa la bah kan Pa, janji Rock....muahahahaha.
Ini cerita sikit pasal Papa, Papa ni kan memang pendiam. Ngan Puan Saiman pun dia cuma cakap benda yang penting jak, selebihnya kalau Puan Saiman cakap, dia cuma jawab ya, ndak, angguk atau geleng kepala. Kalau ada benda yang dia ndak suka memang nampak dari airmuka Papa, dari cara jelingan dia pun Puan Saiman tau dia marah. Tapi kalau ada dia mau cakap atau something dia mau kasih tau Puan Saiman tu, dia cakap jugak la. Papa pun kalau cakap, nada suara tu telampau la perlahan, sampai Puan Saiman terpaksa bertanya berkali-kali, tapi Puan Saiman bukan sound trouble ah... Airmuka Papa ni serius betul, sekali nampak kan cam sumbung pulak, tapi sebenarnya Papa cakap... urang ensem mimang gitu..(ya la tu)...
Papa ni kan suka makan kari ayam dan sup (apa jak jenis sup). Papa ndak berapa suka makan sardin, tapi Puan Saiman suka betul. Papa ndak berapa suka tinguk tv, tapi Puan Saiman, jangan cakaplah, kadang-kadang tv tinguk Puan Saiman...hahahahaha... Papa ni sabar betul, tapi Puan Saiman kurang sabar. Ah! ini yang penting ni, Puan Saiman berkulit putih/cerah, sudah lah putih cute pulak tu (sila muntah ah lepas baca ni). Papa berkulit hitam, tapi biar hitam asal hatinya putih (ni kalau Noi, Ning, As sama Didik baca statement ni mesti durang ketawa ni) bah jangan sampai bos kamu nampak ah....
Ada satu rahsia Papa yang ramai orang ndak tau, Papa pernah cerita ngan Puan Saiman, masa dia di U dulu, dia pernah tinguk konsert Search, pakai seluar ketat (kalau pakai seluar ni mesti guna plastik supaya senang pakai) lepas tu ikat saputangan di paha...muahahahahaha..... biasalah rock kan.... ini Papa yang cakap...opssssss, terlepas cakap la pulak......
Ini lagi satu, yang selalu Puan Saiman tension ngan Papa ni, kalau Papa letak jak kepala di bantal, ndak sampai 2 minit trus tidur, yang Puan Saiman ni, baring 30 minit pun belum tentu lagi tidur. Sakitnya hati bila pusing kanan nampak sedap betul Papa tidur, pusing kiri, Permata Hati ngerok...negrok..tidur, last2 Puan Saiman pasang tv. Kalau ndak juga dapat tidur, pasang notebook. Kalau ndak juga dapat tidur, paksa mata tutup, last2 tv ber'on' tinguk Puan Saiman..hahahhhaa...cuba teka sepa yang kasih 'off' tv. Bukan Papa (Papa kadang-kadang jak), tapi Permata Hati la. Kalau sudah pagi tu, Permata Hati bangun, mesti dia cakap 'sepa yang tinguk tv semalam ndak kasih mati tv ah'.... masa ni Puan Saiman buat derkkkk jak...hahahahaha.
Ok...ok.... tarik nafas...... sebelum Papa menjeling ngan Puan Saiman.... Puan Saiman berhenti la...muahahahahhaa... ikat saputangan di paha..... muahahahahaha. Ndak sabar mau tunggu Papa pulang petang ni. Bagus pun jauh ofis Papa tu, ndak sampai pun setengah jam dari rumah...ceh...

Monday, November 10, 2008

Testing...testing...

Minggu lepas hari Khamis (06/11) petang, Papa pulang bawa something yang membuatkan Puan Saiman ndak dapat tidur. Maka dengan ini Puan Saiman mempersembahkan.... OVEN BARU pemberian Papa.....(tq, Pa...muahhhh)

Oven pemberian Papa ni, Papa cakap utk anniversary yang ke 13 on this coming December. Ok la Pa, advance pun advance la


Maka, kelmarin (09/11), Puan Saiman telah merasmikan Oven tersebut. Buat 1 adunan cupcake (dapatlah lebih kurang 21 biji). Inilah dia.....tadaaaaa....



Nampak ni, cantik jak masak dia kan.....kan...... Nampak acuan tu, tu acaun tray tu pun papa sponsor tau.... (pssttt....Puan Saiman beli dua...hahahaha)




Lepas tu, Puan Saiman buatlah aising la......ini la kejadian dia lepas tu.







Tadaaaa........, ini kali ke-3 sudah Puan Saiman buat. Ini bukan kena order, tapi sajalah praktise buat cupcake sama dekorasi aising.









Cupcake ni dibuat pertama kali ketika Ning 'open house'. Dia buat 'open house' serentak sama sambutan birthday bibing, Izz ngan Nana. Tapi tau la budak-budakkan, semua dapat hadiah yang dibeli oleh Noi....(tq Noi). Puan Saiman pula buat cupcake utk budak-budak ni. Jadi mau tau apa jadi, tinguk Aming, Permata Hati ngan Akma tu, durang berdiri didepan cupcake, sebab ndak sabar sudah durang mau ngap cupcake tu kan. Tapi yang lucu tu, mata durang menjeling sama kek yang Noi beli..hahahahaha....
Kalau ada antara anda yang mau try cupcake Puan Saiman ni.... murah jak bah Puan Saiman jual. Kalau mau bolehlah kol Puan Saiman ataupun tinggalkan alamat e-mail, ok.

Thursday, November 6, 2008

Cuci telinga.

Tadi masa lunch, Puan Saiman pulang rumah bapa (dari ofis pegi rumah bapa, lebih kurang 5 minit - kalau drive la, kalau jalan kaki, lebih kurang 20-25 minit). Sampai di rumah bapa, jumpa Adik garage, tengah check kereta dia. Puan Saiman tanyalah Adik
Puan Saiman : mana mummy ?
Adik : ada di dalam, tengah bising-bising.
Puan Saiman : apasal?
Adik : Pasal orang gaji la.
Ah sudah, apasal pulak bibik-bibik ni. Di rumah bapa ni, kalau siang ada 2 orang bibik. 1 bibik As. As ni memang tinggal sama durang bapa. 1 bibik lagi, bibik Didik. Kalau siang Didik bawa bibik dia jaga Nana di sana, lepas pejabat nanti Didik bawa la bibik dia pulang. Bila Puan Saiman masuk rumah, Puan Saiman duduk. Terus bapa cakap sama Puan Saiman.
Bapa : tension mummy ko tu.
Puan Saiman : ngapa, Pak.
Bapa : Ko pecaya, tadi kami pegi tamu, tu dua langsung ndak buat apa-apa di rumah. Menyapu pun tidak.
Puan Saiman : Apa jak durang buat ?
Bapa : teda apa-apa. Tu yang mummy ko bising di dapur tu.
Keluar As dari dapur pegi ruang tamu. Mungkin dia sudah sound bibik dia masa di dapur. As terus tanya bibik Didik.
As : kak, apa kamu buat di rumah tadi ?
Bibik Didik : ......(senyap jak ndak jawab apa-apa pun).
Jam 1.50 t/hari, As balik ofis. Masa ni Puan Saiman tengah makan. Jam 2.00 ptg. Adik tengah baring di sofa, tengok tv. Bapa dalam bilik, mummy tengah ambil air sembahyang.
Puan Saiman : Adik, tolong off dulu tv tu, ada kakak mau cakap.
Adik : ...(trus kasih off tv). Masa ni adik trus keluar.
Puan Saiman : Ini ada saya mau cakap sama kakak (Bibik Didik) sama Rina (Bibik As). Sepatutnya kamu dua di rumah ni pandai-pandailah buat kerja. Rina, kalau Weeda tidur, tolonglah menyapu ka, mop rumah ka, kasih bersih la rumah ni. Kalau dia tidur, apa yang kamu buat ? Kakak pun sama, patutnya kakak tolong tengoklah Weeda tu kalau Rina tengah buat kerja. Nana pun bukannya kakak dukung jak. Kasih masuk dia dalam kereta roda dia. Kalau dia ndak nangis, kakak bolehlah tolong buat kerja sikit-sikit. Ini ndak, dua-dua kamu ndak buat apa-apa. Masing-masing tunggu sepa yang patut buat kerja. Patutnya kamu dua di sini tolong la bah mama (durang panggil mummy dgn panggilan mama), ini ndak mama pulak yang tolong kamu. Kakak, jangan juga telampau dukung Nana tu, kalau telampau biasa juga kena dukung, nanti apa pun ndak la bulih buat apa-apa. Rina, kalau Weeda sudah makan minum, jangan lah duduk jak dekat dia. Selagi dia ndak menangis, buat la kerja lain, cuma tinguk-tinguk juga la dia. Kalau kamu dua urang ndak buat apa-apa, jangan kan mama, kalau kamu di kampung, mama kamu pun marah. Kalau kamu ndak mau kena tegur, atau kalau kamu ndak mau kena marah, buat lah kerja. Gaji yang kamu dapat tu ndak berkat, kalau kamu buat kerja sambil lewa jak. Itulah sebab kalau kamu terima gaji, sekejap jak habis, sebab kamu buat kerja sambil lewa jak. Buatlah kerja cam kerja tu tanggungjawab. Bukan ndak buat, hujung bulan tinggal terima gaji jak. Kalau kamu rasa kerja ni ndak sesuai sama kamu, minta berhenti sama majikan kamu. Cari kerja lain. Jangan sampai selalu kena tegur, kena marah. Bila kamu ndak buat kerja, kamu kena marah. Bila kena marah kamu menangis, dalam diam kamu berdendam. Kita masing-masing sudah dewasa, masing-masing boleh fikir sendiri. Saya harap apa yang saya cakap ni masuk telinga simpan dalam kepala, bukan masuk telinga kiri keluar terus telinga kanan.
Bila Puan Saiman selesai cakap, bibik As menangis. Bibik Didik sudah merah mata. Puan Saiman ni ndak pernah tegur bibik-bibik ni. Kalau tegur pun Puan Saiman ndak suka tegur depan-depan orang. Cakap pun pelan-pelan jak, ndak lah dalam intonasi yang marah. Puan Saiman cool jak. Puan Saiman pun jaga juga perasaan durang kan. Walaupun durang tu pembantu rumah, tapi durang pun manusia jugak kan. Darah pun merah juga. Puan Saiman harap durang dengar lah cakap Puan Saiman ni.
Kalaupun adik-adik Puan Saiman baca blog ni, Puan Saiman harap durang faham apa yang Puan Saiman cuba sampaikan sama bibik durang. Kalau durang marah pun sama Puan Saiman terpulanglah. Walaupun durang cuma tinggal waktu siang ataupun tinggal sama-sama di rumah bapa, durang kenalah tolong buat kerja rumah juga. Di rumah tu semua ada. Bukannya perlu angkat air, bercucuk tanam, mengecat rumah. Cuma perlu tolong angkat kain, menyapu dan buat kerja rumah yang lain kecuali memasak. Sebab yang memasak kalau bukan mummy, bapa yang masak sendiri dan kasih makan durang. Ndakkan bila mummy atau bapa masak, kuali pun durang ndak bulih tolong cuci kah? Tapi kalau adik-adik Puan Saiman ndak suka apa yang Puan Saiman cakap, sila tinggalkan bibik di rumah anda sendiri!!! Sebab akhirnya yang menerima akibat ialah mummy dan bukannya orang lain. Cukup-cukuplah kita menyusahkan mummy dan bapa. Cukup-cukuplah durang kasih besar kita. Kasih hidup kita macam orang lain. Kalau marah, terpulanglah....

Wednesday, November 5, 2008

Sensitif.

Sensitif - sensitif (sénsitif) 1. mudah (lekas) merasai sesuatu, lekas bergerak balas (memberikan reaksi) terhadap sesuatu rangsangan, peka, mudah tersinggung (perasaan, peribadi, dll); 2. boleh memperlihatkan perubahan yg sekecil-kecilnya (alat yg menyukat spt jangka suhu, neraca, dll), mudah (lekas) bergerak balas (bkn alat, mesin, dsb).


Menurut kamus Melayu, maksud sensitif melibatkan perkara (1) adalah berkaitan. Sensitif ni bukan saja melibatkan orang yang lebih berumur tapi juga anak-anak. Ini cerita pasal Permata Hati. Permata Hati ni sensitif betul. Pantang kena usik sikit, ndak lama tu, mengalir la air mata. Bukan jak gitu, pantang kena janji, tiba-tiba kalau yang dijanji tu ndak jadi, mengalirlah air mata tu. Macam tadi, masa Puan Saiman ambil dia, Puan Saiman bagitaulah sama dia, yang Papa ada kol bagitau yang Teacher Kelly (cikgu Piano) dia ndak jadi buat kelas ganti ni malam sebab ada masalah yang ndak dapat dielakkan jadi petang ni dia kena pegi tuition. Teacher Kelly ni ada bagitau Papa hari sabtu yang lepas tu, ada 2 kali kelas yang dia ndak dapat ajar bulan lepas, jadi dia mau ganti malam ni, dari jam 7 sampai jam 8 (1 jam jak). Jadi ari minggu tu, Puan Saiman bagitau ngan Permata Hati, sebab hari rabu nanti (5/11) malam ada kelas muzik, jadi petang ndak payah pegi tuition. Apalagi, punyalah Permata Hati happy. Tapi, bila Puan Saiman bagitau tadi, mengalir air mata si kawan bah. Terpaksa Puan Saiman kasih berhenti 'kuda putih' di depan sekolah lama Maktab Sabah (ada ruang berhenti di tepi) sambil pujuk-pujuk dia. Aikk...maikn kena pujuk makin lebat pula airmata. Puan Saiman tanyalah 'abang mau beli popcorn ka' dia jawab 'mau'...tapi tu suara semut pun ndak dengar. Sib baik Puan Saiman ada korek telinga semalam. Jadi lepas tu singgah di Giant Kepayan Ridge. Tapi apa kes, masuk dalam utk parking pun bayar RM1, dulu free, sekarang bayar la pulak. Tapi ndak apa, yang penting dapat beli pop corn. Puan Saiman parking jak di depan Giant tu, blok jak la kereta orang sekejap, sebab pop corn tu kena jual dekat main door bangunan tu jak. Sekali tinguk, alamak teda pula durang buat hari ni, tapi ndak apa, Permata Hati cakap 'jangan la susah-susah mama, teda pop corn, abang beli jak la eskrim'. Ah sudah....minta eskrim la pulak. Tapi ndak apa, yang penting dia ndak lagi merajuk. Lepas bayar, Puan Saiman ngan Permata Hati trus pulang.


Sampai di rumah, Puan Saiman slow talk, sepa ndak tau, Puan Saiman ni kan pakar memujuk...hehehe...ndak caya tanya Papa...(kan, Pa). Puan Saiman cakap la gini, ' petang ni abang pegi la tuition, nanti malam kita pusing', tiba-tiba si kawan nangis balik, ah sudah... Lepas tu dia minta Puan Saiman kol Papa, rupa-rupanya dia bagitau Papa dia minta bawa pegi pusing di tempat dia belajar piano tu....isshhhh....tapi ndak apa...sabar jak Puan Saiman tu. Lepas tu Puan Saiman cakap lagi 'lepas abang cuci tangan sama kaki, abang pegi makan, lepas makan nanti mama kasih mandi'. Dia said 'ok mama'. Jadi masa Puan Saiman kasih mandi dia, dia bagitau la yang hari Jumaat nanti dia teda sekolah sebab ada Majlis Penyampaian Hadiah utk Taska 2 ngan Tadika 2 (turn Permata Hati minggu depan 14/11). Jadi hari Khamis petang bulih lah main PSP, jadi Puan Saiman pun cakap 'ok, no problem'. Tau apa Permata Hati cakap ngan Puan Saiman, 'Ma, mama tau ka ari khamis tu bisuk' sambil dia senyum2 lagi tu. Astagafirullah, hari khamis sudah pula bisuk kan. Jadi, bisuk petang ni lepas pulang dari kelas tuition Permata Hati tu main PSP dia sampai la hari Ahad malam.....sigh....

Friday, October 31, 2008

Pukulan Sayang!!

Tadi masa ambil Permata Hati dari sekolah, ntah apasal dia mengamuk semacam. Permata hati tu cakap yang Papa janji mau ambil dia hari ni. Tapi mana la bah Papa dapat ambil dia, sebab hari ni kan hari Jumaat, Papa kena pegi sembahyang. Naik jak 'kuda putih' trus dia angin semacam. Siap marah Puan Saiman lagi tu. Puan Saiman bagitau la Papa ndak dapat ambil sebab dia ada hal ngan boss dia. Lepas tu Permata Hati diam. Puan Saiman sangka selesai sudah. Bila sampai rumah, bila bibik buka pintu 'kuda putih', tiba-tiba Permata Hati buang beg ngan kasut sekolah dia dari 'kuda putih'. Masa ni Puan Saiman masih lagi boleh bersabar. Dalam hati 'ndak apa la, budak', sedangkan kita orang tua pun...opssss....bukan orang tua, tapi kita yang 'muda' ni pun pandai bad mood apa lagi budak kan.
Masuk jak rumah, Permata Hati ni terus teriak minta makan. Puan Saiman bagitau la, buka baju ngan seluar sekolah tu dulu, cuci tangan ngan kaki, lepas tu baru makan. Sambil-sambil dia buka baju, dia teriakkan bibik, minta makan. Ndak apa lagi tu....biarlah budakkan, mungkin penat pulang dari sekolah. Masa ni Puan Saiman cuma tinguk jak, cakap pun cakap pelan2, pujuk2. Lepas tu Permata Hati makan, ini hari dia minta bibik suapkan dia makan.
Lepas makan, bibik mandikan dia. Lepas mandi, masa bibik mau pakaikan dia baju dalam bilik, masa ni Puan Saiman tengah tinguk tv, Permata Hati tu datang, trus offkan tv. Puan Saiman cakaplah on la tv tu balik. Lepas tu dia onkan. Masa bibik pakaikan baju tu Permata Hati marah-marah, masa ni dia pegang anak patung teddy bear dia. Tiba-tiba dia hempukkan patung tu di muka bibik, jadi bibik pun terus la cakap, 'abang, kakak pun tau sakit ni tau'. Apalagi bila Puan Saiman nampak apa yang dia buat, trus Puan Saiman pukul tangan dia. Puan Saiman rasa, bibik pun terkejut jugak tu. Lepas tu Puan Saiman tarik dia naik atas katil, suruh tidur. Permata Hati ni apalagi, menangislah. Apa ndak, Puan Saiman ni JARANG betul pukul Permata Hati ni apalagi mencubit. Lepas 10 minit dia baring sebelah Puan Saiman, Puan Saiman pun tanya dia, 'tau ka kenapa mama pukul abang' sambil dia nangis dia angguk2kan kepala dia. Dia jawab 'sebab abang nakal, minta maaf, mama, lain kali abang ndak buat lagi.' Bila Permata Hati cakap begini, bergenang juga air mata. Tapi Puan Saiman cepat2 peluk dia. Puan Saiman cakap la, 'lain kali kalau main pun ndak bulih pukul atau hempuk mainan di muka orang, nanti lain kali orang cakap mama ndak pandai ajar anak'. Lepas tu Puan Saiman buatkan dia susu (Permata Hati ni masih lagi menyusu botol), ndak lama lepas tu dia tertidur. Bila Puan Saiman tinguk dia tidur, menangis tul Puan Saiman. Bukan apa, sakit bah juga kena pukul tu. Tapi bukanlah Puan Saiman pukul sampai patah2 tangan. Pukul2 sayang jak bah tu. Puan Saiman check balik tangan dia yang Puan Saiman pukul tu, ndak merah pun.
Dulu2 Puan Saiman sama adik2 pun kena pukul juga oleh mummy, tapi ndak la bah sampai patah2 tangan, tapi pukulan itulah yang sebenarnya mengajar kita. Puan Saiman rasa mana-mana budak2 pun ndak mustahil kena pukul, kena cubit ka oleh mama bapa kita kan. Sebelum Puan Saiman pegi kerja tadi, Puan Saiman cium betul dia. Selimutkan dia tidur, pasangkan aircon. Sempat lagi Puan Saiman pesan ngan bibik, jangan bangunkan dia, biar dia bangun sendiri. Malam ni Papa mau belanja makan di luar, tapi ndak tau di mana Papa mau bawa. Cuma Papa ada cakap malam ni pegi City Mall, hari minggu nanti pegi 1Borneo. Esok malam, Permata Hati ada 'konsert' di sekolah dia, Papa sudah beli 2 tiket. Jadi bisuk petang, lepas hantar bibik cuti hujung minggu, Puan Saiman mau bawa dia pegi makan dulu, lepas tu baru hantar dia pegi sekolah. Hmmm.....siapa yang ndak sayang sama anak kan.......

Thursday, October 30, 2008

Menjahit atau Memasak

Susah...betul-betul susah kalau mau buat dua pilihan ni. Sebab dua-dua pun Puan Saiman suka. Puan Saiman suka menjahit sebab Puan Saiman ada mesin yang Papa kasih beli. Kalau ndak lagi Puan Saiman pegi kelas menjahit, silap2 lain kali kalau mau minta beli apa-apa, Papa buat derkkk jak tu. Cuma sekarang ni Puan Saiman teda masa mau pegi kelas (baca: bukan teda masa, tapi kalau pegi ari enam sama ari minggu - ramai tul urang. Kalau pegi hari bekerja pun ndak dapat, tapi masa ni best tul mau pegi sebab ndak ramai urang, masalahnya Puan Saiman ni kerja la pulak...hissshhhh). Ni kalau Papa tau ni, silap2 kena cuci telinga ni. Kalau masa masak pulak, Puan Saiman pun suka sebab Puan Saiman ni kan family women. Macam mana penat pun, Puan Saiman mesti masak utk makan malam. Walaupun bibik cuti, dapur Puan Saiman mesti berasap (errr...kadang-kadang la....hehehehe). Tapi ini bukan salah Puan Saiman ah...Papa tu yang selalu cakap mau belanja di Kenny Rogers...mana bulih tolak beb...muahahahahaha.
Puan Saiman suka memasak. Pantang ada resepi baru, mesti Puan Saiman masak. Lebih lagi kalau Puan Saiman nampak Permata Hati ngan Papa makan. Aduii...kalau bulih siang malam mau masak bagi durang makan. Begitu juga kalau Puan Saiman masak lepas tu bapa, mummy, adik-adik ngan anak-anak buah makan siap minta tambah nasi lagi tu, punyalah siok nampak durang makan. Tapi mcm orang selalu cakap, seseorang tu cuma ada 1 speciality, jadi dengan ini Puan Saiman ingin war-warkan bahawa Puan Saiman lebih kearah memasak. Ndak kisahlah masak lauk ka, buat kek ka... suruh la masak apa jak, gerenti Puan Saiman akan bergembira. Rasa PUAS bila selesai masak atau lepas menjahit memang lain....(Pa, kalau Papa baca blog Mama ni, jangan marah mam ah... mama ni kan sensitif ;-D ...pssttt...tu bunyi pujuk2 tu). Tapi jangan risau, Puan Saiman tetap akan meneruskan kelas menjahit tu. Tapi memasak tetap di hati.
Ok lah, sekian laporan utk hari ini, Insyaallah esok-esok Puan Saiman akan sambung cerita lagi...bye.

Tuesday, October 28, 2008

Penat tapi Best.

Open house hari Ahad tu berjalan dengan baik dan lancar seperti yang dirancangkan. Tetamu datang dari jam 11.00 pagi sampailah lepas Maghrib. Tetamu yang terakhir pulang adalah antara rakan karib Puan Saiman setelah 4 tahun tidak berjumpa. Beliau merupakan seorang ibu tunggal beranak dua. Anak-anak beliau kalau 4 tahun yang lepas masih lagi bersekolah rendah kini menjadi 2 orang anak perawan yang cantik dan baik budi pekerti. Pandai betul kawan Puan Saiman tu mendidik anak. Kawan Puan Saiman ni ditinggalkan oleh suaminya ketika anak-anak masih kecil lagi dan masa tu kawan Puan Saiman merupakan seorang saudara baru. Namun berkat kuat semangat dan kerana anak-anak, beliau tetap cekalkan hati. Alhamdulillah, kini kehidupan beliau sudah berubah. Opppsss..... cukup, kita tukar cerita lain pulak.


Di KK ni dari hari Jumaat petang sampai la hari Ahad tu, hujan bukan main lagi. Kelmarin hari Isnin (21/10), sebelah petang Puan Saiman buat cupcake yang telah ditempah oleh Pejabat Puan Saiman. Lebih kurang 50 biji Puan Saiman buat. Didik pun join juga buat sebab di mau buat utk bawa pegi pejabat dia. Tadi Puan Saiman dapat order lagi sebanyak 200 biji, tapi Puan Saiman ndak sanggup mau buat memandangkan kapisiti oven tidak mengizinkan lagipun bisuk mau kerja, silap2 kalau telampau buat cupcake, bisnes maju, kerja ntah ke mana... jadi oleh kerana Puan Saiman ni seorang pekerja yang berdedikasi maka, order cupcake sebanyak 200 biji telah ditolak. Tadi adik ipar (adik Papa) juga ada sms, dia cakap ada kawan dia mau order cupcake 50 biji utk 14/11, Puan Saiman cakap, bisuk baru Puan Saiman kasih keputusan, sebab kalau kerja susah sikit mau buat. Lagipun Puan Saiman mau bagi tumpuan utk Permata Hati ngan Papa, so kalau hujung minggu tu ok sikit jugak kan. Kalau hari bekerja ni, Permata Hati tu lepas makan malam biasa minta bawa jalan, jadi Papa ngan Puan Saiman terpaksalah kasih kawan Permata Hati tu kan. Macam kawan Puan Saiman cakap, masa anak-anak kita ni masih kecil2 la kita selalu kasih kawan dia jalan-jalan, nanti kalau dia sudah masuk remaja tu, mana lagi dia mau kasih kawan kita jalan2 tu... tapi Puan Saiman rasa, memang betul jugak tu.
Hari ni Jabatan Puan Saiman buat 'Open House' utk semua staff. Yang best tu, setiap Bahagian diarahkan utk memasak lauk. Apalagi, pagi tadi Puan Saiman sempat memasak nasi. Mcm masak utk kenduri. Ada Bahagian yang masak rendang, macam-macam lagi la. Bila susun makan tadi pagi, ndak muat bah 4 meja.... bestnya makan (puasa turun 2 kilo, belum lagi abis syawal naik 3 kilo, apa kes.... hahahaha).

Friday, October 24, 2008

Jumaat yang ditunggu...

Ya..... seperti biasa, Puan Saiman ni memang suka betul kalau hari Jumaat. Apa indak, bisuk sama ari minggu bulih bangun lambat..(cisss.... kalau hujung minggu mana la bangun lambat, mata ni, jam 6 sudah bangun, tapi kalau hari bekerja, jangankan jam 6, sampai limpas 6.45 pagi pun belum lagi mau bangun tu).
Agenda bisuk (25/10) - ada jemputan kahwin di Petagas. Ini kena pegi la ni sebab yang kawin tu 1st kazen.
(26/10) - Insyaallah, kiranya mau buat open house utk kenalan rapat, cikgu Permata Hati, jiran sebelah, dan yang paling utama, keluarga. Jadi maknanya lepas pegi rumah orang kahwin (25/10) tu, kena pegi tamu Putatan la ni, mau belanja sikit2. Kalau ikut perancangan Papa ngan Puan Saiman, kiranya Puan Saiman mau buat Nasi Putih, Nasi Impit, Sambal Satay, Kari Ayam, Rendang Daging, Sup Tulang, ngan Mee Soto. Insyaallah, ini perancangan jak. Kalau ada rezeki lebih tu adalah lebih kan, kalau teda, amacam jugak...(pssstttt... Papa sudah kasih PERINGATAN tu, jangan lari budget, nanti teda money pocket pegi KL)....(Ok, Pa, jangan risau, semua under kontrol).....hehehehehe
(27/10) - petang (jam 4.00) kena buat cupcake, malam kena buat aising dan terus hias cupcake. Sebab hari Selasa kena bawa pegi ofis.
(28/10) - Selasa, kerja sudah balik.....
Masa Puan Saiman ambil Permata Hati tadi, dia minta pinjam phone Puan Saiman, dia mau kol Papa kunun. Puan Saiman ada tanya juga, dia mau cakap sama Papa pasal apa... tau apa dia jawab, "adalah, Ma." Rupanya dia minta bawa papa pegi Karamunsing malam ni, sebab dia minta bawa makan KFC. Sempat lagi Puan Saiman dengar dia cakap tu...."Pa, abang abis sudah exam hari ni." Puan Saiman nampak, senang betul hati dia. Mungkin sebab dalam minggu ni dia ada exam akhir tahun kan. Tapi, yang Puan Saiman ndak tahan tu, kalau kena tanya amacam exam, bulih dia jawab... "senang jak bah...semua abang bulih jawab" jangan salah sangka ada lagi ayat di belakang tu "abangkan hebat cam Ben 10".........hahhahahahaha
Jadi maknanya malam ni Puan Saiman sekeluarga akan makan KFC. Bibik tu kadang2 mau ikut, kadang2 ndak mau pulak.... sebab kalau dia ndak ikut, dia bulih tinguk Astro Aruna tanpa gangguan.... kadang2 kalau ada lauk siang tu lagi pun dia ndak mau ikut, sebab dia cakap sayang lauk tu teda sepa yang makan.... Puan Saiman pula rasa terpulanglah, sudah kena bawa, ndak mau ikut, kalau ikut pun ok jugak, kan.

Thursday, October 23, 2008

Rindu ker???


Tuai Padi antara Masak
Esok Jangan Layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Rasanya lama betul sudah Puan Saiman ndak update blogkan. Bukan apa sebenarnya. Puan Saiman kurang sihat. Rasanya lama betul Puan Saiman ndak kena demam ni, sekali kena, mau dua minggu juga ndak sihat ni. Dari minggu lepas (hari Khamis dan Jumaat) kena bagi sick leave. Sambung lagi hari Isnin. Hari Selasa ambil EL sebab masih lagi kurang sihat, dan kelmarin barulah start kerja. Sekarang ni pun, badan masih lagi lemas-lemas. Suara pun cam suara itik kena cekik.

Rasanya demam ni bercampur-campur sama demam terkejut ni. Apa ndak, hari Sabtu yang lepas tu (18/10), Puan Saiman buat cupcake utk anak-anak buah Puan Saiman yang menyambut Hari Jadi durang malam tu. Dan seperti biasalah, gambar sudah diambil oleh Papa tapi, malas tul Puan Saiman mau upload ni. Nantilah ya... Ning buat open house dan terus buat sambutan Hari Jadi budak2 tu. Puan Saiman ndak sangka betul budak-budak tu excited nampak cupcake tu. Mungkin sebab cupcake tu berwarna warni kan. Lagipun Puan Saiman buat dua perisa kek, 1 coklat cupcake dan 1 lagi vanilla cupcake (betul kan tu ah). Dan seperti biasa adunan pertama tidak menjadi dan akhirnya masuk ke dalam tong sampah. Sebenarnya bukan salah adunan tu pun, tapi oven yang sudah berumur tu sudah sampai masanya. Mula2 cantik jak, sudah pertengahan cupcake tu mau masak, oven tu pun menghembuskan nafas yang terakhir. Makanya cupcake tu pun menjadi bantat.....

Bila Puan Saiman bagitau Papa pasal oven ni, Papa pun offer la Puan Saiman suruh beli yang baru. Berbunga juga hati tu kan, tapi kalau mau pegi beli oven ni, bukan pegi kedai terus beli kan, ni mesti mau juga survey2 kan (ehem: Papa, sila beri perhatian ah). Puan Saiman trus bagitau Papa, nanti Puan Saiman fikir dulu sepa yang ada oven cam mummy tu...sebab Puan Saiman lebih selesa guna oven tu, sebab sudah biasa kan. Tiba2 Puan Saiman ingat adik Papa yang bongsu tu...Una... trus Puan Saiman kol dia. Syukur Alhamdulillah, ipar Puan Saiman tu cakap, ndak payah la beli, kejap lagi dia hantar oven tu sebab dia ndak pun pakai. Padahal oven dia ni baru dia beli masa puasa tu. Sebab dia sudah offer, truslah Puan Saiman bagitau dia, mau join buat cupcake..... dipendekkan cerita, siap jak cupcake tu masak dan sejuk, Puan Saiman mulalah buat icing... apalagi Puan Saiman, Una sama bibik, apalagi berabislah kami kasih tunjuk skill hiaskan icing atas cupcake tu. Cam biasalah Puan Saiman ni kan baru belajar, jadi hiasan tu ok lah, begitu juga ngan Una, tapi hiasan dari Bibik...Ya Allah..... punyalah.....berapa kali kena ajar pun ndak masuk juga.... last2 dia pun give up.... tapi Puan Saiman cakap, len kali kita buat, Puan Saiman ajar dia lagi.

Minggu depan ni ada buat 'pot luck' di ofis. Rezeki daripada Allah utk Permata Hati, ada sudah order utk cupcake ni. Jadi Hari Isnin malam selasa nanti Puan Saiman akan buat cupcake ni semula. Puan Saiman pun sudah bagitau Papa minta beli oven... and secara dasarnya Papa sudah kasih green lite. (So Pa, hujung minggu ni boleh lah kita beli kan). Ala bukan Puan Saiman minta beli yang mahal, setakat boleh masak, jadi lah kan.

Oklah, sampai sini dulu bebelan Puan Saiman dulu, bukan apa, mata ni pun berbalam-balam sudah nampak skrin monitor ni.


Thursday, October 16, 2008

Misi Pertama Berjaya!!


Salam semua,

dengan bangganya Puan Saiman mau war-warkan bahawan dengan bangganya Puan Saiman berjaya membuat biskut sampret dengan cantik dan sedap. Tapi biasalah bah kan bila percubaan pertama ni kan, ada biskut tu pecah, tapi bukan hangus ah.... dapatlah 1 balang, dan 1 mangkuk sederhana biskut pecah. Rasa bulih tahan. Buat pertama kalinya selama 13 tahun berkahwin, Puan Saiman buat biskut sendiri dengan bantuan bibik la bah, walaupun bibik ni banyak komplen. Mummy ngan Nonoi sama Akma datang, sempat lagi durang rasa biskut yang Puan Saiman buat ni. 


Tadi Papa pulang dari ofis lambat, sebelum Maghrib dia sampai rumah. Puan Saiman buatkan Papa Red Guara trus kasih tunjuk biskut sampret dalam balang. Papa makan 5 biji and said "sedap", apalagi Puan Saiman kambang bah. Puan Saiman kestau la Papa, masa buat biskut tadi, teda mixer, sebab masa Puan Saiman pegi Putatan tadi, ada juga jual mixer, tapi brand dia ndak kena ngan hati Puan Saiman. So mau tau apa Papa cakap, "so mau beli mixer ka??" Apalagi Puan Saiman, trus bah jawap "kita pegi beli malam ni ka Pa", Papa said yes, and asked again, "mau beli di mana"?? Puan Saiman jawab di Karamunsing. So lepas Maghrib Papa bawa Puan Saiman ngan Permata Hati pegi beli (thank you, Pa).....lalalalala..... Puan Saiman rasa la kan, macam Papa tu mau kasih beli microwave jak, sebab tadi Papa tanya mana satu microwave yang Puan Saiman sudah tinguk2 tu, and masa di kedai tu, Papa sendiri pegi tinguk microwave tu. Tapi buat masa ni Puan Saiman ndak bulih minta lebih2 sebab baru jugak kena kasih beli mesin jahit kan. Tapi kalau kena kasih beli, syukur Alhamdulillah, tapi kalau teda pun buat masa ni ndak apa juga kan. Lagipun Papa mau bawa Puan Saiman ngan Permata Hati pegi KL bulan depan, masa cuti sekolah, jadi Puan Saiman ndak sampai hati mau minta lebih-lebih kan. 

Insyaallah, mungkin esok Puan Saiman mau cuba buat kek pula. Kalau kek yang Puan Saiman mau buat ni jadi, maka peluang dibelikan oven yang lebih canggih akan terlaksana jua, cuma tunggu bila, dan rezeki sahaja, Amin.


Wednesday, October 15, 2008

Kerja...kerja...kerja...

Sejak dari balik cuti beraya ni kan, sibuk tul Puan Saiman. Sibuk kerja, sibuk ngan Permata Hati, sibuk menjahit dan sibuk tinguk tv.
Jadual hidup Puan Saiman sekarang ni begini. Hari Isnin sampai Jumaat. Pagi pegi ofis, jam 11.15 pagi keluar ambil Permata Hati. Kalau Papa teda meeting, Papa la yang ambil. Tengahari balik ofis. Petang pulang, sampai rumah masak. Lepas masak, mandi, makan, bawa Permata Hati round2 KK, tapi dalam kereta jak. Pulang, makan vitamin lepas tu trus tidur.
Hari Sabtu, pegi Wawasan Plaza dan ke tempat epal, apalagi belajar menjahit la bah. Minggu lepas buat pertama kali Puan Saiman pegi belajar, siok jugak. Lunch tu sama Neneth dan Zura. Cam biasa lah bah kan... oleh sebab kesakaian pakai tu mesin tahap gaban, apalagi telampau siok belajar jahitan dan guna mesin tu, sampai rumah sambung lagi. Abis bah baju tidur Puan Saiman jadi kain percubaan mesin tu. Tapi tu la kan, Puan Saiman cuma dapat jahit lebih kurang 4 jahitan baju tidur yang benang dia sudah mau terputus tu... yang 4 lagi baju tidur tu, bibik yang sambung...hahahahahaha....
Hari minggu tu, pagi, tapi ndak la bah pagi betul, lebih kurang jam 9, Puan Saiman ngan Papa pegi tamu, lepas pegi tamu trus lagi pegi Jalan Sulaman beli ikan. Petang tu sambung balik menjahit di rumah. Amacam nampak penat kan..... mimang pun penat bah....
Semalam Ning ada kol, dia bagitau malam minggu nanti dia open house. Jadi dia minta tulung la Puan Saiman buatkan sup tulang. Jadi malam Sabtu nanti Puan Saiman pegi la rumah dia ni nanti.
Malam Ahad yang lepas, masa family gathering di rumah mendiang Apo, Puan Saiman ada bisik ngan mummy mau minta pinjam oven dia. Ehemm... jangan salah sangka ah... buka Puan Saiman ndak mampu beli oven tapi Puan Saiman ni ndak ndak suka buat biskut. Sudahlah kerja di leceh, yang paling Puan Saiman ndak suka tu, tapi ntah kenapa tiba2 Puan Saiman teringin betul mau makan biskut sampret. Masa Puan Saiman budak2 dulu, bila mau dekat Hari Raya, gerenti mummy buat ni. Jadi masa ni la Puan Saiman ngan Noi jadi tukang rasa. Mana biskut reject tu (baca:hangus) kena bagi, kami dua belasah jak. Hangus2 pun sodap, apa.
Mummy ckp kalau mau pinjam ambil dari tempat Ning, sebab dia yang pinjam. Ok set. Tiba2, 2 malam lepas, Papa tanya ngan Puan Saiman, kalau2 Puan Saiman tau biskut sampret ni. Puan Saiman ckp la, sepa la yang ndak tau biskut sampret ni kan. Puan Saiman tanya la Papa, apasal pulak Papa tanya kan. Rupa2nya Papa pun teringin mau makan biskut ni sebab masa Papa budak2 dulu pun, arwah mak pun suka buat biskut ni. sedih tau Puan Saiman bila Papa cakap pasal ni. Puan Saiman tau, mungkin Papa rindu ngan arwah Mak ngan arwah Y (adik Papa). Sebab kalau ada arwah Y, bila time Hari Raya arwah mesti buat biskut ni.
Oleh Yang demikian, maka dengan itu Puan Saiman akan buat Biskut Sampret ni pada hari Jumaat malam. Mesti ni Puan Saiman buat, khas buat Papa... Kalau jadi biskut tu, nanti Puan Saiman letak gambar ok, tapi kalau senyap sunyi jak tu, maknanya biskut sampret tu hanya tinggal nama jak la...hehehehe.

Friday, October 10, 2008

Apa cerita bisuk??

Nah kan, ari ni ari lima sudah. Hari yang di tunggu2 oleh Permata Hati. kalau hari lima (baca: Jumaat) jak, mesti kesukaan la dia tu. Apa ndak, bulih main PSP sampai malam hari satu (baca : Isnin). Semalam dia bawa Papa pegi 1Borneo. Yes..... Papa said ok. Puan Saiman pun apalagi tumpang suka la. Bukan apa.... di 1Borneo tu macam2 ada. Ala bukan beli pun, cuci2 mata jak bah. Minggu lepas pun pegi, tapi masa ni Puan Saiman belanja Papa ngan Permata Hati tu makan di Kenny Rogers. Puan Saiman cam biasalah makan Tangy Chicken Spegetti...yum...yum...yum. Permata Hati tu minta ayam original ngan nasi, baked beans sama salad ngan feveret dia chicken soup, Papa cam biasalah Black Paper Chicken, nasi, salad sama apa tu ah, ndak pula Puan Saiman ingat.
Malam ni pula, Papa mau belanja (baca: bukan Papa mau belanja, tapi Puan Saiman yang minta belanja) di Thien2. Tadi Papa sms, dia minta Puan Saiman ngan Permata Hati naik teksi dan jumpa di Thien2 jak lepas maghrib. Puan Saiman ok jak, yang penting Papa belanja kan. Bibik pula tinggal rumah. Ntah semalam bibik tu bagitau malam ni dia mau tinguk cerita Indon di tv, jam 9. Tadi masa lunch pun dia ada hint2 juga mau tgk Ayat2 Cinta ka tu, Puan Saiman pun ndak ingat tajuk dia....
Cerita pasal bibik ni kan, ada satu cerita pasal bibik-bibik ni. Tapi bukan pasal bibik Puan Saiman tapi Bibik Ning ngan Bibik Didik. Ya Allah.... Bibik Ning masa di Kudat hari tu, kalau ikut hati, mau jak Puan Saiman tolak bibik dia tu dalam kolam. Masa budak2 tu mandi, bibik Puan Saiman duduk dekat kolam budak2 tu, tapi bibik Ning, kin panas betul... bulih2 dia duduk2 di kerusi dekat Puan Saiman pulak tu. Puan Saiman ni ndak juga kisah lah kalau Aming tu mandi di kolam budak2 tapi ni, dia mandi di kolam orang dewasa. Bibik Ning ni pula bukan tinguk2 Aming, bulih2 dia asyik masyuk tinguk urang lain. Last2 Puan Saiman suruh bibik ni sama Aming naik pegi bilik. Ndak lama begitu, turun Ning ngan Bibik sama Aming. Puan Saiman kasih cerita la sama Ning perangai bibik dia ni. Sekali tinguk lagi, bukan dia tinguk2 Aming, bulih2 dia berkenalan sama bibik yang juga tengah tunggu anak majikan dia...sigh.... Bibik Puan Saiman pula sepanjang di Kudat tu, Puan Saiman no komen, sebab dia menurut perintah. Jadi tiada teguran yang dia terima...hehehehe...
Sebelum ni Puan Saiman ada cerita pasal Bibik Didik kan. Malam sebelum dia dihantar pulang tu, bibik tu cakap dia sakit belakang. Jadi Puan Saiman ni dengan baik hati la kunun minta Papa belikan Salon Pas utk belakang bibik ni. Bukan jak belikan, tapi Puan Saiman sendiri yang lekatkan di belakang dia. Tapi mau tau apa jadi, rupa2nya dia sakit bukan sakit biasa, tapi sakit buatan urang.... bah kalau sudah di perut tu ada isi, bukan buatan urang lagi ka!!!!. Seperti biasa la mummy sama Didik masih lagi baik hati, bila Bibik ni cakap dia masih lagi mau kerja, jadi dia minta pulang lagi hari Isnin tu. Tapi tau apa jadi, dia bagitau makcik dia yang mummy sama Didik suruh dia gugurkan kandungan dia....hah...ndak ko gila dia tu. Last2 hari Selasa tu sudah pass kerja dia kena kasih kansel... padan muka... Mummy sama Didik punyalah marah. Apa ndak. Bukan durang mummy sama Didik suruh dia buat begitu, apalah mengong punya urang, sendiri buat, tuduh lagi urang lain....
Bisuk seperti biasa, Puan Saiman akan mula belajar menjahit. Insyaallah Puan Saiman akan start jam 11.00 pagi sampai 4.00 ptg la tu. Puan Saiman kira minta ambil ngan Papa lepas Permata Hati abis kelas Piano dia. Lepas Maghrib pula ada family gathering di Kinarut. Cam sekejap jak sudah 40 hari Apo passed away. Kejap jak kan.
Hari minggu kalau teda halangan, Puan Saiman pegi lagi kelas menjahit tu. Harap2 geng menjahit tu ada la di sana.
Selamat berhujung minggu. Puan Saiman tau, ada diantara anda diluar sana selalu baca blog Puan Saiman ni, bah apalagi, kalau datang pegi KK, jangan lupa belanja la Puan Saiman makan. Puan Saiman ni ok jak....hehhehe...gerenti ndak marah punya...... hahahahahah...

Thursday, October 9, 2008

Start keja

Hari ni hari kedua Puan Saiman masuk keja. Kelmarin hari pertama keja, cam biasalah keja sampai ndak cukup tangan. Kelmarin pun Puan Saiman pulang jam 4.45 sudah, padahal waktu habis keja jam 4.30 ptg. Tapi ndak apalah kan memang begitu la keja kita kan.

Ada berita yang menggembirakan yang Puan Saiman kongsikan bersama. Papa dengan baik hati telah sponsor mesin jahit epal ngan Puan Saiman. Insyaallah, kalau teda aral melintang, sabtu ni Puan Saiman start kelas la. Tapi apa pun Puan Saiman belum beli lagi ni. Kena suruh beli kapur, benang, jarum, gunting dan lain-lain lagi lah. Mungkin Puan Saiman akan beli pagi sabtu nanti di Segama.

Cerita Hari Raya.

Sebenarnya Papa ngan Puan Saiman kira mau buat 'open house' hari Sabtu ni, tapi rupa-rupanya ada family gathering pula sempena 40 hari Apo meninggal dunia. Jadi 'open house' ni kemungkinan akan diadakan pada minggu depan, Insyaallah. Tapi best juga kalau dapat buat on 25/10 atau 26/10, sebab 27/10 tu kan cuti, jadi bulih la buat apa-apa yang patut kan.
Sampai di sini dulu bebelan Puan Saiman pagi ni....babai.