Perhatian!!!

Semua cerita ini adalah hakmilik Puan Saiman dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Friday, January 30, 2009

1Borneo VIP Toilet

Kelmarin, Puan Saiman bercuti. Oleh sebab bercuti, Permata Hati bawalah pegi 1Borneo. Macam-macam perkara berlaku. Oleh sebab malas mau bawa 'kuda putih', jadi mau naik shuttle bus pegi 1Borneo dari Warisan Square. Dari rumah, naik teksi, sampai di Warisan Square jam 11.45 pagi. Minta tiket, orang tu cakap, jam 12 dia bagi... so ok, kami tunggu. Memang betul, tepat jam 12 dia agihkan tiket. Bila Puan Saiman cakap mau minta 3 keping sebab kami tiga orang. Bibik, Permata Hati ngan Puan Saiman. Orang tu cakap, kalau boleh Permata Hati di'pangku' sebab tempat duduk di bas yang terhad. Memandangkan masa tu ramai orang dan FREE, so ok, fine. Puan Saiman faham situasi dan sedar diri juga. Selepas tu ada beberapa ornag lagi datang, tapi tiket habis, kena tunggu next trip.


Seperti dijangka bas sepatutnya datang jam 12.40 tengahari, tapi datang awal. Sekali naik, ada 2 orang yang SUDAH DAPAT TIKET, ndak dapat tempat duduk sebab ada '2 HANTU' yang ikut naik.... Kesian adik tu, padahal dia datang minta tiket, selepas Puan Saiman datang. Sepatutnya security yang check tiket tu check betul-betul. Ini tidak, orang bagi jak bukan lagi dia kira berapa orang, malar la dia suruh naik. Akibatnya, ada 2 orang yang ndak dapat naik.

Sepanjang pegi 1Borneo tu, driver yang bawa bus tu ok sangat-sangat.... Sampai di 1Borneo tu, masuk di kedai buku HARRIS yang baru dibuka. Singgah sekejap di sana. Ada buku yang sudah di 'aim'. Tapi ndak bulih beli sebab banyak tempat mau pegi. Janji ngan Permata Hati masa pulang nanti singgah balik.

Pegi GSC, beli tiket. Oleh sebab teda movie yang sesuai ngan Permata Hati, so tinguk Sifu dan Tongga... Jadi beli tiket jam 4.30 petang punya. Lepas beli tiket, pegi tempat permainan tu.... kasih puas Permata Hati main di sana.... Jam 2.30 petang, pegi Chicken Rice Shop (CRS). Tapi sebelum pegi CRS tu, Permata Hati bawa pegi KFC, so tapau KFC, trus pegi CRS.

Seperti biasa, pegi CRS, orang ramai. Tanya ngan supervisor dia, ada tempat atau tidak, dengan muka ndak kurang senyum dia cakap, ada di dalam. Siap tanya lagi, berapa orang, so jawab la 3 orang... dia cakap ada... ok kami pun masuk. Berdiri 5 minit, sementara tempat duduk dibersihkan. Ok, masih boleh sabar lagi. Duduk 10 minit, baru order kena ambil. Ok, ndak apa, sabar lagi. Makanan sudah dipesan, asal hantar jak salah... hantar jak salah.... minta minuman 1 jag, dia hantar 1 gelas. 1 set makanan yang diminta, ada yang ndak sampai. Ok, ndak apa... tapi yang bikin panas tu, makanan belum sampai, bil yang sampai dulu. So, ini kali terakhir yang Puan Saiman masuk di sini, walaupun semua kedai makan di 1Borneo tutup, tetap tidak akan masuk di sini lagi. Service.... laju lagi siput babi.... SEBAB bukan Puan Saiman jak panas hati, ada beberapa orang lagi yang duduk disebelah meja Puan Saiman pun marah, malah ada yang keluar dari kedai tu.

Lepas makan ditempat yang service dia bikin panas, Puan Saiman pegi Tune Store, my favourite place. Permata Hati pula sibuk mau bawa pegi Kamdar, minta beli kain Kungfu Panda tu balik, utk buat bantal la pulak, ok.... so kami pun pegi Kamdar. Sampai di Kamdar, terbeli pulak cadar... ini bibik punya pasal la ni.... hehehehe.... jadi beli la jugak, sebab cantik... lepas tu beli lagi kain Kungfu Panda ngan ada lagi satu kain yang Puan Saiman berkenan juga, Insyaallah mau buat sarung bantal. Lepas membeli dan membayar.... mestilah bayar ohh... nanti silap2 terpaksalah pulak Papa jamin di balai..hahahahaha

Sebelum pegi tinguk wayang, Puan Saiman pun bawalah Permata Hati ngan bibik pegi toilet.... mesti kamurang heran kan, apa pula mau pegi toilet pun mau cerita ka... ha!!! pasal toilet la ni mau kasih tau.... Sepa-sepa yang kenal ngan Puan Saiman ni, memang tau la, Puan Saiman ni punya jenis, biar mahal asal selesa... jadi kami pun pegi la ke tandas VIP yang bayar RM1 seorang tu la. Tapi sekali masuk..... sila tinguk gambar di bawah ni ..... tadaa....



Ndak berbaloi langsung, sudah la lantai kotor, tisu di sana sini. Sudahlah begitu berBAU lagi tu. Bayangkan kita bayar RM1 utk sekali masuk, tapi ini pula yang kami dapat. Ok... ndak apa, jadi Puan Saiman pun ambil la gambar utk kasih nampak ngan Papa, lagipun cadangnya bila keluar nanti mau kasih tau penjaga tu, supaya bolehlah kasih bersih sikit. Tapi bila Puan Saiman kasih tau dengan sopan santun lagi tu.... aikkk bulih-bulih dia marah... aparaaa.... dia ingat kita masuk free ka, bersih lagi tandas awam di KK tu. Jadi kalau2 ada 1Borneo Management yang terbaca blog ni, harap2 do something abt this.... Oleh sebab penjaga tu menjawab dengan kurang ajar dan sebagai bukti, sebab itulah gambar tandas ni keluar. Kalau sudah tandas ni begini, sila turunkan 'sign' VIP TOILET tu, dan sila simpan... SILA MASUK KE TANDAS INI JIKA ANDA BERANI...... dan jangan minta bayaran masuk... bikin malu saja. Ini bukan pertama kali Puan Saiman masuk tandas yang berbayar lebih dari 20 sen, Puan Saiman sudah masuk di Mid Valley, Pavillion, Sogo (sekadar bagi beberapa nama), tapi ndaklah begini... Ini betul-betul teruk...BETUL-BETUL NDAK BERBALOI..... dan penjaga tandas tu betul-betul KURANG AJAR.... kalau kena kasih tau tu, cakap terima kasih la, bukan jawab yang bukan-bukan.... Cukuplah cerita tandas...

Lepas keluar dari tandas yang indah khabar dari rupa.... off we go to GSC. Beli popcorn ngan minuman utk bibik ngan Permata Hati, Puan Saiman ndak beli apa2, sebab kembang tekak bila ingat tandas tu. Bila tinguk cerita Sifu dan Tongga ni, oklah utk budak2, tapi kalau ngan Puan Saiman, percaya atau tidak, bulih tidur lagi Puan Saiman tu... apa indak, tinggal dalam hutan, tapi rambut Mila teknik Rebonding, kuku manicure... hahahaha... buat cerita biar masuk akal sikit la kan. Tapi oleh kerana Puan Saiman ni bukan pengkritik filem, jadi tinguklah sendiri, tapi kalau ada kawan-kawan rapat Puan Saiman tanya, ok ka atau tidak, jangan bazirkan duit anda ngan filem ni. Berbaloi lagi kalau buat belanja makan.

So, lepas bangun dari tidur...opsss silap, terjaga lepas Permata Hati kasih bangun, kami keluar dari sana. Sementara tunggu Papa ambil, kebetulan ada Acrobatic dari China, so kami pun tinguk la sekejap. Excited betul Permata Hati tinguk. Ndak lama lepas tu Permata hati bawa lagi pegi tempat permainan budak-budak tu. Jadi bawalah.. ndak lama Papa sampai, seperti biasa, kalau pegi 1Borneo ni, mesti kami parking RM5 tu. Bukan apa, walaupun mahal tapi berbaloi, dekat lagi.... lepas Papa datang, tunggu lagi sekejap Permata Hati main..... lepas tu pulangg....

Opssss.... sebelum pulang, bawa Papa pegi kedai Buku Harris tu, Permata Hati beli buku, Puan Saiman beli magazine Her World ngan A4 Paper, Papa beli note book.. lepas Papa bayar, kami pun pulang..... tapi sebelum pulang Papa bawa pegi makan di Alam Mesra.... Ndak la Puan Saiman mau lagi makan CRS tu... SERIK oiiii......

Ini adalah daripada pengamatan Puan Saiman sendiri....

Customer Service Shuttle Bus - 3 dari 5 bintang

Driver Shuttle Bus - 4 dari 5 bintang

GSC 1 Borneo Service - 4.5 dari 5 bintang

Chicken Rice Shop (1Borneo) - 2 dari 5 bintang

Tune Store service - 4 bintang dari 5 bintang

Customer Service Kamdar - 4 bintang dari 5 bintang

VIP Toilet 1Borneo - 0.5 bintang dari 5 bintang, 0.5 ni pun sebab Puan Saiman ada guna tisu ngan air....

Wednesday, January 28, 2009

Tukang Jahit Terlampau....

Hari Isnin nan silam, Papa dengan baik hati bawa Puan Saiman ngan Permata Hati pegi 1Borneo. Lama betul sudah Puan Saiman ndak pegi sana... lama ke... memang lama pun, sebab last pegi sana sebelum buka sekolah...hehehehe....

Sampai jak di sana, bawa Permata Hati pegi main games disana tu, lepas tu bawa Papa pegi Tune Store. Oleh sebab Papa dapat Voucher RM20 jadi, Puan Saiman pun beli la tilam kecil, harganya lebih kurang RM40++, beli lagi 1 botol air utk Permata Hati bawa pegi sekolah. Papa bayar semua lebih kurang RM20 lebih jak, sebab selebihnya guna voucher. Lepas tu pegi Kamdar, beli kain utk buat cadar tilam, oleh sebab tilam tu tilam Permata hati jadi Permata Hati pun pilihlah kain Kungfu Panda...



Lepas beli benda ni, Papa bawa makan di Kenny Rogers, punyalah ramai orang. Ndak pernah disuruh tunggu, nasib baik ndak lama tunggu, trus dapat tempat... Lepas makan, bawa Papa pegi Giant.... lepas dari Giant trus pulang....

Sampai jak rumah, maka bermulalah episod Tukang Jahit Terlampau.... hahahaha.... mula-mula sediakan.... benda ni.





Alamak, lupa pula mau ambil gambar mesin jahit, lain kali jak ok...

Sementara menunggu Mama yang sedang sibuk memotong kain dan menjahit, orang di bawah ni sibuk tanya sudah siap atau belum.... tanya pun setiap 5 minit..




Permata Hati : Siap sudah Ma ?

Mama : Belum.

Permata Hati : Lama juga.

Mama : (Diam) sambil senyum... (Dalam hati)biasalah Nak, penjahit amatur... hahaha

Oleh kerana sudah menjadi tukang jahit yang melampau, maka Papa ngan Permata hati terpaksalah makan megi jak..... hahahaha. Alamak Pa, seksi you.....



Nampak Permata Hati tu, dia tenung jak Papa, mungkin dalam hati dia 'kesian kita kan Pa, Mama sibuk menjahit, kita dua terpaksa makan megi'. Nampak Papa tu, kesedapan dia makan megi, maklumlah sebulan sekali pun susah sebenarnya makan megi ni. Tapi malam ni makan megi sebab lama sudah ndak masak megi.

Setelah bertungkus lumus menjahit, akhirnya siaplah... ndak sabar Permata Hati mau pakai, malam tu juga dia tidur ngan cadar yang belum dicuci.... hehehe..... maka inilah gambarnya




Ok la kan, utk penjahit amatur, daripada beli berpuluh-puluh ringgit, bagus lagi buat sendiri, walau ndak secantik yang dijual, tapi berbaloi bila Permata Hati cakap "Mama Hebat la".....

Tuesday, January 27, 2009

Hak Persendirian!!!!

Telefon Bimbit / Handphone - Hadiah dari Papa.

Line : Cel*om / Register

Bil : Dibayar oleh Papa

Jadi kesimpulan yang dapat dibuat, telefon ini adalah hakmilik persendirian. Segala panggilan yang diterima dan panggilan keluar adalah TANGGUNGJAWAB persendirian juga.

Ini bermakna, segala panggilan adalah atas urusan peribadi sahaja. Sebab kalau masih lagi ndak faham, sekali lagi ingin dimaklumkan - INI TELEFON PERIBADI - suka hati akulah mau jawab atau ndak!!!!!! Sebab ini adalah Harta Persendirian.



Puan Saiman 'sign out'.......

Thursday, January 22, 2009

Mau gaduh ka!!!!!

Depan rumah ada sebaris kedai. Ada kedai makan, ada kedai sayur/buah, ada kedai gunting rambut dan kedai serbaneka 24 jam. Memang namanya kedaikan, jadi di depan dan belakang kedai tu ada parking yang disediakan utk parking la bah. Manakala di tepi kiri dan kanan kedai tu jalan keluar masuk. Jadi rumah Puan Saiman ni kebetulan terletak di tepi kedai tu lah. Dijadikan cerita......

Pemilik-pemilik kereta ni kan, SEDAP-SEDAP parking kereta durang di tepi kedai tu, bermakna durang parking di hadapan rumah la. Sudahla jalan tu jalan keluar masuk kenderaan, jadi bila durang parking di sana, maknanya jalan tu sudah jadi satu. Bila sudah jadi 1 jalan, jadi kenderaan pun yang mau keluar masuk terpaksalah tunggu turn durang mau jalan....

Yang bikin panas tu, bila kereta-kereta tu parking disana, Puan Saiman ndak dapat mengundurkan kereta, bila mau undurkan kereta, terpaksa keluar masuk sampai 3 kali, baru dapat jalan. Kadang-kadang pemandu kereta tu ada dalam kereta,tapi bulih-bulih buat derkkk jak, langsung ndak mengundurkan kereta ataupun bagi laluan KAMI mau keluar dari rumah.

JADI di sini Puan Saiman ingin memberitahu....

KEPADA SEMUA PEMANDU YANG PARKING KERETA ANDA BERSEBELAHAN DENGAN 7-11 DI KEPAYAN RIDGE, SILA FIKIRKAN KESUKARAN KAMI MAU KELUAR DARI RUMAH. JANGAN FIKIR KESENANGAN ANDA SAHAJA. TIDAK KIRA APA BANGSA ANDA, KESOPANAN DAN KEPRIHATINAN AMAT DINANTIKAN.

Bukan apa, kadang-kadang bila Puan Saiman honk kereta... aikkkk... durang pula yang marah, patutnya KAMI yang marah kan. Sudahlah parking rumah orang, ndak sedar diri betul.


Puan Saiman 'sign out'...

Wednesday, January 21, 2009

Kesian Nana....



Semalam, lebih kurang jam 9.45 malam, mummy called.

Mummy : Sudah tidur ka ?

Puan Saiman : Belum, tengah tinguk Barak Obama. Ngapa Mi?

Mummy : Ndak bah, mau tanya, masih lagi ada daun bunga raya ka ?

Puan Saiman : Ada.

Mummy : Kira mau minta, sebab Nana ada di sini, panas betul kepala dia. Sudah kena bawa pegi klinik, tapi masih lagi panas.

Puan Saiman : Bah, kalau gitu tunggu kejap, nanti aku hantar.

Mummy : Bah, mana Wawan ?

Puan Saiman : Tidur sudah, kalau waktu sekolah gini ni, mimang awal dia tidur. Bah, sekejap lagi kami sampai.

Keluar dari bilik, trus bawa Papa pegi rumah mummy. Siapkan daun bunga raya. Pakai tudung, trus naik kereta. Sampai rumah bapa, Didik di pintu.

Didik : Mana Wawan kak ?

Puan Saiman : TIdur. Mana Nana ?

Didik : Ada di dalam. Tidur.

Ndak sampai 5 minit, Puan Saiman sampai, Nana pun bangun. Jadi, Puan Saiman pun sediakan daun bunga raya sama bunga dia sekali. Selesai ramas bunga raya tu ngan air sikit, terus suruh Didik kasih pangku Nana. Bila Puan Saiman letak jak daun bunga raya tu di kepala, merengek juga dia, tapi kejap jak. Selesai letak di kepala dan dahi dia, trus bungkus kepala dia ngan tuala. Ada kali 10 minit lepas tu, Puan Saiman ngan Papa pun pulang. Harap-harap kepala dia ndak lagi panas la. Gambar di atas adalah gambar yang pernah diambil oleh Puan Saiman. Ada yang sudah pernah di upload dan ada yang belum.

Kesian Nana, Mak Long harap Nana ndak lagi panas badan. Kalau ndak sudah panas badan, nanti Mak Long bawa Nana jalan, ok.


p/s : Nana sekarang bukan macam Nana yang dulu, Nana sekarang sudah pandai berdiri sendiri dan akan belajar jalan. Lepas pandai jalan ni, silap-silap berbubutan* la dia ngan mummy sama daddy dia..... hahahahaha....


*berbubutan - berkejaran

Monday, January 19, 2009

Bye...bye... nenen

Kali terakhir Permata Hati menyusu botol adalah pada hari terakhir Disember 2008. Itupun sebab dia demam+muntah+pening. Jadi malam tu lepas Maghrib Papa bawa Permata Hati ngan Puan Saiman pegi klinik sebab kebetulan masa tu Puan Saiman pun kurang sihat.

Pulang dari klinik....

Mama : Abang.... mama rasakan abang ndak bulih nenen sudah tau.

Permata Hati : Ngapa ma ?

Mama : Tu perut abang ndak bulih sudah terima susu, sebab abangkan sudah besar...Kan, Pa?

Papa : Angguk kepala jak...(biasa la Papa tu..)

Permata Hati : Ok Ma... abang ndak mau nenen lagi....

Jadi, lepas malam tu Permata Hati ndak lagi menyusu, dan susu tepung yang selebihnya tu pun bertukar tangan (kasih ngan Nana) .....Jeng...jeng...jeng... Sehinggalah dua minggu lepas (06/01)(hari selasa malam)

Permata Hati : Ma, macam abang mau nenen la....

Mama : Alamak... kan susu abang, mama sudah kasih sama Nana.

Permata Hati : Ngapa mama kasih ngan Nana... kesian abang... abang mau nenen...( sambil cakap sambil nangis ni)

Mama : Ok, mama minta papa beli sekejap.

Jadi mama ni pun minta Papa pegi kedai depan sekejap beli susu. Bila papa pulang, rupanya si kawan tu sudah tidur.. la... padahal papa jalan ndak sampai pun 10 minit. Sehinggalah keesokkan malamnya......

Permata Hati : Ma, abang mau tidur la. Tapi kan abang mau nenen. Abang mau Papa yang buat nenen....

Mama : Ok....

Masa Papa buatkan susu....

Mama : Abang, mama rasakan mesti abang muntah lepas abang nenen ni...

Permata Hati : Macam mana mama tau, abang belum nenen lagi?

Mama : Bah.. cuba abang fikir. Sudah 2 minggu abang ndak nenen, abang ndak pening, abang ndak vomit. Nenen tu kan utk baby2. Mama mau tukar nenen abang ndak mau.(Permata Hati ni masih lagi menyusu brand Lac*oge*). Puan Saiman pernah tukar susu tapi dia cakap ndak sedap.

Permata Hati : Nenen yang lain tu ndak sedap bah.

Mama : Bah, abang cuba jak nenen ah. Kalau muntah-muntah juga ni kali, maknanya betul la cakap mama, abang ndak bulih nenen lagi.

Permata Hati : Ok.

Masin mulut Puan Saiman. Ndak sampai 5 minit dia selesai menyusu.... tiba-tiba dia duduk di katil.

Mama : Ngapa bang ?

Permata Hati : Cam abang mau muntah la Ma.

Mama : Nah kan... pegi toilet cepat...

Kesian betul Permata Hati, habis bah dia muntah. Dan untuk kali kedua dia cakap dia ndak mau menyusu lagi... harap-harap ni kali bertahan la.





Nenen = menyusu

Thursday, January 15, 2009

Antara dua Darjat.

Tau la kamu tu enggang tapi janganlah buat pipit ni begini.
Jemput pipit ke rumah tapi tempat duduk lain-lain.
Lain kali kalu jemput sang pipit buat kerja
Janganlah buat ndak tau jak....

Nampak pipit angkat ranting
Bantulah....
Nampak pipit duduk di belakang
Apa salahnya bawalah pipit duduk di 'sarang' tu.....

Bukan pipit datang utk makan
Bukan pipit datang utk menyibuk
Datangnya pipit kerana dijemput
Dijemput utk menjalankan tugas, walaupun 'last minute' dipanggil.....

Kepada enggang....
terim kasih
Kepada enggang......
'jasamu' tidak dilupa
Kepada enggang......
ingatlah, hari ini anda terbang tinggi.... tapi esok-esok anda akan hinggap di pokok yang rendang juga

Ingatlah enggang....
pipit juga punya maruah
walau terbang tidak 'tinggi'......


Puan Saiman 'sign out'.....

Monday, January 12, 2009

Wajah kesayangan Hamba



Gambar ini diambil malam sabtu dan petang ahad. Silalah memcuci mata yer....

Inilah anak Didik.... sekarang ni sedang belajar berdiri dan juga sedang belajar utk berjalan. Nampak baju warna pink tu.... ada cerita di sebaliknya...hehehehe

Petang kelmarin, Puan Saiman ngan bibik 'rajin' utk masak-masak. Jadi di samping buat kek pisang, kami masaklah juga kari ikan Layaran. Jadi panggillah adik-adik utk datang ke rumah utk ambil lauk dan kek pisang. Manakala utk mummy pula, Papa yang tolong hantarkan.

Memandangkan Didik datang sudah agak lewat petang dan kebetulan Nana belum mandi, jadi Mak Long pun dengan rajinnya masakkan air panas utk mandikan Nana. Selesai mandi, masa Didik pakaikan Nana baju, tiba-tiba Mak Long teringatkan baju yang baru dibeli di Bukit Bintang Plaza hari tu... sebenarnya baju tu utk 'orang jauh' tapi sudah beberapa bulan tiada datang ke rumah, jadi rasanya baju tu sudah ndak muat ngan baby 'orang jauh' tu. Jadi utk mengelakkan pembaziran, Mak Long bagi ngan Nana la.... rezeki Nana la tu. Jadi itulah cerita baju pink berbunga tu.... cantikkan, pssttt... harganya pun cantik. Tapi memang berbaloi. Insyaallah kalau Papa bawa pegi KL balik mesti Puan Saiman bawa Papa pegi butik pakaian utk baby tu balik. Pakai baju cantik, tapi yang Puan Saiman pelik, mana pula seluarnya... jadi Nana terpaksalah pakai pampers jak. Bila durang Didik sudah pulang dan turn Noi pula yang datang, baru Puan Saiman perasan seluar tu rupanya tercicir di dalam bilik Puan Saiman....sigh.....

Sunday, January 11, 2009

You jump, I jump...



Entry ini ditulis khas untuk Papa......


Masihkan Papa ingat.... 13 tahun yang lepas semasa Papa cuba meng'usha' seorang gadis di kaunter. Masihkah Papa ingat reaksi gadis itu......
Masihkan Papa ingat, 13 tahun yang lepas, semasa gadis itu dalam 'kesusahan', Papa la yang muncul memberikan bantuan....Masihkan Papa ingat.......

Masihkah Papa ingat, ketika itu.........
Masihkah Papa ingat, ketika ada kata-kata yang kurang manis kepada kita....
Masihkah Papa ingat, apa yang pernah kita lalui...
Masihkah Papa ingat, kita pernah terkandas di tengah-tengah banjir di Telipok dulu....

Masihkah Papa ingat, ketika pertama kali kita berjalan bersama...
Masihkan Papa ingat, ketika kita makan bersama...
Masihkan Papa ingat, ketika pertama kali kita bertengkar...
Masihkah Papa ingat.....

Masihkah Papa ingat, Papa melihat gadis itu disebalik cermin...
Masihkah Papa ingat, menjemput gadis itu dari pejabat...
Masihkah Papa ingat, menjemput gadis itu utk menonton wayang.....
Masihkah Papa ingat.....

Masihkan Papa ingat, menelefon gadis itu dari telefon awam....
Masihkah Papa ingat, pertama kali membawa gadis itu pulang ke kampung...
Masihkah Papa ingat, pertama kali gadis itu makan 'sagol'...
Masihkah Papa ingat......

Masihkan Papa ingat, pertama kali gadis itu mandi di telaga....
Masihkah Papa ingat, Papa membiarkan gadis ini memandu pulang utk pertama kalinya...
Masihkan Papa ingat, Papa mengirimkan bunga kepada gadis itu...
Masihkan Papa ingat.....

Masihkan Papa ingat, ketika menemankan gadis itu menjalani pembedahan...
Masihkah Papa ingat, ketika gadis itu bersedih kerana 'keguguran' dahulu...
Masihkah Papa ingat, ketika memimpin tangan gadis itu...
Masihkah Papa ingat...... 

Tahukan Papa, gadis itu masih mengingati segala-galanya...
Namun gadis itu terlupa Hari Jadi Papa...... 
Sehingga Papa yang ingatkan gadis itu...
Masihkah Papa ingat.....

Kepada Papa,

Walaupun terlewat, namun si gadis sekali lagi ucapkan, 
Selamat menyambut hari lahir yang ke-40....
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki....
Sekiranya si gadis pernah mengeluarkan bait-bait kata yang kesat....
Maafkanlah si gadis itu....

Bukan niat untuk kecilkan hati....
Bukan niat untuk menguris hati....
Bukan niat untuk sedihkan hati....
Dan bukan niat juga untuk susahkan hati...
Maafkanlah gadis itu...

Terima kasih kerana menyayangi gadis ini...
Terima kasih kerana menerima gadis ini seadanya...
Terima kasih kerana memberikan kebahagiaan kepada gadis ini...
Dan terima kasih juga kerana menerima keluarga gadis ini seadanya...

Terima kasih kerana memberikan semangat kepada gadis ini....
Terima kasih kerana memberikan nasihat kepada gadis ini....
Terima kasih kerana memberikan panduan gadis ini....
Dan terima kasih kerana sanggup memberikan segalanya kepada gadis ini.....



p/s : u jump, I jump itu tidak ada kena mengena dengan apa yang tertulis di atas, U jump I jump itu ditulis kerana ketika nukilan ini ditulis, Puan Saiman sedang menonton Titanic......
 

Tuesday, January 6, 2009

Some says its HEAVEN..... Karambunai episode 2...

SOME SAYS ITS HEAVEN.......

Bukan Puan Saiman yang cakap tu ah..... Some Say Its HEAVEN.... ini Karambunai yang cakap. Kalau mau bercuti di pantai, memang pantai inilah yang Puan Saiman ngan Papa suka. Pantai yang bersih, pasir yang memutih. Mengadap laut yang terbenam luas. Cucilah mata ngan gambar ni ah... gambar ni cuma gambar Permata Hati jak ngan Papa, jangan harap kalau ada gambar Puan Saiman, sebabnya..... ehemmm.... orang cute kalau gambar dia kena ambil mimang mahal... tu sebab gambar Puan Saiman teda...






Gambar ni Puan Saiman ambil, lepas kami check in. Hembusan bayu yang nyaman dinikmati oleh Cinta Hati Puan Saiman. Cuba tinguk dua urang ni. Cuba kita tinguk apa durang tengah makan tu ah..... Apasal dua urang ni lepak jak dalam bilik ni...hairan kan???? Hmmm.....







Oh..... ini pulak durang makan..... patutlah masa Puan Saiman ambil gambar, ndak sedar pun. Permata Hati makan nugget dari KFC, Papa pula pekena kopi o panas ngan butter kek. Aikkk.....Kek tu bukan kena beli ah, bekas 'tapau' tu jak kena beli, yang keknya Puan Saiman yang buat.... ndak pecaya... datang rumah la, nanti Puan Saiman buatkan..... Bukan rajin, tapi Permata Hati yang minta buat..... ndak apa, apa jak utk Permata Hati



Psssstttt... tau kenapa dua urang tu lepak di bilik jak, sebab masa sampai di Karambunai jak, hujan punyalah lebat, jadi kami anak beranak lepak jak la.


ni masa breakfast pagi, pagi tu punyalah ramai orang. Nasib baik ada 2 restoren. Waiter dia cakap, menu durang di dua-dua restoren ni sama jak pun... tapi ndak apa, janji boleh makan. Permata Hati suka betul tutup mata, asal jak gambar mau kena ambil, macam-macam dia buat....











Bila Permata Hati tau jak Papa mau bawa pegi Karambunai, malar la dia cakap mau naik kuda, supaya dia puas hati, jadi Papa sudah melaksanakan permintaan. Mau tau sengihan dia tu, sampai telinga... Pipi jangan cakaplah... sampai merah-merah, sampai ada orang Korea sangka Permata Hati tu suku sakat durang...hahahahaha






Awas !!!! Bakal Equestrian Negara akan beraksi 10 tahun dari sekarang...aisemen..... Tapi, alamak...., kaki ndak sampai la..... hehehehe









Permata Hati : Pakcik, kuda ni makan apa?

Pakcik (yang nampak tangan jak ) : makan rumput.

Permata Hati : Kuda sepa ni pakcik.

Pakcik : Kuda pakcik.

Permata Hati : Mana kuda ni tinggal ?

Pakcik : Kalau siang di sini la, kalau malam di kandang.

Kuda :........ glamer la ni masuk blog.

Sebenarnya byk lagi gambar-gambar, tapi malas mau kasih upload.

Puan Saiman...sign out.


Kuih Maggi

Ini merupakan resepi daripada mummy Puan Saiman. Dulu-dulu masa kami masih lagi tinggal di kampung, sekali seminggu ada orang datang ke kampung utk ajar ibu-ibu belajar menjahit ngan belajar memasak. Ada sekali tu, mummy buatlah kuih megi. Jadi Puan Saiman tanyalah mummy macam mana dia buat, sebab ada sekali tu Puan Saiman buat, ndak pula jadi, dan inilah resepi yang mummy kasih. Sudah 2 kali Puan Saiman buat, rasanya memang sedap malah Permata Hati juga suka makan sebab ndak berapa pedas.

Bahan-bahan :
Bahan A :
1. 4 bungkus megi ( guna megi kari)
2. 3 cawan air
3. 1 sb tepung kanji

Bahan B
1. Isi daging atau isi ayam (dicincang halus)
2. Sayur campur
3. 2 cawan air

Bahan C
1. 1 biji telur
2. 2 sudu tepung gandum
3. 1 cawan minyak

Cara-cara :

1. Rebuskan isi daging atau isi ayam bersama-sama dengan 2 cawan air. Biar mendidih sehingga isi daging atau isi ayam beserta sayur campur masak. Angkat dan toskan. Ketepikan.

2. Masukkan 3 cawan air, bila mendidih, masukkan megi. Bila megi tersebut agak kembang, masukkan rempah kari megi tu (letakkan sedikit air dulu), kemudian gaul rata. Masukkan isi ayam atau isi daging beserta sayur campur tadi. Gaulkan rata. Masukkan tepung kanji yang dicampur air sedikit. Gaulkan rata selama 2 minit atau sehingga megi tu agak-agak kering.




3. Masukkan megi tersebut ke dalam loyang dan tekan-tekankan guna sudu besar. Tekankan sehingga rata. Sejukkan dan masukkan ke peti sejuk selama 2 jam, supaya senang di potong.

4. Keluarkan dari peti sejuk, potong gunakan pisau yang tajam. Anggaran potongan 2" x 2". Ulikan megi yang dipotong tu dalam tepung, kemudian ulikan megi tu ke dalam telur dan terus goreng.

5. Lepas goreng, apa lagi makan la bah...hehehehehe. Lebih sedap dimakan bersama sos cili.

Selamat mencuba.


Puan Saiman sign out.....




































Monday, January 5, 2009

Sekolah oh sekolah....

Pagi ni Puan Saiman yakin semua ibu-ibu dan bapa-bapa sibuk menguruskan anak-anak sekolah kan. Begitu juga ngan Puan Saiman. Cuma berbeza ngan Puan Saiman, Permata Hati masih lagi di tadika 2nd year, cuma tukar kelas jak, masih lagi di sekolah yang sama dan peraturan sekolah yang sama, jadi maknanya hari ni Puan Saiman ngan Papa pegi kerja, macam mana mau buatkan, begini la cari makan. Seperti biasa, utk masuk di Tadika 2 ni, tedalah perubahan cuma, ndak macam masa Permata Hati masuk Taska ngan Tadika 1st year dulu. Terpaksa ambil cuti. Tapi sebenarnya anak-anak tu nampaknya biasa jak, cuma ibu bapa jak excited semacam kan, maklumlah anak-anak sudah mula belajar. Macam-macam bermain di minda, takut anak-anak bergaduh la, takut jatuh la, macam -macam la bah kan. Tapi walaupun masuk di tadika 2, namun persiapan sekolah tetap macam anak orang lain kan.
Ini peristiwa yang berkaitan ngan urusan persekolahan Permata Hati.
Peristiwa 1 - 26/12/2008 Buat pendaftaran Permata Hati di sekolah. Beli baju ngan buku-buku sekolah. Jumpa ngan cikgu kelas, dan seperti biasa Puan Saiman tetap akan memaklumkan ngan guru kelas begini ' Cikgu, saya serahkan anak saya di bawah jagaan cikgu, kalau dia nakal atau langgar arahan cikgu, silalah denda dan kalau perlu di pukul, pukul la, cuma jangan sampai lebam atau patah'. Mungkin terkejut ngan statement Puan Saiman, cikgu tu pandang semacam jak ngan Papa. Sampai berkerut muka dia. Tapi bukan ngan cikgu tu jak Puan Saiman cakap begitu, ngan cikgu taska, cikgu tadika 1, cikgu tuition ngan cikgu muzik dia pun Puan Saiman cakap begitu.
Peristiwa 2 - 03/01/2009 Bawa Papa ngan Permata Hati pegi 1Borneo tinguk wayang lepas tu beli stokin. Kasut ndak payah beli sebab akhir tahun 2007, ada belikan kasut 2 pasang utk Permata Hati, rupanya kasut tu besar, oleh kerana malas mau kasih balik, beli jak yang baru, sebab kasut ni lama simpan pun ndak apa sebab kasut tu tunggu kaki Permata Hati besar sebenarnya (baca : bukan apa, Puan Saiman sebenarnya malas mau tukar, leceh la). Jadi tunggu punya tunggu, akhirnya kaki Permata Hati tu akan mula berkawan ngan Permata Hati bermula hari ni, 1 tahun kasut tu menunggu kaki Permata Hati....hahahahaa...
Peristiwa 3 - 04/01/2009 Bawa Permata Hati pegi Karamunsing, beli stationary. Ini mesti beli the day b4 sekolah buka, kalau beli awal, alamatnya ndak sempat la bawa pegi sekolah, maklumla anak Puan Saiman ni artist..... (baca : kalau beli awal, gerenti ndak sempatlah kaler ni kena bawa pegi sekolah).
Peristiwa 4 - The day.... Awal Puan Saiman bangun. Seperti biasa bangun kan Permata Hati, tapi malar cakap kejap, rehat dulu...sigh... last-last Puan Saiman mandi dulu, bila keluar dari kamar mandi, rupanya sudah pula dia bangun. Seperti biasa, bibik bantu utk uruskan Permata Hati. Dan pagi tadi, setelah sebulan setengah bercuti, inilah pertanyaan Permata Hati
Permata Hati : Ma, kejap jak ka sekolah ( maksud Permata Hati tu, sekolah utk tahun ni)
Mama : Kejap jak tu, nak. (dalam hati : alahai nak, hari ni baru 05/1, ada 10 bulan lagi sekolah).
Permata Hati : Tapi Ma, kenapa masa abang belajar di kelas Teacher Alice tu lama betul abang rasa).
Mama : Memang la begitu, sebab abang selalu lambat tidur, cuba kalau abang tidur awal, abang ndak rasa tu (baca : alasan jak tu, sebab teda lagi alasan lagi yang bulih kena bagi)
Macam-macam ....sigh... anak aku ni, baru sekolah hari ni, tapi dia tanya sudah bila lagi cuti sekolah, sebab Papa sudah janji kalau ada rezeki lebih, cuti sekolah hujung tahun nanti pegi KL ..... yes..... tapi yang susahnya sekarang ni malar la dia tanya bila lagi cuti panjang.....
Jadi, kepada anda di luar sana, apa cerita anda pagi ni.....
Puan Saiman sign out....

Saturday, January 3, 2009

Daging Masak Hitam buah kering.

Ok, entry meluahkan perasaan sudah selesai, cuma mau tahu apa jadi lagi semalam..... mati karan dari jam 8 lebih sampai 12 lebih, lepas tu ada lagi mati balik, sampailah lepas subuh, lepas subuh tu, mau tau lebih kurang 10 kali mati.... malas sudah Puan Saiman mau marah2, terpaksa la suruh bibik matikan semua karan elektrik, karang ndak pasal2 abis pula tv meletup, RO water machine meletup dll. Last2 Papa bawa breakfast di Kak Nong.... jom pekena mee basah ikan..... yummy...

Atas permintaan sharadzmien, Puan Saiman sertakan resepi daging yang diminta. 

Resepi Daging Masak Hitam Buah Kering.

1 kilo daging - hiris jangan terlalu kecil dan jangan terlalu tebal
1 sb jintan manis*
1 sb jintan putih*
6 biji bunga lawang*
2 batang kulit kayu manis*
1/2 sb asam jawa*
1 mangkuk kicap pekat manis (Puan Saiman guna kicap cap unta)*
1/2 mangkuk lada kering*
1/2 mangkuk kerisik kelapa*
3 biji bawang besar*
7 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
1 mangkuk, 3 atau 4 jenis buah-buah kering yang dicampur. Rendam dulu supaya lembut.  
1/2 mangkuk minyak makan

Cara-cara 

Blender kan semua yang bertanda * bersama-sama. Lepas blender, masukkan ke dalam daging dan dikacau. Perapkan daging, lagi lama lagi bagus. Tapi selalunya Puan Saiman akan perapkan daging tu semalaman (sila letak dalam peti sejuk, tapi jangan dalam ais utk letak ikan tu ah... nanti lain pulak kejadian).

Bila mau masak, masukkan minyak ke dalam kuali dan gorengkan bawang merah serta bawang putih, bila kekuningan, masukkan daging, gaul sebati. Kecilkan api, sentiasa kacau daging supaya ndak hangus. Kalau kurang air, masukkan 1/2 mangkuk sehingga daging masak. Bila daging masak, sila rasa dahulu sebelum masukkan perasa dan garam. Masukkan buah-buah kering dan kacau selama 5 minit, tutup api. Lepas tu bolehlah dimakan. Selamat mencuba.
 




Aparaa....... ndak guna betul!!!!

Entry ni sebenarnya sessi luahan perasaan. Ini cerita pasal SESB. Kalau hujan kuat ka angin kuat ka, memang patutla teda karan, ini sikit punya baik cuaca, tiba-tiba mati la pulak. Mimang betul la, bukan rumah Puan Saiman jak yang teda karan, rumah urang lain pun teda juga, tapi HEELLLLOOOOOO!!!!!! sekaran ni sudah tahun 2009, buat la something. Kalau mati karan, ada backup ka.... apa ka.... ini mdak tentu pasal mati la pulak...

Sebab-sebab Puan Saiman marah....

1- Ini malam SABTU. Urang mau tinguk tv, sebab bisuk kan ndak keja........

2- Sudah la panas, karan pulak teda, abis anak-anak menangis (bukan anak Puan Saiman tapi anak-anak jiran)

3- Baru 10 minit tadi Permata Hati tidur, bayangkan........... oiiii... anak aku mau tidur la, amacam mau tidur, PANAS..... mimang la PANAS di SANA lebih teruk, tapi anak aku mana faham, dia malar suruh Puan Saiman kol, tanya kenapa teda karan!!!!! Jadi SESB....... #$%^& (sila terjemahkan sendiri la)

Malas mau tulis banyak-banyak, nanti ntah apa-apa yang tertaip....... tapi kepada SESB...... bah buat lagi selalu, hari-hari lagi BAGUS........

Thursday, January 1, 2009

Selamat Tahun Baru 2009


Selamat Tahun Baru 2009 keptuada semua........

Banyak betul cerita ni, maklumlah Puan Saimankan bercuti panjang....

Bermula dengan bercuti di Karambunai....... pulang jak dari Karambunai, sampai jak rumah, ndak sempat lagi mandi, tukar jak baju, trus pegi rumah orang kawin (hantar inai), dari sana pegi ke jemputan 'full moon', selesai dari sana, pegi lagi Tanjung Aru, pun hantar inai. Selesai jak, sampai rumah, urus lagi kain baju....lepas tu ZZZZzzzzzzzz.

Hari minggu nan indah...(cewahhh), bangun pagi, mandi, trus pegi tamu Putatan. Beli itu, beli ini.... turs pulang. Sampai rumah, sib baik Papa ngan Permata Hati sudah bangun. Siapkan,ya breakfast, lepas durang dua breakfast, trus durang jalan pegi Karambunai, apalagi, pegi main golf la. Jadi masa bersendirian di rumah, apalagi, Puan Saiman ganti tugas-tugas bibik la...sigh.... Ya la bah kan, kalau tunggu dia pulang, alamatnya abis satu almari kosong, rumah jadi hutan, dapur penuh tikus...hahahhahaha. Dengan penuh kerajinan, Puan Saiman buat puding lagi utk bawa pegi piknik. Durang Noi bawa pegi piknik hari Isnin, jadi sepanjang hari tu, cuma jemur kain, angkat kain, kemas rumah, dan buat persediaan utk pegi piknik keesokkan harinya. 

Hari Isnin yang damai, bangun pagi lagi, bila sudah siapkan semua, bangunkan Papa ngan Permata Hati, selesai semua, off we go........... piknik yang best.... gossip-gossip.... makan-makan....gossip-gossip lagi.... minum-minum... gossip-gossip lagi..... jam 3 pulang.... Sampai rumah, bibik sudah sampai, lama juga dia tunggu....sigh... apasal la ndak telefon kan.... so sepa salah..... sila jawab sendiri... Yesss..... memandangkan bibik sudah ada, maka dengan senang hati Puan Saiman serahkan tugas dia balik, bukan apa Puan Saiman ndak juga 'gila kuasa' kan...hahahahaha

Hari Selasa... bangun pagi, Papa tanya jadika pegi 1Borneo. Puan Saiman jawab 'jadi, Pa'. Psssttt..... naok bas lagi tu. Permata Hati bawa naik bas.... ada shuttle bus dari Warisan Square pegi 1Borneo, jadi kami pegi jak la, free pulak naik bas tu. Jam 1.30 kami dari rumah, naik teksi, turun di Warisan Square, ambil tiket, bas jam 3.30 petang, oleh sebab masih awal, lepak sekejap di Secret Recipe, jam 3.15 pegi bus stop, 5 minit kemudian bas sampai, apalagi Permata Hati, excited semacam, tapi ndak apa yang penting dia happy kan. Sampai di 1Borneo, pusing-pusing, tinguk wayang Bedtime Stories, ok jugak la, kuat juga Puan Saiman ngan Permata Hati ketawa. Lepas tinguk wayang, Papa pun sampai (Papa terpaksa kerja, sebab ramai staff dia cuti). Lepas tinguk wayang, pegi makan, singgah Giant, trus pulang. Sampai rumah, turun jak dari kereta, Permata Hati muntah la pulak. Badan pun panas. Lepas kasih mandi Permata Hati, bagi makan ubat, trus Permata Hati tidur.

Hari Rabu, bila bangun jak dari tidur, rasa badan ndak sihat pulak. Ambil breakfast, lepas tu makan ubat. Memandangkan malam nanti mau buat bbq di rumah, terpaksa juga pegi pasar, beli ikan ngan sotong. Sebelum tu singgah di Giant beli sayap ayam. Sampai rumah muntah pula. Makan sikit nasi, makan ubat trus tertidur. Jam 2 lebih, rupa2nya Papa ada pulang, dia kira mau bawa Puan Saiman ngan Permata Hati pegi klinik, tapi bila Papa nampak Puan Saiman ngan Permata Hati tidur, ndak smapai hati pulak dia kasih bangun, so dia pegi keja balik. Bila bangun jam 3.45 petang, bibik bagitau yang Papa ada pulang....sigh... kesian Papa. Badan masih lagi sakit, Permata Hati masih lagi muntah2, tapi Puan Saiman tetap siapkan ayam, suruh bibik siapkan, benda-benda yang diperlukan, suruh dia blender, kemudian Puan Saiman perap ayam ngan rempah-rempah tu, sempat lagi rebuskan sotong ngan ikan, rebus pakai mangga lagi tu. Siapkan terung, ngan ikan utk di bakar. Jam 4.30 ptg, durang Ning, Adik ngan mummy dtg. Jam 5.30, Papa pulangm trus bawa pegi klinik, sampai di klinik Permai, doktor S, check Permata Hati dulu, lepas tu baru check Puan Saiman. Sebab ndak tahan sakit kepala, minta jarum.... Selesai semua, Papa bayar RM113.

Bila sampai rumah, durang Didik ngan bapa pun sampai, ndak lama lepas tu Noi pun sampai. So acara bakar membakar pun bermula. Tapi kena selesai awal sikit sebab esok Is ngan AMing ada Sekolah, ntah apa nama dia tu, Transisi ka apa ka tu, ndak pula Puan Saiman ingat. Bila selesai, masa durang mau pulang, tiba-tiba Bibing lagi muntah. Sebelum tu, Noi cakap, Is ngan Akma pun muntah... sigh..... mungkin pertukaran cuaca akhir tahun barangkali.... Bila durang pulang Puan Saiman pun zzzzzz.....

Jadi utk menyambut hari pertama 1/12009 ni, Puan Saiman teda pegi mana-mana, di rumah jak main game...hehehehe.... cuma tadi petang Permata Hati bawa pegi rumah Ning, hantar cd game ps2 utk bibing, dia ngan Papa beli di Wisma Merdeka, lepas hantar, pulang la balik....

Sakit juga jari2 ni.... so kepada semua Selamat Menyambut Tahun Baru 2009, semoga kehidupan kita bertambah baik, dilimpahi rezeki dan diberikan kesihatan utk menghadapi cabaran di tahun 2009 ini. Puan Saiman sign off.....