Perhatian!!!

Semua cerita ini adalah hakmilik Puan Saiman dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Tuesday, March 31, 2009

Macam-macam musim

Ada musim buah
Ada musim hujan
Ada musim kemarau
Ada musim demam

Sepanjang minggu lepas, sibukkkkknya di  ofis.... sibuk sampai ndak makan lunch. Jangankan lunch, Permata Hati pun Papa yang ambil, Kecuali hari Khamis tu. Papa ndak dapat ambil sebab ada meeting, jadi ikut perancangan lepas ambil Permata Hati, terus balik pejabat, ntah kenapa masa tu jugaklah orang langgar belakang 'Kuda Putih'. Ndak juga teruk, tapi ndak sedap jugalah mau naik sebab tercalar. Lain kali ceritalah..... malas mau taip, jari masih lagi terketar-ketar ni....

Dan sejak sebulan dua ni, memang musim demam panas, 'chicken pox' ataupun sakit 'mata merah'. Di rumah ni mula-mula bibik demam, lepas tu Permata Hati pulak, dan tiga hari ni Puan Saiman lagi yang kena demam.  Sebab-sebab demam ni sebenarnya bercampur penat juga. Pagi Isnin langsung ndak boleh bangun, buka mata pun berpinar-pinar, badan panas, lenguh semua badan, hidung ngan mata berair, kepala pun sakit..... ah sudah.... sah memang demam la ni. Bagitau ngan Papa, bila Papa pegang dahi, terus Papa cakap ;

Papa : Ndak payah pegi ofis, nanti kita pegi klinik...

Puan Saiman : Ok.... (terus baring balik).

Sepanjang hari, baring dan tidur. Batuk sampai sakit tekak. Makan pun tiada selera (psssttttt badan tetap maintain geng.... hahahahaha).

Oleh sebab hari Isnin tu hari pertama kerja, jadi terpaksalah pegi klinik lepas Maghrib. Disebabkan demam Puan Saiman ni teruk sedikit, jadi doktor syorkan 'jarum'. Puan Saiman pun ndak juga ndak mau, memang mahu pun, sebab demam ni kali ni memang teruk. Berjalan pun ndak larat. Selesai semua, ambil ubat semuanya RM65. Doktor bagi 2 hari cuti, jadi sepanjang hari ni 31/03 ni, duduk, baring jak atas katil. Pagi tadi Papa belikan nasi lemak yang sedap... oleh sebab kelmarin langsung ndak makan, punyalah sedap makan nasi lemak tu. Lepas makan nasi lemak, makan ubat.... tidur.... tengahari, oleh sebab masih kenyang.... minum jus... lepas tu tidur....... petang tadi makan ubat...... tidur. Bila bangun tadi, ok sikit. Rindunya mau makan ikan rebus mangga. Jadi pegi dapur, kebetulan bibik sudah sediakan, jadi tinggal masukkan dalam periuk. Kebetulan ada mangga muda....yummyyyy........

Tadi dinner ngan Papa..... habis juga sepinggan nasi...... hehehehehe..........

Baru makan ubat tadi, jadi mata pun sudah mengantuk...... apalagi mau tidurlah.......





Puan Saiman 'sign out'......

Friday, March 20, 2009

Happy Birthday Sayang2.

Allah selamatkan kamu......
Allah selamatkan kamu........
Allah selamatkan Khairy Syazwan....
Allah selamatkan kamu.....
Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Permata Hati menyambut Hari Jadi yang ke-6 kelmarin 19/3. Memang Puan Saiman ngan Papa bercuti. Jadi inilah antara yang kami buat kelmarin.
9.00 pagi : Papa pegi buat reflexology, bawa Puan Saiman, tapi Puan Saiman ndak ikut. Sebab sibuk tinguk tv....hehehehhee
10.30 pagi : Puan Saiman pegi kedai depan rumah, pegi fotostat passport bibik.
10.45 pagi : Papa pulang dan kami terus jalan pegi Gr*w War*san di Asia City. Jalan jammed. Sampai di Asia City lebih kurang 11.10 pagi.
11.15 pagi : Berurusan di Gr*w War*san. Cuma Permata Hati yang temankan. Papa tunggu dalam kereta sebab tiada parking.
11.30 pagi : Urusan selesai. Terus pegi 1Borneo.
11.45 pagi : Sampai di 1 Borneo. Permata Hati bawa pegi Watson sebab minta belikan vitamin C, chewing gum ngan gula-gula mentos.
12.15 tengahari : Bawa Papa ngan Permata Hati lunch di Kenny Rogers. Puan Saiman belanja...
1.00 tengahari : Lepas makan, bawa Permata Hati pegi sand coloring (ntah apa nama dia tu, Puan Saiman lupa sudah). Ala...... yang ada gambar dibeli tu, lepas tu buka pelekat gambar tu kemudian letak pasir berwarna tu....ha.... itulah tu....
1.30 tengahari : Selesai buat sand coloring tu, Puan Saiman pegi beli tiket wayang, Permata Hati mau tinguk 'Race to Witch Mountain' jam 2.30 petang. Lepas beli tiket, Permata Hati bawa Papa pegi tempat Bo-bo Land. Seperti biasa, Puan Saiman pegi Daiso.
2.00 petang : Panggil Permata Hati ngan Papa, terus pegi GSC.
2.15 petang : Masuk GSC dan terus layan movie tu.
4.15 petang : Keluar dari GSC.... Permata Hati mau pegi main boling lagi. So off we go... Tapi bila sampai di tempat bowling, ramai sangat orang. Lagipun Papa ndak larat sudah mau main. Sakit kaki, Puan Saiman jangan haraplah mau main. Permata Hati mogok..... mulut muncung semacam.... Tiba-tiba Puan Saiman ada satu idea...hehehehehe.... Bawa Permata Hati pegi K-Box. Punyalah dia suka. Siap nyanyi lagu Nubhan 2 round. Papa ngan Puan Saiman, jadi tukang tepuk tangan jak. Booking bilik tu utk 30 minit cuma RM10. Lepas puas Permata Hati menyanyi, barulah dia mau pulang. Tapi singgah sekejap di Secret Recipe beli kek.
Sampai rumah jam 6.15 petang. Jammednya jalan di Teluk Likas tu. Sampai rumah, Permata Hati mandi dan terus Papa bagi hadiah PS2 dia.
Tau jam berapa kami tidur??? Jam 8.30 malam. Apa tidak, sakit kaki, sakita badan dan paling penting....... sakit poket...hehehehehehehe......
Selamat Hari Jadi Anak Mama. Semoga dipanjangkan Umur, dimurahkan rezeki, sihat, dan jadilah anak yang baik serta menghormati orang tua....AMIN.....
Puan Saiman 'sign out'.......

Wednesday, March 18, 2009

Happy Birthday Sayang1.

Esok (19/3) Puan Saiman akan bercuti. Alahh... bukan lama pun bercuti, sehari jak pun. Kalau diikutkan hati, memang ndak mahu cuti, sebab cuti tahunan pun bukannya banyak. Tapi disebabkan Permata Hati menyambut hari lahir esok, maka Puan Saiman ngan Papa akan bercuti. Kebetulan juga bibik minta kontraknya disambung, jadi esok pagi Puan Saiman akan berurusan dahulu di F*m*m*. Mungkin lepas berurusan di tempat tu barulah Puan Saiman akan bawa Permata Hati jalan-jalan cari makan. Seperti Puan Saiman juga, Permata Hati juga kini suka betul pegi 1Borneo. Kalau dia sebut mau pegi sana, punyalah Puan Saiman ke'syiokkan', maklumlah tumpang sekaki. Kalau Papa pula, Puan Saiman pun indak tahu kalau dia suka ataupun indak. Tapi satu lagi yang Puan suka kalau Papa ikut, apa jak Permata Hati mau makan, semua dia belikan, Puan Saiman jangan ceritalah, memang la suka, tumpang sekaki kan. Jadi kepada anda di luar sana, nampak 'cita-cita' pengurangan berat badan di sebelah tu..... silap-silap tinggal angan-angan jak la begitu, turunnya indak, naik lagilah ada harapan yang bersinar..ehemm... ini semua salah Papa... hehehe.
Cerita semalam...... Lepas Maghrib....
Permata Hati : Mama.......mama...... (panggil Puan Saiman)
Puan Saiman : Sini... dalam bilik...
Permata Hati Masuk bilik...dan diikuti oleh Papa...
Puan Saiman : Ada apa... (mata Puan Saiman sedang tengok SPA Q)
Permata Hati : Mama mau tau something ka ??....
Puan Saiman : Apa......? (Masih lagi tengok SPA Q)
Permata Hati : Nanti abang birthday kan, Papa kasih beli abang abang PS2 sama basikal.... Papa said nanti dia kasih suprise abang malam bisuk.....
Puan Saiman terus tinguk Papa.
Puan Saiman : Abang mau tau something ka ?
Permata Hati : Apa, Ma...?
Puan Saiman : Suprise tu maksud dia kejutan atau terkejut. Jadi kalau abang sudah tau, itu bukan lagi suprise sebab tau sudah what will happen kan..... jadi apa yang Papa kasih sama abang tu.... bukan lagi suprise....
Permata Hati : Terus bertapuk (baca : bersembunyi) belakang tv.... Merajuk la tu.
Puan Saiman terus tinguk Papa..... (dalam hati) ndak sabar mau birthday....hehehehe.
Tadi pagi (masa mau keluar pegi ofis).
Permata Hati : Mama......
Puan Saiman : Ya... ada apa??
Permata Hati : Jangan lupa ah....??
Puan Saiman (dengan muka blurr..) : Jangan lupa apa...?
Permata Hati : Jangan lupa kasih suprise abang....
Puan Saiman senyum jak bila dengar Permata Hati cakap. Bukan apa. Budak-budak. Mana la dia tau kan..... sigh..... So kepada Papa..... jangan lupa birthday Mama....kio..... hahahahaha.
Puan Saiman 'sign out'......

Monday, March 16, 2009

Cinta Sejati.

Sedang Puan Saiman 'surf' internet, tiba-tiba termasuk pula dalam website di bawah ini. Puan Saiman 'translate' dalam Bahasa Melayu secara ringkas la ah dan kalau mau tengok gambar 'cinta sejati' tu sila lah klik di website di bawah tu, tapi kepada anda yang boleh berbahasa Inggeris, bolehlah baca terus di website di bawah tu......


Kisah cinta ini berlaku di Negara China dan kisah ini telah menyentuh perasaan orang di seluruh dunia. Kisahnya bermula apabila seorang lelaki muda dan seorang wanita yang lebih berumur dari pemuda tersebut yang telah melarikan diri kerana cinta dan hidup bersama lebih dari setengah abad. Lelaki China yang berumur 70 tahun tersebut telah mengukir/membentuk lebih kurang 6,000 anak tangga hanya dengan menggunakan tangan untuk menaiki gunung tersebut, telah meninggal dunia di sebuah gua yang menjadi tempat tinggal pasangan tersebut selama 50 tahun.


Lebih kurang 50 tahun dahulu, Liu Guojiang, seorang pemuda yang berumur 19 tahun, telah jatuh cinta dengan seorang ibu tunggal Xu Chaoqin, yang ketika itu berumur 29 tahun. Seakan cerita Romeo dan Juliet, yang membezakannya hanyalah perbezaan adalah keluarga serta sahabat handai mengkritik hubungan tersebut hanya disebabkan perbezaan umur serta Xu ketika itu telah pun mempunyai anak sendiri. Pada ketika itu, perbuatan tersebut dianggap tidak bermoral apabila seorang lelaki muda bercinta dengan wanita yang lebih berumur lebih-lebih lagi yang berstatus ibu tunggal dan mempunyai anak. Untuk mengelakkan kata-kata hinaan daripada orang ramai, mereka pun berpindah ke sebuah daerah yang asing dan jauh ke Daerah Jiangjin di Bahagian Selatan ChongQing.

Pada permulaan hidup mereka bersama begitu susah. Mereka tidak mempunyai bekalan lampu ataupun makanan. Mereka terpaksa memakan rumput dan akar-akar yang mereka dapati dari kawasan pergunungan tersebut. Liu juga membuat lampu minyak tanah untuk meneruskan kehidupan mereka sebagai suami isteri. Xu terasa bahawa beliau menyusahkan suaminnya dan kerap bertanya adakah 'suaminya menyesal kerana berkahwin dengannya', tetapi suaminya menjawab, 'jika mereka bersama, semuanya akan menjadi bertambah baik'.

Pada tahun kedua mereka tinggal di pergunungan tersebut sehinggalah 50 tahun kemudian, Liu telah membuat atau membentuk tanah hanya menggunakan tangan untuk dijadikan tangga di pergunungan tersebut untuk memudahkan isterinya turun dari pergunungan itu. Setengah abad berlalu dan pada tahun 2001, sekumpulan pengembara yang sedang mengembara dalam hutan tersebut terkejut apabila mereka menjumpai pasangan tersebut dan 6,000 anak tangga yang telah dibentuk dengan menggunakan tangan. Seorang daripada tujuh anak mereka, Liu MingSheng berkata 'Ibu bapa kami amat menyintai antara satu sama lain, merekat telah hidup bersama lebih daripada 50 tahun, dan sehari pun mereka tidak pernah berpisah. Bapa telah membentuk anak-anak tangga hanya dengan menggunakan tangan selama bertahun-tahun untuk keselesaan ibu, walaupun ibu tidak selalu turun.'
Mereka hidup dengan aman, damai dan penuh dengan kasih sayang selama 50 tahun, sehinggalah minggu lepas. Liu, yang berumur 70 tahun, seperti biasa pulang dari kebunnya, jatuh pengsan... Xu duduk di sisi suaminya sambil berdoa sehinggalah suaminya menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam dakapannya. Kerana cinta yang mendalam terhadap isterinya, genggaman Liu tetap tidak terlepas dari tangan isterinya, walaupun beliau telah meninggal dunia.
'Awak berjanji dengan saya yang awak akan menjaga saya, awak akan bersama saya sehingga saya pergi dahulu, tetapi kini awak yang dahulu pergi, macam mana saya hidup lagi tanpa awak?' Begitulah rintihan Xu setiap hari, berulang-ulang kali, sambil memegang keranda suaminya yang berwarna hitam, dan air mata yang berlinangan dipipi.

Pada tahun 2006, cerita cinta mereka menjadi antara 10 yang teratas dari Negara China, yang dihimpunkan dari Chinese Women Weekly. Kerajaan tempatan di tempat tersebut telah membuat keputusan untuk 'menyimpan' 'tangga cinta' mereka dan juga tempat tinggal mereka sebagai muzium, supaya 'Cerita Cinta' mereka dikenang untuk selama-lamanya.

Semalam, apabila Puan Saiman menceritakan kisah 'Cinta Agung' ini kepada Papa, airmata Puan Saiman tidak dapat disembunyikan lagi. Cerita cinta mereka ini amat menginsafkan Puan Saiman. Mereka hidup dalam serba kekurangan dan hidup jauh dari masyarakat, tiada peti sejuk, tiada makanan yang sedap-sedap, tiada fast food, tiada shopping mall, tiada aircon, tiada kenderaan, tiada gaji bulanan, dan tiada apa-apa kesenangan dunia. Mereka cuma ada 'CINTA'. Tapi kerana 'CINTA' itulah mereka hidup bersama selama lebih dari 50 tahun. Mereka hanya tinggal di gua dan hidup hanya dengan bercucuk tanam. Adalah mustahil mereka tidak pernah berselisih faham dan merajuk. Ini adalah perkara biasa di antara bersama suami isteri. Tetapi semua ini dapat mereka tangani dengan 'hebat'.

Cerita 'CINTA' mereka ini menjadikan Puan Saiman menjadi teramat kerdil dalam percintaan. Tidak dinafikan kadangkala Puan Saiman juga memang selalu terasa hati dengan Papa..... tapi sebenarnya bila difikirkan balik, 'kecil hati' cuma disebabkan perkara kecil, yang kadangkala terasa seperti sebesar alam...sigh.... kadang-kadang Papa tidak sambut panggilan telefon Puan Saiman pun membuatkan Puan Saiman kecil hati.....sighhhhh....

Tapi 'CINTA AGUNG' mereka ini adalah salah satu contoh yang paling baik untuk difikirkan oleh KITA yang telah berumahtangga.

http://www.snopes.com/glurge/chineselove.asp

Bila Puan Saiman membaca cerita ini berulang kali, setiap kali itu jugalah air mata mengalir di pipi......... Puan Saiman 'sign out'....

Saturday, March 14, 2009

I'm falling in love with somebody II...

Ya...... memang ada kebenarannya... memang Puan Saiman sekarang ni sedang jatuh cinta... Bukan dengan seorang tapi 4 orang sekaligus. Hahahaha..... nah kau, mata keranjang.... hahahaha....

Tapi 4 orang yang dimaksudkan ini adalah :

1. Tun Mahathir Mohammad
2. Datuk A. Kadir Jasin
3. Datuk Atikah Adom
4. Kamarul Bahrin Harun

Siapa yang tidak kenal dengan Tun Mahathir kan. Puan Saiman begitu mengkagumi misi, visi dan wawasan beliau. Tanpa beliau tiadalah KLCC, tiadalah KLIA dan tiadalah Litar Antarabangsa Sepang. Pandangan beliau begitu 'jauh'. Puan Saiman tidak mau masuk campur pasal 'rumah sukan' yang beliau anggotai, tapi lebih kepada kepintaran beliau untuk membangunkan negara. Kekaguman Puan Saiman terhadap beliau, tidak akan berubah sampai bila-bila.


Pertama kali ternampak beliau ialah ketika beliau diwawancara di Selamat Pagi Malaysia, kalau tidak silap masa tu Datuk Atikah Adom ni masih lagi bersama B*N masa tu. Malah dari sana jugalah Puan Saiman begitu teruja dengan misi dan visi beliau ketika itu. Bayangkan kalau tidak silap, masa itu Puan Saiman berada di bangku sekolah menengah lagi. Walaupun kini beliau tidak lagi bersama B*N namun beliau tidak akan dapat Puan Saiman lupakan sampai bila-bila.

Datuk A. Kadir Jasin memang orang yang hebat.  Siapa yang tidak kenal dengan Datuk A. Kadir Jasin ini. Malah Papa pun ada beli buku yang ditulis oleh beliau. Puan Saiman 'jatuh cinta' disebabkan kata-kata dan lawak beliau yang 'berisi'. Sekiranya beliau ditemuramah atau diwawancara, beliau akan menjawab tanpa menyakitkan hati orang lain. ITU YANG PENTING. Cuma siapa yang makan cili, memang akan terasa pedasnya. Tapi apa yang dikatakan oleh beliau dapat membuatkan Puan Saiman berfikir tentang kebenaran sesuatu perkara itu.

Dan ini pengacara yang Puan Saiman paling 'suka'. Kamal Bahrin Haron. Karisma beliau ketika menanyakan soalan memang tepat (bagi pendapat Puan Saiman la). Kepada siapapun yang diwawancara oleh beliau, memang akan menjawab dengan penuh berhati-hati. Memang nampak beliau tahu ada soalan yang akan beliau ajukan dan memang nampak yang beliau ni ada buat 'study' tentang sesuatu yang hendak dibincangkan. Tapi itulah, yang membuatkan Puan Saiman tidak berpuas hati adalah, kadang-kadang lain yang beliau tanya, orang yang menjawab tu entah apa-apa. Kadang-kadang nampak juga dari air muka Kamal ni yang beliau tidak berpuas hati..... hehehehehe.

Keempat-empat mereka ini memang pintar dengan bidang masing-masing. Bagi Puan Saiman pula, lupakan soal 'rumah sukan' yang mereka ikuti. Itu pilihan masing-masing. Namun misi, visi dan pandangan mereka adalah 'mahal'. Masing-masing ada personaliti tersendiri. Masing-masing ada kekuatan yang tersendiri. Masing-masing ada 'peminat' tersendiri. Mereka ini menjadi ikon. Mereka ini menjadi contoh. 

Tapi, walau siapa pun mereka di atas ini, cinta Puan Saiman tetap kukuh bersama Papa (aiseymen...). Kasih sayang Puan Saiman kepada bapa, mummy, Permata Hati, adik-adik Puan Saiman, anak-anak buah serta kawan-kawan rapat Puan Saiman tidak akan berubah.



Puan Saiman 'sign out'........ 

Tuesday, March 10, 2009

I'm falling in love with someone.

Sekarang ni Puan Saiman ingin menguar-uarkan kepada anda semua, kini Puan Saiman sedang 'falling in love with someone'......






Sibuk...sibuk...sibuk.... to be continued............


Kalau mau tau siapa orang tu..... rajin-rajin la masuk sini ok.





Puan Saiman 'sign out'....

Thursday, March 5, 2009

Cerita hantu.....

Dulu-dulu masa kecil-kecil, apa yang paling budak-budak takut.... hantulah kan apalagi...

Dulu-dulu, masa kecil-kecil.......

Di belakang rumah Puan Saiman ni ada rumah jiran yang kecil... di belakang rumah tu pula, ada sebatang sungai yang besar. Diseberang sungai tu pula belum ada rumah. Masa tu di sana tu banyak pokok bakau.

Dijadikan cerita, setiap malam, masa tu umur Puan Saiman lebih kurang 5 atau 6 tahun, kalau mau cuci tangan, mana la ada singki macam sekarang ni kan. Bapa buat pelantar-pelantar yang saiznya lebih kurang macam tingkap. Di luar 'tingkap' tu la tempat membasuh pinggan mangkuk, periuk belanga. Cuci sayur dan ikan. Jadi kalau dulu di kampungkan sunyi, bukan semua rumah juga ada elektrik. Jadi kalau waktu malam, bila selesai makan malam, masa cuci tangan tu, mummy selalu suruh cepat-cepat cuci tangan, jangan tegur apa yang kita nampak. Masa tu, oleh kerana Puan Saiman ni anak yang baik...cewahhh.... masa cuci tangan ni, Puan Saiman akan nampak 2 atau 3 lampu yang berterbangan di seberang sungai tu. Padahal, kalau orang mau memancing, lampu cuma akan ada di perahu kan, tapi ini berterbangan di atas pokok bakau. Oleh kerana Puan Saiman ni kan anak yang baik, jadi Puan Saiman ndak pernah tanya ngan bapa apa benda ni.... tapi sekarang ni Puan Saiman sudah tau apa benda tu.... takuttttnya kalau ternampak benda ni........
Dulu-dulu, masa kecil-kecil........
Di kampung belum lagi banyak rumah macam sekarang ni........
Depan rumah ngan sebelah kiri rumah Puan Saiman ada sawah. Bukan sawah keluarga Puan Saiman, sawah orang. Dijadikan cerita, bila selesai orang mengetam padi, kadangkala bila tengah malam, Puan Saiman akan terdengar macam bunyi rantai besi ditarik. Masa ni Puan Saiman masih lagi budak-budak, jadi mana la tau kan bunyi apa tu, bila Puan Saiman cuba cubuk (baca : mengintip) dari celah-celah jendela, tapi teda apa pun..... sekarang ni Puan Saiman tau sudah apa benda tu...... takutttnya kalau ternampak benda ni.........
Dulu-dulu, masa kecil-kecil.........
Di kampung, asal bunyi beduk di surau, tahulah tu ada orang meninggal.......
Asal jak dengar ada orang meninggal, ada la alasan Puan Saiman tu ndak mau pegi mengaji. Bukan apa sebenarnya tu, takut... ntah apa yang ditakutkan pun Puan Saiman ndak tahu. Ada jak la alasan Puan Saiman, sakit perut la, rasa mau demam la......... oleh kerana Puan Saiman ni kan pandai berlakon, selalunya alasan tu memang diterima. Tapi rasanya, durang bapa ngan mummy tau tu, tapi biasa la kan, masa tu Puan Saiman masih lagi budak-budak rebina... hehehehe.......
Dulu-dulu, masa kecil-kecil.......
Mummy akan jemur (baca :sidai) kain di bawah kolong rumah. Samaada hari hujan atau pun kain ndak kering, sebelum maghrib, kain mesti dikasih pindah dan jemur pula atas rumah. Ndak pernah pula Puan Saiman tanya kenapa...... mungkin mummy Puan Saiman pun takut hantu... Puan Saiman cakap mungkin.
Dulu-dulu, masa kecil-kecil......
Kadang-kadang Puan Saiman akan terbangun tengah malam sebab rasa macam terdengar bunyi dari bawah kolong...... kadang-kadang terasa juga rumah bergoyang-goyang....... kalau Puan Saiman takut, Puan Saiman akan ketuk bilik durang bapa ngan mummy...... join durang tidur sekali.... hehehehehehe..... Takut betul Puan Saiman ngan hantu bawah kolong ni.....
Satu hari...... masa kecil-kecil dulu.....
Bapa buat pagar. Bukan. Bukan pagar keliling rumah. Pagar keliling rumah memang sudah ada. Pagar keliling rumah tu bapa sudah buat guna kayu belian ngan dawai berkawat tu. Ini pagar depan. Bapa guna 3 batang buluh bambu saja. Kiri dan kanan pagar tu bapa buat macam tangga, ada 3 anak tangga. Bapa pesan jangan naik di sana, nanti patah. Sebab 'tangga' ini gunanya untuk masukkan bambu nanti. Jadi bila hujung bambu ni dimasukkan di setiap tangga tu, bambu tu akan melintang, dan secara automatiknya akan jadi pagar la. Hebat juga bapa Puan Saiman ni kan. Bapa ajar Puan Saiman, setiap pagi buka pagar, cuma sorongkan saja hujung bambu dari kiri ke kanan, tapi jangan jatuhkan bambu sehingga habis, supaya bila mau tutup pagar nanti, tinggal tarik saja. Hebatkan bapa Puan Saiman ni. Sejak hari tu Puan Saiman masih lagi ternampak lampu-lampu yang berterbangan di seberang sungai. Puan Saiman juga masih lagi terdengar bunyi rantai besi tapi, Puan Saiman tidak lagi dengar bunyi dari bawah kolong. Rumah pun tidak bergoyang lagi.
Tidak lama selepas itu, baru Puan Saiman tahu kenapa bapa buat pagar dari batang bambu tu. Rupa-rupanya, entah siapa punya kerbau, setiap malam akan pegi ke bawah kolong rumah Puan Saiman utk mengesel-geselkan kulit badannya, mungkin gatal barangkali atau mungkin mau membuang lumpur. Bunyi yang Puan Saiman dengar tu memang bunyi dari dengusan kerbau. Patutlah sebelum ni, kain di jemuran mesti di kasih pindah, rupanya kerbau-kerbau tu akan kotorkan kain di jemuran di bawah kolong. Dan bukannya sebab mummy Puan Saiman takut hantu...hehehehehehehe......

Wednesday, March 4, 2009

Kecil hati 2

Ini sambungan entry kelmarin.......

Sekarang ni Puan Saiman masih lagi 'perang dingin' sama bibik. Kalau di rumah pun sekarang ni Puan Saiman cuma cakap benda yang penting saja.

Kalau dulu, lepas makan, Puan Saiman akan cuci semua piring-piring. Sekarang ni Puan Saiman akan letak jak pinggan atas sinki, bersama-sama ngan tulang ikan sekali.

Kalau dulu, masa mau jalan, Puan Saiman akan tanya mau ikut atau tidak. Sekarang ni Puan Saiman buat selamba kodok jak.

Kalau dulu,bila Puan Saiman mau pegi tinguk wayang, Puan Saiman akan tanya mau ikut atau tidak, sekarang ni jangan haraplah.

Kalau dulu Puan Saiman akan bagitau, ndak payah la masak kita keluar makan. Sekarang ni, ko masak sendiri, kami mau makan di luar, ko malas masak, ko punya pasal.

Kalau dulu masa di dapur, dia akan cerita rancangan tv apa yang dia tinguk. Sekarang ni masing-masing diam. Sebab dia mau cerita apa kalau kad A*tro di luar sudah di locked dan Kad A*tro dalam bilik, Puan Saiman bawa pegi kerja.... hahahahahaha. Kenapa bawa pegi kerja??? Begini cerita dia.......

Pagi Isnin tu Puan Saiman off A*tro sebelum pegi kerja, tapi bila pulang petang, dekoder menunjukkan 103, bermakna ada hantu 'on' A*stro dalam bilik Puan Saiman. Tapi dalam hati Puan Saiman, ragu-ragu juga sebab mungkin lupa off pagi tu.

Pagi Selasa, kali ni Puan Saiman offkan dekoder. Tapi bila pulang masa 'lunch hour' aikkk..... dekoder tu juga menunjukkan 103. Tapi ndak apa, sebelum pegi kerja tu tengahari tu, Puan Saiman off balik lagi dekoder, tapi masa pulang petang kelmarin, dekoder juga menujukkan 103. Jadi semalam, Puan Saiman ceritakan hal ni ngan Papa, jadi Papa cakap, dalam bilik Puan Saiman ni ada hantu. Dipendekkan cerita pagi tadi, Papa suruh Puan Saiman bawa kad A*tro tu pegi ofis, petang nanti baru bawa balik.

Kenapa Puan Saiman cakap ada hantu dalam bilik Puan Saiman, sebabnya ialah berdosa sekiranya kita tuduh orang kalau kita ndak nampak jadi Puan Saiman cakap hantu la yang tinguk A*tro. Pandai betul hantu zaman ni kan, tinguk chanel 103 lagi pulak tu, sebab petang jak mesti ada cerita dari seberang kan, jadi apalagi, layan jak la, sampai kerja rumah pun ndak buat.
Kalau dulu masa bibik ni baru-baru kerja, Puan Saiman akan masak start jam 5, tapi sejak kebelakangan ni, Puan Saiman terpaksa masak jam 5.45 petang, kadang-kadang Puan Saiman sendiri yang terpaksa bantu dia di dapur pulak. Puan Saiman ada juga sound tapi makin lama makin naik lemak pulak.

Macam minggu lepas, masa Puan Saiman ambil cuti kecemasan tu, lebih kurang jam 2 petang, durang bapa, mummy ngan Noi, datang rumah, mau melawat Permata Hati. Masa Puan Saiman keluar dari bilik, durang bapa sudah di ruang tamu. Masa ni, bapa tengah tengok A*tro 121, bila Puan Saiman mau tekan channel lain, bapa cakaplah jangan tekan. Ok, Puan Saiman pun ndak la tekan. Sekali bila bibik datang, lepas hidangkan air, selamba jak dia tekan 103, sebab ntah apa cerita dari seberang mau ditayangkan jam 2.30 petang. Apalagi, bertinguan kami ni.... bila Puan Saiman cakap, 'amboi... sedapnya tekan'... terus bapa cakap 'ndak apa la bah, lagipun cerita yang bapa tinguk tadi tu sudah habis'. Masa ni Puan Saiman tengah bengang ni, tapi memandangkan ada tetamu, Puan Saiman diamkan jak la. Masa ni Puan Saiman tinguk jak dia, rupa-rupanya Noi perasan pula. Bila Puan Saiman jumpa ngan Noi hari Sabtu tu, Noi ada juga cakap 'aku tau ko marah dia tu, takut-takut jak aku ko mengamuk'. Tapi masa ni Puan Saiman pun cakap 'nasib baik kamu ada di rumah tu, masa tu mau jak aku cakap... elloooo bos, buat cam tv sendiri nampak'..... Noi pun senyum-senyum jak.

Mesti korang hairan kenapa Puan Saiman tidak berhentikan jak bibik ni kan, bukan Puan Saiman ndak mau kasih berhenti, tapi Papa cakap, bukan senang kita mau cari bibik yang rajin. Bibik ni bukan ndak rajin, tapi terlampau lalai tinguk tv. Bila sudah lalai, semua kerja dia buat dengan kelam kabut. Bila buat dalam kelam kabut memang hasil kerja ndak seperti dulu. Mungkin dulu Bibik ni ndak pandai tekan A*tro, sekarang ni dia tahu, sebab Permata Hati yang ajar.... hehehehehe..... Mungkin betul juga cakap Papa. Bukan juga pasal asyik tengok tv, tapi mulut bibik ni boleh tahan juga. Sampai adakalanya dia pulak yang ajar Puan Saiman. Tapi Puan Saiman buat selamba kodok jak. Lagipun, bibik ni rasa, bila dia bersama-sama ngan bibik durang Noi ngan Aning, bibik Puan Saiman ni rasa, ranking dia lebih tinggi dari bibik-bibik yang lain tu. Dalam segala hal, semua la dia tahu, sampaikan Kris Dayanti pakai baju tidur di rumah dia di seberang laut tu pun dia tahu… hahahahahahaha. Bukan itu jak, bila dia cerita pasal artis-artis seberang ni kan, seakan-akan artis ni kan tinggal serumah dengan dia.

Tapi yang paling menyakitkan hati, bibik ni selalu megah-megahkan negara dia. Pernah dia bagitau ngan Puan Saiman yang pemimpin negara kita ni cakap jak pandai kerja ndak buat. Mahu tau apa Puan Saiman jawab ngan dia, ‘di mana bumi di pijak, di situ langit dijunjung’, terus bibik ni terdiam. Apa sahaja yang bibik ni nampak berlaku di negara kita, semua dia bagi komen yang menyakitkan hati dari pemimpin sehinggalah ke artis. Bila Puan Saiman bagitau Papa, Papa Cuma geleng-gelengkan kepala jak, tapi biarlah Puan Saiman ngan Papa jak la yang tau, nanti kalau tulis di sini, orang cakap menghina pulak kan…. Jadi biarlah…..

Jaminan Bibik akan berakhir pertengahan bulan depan, kalau dia mau sambung Papa cakap 'ok jugak', tapi kalau dia mau berhenti, Puan Saiman cakap 'ok jugak'.... . Papa ada juga cakap jugalah ngan Puan Saiman, cakap perkara yang penting jak dengan bibik ni. Kalau pasal kerja rumah, kalau dulu memang Puan Saiman tiada komplen. Setakat buat kenduri atau open house tu, bibik ni memang boleh diharap. Tapi tu la kan, bila makin lama dia bekerja ngan kita, makin la pula dia naik kepala.

Cuma kalau ada bibik yang baru, terpaksalah ajar lagi dari awal. Lagipun kita ndak tahu perangai bibik yang baru kan. Tapi Papa tetap juga akan ambil bibik utk membantu kerja-kerja di dapur, sebab Papa cakap sekurang-kurangnya bebanan kerja rumah tu ada orang bantu buat. Dan Puan Saiman dapat menghabiskan masa ngan Permata Hati ngan Papa. Terima kasih, Pa.

Tuesday, March 3, 2009

Kecil hati.....

Seperti yang anda semua tahu kan, Permata Hati masih lagi belum pulih 100 peratus, tapi Alhamdulillah memang nampak perubahan. Kini, sakit kepala atau lebih tepatnya sakit di ubun-ubun Permata Hati kini sudah tiada, berubah pula ke dahi. Bila sakit di dahi tu sudah tiada, kini berpindah pula di pelipis mata. Insyaallah, mudah-mudahan dalam beberapa hari lagi ini Permata Hati akan pulih sepenuhnya.

Beberapa hari ini, Puan Saiman geram betul ngan bibik. Sekarang ni Puan Saiman 'perang dingin' ngan bibik. Puncanya 'hanya kerana tong gas'. Bukan apa, di rumah tu ada 2 buah tong gas. Semua tahu apa keperluan kita ada dua tong gas kan. Kalau tong yang pertama sudah habis, boleh ganti dengan tong yang kedua lagi kan. Jadi sebelum tong kedua tu habis, kena beli la supaya tong gas yang pertama tu berisi. Dijadikan cerita awal bulan lepas tong gas yang pertama tu habis. Jadi seperti biasa bibik kena tolong beli la yang baru. Lagipun bibik ni sudah bekerja ngan Puan Saiman masuk tahun ketiga sudah. Duit sudah disediakan di dalam bekas atas meja makan. Bukan bibik ndak tahu di mana tempat tu. Dalam bekas tu ndak pernah tiada duit, sebab dalam bekas tu la, duit utk beli barangan dapur. Kalau tiada duit pun memang bibik akan beli bagitau. Lagipun beli gas ni bukannya kena angkat keluar, semuanya akan diangkat oleh 'om' yang jual gas dari lori gas ni. Hampir sebulan lamanya gas ni sudah habis, bagi Puan Saiman, apa guna kita ada bibik yang membantu kita di rumah. Perkara kecil begini sepatutnya bibik ni tahu la kan.
Petang Jumaat yang lepas, sedang Puan Saiman menunggu masakan Puan Saiman mendidih, tiba-tiba bibik masuk bilik dan bagitau yang gas sudah habis. Puan Saiman pun bagitau la, ganti ngan tong gas yang satu lagi, dan tau apa bibik jawab 'gas yang satu tu pun habis'. Apalagi meresap la kepanasan di kepala Puan Saiman. Mana lagi risau ngan Permata Hati, mana lagi marah ngan 'kecuaian' bibik. Seperti biasa, Puan Saiman ndak menjawab. Lepas Maghrib, seperti biasa, Papa, Puan Saiman ngan Permata Hati pegi tempat Ustaz Ku. Sebelum jalan, Puan Saiman cakap ngan bibik keluarkan nasi dari rice cooker dan rebus ikan yang belum mendidih tu dalam rice cooker tu.
Dipendekkan cerita, keesokkan harinya, Puan Saiman bawa Permata Hati pegi rumah bapa. Papa bawa 'kuda putih' masuk workshop. Puan Saiman di rumah bapa sampailah petang. Petang tu bila balik jak dari rumah bapa itupun adik Noi yang hantar, sebab Papa masih lagi di workshop. Bila sampai di rumah, bibik bagitau masih lagi belum ada gas. Puan Saiman buat selamba kodok jak. Bila bibik mau mandikan Permata Hati, Puan Saiman terus cakap 'ndak payah mandikan dia, saya sendiri buat'. Nampak ayat tu, dengan suara yang tegas lagi tu, tiada lagi kelembutan di perkataan yang terkeluar dari mulut Puan Saiman. Selesai mandikan Permata Hati, Puan Saiman terus keluar dari bilik, dan jumpa ngan bibik di dapur. Dan disanalah Puan Saiman cakap
"ko sudah kerja dengan saya berapa lama? Ini masuk tahun ketiga kan. Memang tugas kamu utk beli tong gas kalau kosong kan. Bukan dalam bekas tu ada duit ka? Kalau pun tiada duit dalam bekas tu, kenapa ndak guna duit kamu dulu? Kalau ko mau saya bayar sekali ganda lepas kamu guna duit kamu pun saya tetap bayar. Selama ko kerja ngan saya ni, pernahkah saya berkira dengan ko? Selama ko kerja ngan saya, berbanding ngan kawan-kawan ko, mana tempat yang saya tidak pernah bawa? Cakap hotel mana lagi kamu belum pernah bawa pegi makan? Selain pegi Genting ngan KL, 1Borneo berapa kali sudah saya bawa? Kedai makan mana yang belum lagi saya bawa ko? Cuba bandingkan nasib ko ngan bibik durang Is ngan durang Bibing. Kakak rasa kakak ndak pernah berkira ngan ko? Supaya ko boleh rehat-rehat, kakak pasangkan lagi channel Astro diluar tu, supaya lepas ko habis kerja, ko boleh rehat-rehat tinguk tv. Tapi bukan kerja ko makin bagus tapi makin teruk pula. Setiap kakak dapat bonus kakak bagi juga ko bonus kan. Setiap kali ko pulang bercuti, kalau bukan kakak hantar ko, kakak bagi ko duit utk naik teksi kan. Kakak bagi lagi ko RM20 untuk ko beli barang utk ko bawa di tempat ko bercuti tu. Selama ni kakak anggap ko macam kawan, macam adik sendiri. Sampai hari ko buat begini. Lagipun, tong gas tu sudah habis sudah 1 bulan, ndakkan lori gas tu 1 bulan ni teda limpas-limpas (lalu lalang) depan rumah kita ni. Kalau ko sudah rasa mau berhenti, bagitau, jangan susahkan hidup saya'. Kalau ko rasa saya kecil hati, memang saya kecil hati'.
Lepas cakap begini, terus Puan Saiman masuk bilik. Tengok.... Sampai begitu sekali Puan Saiman cakap ngan dia. Bukan mengungkit. Tapi Puan Saiman rasa dengan cara begini jak mau ajar dia. Sekarang ni Puan Saiman ndak peduli lagi, kalau dia mau berhenti pun bagus juga. Sekarang ni Papa sudah locked semua channel yang berbahasa Melayu di A*tro tu. Dan Papa juga ada bagitau, mulai dari sekarang, kita tidak akan bawa dia keluar makan!!!! Padan muka!!!