Perhatian!!!

Semua cerita ini adalah hakmilik Puan Saiman dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Friday, August 29, 2008

Tragedi Jumaat.




Terkejut Puan Saiman bila Noi called bagitau Adik eksiden. Masa tu Puan Saiman dalam kereta mau pegi kerja lepas Jumaat tadi. Noi bagitau Adik eksiden di sekolah dia. Adik ni sebenarnya drive sendiri pegi sekolah. Puan Saiman rasa ini kecuaian Adik sendiri. Sebab bila Adik reverse kereta, dia ndak nampak kereta orang tu di belakang. Apalagi boommm.... teruk jugak la kemek kereta orang tu. Kereta yang adik bawa tu kemek jugak la tapi ndak la seteruk kemek kereta orang tu kan. Puan Saiman orang yang pertama sampai di sana. Bila Puan Saiman sampai jak kan, orang tu trus keluar dari kereta. Puan Saiman salam la. Puan Saiman tenguk kereta dia. Dia pun explain la. Masa tu rasanya dia cool down sudah. Dia ada juga bagitau Puan Saiman dia ada sound Adik. Tapi bagi Puan Saiman, semua orang pun begitu kan kalau terkejut. Memang marah-marah. Puan Saiman cakap, ini kena tunggu bapa datang la ni, sebab cuma bapa saja yang boleh kasih kata putus, sebab kereta ni kereta bapa. Ndak lama begitu, As ngan bapa dan Noi pun sampai.




Begini...begitu.... di sana...di sini... ok settle. Ndak payah panggil polis, settle luar jak, sebab bapa malas berurusan di balai, lagipun orang tu pun cakap ndak payah la perkara kecil jak. So keputusan di ambil (hehehhe.... cam meeting pulak). Pegi Kepayan, Puan Saiman sangka bapa drive kereta Adik, rupanya Adik pula yang drive. Ada kawan adik tumpang. Puan Saiman bawa kuda putih tu ngan As. Sampai di 'workshop' tunggu dlm 10 minit, orang tu pun datang. So bapa yang discussed ngan orang di bengkel. Dia ckp 1/9 kereta boleh siap. Syukur jugak la, sebab Puan Saiman sedih jgk tgk urg tu, dia pun ckp, kalau teda kereta, dia ndak dapat antar anak pegi sekolah. Puan Saiman faham jugak tu kan. Kesian jugak. Cuba kita pulak yang ditempat dia, mesti kita pun begitu kan. Ok, selesai semua, bapa drive kereta Adik, adik ngan kawan dia ikut Puan Saiman pegi office. As pun. Tapi As, Puan Saiman hantar balik pegi sekolah Adik, sebab dia tinggalkan kereta dia di sana. Apa yang bikin As ngan Puan Saiman ketawa tadi, masa-masa panik kan, Puan Saiman ngan As, ndak terfikir pun patutnya As bawa kereta dia sendiri pegi workshop tu sebab kena tunjukkan workshop tu ngan bapa, sebab cuma dia yang tau di mana workshop tu, dan ndak payah la Puan Saiman ikut, tapi ni lain pulak, As tumpang kereta Puan Saiman, pegi workshop, sementara kereta As tinggal di sekolah Adik...alahai.....




Cerita lain pulak. Tadi pagi Ning called. Dia bagitau malam ni Bibing ngan Aming tidur di rumah Puan Saiman...yes.... Bibik Ning pun akan tidur di rumah jugak. Sebabnya ialah Aming ni jenis lasak. Jadi malam ni, Puan Saiman ngan Papa bawa budak2 tu pegi jalan2. Jadi bibik dua orang ut pun ikut jugak la. Tadi Noi ada kol, malam ni dinner di rumah bapa.. so Puan Saiman kita mau bawa 'pot luck' pegi rumah mami nanti. Belum lagi terfikir oleh Puan Saiman apa yang mau dibawa nanti. Satu lagi bikin Puan Saiman terkejut, on the way pegi workshop tadi, Noi ada bagitau Izz jatuh dari escalator, ndak tahu bila? Lagipun masa Noi bagitau ni, Puan Saiman tengah drive, jadi ndak berapa dengar... tapi malam ni kalau jumpa Noi, mesti Puan Saiman tanya lagi....




So everybody.... selamat berhujung minggu..... yahuuuuu......



Thursday, August 28, 2008

Ben 10

Sekarang ni Permata Hati ada minta yang baru sudah. Kalau dulu dia malar tinguk Astro Ceria, sekarang ni channel 616. Katun kegemaran dia sekarang ni apalagi kalau bukan Ben 10. Semalam sebelum dia tidur ada iklan di tv yang buat promosi barangan Ben 10. Permata Hati minta beli botol air la pulak. Baju tidur sudah ada, Ibu dia (baca : Adik Noi ni dipanggil Ibu oleh semua anak sedara. Manakala suami Noi dipanggil Ayah). Jam Power Ben 10 tu pun dia sudah ada. Insyaallah, kalau tiada aral melintang, kiranya mau carikan Permata Hati Beg Ben 10 ni di KL nanti, bila Papa bawa Puan Saiman dan Permata Hati bulan November nanti. Sebab harga di KK ni mahal sikit dari KL.
Kebetulan tadi tengahari Puan Saiman sms Papa, mana tau Papa free, boleh la Puan Saiman bawa pegi Karamunsing, cari-cari botol air Ben 10 ni kan. Papa cakap ok set. So apa lagi Puan Saiman pun dengan gembiranya tunggu Papa. Sampai di Karamunsing, Papa parked kereta yagn berbayar tu. Kalau di kawasan Wisma S**B tu, malam kali baru dapat. Sampai bangunan Karamunsing, Puan Saiman masuk di kedai spek mata dulu, sebab Spek mata Puan Saiman ni cam longgar sudah, jadi sebelum skru dia tercabut, jadi bagus minta tolong ketatkan... tapi sebelum tu, amoi tu sibuk belek2 spek tu... dan tiba2 dia cakap.. 'ohh kakak, ini spek mata brand Bo*ia ka?? Puan Saiman pun senyum jak dengan bersopan santun...nanti jawab bukan2, silap2 amoi tu pijak2 karang spek Puan Saiman tu....tapi dalam ati Puan Saiman...'oi Amoi... ko nampak sudah brand tu ampai2 di tepi tangkai spek tu, yang ko mau tanya lagi, apasal ah..'? tapi oleh kerana Puan Saiman ni kan jenis bersopan santun, jadi jawapan tu cuma berkata2 di hati...hehehehe. Walaubagaimanapun, terima kasih juga diucapkan kepada amoi tu, bila sudah siap skru tu diketatkan, Puan Saiman tanya la 'berapa'? Amoi tu jawab takpe, free saja....hehehe... terima kasih ah amoi... Lain kali kalau Puan Saiman mau beli spek ah gerenti Puan Saiman pegi ini kedai (baca: kalau spek ni longgar, nanti Puan Saiman datang la...abiss pree ma...hehehehe). Usai berurusan di kedai spek, trus pegi pusing2...
Puan Saiman bawa Papa pegi tingkat satu...apa Puan Saiman buat, teda apa2.... pusing2 jak. Papa singgah di tempat jual benda ni, tapi bila Puan Saiman tanya, di mana lebih murah, Papa jawab di Wawasan tu.....ok.
Kira mau makan di Singapore Chicken Rice, tapi penuh. So Papa pegi Golf Shop dulu, Puan Saiman cari botol air Ben 10. Tapi yang Puan Saiman nampak cuma jam. Ha... ni mesti kasitau Papa ni. Ndak lama gitu Papa kol, so Puan Saiman ngan Papa masuk la di kedai makan tu. Sambil2 makan, Puan Saiman bagitau la, Permata Hati tu ada minta beli botol air Ben 10, tapi belum ada jual, tapi jam tangan ada. Papa tanya la berapa harga dia... ehemm... RM39.90. Usai makan, Puan Saiman tunjukkanlah kedai yang ada jual jam tu. Puan Saiman cakap la ngan budak yang jaga kedai tu, kalau beli dua ada diskaun ka... dia jawab ada. So Papa cakap, dia cuba cari ditempat yang lain dulu, yang harga lebih murah.... Mesti korang cakap kenapa mau beli dua... Ehemmm.... jgn lupa, hujung minggu kan Puan Saiman ada 2 anak, Permata Hati dan Bibing kan.... jadi mesti mau kasih beli utk dua-dua ni. Papa sudah bagitau Puan Saiman tadi, esok jak la beli. Nah, kalau Papa jadi beli, nampaknya senang hati la budak dua urg ni....
Ndak sabar Puan Saiman mau ambil Bibing bisuk petang. Sebab hari minggu lepas tu, Puan Saiman sudah janji utk bawa Bibing ngan Permata Hati pegi airport. Mesti korang tertanya-tanya kenapa Puan Saiman ndak bawa Aming juga. Sebabnya Aming ni susah sikit mau tidur di rumah orang. Walaupun tengah malam, dia tetap mau pulang dan tidur di rumah dia sendiri. Jadi susah sikit la kan. Bibing ni pula, jenis kalau mengantuk di mana-mana pun boleh landing. Jadi senang sikit la kan.
Dari Karamunsing tadi, Puan Saiman ada beli sandal dari BATA, ala yang murah jak, harga dia pun RM19.90 jak. Boleh la... lagipun sandal Bata ni selesa kalau dipakai. Dan Papa dengan baik hatinya belikan Vitamin Evening Primrose Oil (Abbott). Ada sale. Kalau yang biasa Puan Saiman beli tu 30 biji RM32.00. Tapi yang ini RM52 utk 60 biji. So Papa bayarkan...tq ah Pa..muahhhh...errr Pa, bila kita jalan lagi...(baca: siokk oh bila jalan ngan Papa, sebab Papa bayarkan...hehehehe).

Wednesday, August 27, 2008

Yang Mana Satu?

Dilemma ni...betul2 dilemma....Mau yang ini....betul-betul mau...betul-betul suka...yang itu...pun mau jugak.....
Benda ni adalah ini. Sebenarnya lama sudah Puan Saiman berangan-angan mau beli mesin jahit ni. Tapi ndak pernah pula bagitau Papa. Puan Saiman ni pernah juga la kan belajar menjahit masa sekolah dulu kan. Pernah jugalah siap 1 skirt dan baju. Dan tidak dilupakan Apron. Jadi bila ada sudah kawan ni tiba-tiba semangat tu ada la pulak balik. Bersemangat betul ni mau belajar ni. Lagipun, kalau beli mesin jahit ni kan, percuma belajar selama setahun. Lagipun dalam setahun tu macam-macam projek kena ajar. Siok kan...
Tapi benda ni pun Puan Saiman suka. Dari tahun lepas lagi Puan Saiman minta beli sama Papa. Ehemmm... Mesin. Puan Saiman ni sebenarnya rajin juga pegi jogging. Tapi selalunya Papa ndak bagi pegi jogging sebab Puan Saiman ni suka pegi lepas Subuh. Papa cakap masih gelap. Tapi Puan Saiman suka pegi lepas Subuh sebab di Taman Ujana tu ndak ramai orang. Kalau ada kawan, Puan Saiman pegi la tapi kalau teda kawan temankan Puan Saiman ndak la dapat pegi. Kadang2 sebab hujan pun ndak dapat pegi. Jadi dalam tahun lepas tu Puan Saiman ada hint-hint kan ngan Papa minta beli... Papa cakap nanti la dulu...sabar. Kalau dapat ni, mesti best, masa tinguk HBO ka, Star World ka, Cinemax ka bulih la sambil tu jalan atas ni kan. Jadi masa pegi Wawasan Plaza hari minggu tu, Papa ada nampak la satu. Trus Papa ckp...mau yg itu ka?? Uwaaaaa......mau tapi Mama mau yang ini juga......
Jadi, sekarang ni Puan Saiman tengah mata keranjang ni... tapi as a good wife... ehemm.... apa2 pun dikasih beli utk birthday pun ambil jak la.... tapi anniversary pun ndak lama lagi kan Pa...(wink...wink)

Tuesday, August 26, 2008

Anak-anak Kesayangan 2

Tinguk 2 budak ni, melekat jak durang kan. Mana-mana pegi pun sama-sama. Apa yang Bibing makan dan minum, itu jugalah yang diminta oleh Permata Hati.




Ehemm... gambar di atas sebelah kiri tu, jangan tenung lama-lama ah, nanti boleh jatuh hati tu....hahahahhaa.... itulah Puan Saiman yang cute (sila makan ubat penahan muntah yerr) .... Hari minggu tu, bawa Bibing ngan Permata Hati pegi tinguk Wall.E apalagi budak 2 ni, pulang jak dari panggung wayang tu, dari dalam kereta sampai la rumah, malar cerita pasal Wall.E


Gambar di atas ni ehemm....gambar Papa ngan Permata Hati ngan Bibing. Tinguk durang 3 urg, pun melekat jugak kan....hahahahhaha. Hah....jangan tenung lama2 juga ah.... ehemm bukan budak tu tapi Papa.....amacam ensem kan..... macam err.... ala apa nama pelakun yang dalam ultramen tu.... Permata Hati jak tau tu.... hahahahahaha

Monday, August 25, 2008

Anak-anak kesayangan Puan Saiman

Anak-anak kesayangan Puan Saiman. Semuanya ada 7 orang termasuklah Permata Hati. Yang paling sulung Abang Bibing, Abang Aming, Kakak Izz, Abang Wawan, Kakak Weeda, Adik Akma ngan Adik Nana.

Gambar atas sebelah kiri : Abang Bibing, Kakak Izz, Permata Hati dan Adik Akma. Gambar ni diambil di Karambunai minggu lepas. Perhatikan gambar AKMA. Sila abaikan kalau muka mereka semacam. Apa ndak, matahari punyalah panas memancar, tapi durang bulih main basikal 1 jam lamanya.....hehehhe...budak2. Puan Saiman faham perasaan durang tu.
Gambar selebihnya : Permata Hari dan Abang Bibing. Gambar ni diambil minggu lepas masa pegi Kundasang hari tu.


Gambar diatas ni la gambar baby yang paling kecil dalam keluarga Puan Saiman. Gambar ni diambil pada malam Ahad. Bertempat di rumah Puan Saiman. Mari kita tinguk gelagat anak Didik ni. Namanya Puteri Nur Farhana Amer Farish. Cute kan.... tapi tu la...mentang-mentang la Mak Long dia ni lebih cute dari dia, asal nampak jak Mak Long, gerenti dia nangis dulu, tapi lepas tu dia ketawa2 la....

Gambar baris pertama ni dia heran barangkali. Mesti dalam hati dia apala Mak Long dia buat ni, dari tadi malar ambil gambar.

Gambar baris kedua. Nah...sudah bah dia buat muka. Asal jak orang marah dia, mesti dia buat muka begini....







Cuba tenguk gambar yang paling atas tu. Perhatikan GAMBAR AKMA. Adik Akma ni pulak, pantang nampak orang pegang kamera. Macam-macam 'pose' dia bagi. Ndak payah suruh... ada jak dia buat...cute betul kan.



Yang tiada dalam gambar ni ialah Abang Aming ngan Kakak Weeda.

Friday, August 22, 2008

Rancangan Hujung Minggu.

Nampak gambar di atas tu, itu la gambar Bibing ngan Permata Hati. Permata Hati ni betul-betul 'adore' Abang Bibing dia ni. Semuanya dia mau macam Abang Bibing. Sampai gigi dia pun dia mau mcm Abang Bibing... Permata Hati betul2 anggap Bibing ni macam mentor dia. Kalau dia sama Bibing ndak pandai bertengkar, mungkin sebab Bibing ni jenis mudah kalah. Mungkin juga dia yang paling tua antara sepupu sebelah Puan Saiman, dia lebih banyak mengalah. Walaupun dengan adik dia sendiri. Dan disebabkan dia yang pertama, dia menjadi kesayangan semua. Dan Permata Hati ni sanggup menangis pasal Abang Bibing. Kalau Permata Hati mau jalan pegi mana-mana mesti dia bagitau 'bawa Abang Bibing, ok'. Permata Hati juga begitu, dia sanggup ndak main PSP dia dalam kereta, asal jak Abang Bibing dia ikut jalan. Gambar di atas ni diambil di Suria KLCC, pada bulan Jun yang lepas. Kan betul. Melekat jak dua urang ni. Padahal masa ni anak Noi pun ada. Tapi mungkin sebab durang ni budak lelaki kan. Dan anak Noi tu kan perempuan.
Ni malam, Papa mau bawa Permata Hati ngan Bibing pegi 1Borneo. Tidak dilupakan juga bapa ngan mummy. Bibik tinggal, jaga rumah. Puan Saiman juga sudah minta kebenaran dari Ning. Permata Hati tu bah minta Abang Bibing dia tidur di rumah. Bestnya. Meriah la rumah kami nanti. Mesti budak dua tu lewat tidur. Pagi tadi, Puan Saiman sudah minta bibik keluarkan tilam besar utk dua orang tu tidur.
Pagi esok, kira mau bawa Permata Hati ngan Bibing pegi Centre Point. Petang, lepas Permata Hati habis kelas muzik, mau bawa Bibing ngan Permata Hati, mandi kolam.....Apa..... ala bukan mandi kolam yang di hotel tu.... hari tu Permata Hati ada minta belikan kolam utk budak2 tu...yang mesti isi air tu....yang itu la. Kira mau bawa anak Noi juga..... best ni, dengar budak2 tu mandi..mesti best kan...

Hari minggu nanti, kira mau bawa Permata Hati tu pegi Wawasan Plaza, sebab Puan Saiman ada benda mau tinguk di sana...ala adalah... kalau la Papa boleh belikan benda ni nanti...bestnyaa.... sebab ada kena ajar cara2nya lagi secara percuma.Ala sabar la ah... kalau jadi Puan Saiman kena kasih beli, nanti Puan Saiman bagitau berita gembira ni... :-D (pssttt.... Puan Saiman sudah minta beli benda ni ngan Papa sempena birthday.... tapi kalau sekali utk anniversary sekali pun, Puan Saiman ndak peduli..... sebab banyak kelebihannya ni....harap2 Papa kasih beli la....wink..wink).


Jadi apa perancangan anda hujung minggu ni.... berkongsilah kegembiraan anda dengan orang tersayang... aiseymen... mcm iklan pulak bah.
p/s: Dik, nanti kakak upload gambar Nana ah... kakak belum lagi ambil gambar dia kan....

Thursday, August 21, 2008

KALAU

Sakit kepala. Sikit. Sakit belakang. Sikit.
Sakit dada. Mungkin sakit sikit. Sedih juga Puan Saiman tinguk. Tiap malam 'guasa' sendiri.
Kejap-kejap 'guasa' tangan. Kejap-kejap 'guasa' kepala. Kejap-kejap 'guasa' bahu. Tapi malam tadi mungkin sakit kepala. Ndak pernah minta 'guasa' kepala. Tiba-tiba minta. Kesian juga Puan Saiman nampak.
Tapi. Kalau kena suruh pegi hospital/klinik. Cuma jawab. Sakit sikit jak.
Bukan. Puan Saiman mau paksa. Tapi. Sakit luar kita nampak. Sakit dalam. Kita ndak tau.
Doktor. Bukan. Puan Saiman bukan doktor.
Doktor. Bukan. Papa juga bukan doktor.
Jadi. Oleh sebab kita dua bukan doktor. Maka Puan Saiman rasa Papa patut jumpa doktor.
Sebab. Kalau tau kita sakit apa. Ada ubat.
Kesian Permata Hati. Masih kecil. Kalau.
Kalau jadi apa-apa, sepa jaga Permata Hati, jaga Puan Saiman. Jgn salah sangka, Puan Saiman cakap, KALAU. Bukan minta apa-apa. Dan ini juga bukan satu doa.
Jadi. Pegilah. Sebab. Mana tau. Jumpa misi atau doktor yang 'jambu'. Bukan. Bukan 'jambu' yang dimakan. Kalau cantik. Puan Saiman cakap KALAU.
Pegilah. Puan Saiman cakap. Sebab SAYANG. Dan bukan sebab apa-apa. Kalau mau. Puan Saiman cakap. KALAU. Mau minta temankan. Sekarang ni pun bulih Puan Saiman temankan. MARILAH.....
Kalau. Permata Hati. Lama sudah Puan Saiman tarik tangan pegi. Kalau. Puan Saiman cakap. KALAU. Minta-mintalah jangan sampai peristiwa 6 atau 7 tahun lepas berulang lagi.
Cukup. Cukuplah sekali. Kalau boleh. KALAU. Puan Saiman indak lagi mau pegi ICU.
Papa. Marilah. Kalau. Puan Saiman cakap KALAU. Bukan sebab Mama. Tapi buatlah untuk Permata Hati. Marilah.

p/s: Masa Puan Saiman menulis ni. Airmata bergenang di kolam Mata. Hati bersedih. Bukan. Bukan sebab Puan Saiman kecil hati. Atau takut Papa marah. Tapi sebab. SAYANG.

Wednesday, August 20, 2008

Cuti-cuti bah. 2

Hari Isnin tu (18/8), awal bangun. Jam 9.30 jalan. Singgah rumah bapa ambil rombongan Cik Kiah, sib kuda putih tu dapat bawa semua (baca : bah 9 urang bah kami jalan). Siok tul. Apalagi Noi, sebab suami dia ndak dapat ikut sebab ada kursus.... sepanjang jalan la dia pot...pet...pot...pet sama budak2 yang duduk di belakang tu.... hahahahaha...tension anak dia si Izz sama Akma.... Bibing sama Permata Hati pun kesyiokkan jgk sebab dapat jalan2 sama kazen durang... mcm jarang jak durang jumpa padahal dalam 1 minggu 2 atau 3 kali jgk durang jumpa bah... Anak Ning no. 2 si Aming ndak dapat ikut sebab demam, si cute Nana pun ndak dapat ikut, pun sebab demam jugak. Anak As, Wahidah pun ndak dapat kami bawa sebab dia antara anak yang paling 'Istimewa' di hati kami semua.... takut dia menangis... ("Nantilah ah Weeda, kalau Mak Long piknik nanti Mak Long bawa Weeda jugak ah"). Sebelum pegi 1Borneo, Papa bawa singgah minum di Restoren M***e di Kingfisher. Well the food sucks..... Nasi ayam pun ambil dari kedai sebelah...apa la..... Lepas makan dan minum... kami jalan la....


Bila sampai di 1Borneo, Adik sudah ada di sana, dari sekolah dia drive sendiri. Berani betul adik ni tau.... Bila sampai di sana, kira2 mau pegi bawa budak2 ni main di tempat budak2 tu. Tapi sebelum tu mummy ngan Noi membeli belah di iTune. Wah..... sabar jak Noi tu bila dia nampak baju budak2 tu cantik2....(Noi, len kali ko bawa la duit 1 karung ah...hahahaha). Selelsai beli barang, sekali on the way pegi tempat permainan tu.... punya la bikin panas.... mati karan la pulak....(oiiii..... bangunan begini besar dan canggih teda generator ka...aparaaa..... bikin panas). Bukan jak rombongan Cik Kiah bising2, tapi ramai bah urang masa tu bawa anak2 jalan2. Bah kan cuti sekolah.... mula2 mati karan tu setengah2 kedai tu orang buat derkkk jak, tapi bila 1 bangunan tu mati karan...truss kena booo bah...nah rasa kau.... buang masa bah pegi sana, macam mana la mau masuk kedai beli barang, sudah la gelap, panas lagi..... hati lagi panas.... cissss... Mati jak karan, trus Puan Saiman bagitau rombongan Cik Kiah... jom pegi Transit... Puan Saiman belanja makan, padahal masa tu kunun2 mau bawa durang makan di dalam bangunan tu la. Keluar jak, trus pegi Transit. Sudah la hati sakit, kaki pun sakit. Bah apa ndak... turun tangga bah tu.... sudah la badan Puan Saiman ni cute.... Anak Noi, Akma Pak Long dia yang dukung, bah mana la bah budak tahan turun tangga....cissssssss.....


Sampai di Transit, Puan Saiman belanja makan... (ah rombongan Cik Kiah, minta apa2 jak Mak Long belanja). Selelsai makan, Permata Hati bawa pegi Karambunai... ok, jom.... Sampai di Karambunai, apalagi Permata Hati menangis bah mau naik basikal...bah asal jak dia ndak nangis, mula2 dia jak yang naik basikal, tapi dua urg lagi tu gatal hati jugak, terutama si Izz...muncung jak mulut dia.... mau ndak mau Bibing sama Izz pun naik basikal. Sewa 1 jam utk 1 basikal adalah RM15, jadi 3 basikal, kira sendiri la yer.... Masa budak2 tu main basikal, bapa cakap la, adalah nanti yang datang ni minta minum air....nah kan, masin mulut bapa... datang si Izz tanya...'teda air minum ka'..... hahahhaa... jadi Mak Long dia beli la 1 botol mineral yang besar, harga dia RM13.45..... eskrim RM8... nah kansel beli eskrim trus bah..... On the way pegi kereta, jumpa lagi 3 meja pingpong, apalagi budak2 tu berabis la main..... (psssstt.... sampai Noi jatuh bah masa bubut bola, apa indak, main pingpong pakai sandal bertumit.... juara dunia pun nangis ohh bila tinguk). Tapi lepas jatuh, dia bulih ketawa, lepas tu main balik. Puan Saiman masa ni sedang main PSP pun bulih sakit perut ketawa. Lepas durang main kami pun pulang, tapi sempat lagi si Izz bisik Pak Long dia bila la mau makan eskrim... Pak Long dia ckp, tanya ibu dulu... tau apa dia jawab....'kalau kestau ibu, mesti ibu marah...' tau tak per

Tuesday, August 19, 2008

Cuti-cuti bah. 1

Bestnyer bila pegi bercuti ni kan... hari Ahad tu, bawa Permata Hati ngan Bibing (anak Ning) pegi Kundasang. Bibik pun. Awal lagi kami jalan. Lebih kurang jam 9.30 pagi dari KK. Sampai di Kundasang jam 11.00 pagi, trus singgah di National Park. Sampai jak di sana, tiba2 Puan Saiman dengar mcm tayar belakang berbunyi. Puan Saiman bagitau la Papa. Mulanya Papa cakap mungkin geseran ngan jalanraya. Tapi makin brek makin pula kuat bunyi. Masa di National Park tu, jumpa satu pondok rehat yang kosong, jadi kamipun berhenti la. Masa ni Papa sibuk check tayar, Puan Saiman sibuk pot...pet...pot...pet sama budak 2 urg tu. Bibik sibuk keluarkan makanan dari kereta. Lepas tu kami pun duduk2 rehat2 makan2 gosip2.... Kira-kira jam 12.30 kamipun keluar la dari National Park. Masa keluar tu, Puan Saiman masih lagi ndak puas hati kenapa la pulak makin kuat bunyi kuda putih ni, bagitau lagi Papa. Trus Puan Saiman bawa Papa singgah kundasang, mana tau ada 'workshop' masih buka. Tapi maklumlah tempat orang, jadi mana la kita tau mana2 workshop, last2 Papa called kawan dia dan tanya mana workshop yang kemungkinan masih buka. So kawan Papa tu bagitau cuba pegi Ranau. Sebelum Pekan Ranan tu ada satu workshop sebelah kanan jalan ke Ranau sebelum station Petronas. So kami pun ke sana, tapi terlepas pulak, so kami masuk di station petronas kemudian baru pegi ke workshop tu. Masa ke Ranau tu, Puan Saiman bagitau la Papa, bunyi tayar tu sebelah depan penumpang depan dan bukan sebelah belakang. So bila di workshop tu Papa bagitau la ngan mekanik yang handal tu. Bila Papa bagitau masalah tu, dia terus cakap... 'ohh... ni disk brake ni'... nah ko, betul bah dia bilang..... masa ni Puan Saiman, anak-anak dan bibik dalam kereta jak.... apalagi bila kuda putih tu kena 'jek naik' hahahahaha kami dalam kereta jak.... sekali mekanik tu check.... tu disk brake utk tayar depan nipis sudah.....(pssttt.... pandai betul kuda putih ni, masa di KK ndak pulak di bunyi, sampai di Kundasang pulak di buat hal). Tapi mekanik tu cakap, memang begitu, sebab jalan di KK ni mana ada naik turun bukit tapi pegi Kundasang ni, naik bukit jak la... Papa tanya la Puan Saiman macam mana, tukar jak la. Maka terbang bersayap la RM papa sebanyak 140. Sabar jak Papa tu.... lepas 45 minit dalam kereta, so kami pun pulang (ala bukan pulang pun, banyak tul kami singgah2).
Dalam perjalanan ke Kundasang balik, kami singgah di Pine Resort....bestnya di sana... budak 2 orang tu lagi la.... lepas tu singgah lagi di Perkasa Hotel.... (nanti la Puan Saiman upload gambar yer...) lepas dari Perkasa Hotel barulah singgah beli sayur..... lepas tu pulang ke KK. Dalam perjalanan pulang, Bibing tidur ngan bibik. Permata Hati tu duduk berpangku ngan Puan Saiman di depan. Permata Hati ni kalau mau tidur mesti tidur di pangkuan Puan Saiman ;-D tapi mau tau juga kaki Puan Saiman sampai kebas... sebabnya Permata Hati tu berat banget sih....
Dalam perjalanan pulang tu, Papa cakap dia mau belanja makan di Salut...yes.... Sampai di Tuaran, ikut jalan Sulaman.... dan singgah di Salut. Puan Saiman order Nasi goreng ikan utk 4 orang, 1 kilo udang rebus, sayur manis masak belacan ngan cendawan masak brokoli.... sori yer... sebab terlampau lapar, teda orang mau ingat ambil gambar....nyum...nyum...nyum.... habis. Budak dua tu... sebab baru bangun tidur, jadi makan pun ndak banyak.... Papa pula asyik bukakan udang utk Puan Saiman....(tq, Pa..muahhh).... selesai makan... kami pun pulang... tapi sebelum tu singgah rumah bapa.... bagi2 sayur2an tu, lepas tu baru pulang rumah...... sebelum pulang tu, ingatkan bapa, mummy ngan Noi, bisuk kita jalan....yahuu.... sambungan cerita lagi yer...
Ada cerita yang best sama yang ndak best................... tunggguuuuuuuuuu..........

Friday, August 15, 2008

Kurang sihat

Dari semalam lagi Puan Saiman ndak dapat tidur. Susah mau bernafas. Rasa sesak jak dada ni. Kepala pun berat. Kesian Papa. Terpaksa la Papa tolong Puan Saiman 'guasa'kan kepala dan belakang (tq, Pa). Lepas tu baru la Puan Saiman dapat tidur, itupun ndak nyenyak. Semalam 5, 6 kali juga bangun....sigh.... Sebab tu semalam, bila Permata Hati tu minta bawa pusing2, Puan Saiman ndak dapat ikut, cuma Permata Hati ngan Papa jak pegi. Bila durang jalan, Puan Saiman sudah tidur... bukan mau tidur, tapi Puan Saiman paksa mata ni tidur, sebab ndak rasa sedap badan pulak.



Pagi ni, bila bangun. Kepala berdenyut2, tengkuk dan belakang pun lenguh-lenguh. Kalau ikutkan hati, ndak la mau pegi kerja, tapi memandangkan hari Isnin nanti Puan Saiman bercuti jadi, kena juga turun keja hari ni. Ada mau kasih settle sikit.. sebab kalau ndak settle kerja ni, lain betul rasa dia bila kita bercuti kan, kerja yang belum settle tu jak la diingat-ingat.



Kalau tiada aral melintang, Insyaallah hari Ahad ni, mau bawa Permata Hati tu pegi Kundasang.. pegi National Park... ala pulang balik jak pun, bukan bermalam pun di sana. Hari Isnin pula mau bawa Permata Hati, bapa ngam mami pegi 1Borneo. Hari tu Noi ada called, dia bagitau dia mau tumpang. Bestnya....jalan ramai-ramai...







p/s : sib baik cuti Puan Saiman tinggal berapa hari jak, kalau masih banyak, mesti 1 minggu Puan Saiman cuti.... sigh....

p/s/s : adoiiii.... sakitnya kepala Puan Saiman ni....

Thursday, August 14, 2008

Salah kereta....

Beberapa bulan lepas, Puan Saiman ngan Papa ni mau pegi tamu Putatan. Jadi dalam perjalanan pegi tamu tu, Puan Saiman minta Papa singgah pegi Bank Harimau di Putatan. Bila sampai di sana, ramai betul orang dalam bank, maklumlah orang tengah banyak duit (baca: baru gaji la masa tu). Masa tu kebetulan ada kereta keluar dari parking, so Papa pun masuklah di parking tu. Papa pun mengoffer la, dia jak tolong ambil duit, so Puan Saiman pun ok jak... (psssttt.... Puan Saiman pun suka juga kalau Papa tolong ambilkan supaya Papa nampak juga berapa lagi balance duit Puan Saiman tu) maklumlah balance tu banyak betul (baca: uiinnaa... sib baik RM10 tu ndak bulih kasih keluar, kalau bulih kasih keluar, mimang kena ambil juga tu). Jadi masa Papa masuk bank, Puan Saiman pun sibuk juga tinguk2 dalam bank, bah mana tau ada urang mau mengurat sama Papa....hahahahaha (ehem...suka la Papa tu). Oleh sebab parking full, jadi ada 2 kereta Wi*a Merah Parking selari. Sebijik sama. Cuma kereta depan tu sampai dulu, dan dia tinggalkan bini dia dalam kereta. Kereta belakang tu sampai kemudian, si pemandu tu masuk bank juga. Kereta belakang tu, si isteri tengah dukung baby dia....

Dijadikan cerita, pemandu kereta yang didepan tu keluar dari bank, indak lagi tinguk2 mana satu kereta dia... sedap jak dia masuk kereta yang parking di belakang.... apalagi si isteri tu peluk betul baby dia, bah indak ko tekejut tu tiba2 ada urang masuk kereta.... si pemandu ni pun ndak lagi tinguk2 urg duduk sebelah dia, siok jak dia pakai tali pinggang. Masa ni Puan Saiman sudah ketawa sendiri ni. Yang best dia, isteri si pemandu kereta depan ni, keluar sambil ketawa2 lambai2 suami dia.... apalagi bila dia nampak jak bini dia melambai, kelam kabut dia keluar, sampai mau jatuh. Bah apa indak, si kawan tersangkut di tali pinggang tu. Bila dia keluar jak dari kereta tu, kelam kabut dia masuk kereta dia trus jalan... mesti tekejut betul dia. Masa dia keluar dari kereta tu, si pemunya kereta kedua tu keluar dari bank, heran dia, apasal pula mamat tu kelam kabut keluar dari kereta dia, trus dia pegi tempat bini dia...hehehehe...bini dia tengah nangis.... terkejut bah tu kan. Masa ni Papa sudah naik kereta, bila Puan Saiman kasih cerita, Papa pun ketawa.

Ini cerita kedua, pun pasal salah kereta. Ini berlaku di pejabat Puan Saiman sendiri. Suami kepada Puan A ni, datang awal. Jadi bila sampai masa pulang, maka berduyun2 la orang pulang kan. Masa ni Puan A belum keluar lagi, tapi Puan B keluar dulu. Masa ni suami Puan A tengah bertelefon dlm kereta. Puan B ni pun selamba jak naik, terus pakai tali pinggang. Lepas tu boleh lagi Puan B tu cakap "aikkk bang, kenapa ndak jalan ni". Masa Puan B naik kereta ni, suami Puan A tu, terkejut sampai ndak tercakap....hahahaha..... sekali Puan B pusing, bila dia nampak sebelah tu bukan suami dia, punya la dia teriak...... hahahaha..... bukan jak Puan A, tapi Puan Saiman dan geng2 pun semua nampak...apalagi ribut la kami ketawa. Bila Puan B keluar dari kereta tu, balik2 dia minta maaf ngan Puan A..... Mana suami Puan B.... dia sedang menunggu dalam kereta dan kereta durang di belakang kereta Puan A, sambil membaca newspaper. Bila dia dengar orang ribut2, baru dia perasan bini dia salah naik kereta.

Moral of the story : Kunci kereta anda..... Ini pesanan daripada Papa....

Wednesday, August 13, 2008

Musim Buah.

Cerita pasal buah ni kan, sebenarnya Puan Saiman ni bukan mau tembirang la bah kan, tapi ntah la sejak kebelakangan ni, hidung Puan Saiman ni sensitif betul sama bau durian (minta maaf la ah sepa2 yang suka makan durian di rumah bapa tu ah.... hehehehe), kalau dulu bukan main lagi Puan Saiman makan durian, tapi sekarang ni bau dia pun bikin kepala pusing ohhh.... Contoh dia mcm semalam. Puan Saiman ni pegi la rumah durang bapa... mau antar ayam panggang.... oppssss.... bukan Puan Saiman masak tapi main tunjuk jak di Desa...Rosemary Chicken yang kena jual di Desa tu memang sedap.... jadi masa masuk di rumah bapa tu, trus Puan Saiman ckp ngan mami.... sepa la makan durian ni.... nah sudah kenapatan.... Mami bagitau la durang makan durian tadi siang..... hahahaha.... padahal segala-gala pasal durian tu sudah kena buang dalam tong sampah.... bayangkan Puan Saiman boleh tercium.... Mesti kamurang tertanya2 juga Papa ndak makan durian ka... well... dia makan juga tapi 2 atau 3 ulas jak.... lepas tu berhenti... tapi kalau Permata Hati tu... Puan Saiman yang suapkan dia makan.... apa pasal dia kena suap? Pernah sekali tu, Puan Saiman suruh dia makan sendiri, dia kasih masuk 1 ulas tu dalam mulut...nah ndak ko sakit jantung tu.... palis2...kalau tertelan tu..... jadi sekarang ni Puan Saiman pegang la kasih suap dia.... tapi pening kepala tu jangan cerita la...tapi pasal anak... semua pun bulih bah.... betul la urang cakap kan, begitu la mama/bapa kita layan kita masih kecil2 dulu kan... apa pun sanggup durang kasih.... 1 ekur nyamuk pun ndak bulih gigit kita kan...
Sekarang ni di ofis Puan Saiman, ramai betul demam. Bersin jangan cerita la. Berabis la Puan Saiman makan vitamin C, tapi kalau sakit mau datang...Vitamin C pun ndak bulih tahan...hahahaha. Jadi sekarang ni ayat yang paling femes di ofis ni, kalau kawan tau kita ni demam, jawapan yang paling standard "biasa la geng, musim buah"....hahahaha... kesian buah.... musim dia yang kena kasih salah....

Tuesday, August 12, 2008

Alahai....

Kelmarin, masa ambil Permata Hati dari sekolah, Puan Saiman tanya la dia makan apa masa rehat? Permata Hati tu jawab "makan mee mama. Sedap betul. Iskandar ndak habis makan, jadi abang makan la mee dia tu", nah kau.... anak aku... makan mee kawan dia....hahhahaa.... tapi mungkin terlampau kenyang kan, mau sampai sudah di rumah......uuuweeekkkk..... alamak dia muntah la pulak... kesian tul Puan Saiman nampak dia muntah. Habis keluar segala mee dan sayur.... ( Pssttt... Pa, ndak apa la bah kuda putih tu bau muntah, bukan sengaja pun). Sampai di rumah, Puan Saiman terus mandikan dia...bibik bersihkan muntah di kereta. Masa mandikan Permata Hati tu, Puan Saiman cakaplah kalau sakit perut atau terasa mau muntah, ndak payahlah pegi tuition... tapi si kawan tu rajin pulak....beria-ia mau pegi tuition. Lepas mandikan Permata Hati tu, Puan Saiman pun pegi la ofis balik.
Petang tu masa Papa pulang, Puan Saiman pun hint2 la suruh dia bagitau Papa, masa dia bagitau tu, mau ketawa pun ada, mau marah pun ada.... sloww jak suara dia bagitau Papa dia muntah dalam kereta..... sampai Papa terpaksa dekatkan telinga di mulut Permata Hati tu....hehehehehe.... Lepas makan malam, Permata Hati tu bawa Papa dan Puan Saiman pusing2.... so Papa pun bawa la kami pusing2 KK... tapi mau tau something.... sebenarnya yang berabis mau pusing tu Mama ngan Papa dia... si kawan pula.....hissshhh.... sudah tidur di tempat duduk belakang... alahai......