Perhatian!!!

Semua cerita ini adalah hakmilik Puan Saiman dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Friday, October 31, 2008

Pukulan Sayang!!

Tadi masa ambil Permata Hati dari sekolah, ntah apasal dia mengamuk semacam. Permata hati tu cakap yang Papa janji mau ambil dia hari ni. Tapi mana la bah Papa dapat ambil dia, sebab hari ni kan hari Jumaat, Papa kena pegi sembahyang. Naik jak 'kuda putih' trus dia angin semacam. Siap marah Puan Saiman lagi tu. Puan Saiman bagitau la Papa ndak dapat ambil sebab dia ada hal ngan boss dia. Lepas tu Permata Hati diam. Puan Saiman sangka selesai sudah. Bila sampai rumah, bila bibik buka pintu 'kuda putih', tiba-tiba Permata Hati buang beg ngan kasut sekolah dia dari 'kuda putih'. Masa ni Puan Saiman masih lagi boleh bersabar. Dalam hati 'ndak apa la, budak', sedangkan kita orang tua pun...opssss....bukan orang tua, tapi kita yang 'muda' ni pun pandai bad mood apa lagi budak kan.
Masuk jak rumah, Permata Hati ni terus teriak minta makan. Puan Saiman bagitau la, buka baju ngan seluar sekolah tu dulu, cuci tangan ngan kaki, lepas tu baru makan. Sambil-sambil dia buka baju, dia teriakkan bibik, minta makan. Ndak apa lagi tu....biarlah budakkan, mungkin penat pulang dari sekolah. Masa ni Puan Saiman cuma tinguk jak, cakap pun cakap pelan2, pujuk2. Lepas tu Permata Hati makan, ini hari dia minta bibik suapkan dia makan.
Lepas makan, bibik mandikan dia. Lepas mandi, masa bibik mau pakaikan dia baju dalam bilik, masa ni Puan Saiman tengah tinguk tv, Permata Hati tu datang, trus offkan tv. Puan Saiman cakaplah on la tv tu balik. Lepas tu dia onkan. Masa bibik pakaikan baju tu Permata Hati marah-marah, masa ni dia pegang anak patung teddy bear dia. Tiba-tiba dia hempukkan patung tu di muka bibik, jadi bibik pun terus la cakap, 'abang, kakak pun tau sakit ni tau'. Apalagi bila Puan Saiman nampak apa yang dia buat, trus Puan Saiman pukul tangan dia. Puan Saiman rasa, bibik pun terkejut jugak tu. Lepas tu Puan Saiman tarik dia naik atas katil, suruh tidur. Permata Hati ni apalagi, menangislah. Apa ndak, Puan Saiman ni JARANG betul pukul Permata Hati ni apalagi mencubit. Lepas 10 minit dia baring sebelah Puan Saiman, Puan Saiman pun tanya dia, 'tau ka kenapa mama pukul abang' sambil dia nangis dia angguk2kan kepala dia. Dia jawab 'sebab abang nakal, minta maaf, mama, lain kali abang ndak buat lagi.' Bila Permata Hati cakap begini, bergenang juga air mata. Tapi Puan Saiman cepat2 peluk dia. Puan Saiman cakap la, 'lain kali kalau main pun ndak bulih pukul atau hempuk mainan di muka orang, nanti lain kali orang cakap mama ndak pandai ajar anak'. Lepas tu Puan Saiman buatkan dia susu (Permata Hati ni masih lagi menyusu botol), ndak lama lepas tu dia tertidur. Bila Puan Saiman tinguk dia tidur, menangis tul Puan Saiman. Bukan apa, sakit bah juga kena pukul tu. Tapi bukanlah Puan Saiman pukul sampai patah2 tangan. Pukul2 sayang jak bah tu. Puan Saiman check balik tangan dia yang Puan Saiman pukul tu, ndak merah pun.
Dulu2 Puan Saiman sama adik2 pun kena pukul juga oleh mummy, tapi ndak la bah sampai patah2 tangan, tapi pukulan itulah yang sebenarnya mengajar kita. Puan Saiman rasa mana-mana budak2 pun ndak mustahil kena pukul, kena cubit ka oleh mama bapa kita kan. Sebelum Puan Saiman pegi kerja tadi, Puan Saiman cium betul dia. Selimutkan dia tidur, pasangkan aircon. Sempat lagi Puan Saiman pesan ngan bibik, jangan bangunkan dia, biar dia bangun sendiri. Malam ni Papa mau belanja makan di luar, tapi ndak tau di mana Papa mau bawa. Cuma Papa ada cakap malam ni pegi City Mall, hari minggu nanti pegi 1Borneo. Esok malam, Permata Hati ada 'konsert' di sekolah dia, Papa sudah beli 2 tiket. Jadi bisuk petang, lepas hantar bibik cuti hujung minggu, Puan Saiman mau bawa dia pegi makan dulu, lepas tu baru hantar dia pegi sekolah. Hmmm.....siapa yang ndak sayang sama anak kan.......

Thursday, October 30, 2008

Menjahit atau Memasak

Susah...betul-betul susah kalau mau buat dua pilihan ni. Sebab dua-dua pun Puan Saiman suka. Puan Saiman suka menjahit sebab Puan Saiman ada mesin yang Papa kasih beli. Kalau ndak lagi Puan Saiman pegi kelas menjahit, silap2 lain kali kalau mau minta beli apa-apa, Papa buat derkkk jak tu. Cuma sekarang ni Puan Saiman teda masa mau pegi kelas (baca: bukan teda masa, tapi kalau pegi ari enam sama ari minggu - ramai tul urang. Kalau pegi hari bekerja pun ndak dapat, tapi masa ni best tul mau pegi sebab ndak ramai urang, masalahnya Puan Saiman ni kerja la pulak...hissshhhh). Ni kalau Papa tau ni, silap2 kena cuci telinga ni. Kalau masa masak pulak, Puan Saiman pun suka sebab Puan Saiman ni kan family women. Macam mana penat pun, Puan Saiman mesti masak utk makan malam. Walaupun bibik cuti, dapur Puan Saiman mesti berasap (errr...kadang-kadang la....hehehehe). Tapi ini bukan salah Puan Saiman ah...Papa tu yang selalu cakap mau belanja di Kenny Rogers...mana bulih tolak beb...muahahahahaha.
Puan Saiman suka memasak. Pantang ada resepi baru, mesti Puan Saiman masak. Lebih lagi kalau Puan Saiman nampak Permata Hati ngan Papa makan. Aduii...kalau bulih siang malam mau masak bagi durang makan. Begitu juga kalau Puan Saiman masak lepas tu bapa, mummy, adik-adik ngan anak-anak buah makan siap minta tambah nasi lagi tu, punyalah siok nampak durang makan. Tapi mcm orang selalu cakap, seseorang tu cuma ada 1 speciality, jadi dengan ini Puan Saiman ingin war-warkan bahawa Puan Saiman lebih kearah memasak. Ndak kisahlah masak lauk ka, buat kek ka... suruh la masak apa jak, gerenti Puan Saiman akan bergembira. Rasa PUAS bila selesai masak atau lepas menjahit memang lain....(Pa, kalau Papa baca blog Mama ni, jangan marah mam ah... mama ni kan sensitif ;-D ...pssttt...tu bunyi pujuk2 tu). Tapi jangan risau, Puan Saiman tetap akan meneruskan kelas menjahit tu. Tapi memasak tetap di hati.
Ok lah, sekian laporan utk hari ini, Insyaallah esok-esok Puan Saiman akan sambung cerita lagi...bye.

Tuesday, October 28, 2008

Penat tapi Best.

Open house hari Ahad tu berjalan dengan baik dan lancar seperti yang dirancangkan. Tetamu datang dari jam 11.00 pagi sampailah lepas Maghrib. Tetamu yang terakhir pulang adalah antara rakan karib Puan Saiman setelah 4 tahun tidak berjumpa. Beliau merupakan seorang ibu tunggal beranak dua. Anak-anak beliau kalau 4 tahun yang lepas masih lagi bersekolah rendah kini menjadi 2 orang anak perawan yang cantik dan baik budi pekerti. Pandai betul kawan Puan Saiman tu mendidik anak. Kawan Puan Saiman ni ditinggalkan oleh suaminya ketika anak-anak masih kecil lagi dan masa tu kawan Puan Saiman merupakan seorang saudara baru. Namun berkat kuat semangat dan kerana anak-anak, beliau tetap cekalkan hati. Alhamdulillah, kini kehidupan beliau sudah berubah. Opppsss..... cukup, kita tukar cerita lain pulak.


Di KK ni dari hari Jumaat petang sampai la hari Ahad tu, hujan bukan main lagi. Kelmarin hari Isnin (21/10), sebelah petang Puan Saiman buat cupcake yang telah ditempah oleh Pejabat Puan Saiman. Lebih kurang 50 biji Puan Saiman buat. Didik pun join juga buat sebab di mau buat utk bawa pegi pejabat dia. Tadi Puan Saiman dapat order lagi sebanyak 200 biji, tapi Puan Saiman ndak sanggup mau buat memandangkan kapisiti oven tidak mengizinkan lagipun bisuk mau kerja, silap2 kalau telampau buat cupcake, bisnes maju, kerja ntah ke mana... jadi oleh kerana Puan Saiman ni seorang pekerja yang berdedikasi maka, order cupcake sebanyak 200 biji telah ditolak. Tadi adik ipar (adik Papa) juga ada sms, dia cakap ada kawan dia mau order cupcake 50 biji utk 14/11, Puan Saiman cakap, bisuk baru Puan Saiman kasih keputusan, sebab kalau kerja susah sikit mau buat. Lagipun Puan Saiman mau bagi tumpuan utk Permata Hati ngan Papa, so kalau hujung minggu tu ok sikit jugak kan. Kalau hari bekerja ni, Permata Hati tu lepas makan malam biasa minta bawa jalan, jadi Papa ngan Puan Saiman terpaksalah kasih kawan Permata Hati tu kan. Macam kawan Puan Saiman cakap, masa anak-anak kita ni masih kecil2 la kita selalu kasih kawan dia jalan-jalan, nanti kalau dia sudah masuk remaja tu, mana lagi dia mau kasih kawan kita jalan2 tu... tapi Puan Saiman rasa, memang betul jugak tu.
Hari ni Jabatan Puan Saiman buat 'Open House' utk semua staff. Yang best tu, setiap Bahagian diarahkan utk memasak lauk. Apalagi, pagi tadi Puan Saiman sempat memasak nasi. Mcm masak utk kenduri. Ada Bahagian yang masak rendang, macam-macam lagi la. Bila susun makan tadi pagi, ndak muat bah 4 meja.... bestnya makan (puasa turun 2 kilo, belum lagi abis syawal naik 3 kilo, apa kes.... hahahaha).

Friday, October 24, 2008

Jumaat yang ditunggu...

Ya..... seperti biasa, Puan Saiman ni memang suka betul kalau hari Jumaat. Apa indak, bisuk sama ari minggu bulih bangun lambat..(cisss.... kalau hujung minggu mana la bangun lambat, mata ni, jam 6 sudah bangun, tapi kalau hari bekerja, jangankan jam 6, sampai limpas 6.45 pagi pun belum lagi mau bangun tu).
Agenda bisuk (25/10) - ada jemputan kahwin di Petagas. Ini kena pegi la ni sebab yang kawin tu 1st kazen.
(26/10) - Insyaallah, kiranya mau buat open house utk kenalan rapat, cikgu Permata Hati, jiran sebelah, dan yang paling utama, keluarga. Jadi maknanya lepas pegi rumah orang kahwin (25/10) tu, kena pegi tamu Putatan la ni, mau belanja sikit2. Kalau ikut perancangan Papa ngan Puan Saiman, kiranya Puan Saiman mau buat Nasi Putih, Nasi Impit, Sambal Satay, Kari Ayam, Rendang Daging, Sup Tulang, ngan Mee Soto. Insyaallah, ini perancangan jak. Kalau ada rezeki lebih tu adalah lebih kan, kalau teda, amacam jugak...(pssstttt... Papa sudah kasih PERINGATAN tu, jangan lari budget, nanti teda money pocket pegi KL)....(Ok, Pa, jangan risau, semua under kontrol).....hehehehehe
(27/10) - petang (jam 4.00) kena buat cupcake, malam kena buat aising dan terus hias cupcake. Sebab hari Selasa kena bawa pegi ofis.
(28/10) - Selasa, kerja sudah balik.....
Masa Puan Saiman ambil Permata Hati tadi, dia minta pinjam phone Puan Saiman, dia mau kol Papa kunun. Puan Saiman ada tanya juga, dia mau cakap sama Papa pasal apa... tau apa dia jawab, "adalah, Ma." Rupanya dia minta bawa papa pegi Karamunsing malam ni, sebab dia minta bawa makan KFC. Sempat lagi Puan Saiman dengar dia cakap tu...."Pa, abang abis sudah exam hari ni." Puan Saiman nampak, senang betul hati dia. Mungkin sebab dalam minggu ni dia ada exam akhir tahun kan. Tapi, yang Puan Saiman ndak tahan tu, kalau kena tanya amacam exam, bulih dia jawab... "senang jak bah...semua abang bulih jawab" jangan salah sangka ada lagi ayat di belakang tu "abangkan hebat cam Ben 10".........hahhahahahaha
Jadi maknanya malam ni Puan Saiman sekeluarga akan makan KFC. Bibik tu kadang2 mau ikut, kadang2 ndak mau pulak.... sebab kalau dia ndak ikut, dia bulih tinguk Astro Aruna tanpa gangguan.... kadang2 kalau ada lauk siang tu lagi pun dia ndak mau ikut, sebab dia cakap sayang lauk tu teda sepa yang makan.... Puan Saiman pula rasa terpulanglah, sudah kena bawa, ndak mau ikut, kalau ikut pun ok jugak, kan.

Thursday, October 23, 2008

Rindu ker???


Tuai Padi antara Masak
Esok Jangan Layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Rasanya lama betul sudah Puan Saiman ndak update blogkan. Bukan apa sebenarnya. Puan Saiman kurang sihat. Rasanya lama betul Puan Saiman ndak kena demam ni, sekali kena, mau dua minggu juga ndak sihat ni. Dari minggu lepas (hari Khamis dan Jumaat) kena bagi sick leave. Sambung lagi hari Isnin. Hari Selasa ambil EL sebab masih lagi kurang sihat, dan kelmarin barulah start kerja. Sekarang ni pun, badan masih lagi lemas-lemas. Suara pun cam suara itik kena cekik.

Rasanya demam ni bercampur-campur sama demam terkejut ni. Apa ndak, hari Sabtu yang lepas tu (18/10), Puan Saiman buat cupcake utk anak-anak buah Puan Saiman yang menyambut Hari Jadi durang malam tu. Dan seperti biasalah, gambar sudah diambil oleh Papa tapi, malas tul Puan Saiman mau upload ni. Nantilah ya... Ning buat open house dan terus buat sambutan Hari Jadi budak2 tu. Puan Saiman ndak sangka betul budak-budak tu excited nampak cupcake tu. Mungkin sebab cupcake tu berwarna warni kan. Lagipun Puan Saiman buat dua perisa kek, 1 coklat cupcake dan 1 lagi vanilla cupcake (betul kan tu ah). Dan seperti biasa adunan pertama tidak menjadi dan akhirnya masuk ke dalam tong sampah. Sebenarnya bukan salah adunan tu pun, tapi oven yang sudah berumur tu sudah sampai masanya. Mula2 cantik jak, sudah pertengahan cupcake tu mau masak, oven tu pun menghembuskan nafas yang terakhir. Makanya cupcake tu pun menjadi bantat.....

Bila Puan Saiman bagitau Papa pasal oven ni, Papa pun offer la Puan Saiman suruh beli yang baru. Berbunga juga hati tu kan, tapi kalau mau pegi beli oven ni, bukan pegi kedai terus beli kan, ni mesti mau juga survey2 kan (ehem: Papa, sila beri perhatian ah). Puan Saiman trus bagitau Papa, nanti Puan Saiman fikir dulu sepa yang ada oven cam mummy tu...sebab Puan Saiman lebih selesa guna oven tu, sebab sudah biasa kan. Tiba2 Puan Saiman ingat adik Papa yang bongsu tu...Una... trus Puan Saiman kol dia. Syukur Alhamdulillah, ipar Puan Saiman tu cakap, ndak payah la beli, kejap lagi dia hantar oven tu sebab dia ndak pun pakai. Padahal oven dia ni baru dia beli masa puasa tu. Sebab dia sudah offer, truslah Puan Saiman bagitau dia, mau join buat cupcake..... dipendekkan cerita, siap jak cupcake tu masak dan sejuk, Puan Saiman mulalah buat icing... apalagi Puan Saiman, Una sama bibik, apalagi berabislah kami kasih tunjuk skill hiaskan icing atas cupcake tu. Cam biasalah Puan Saiman ni kan baru belajar, jadi hiasan tu ok lah, begitu juga ngan Una, tapi hiasan dari Bibik...Ya Allah..... punyalah.....berapa kali kena ajar pun ndak masuk juga.... last2 dia pun give up.... tapi Puan Saiman cakap, len kali kita buat, Puan Saiman ajar dia lagi.

Minggu depan ni ada buat 'pot luck' di ofis. Rezeki daripada Allah utk Permata Hati, ada sudah order utk cupcake ni. Jadi Hari Isnin malam selasa nanti Puan Saiman akan buat cupcake ni semula. Puan Saiman pun sudah bagitau Papa minta beli oven... and secara dasarnya Papa sudah kasih green lite. (So Pa, hujung minggu ni boleh lah kita beli kan). Ala bukan Puan Saiman minta beli yang mahal, setakat boleh masak, jadi lah kan.

Oklah, sampai sini dulu bebelan Puan Saiman dulu, bukan apa, mata ni pun berbalam-balam sudah nampak skrin monitor ni.


Thursday, October 16, 2008

Misi Pertama Berjaya!!


Salam semua,

dengan bangganya Puan Saiman mau war-warkan bahawan dengan bangganya Puan Saiman berjaya membuat biskut sampret dengan cantik dan sedap. Tapi biasalah bah kan bila percubaan pertama ni kan, ada biskut tu pecah, tapi bukan hangus ah.... dapatlah 1 balang, dan 1 mangkuk sederhana biskut pecah. Rasa bulih tahan. Buat pertama kalinya selama 13 tahun berkahwin, Puan Saiman buat biskut sendiri dengan bantuan bibik la bah, walaupun bibik ni banyak komplen. Mummy ngan Nonoi sama Akma datang, sempat lagi durang rasa biskut yang Puan Saiman buat ni. 


Tadi Papa pulang dari ofis lambat, sebelum Maghrib dia sampai rumah. Puan Saiman buatkan Papa Red Guara trus kasih tunjuk biskut sampret dalam balang. Papa makan 5 biji and said "sedap", apalagi Puan Saiman kambang bah. Puan Saiman kestau la Papa, masa buat biskut tadi, teda mixer, sebab masa Puan Saiman pegi Putatan tadi, ada juga jual mixer, tapi brand dia ndak kena ngan hati Puan Saiman. So mau tau apa Papa cakap, "so mau beli mixer ka??" Apalagi Puan Saiman, trus bah jawap "kita pegi beli malam ni ka Pa", Papa said yes, and asked again, "mau beli di mana"?? Puan Saiman jawab di Karamunsing. So lepas Maghrib Papa bawa Puan Saiman ngan Permata Hati pegi beli (thank you, Pa).....lalalalala..... Puan Saiman rasa la kan, macam Papa tu mau kasih beli microwave jak, sebab tadi Papa tanya mana satu microwave yang Puan Saiman sudah tinguk2 tu, and masa di kedai tu, Papa sendiri pegi tinguk microwave tu. Tapi buat masa ni Puan Saiman ndak bulih minta lebih2 sebab baru jugak kena kasih beli mesin jahit kan. Tapi kalau kena kasih beli, syukur Alhamdulillah, tapi kalau teda pun buat masa ni ndak apa juga kan. Lagipun Papa mau bawa Puan Saiman ngan Permata Hati pegi KL bulan depan, masa cuti sekolah, jadi Puan Saiman ndak sampai hati mau minta lebih-lebih kan. 

Insyaallah, mungkin esok Puan Saiman mau cuba buat kek pula. Kalau kek yang Puan Saiman mau buat ni jadi, maka peluang dibelikan oven yang lebih canggih akan terlaksana jua, cuma tunggu bila, dan rezeki sahaja, Amin.


Wednesday, October 15, 2008

Kerja...kerja...kerja...

Sejak dari balik cuti beraya ni kan, sibuk tul Puan Saiman. Sibuk kerja, sibuk ngan Permata Hati, sibuk menjahit dan sibuk tinguk tv.
Jadual hidup Puan Saiman sekarang ni begini. Hari Isnin sampai Jumaat. Pagi pegi ofis, jam 11.15 pagi keluar ambil Permata Hati. Kalau Papa teda meeting, Papa la yang ambil. Tengahari balik ofis. Petang pulang, sampai rumah masak. Lepas masak, mandi, makan, bawa Permata Hati round2 KK, tapi dalam kereta jak. Pulang, makan vitamin lepas tu trus tidur.
Hari Sabtu, pegi Wawasan Plaza dan ke tempat epal, apalagi belajar menjahit la bah. Minggu lepas buat pertama kali Puan Saiman pegi belajar, siok jugak. Lunch tu sama Neneth dan Zura. Cam biasa lah bah kan... oleh sebab kesakaian pakai tu mesin tahap gaban, apalagi telampau siok belajar jahitan dan guna mesin tu, sampai rumah sambung lagi. Abis bah baju tidur Puan Saiman jadi kain percubaan mesin tu. Tapi tu la kan, Puan Saiman cuma dapat jahit lebih kurang 4 jahitan baju tidur yang benang dia sudah mau terputus tu... yang 4 lagi baju tidur tu, bibik yang sambung...hahahahahaha....
Hari minggu tu, pagi, tapi ndak la bah pagi betul, lebih kurang jam 9, Puan Saiman ngan Papa pegi tamu, lepas pegi tamu trus lagi pegi Jalan Sulaman beli ikan. Petang tu sambung balik menjahit di rumah. Amacam nampak penat kan..... mimang pun penat bah....
Semalam Ning ada kol, dia bagitau malam minggu nanti dia open house. Jadi dia minta tulung la Puan Saiman buatkan sup tulang. Jadi malam Sabtu nanti Puan Saiman pegi la rumah dia ni nanti.
Malam Ahad yang lepas, masa family gathering di rumah mendiang Apo, Puan Saiman ada bisik ngan mummy mau minta pinjam oven dia. Ehemm... jangan salah sangka ah... buka Puan Saiman ndak mampu beli oven tapi Puan Saiman ni ndak ndak suka buat biskut. Sudahlah kerja di leceh, yang paling Puan Saiman ndak suka tu, tapi ntah kenapa tiba2 Puan Saiman teringin betul mau makan biskut sampret. Masa Puan Saiman budak2 dulu, bila mau dekat Hari Raya, gerenti mummy buat ni. Jadi masa ni la Puan Saiman ngan Noi jadi tukang rasa. Mana biskut reject tu (baca:hangus) kena bagi, kami dua belasah jak. Hangus2 pun sodap, apa.
Mummy ckp kalau mau pinjam ambil dari tempat Ning, sebab dia yang pinjam. Ok set. Tiba2, 2 malam lepas, Papa tanya ngan Puan Saiman, kalau2 Puan Saiman tau biskut sampret ni. Puan Saiman ckp la, sepa la yang ndak tau biskut sampret ni kan. Puan Saiman tanya la Papa, apasal pulak Papa tanya kan. Rupa2nya Papa pun teringin mau makan biskut ni sebab masa Papa budak2 dulu pun, arwah mak pun suka buat biskut ni. sedih tau Puan Saiman bila Papa cakap pasal ni. Puan Saiman tau, mungkin Papa rindu ngan arwah Mak ngan arwah Y (adik Papa). Sebab kalau ada arwah Y, bila time Hari Raya arwah mesti buat biskut ni.
Oleh Yang demikian, maka dengan itu Puan Saiman akan buat Biskut Sampret ni pada hari Jumaat malam. Mesti ni Puan Saiman buat, khas buat Papa... Kalau jadi biskut tu, nanti Puan Saiman letak gambar ok, tapi kalau senyap sunyi jak tu, maknanya biskut sampret tu hanya tinggal nama jak la...hehehehe.

Friday, October 10, 2008

Apa cerita bisuk??

Nah kan, ari ni ari lima sudah. Hari yang di tunggu2 oleh Permata Hati. kalau hari lima (baca: Jumaat) jak, mesti kesukaan la dia tu. Apa ndak, bulih main PSP sampai malam hari satu (baca : Isnin). Semalam dia bawa Papa pegi 1Borneo. Yes..... Papa said ok. Puan Saiman pun apalagi tumpang suka la. Bukan apa.... di 1Borneo tu macam2 ada. Ala bukan beli pun, cuci2 mata jak bah. Minggu lepas pun pegi, tapi masa ni Puan Saiman belanja Papa ngan Permata Hati tu makan di Kenny Rogers. Puan Saiman cam biasalah makan Tangy Chicken Spegetti...yum...yum...yum. Permata Hati tu minta ayam original ngan nasi, baked beans sama salad ngan feveret dia chicken soup, Papa cam biasalah Black Paper Chicken, nasi, salad sama apa tu ah, ndak pula Puan Saiman ingat.
Malam ni pula, Papa mau belanja (baca: bukan Papa mau belanja, tapi Puan Saiman yang minta belanja) di Thien2. Tadi Papa sms, dia minta Puan Saiman ngan Permata Hati naik teksi dan jumpa di Thien2 jak lepas maghrib. Puan Saiman ok jak, yang penting Papa belanja kan. Bibik pula tinggal rumah. Ntah semalam bibik tu bagitau malam ni dia mau tinguk cerita Indon di tv, jam 9. Tadi masa lunch pun dia ada hint2 juga mau tgk Ayat2 Cinta ka tu, Puan Saiman pun ndak ingat tajuk dia....
Cerita pasal bibik ni kan, ada satu cerita pasal bibik-bibik ni. Tapi bukan pasal bibik Puan Saiman tapi Bibik Ning ngan Bibik Didik. Ya Allah.... Bibik Ning masa di Kudat hari tu, kalau ikut hati, mau jak Puan Saiman tolak bibik dia tu dalam kolam. Masa budak2 tu mandi, bibik Puan Saiman duduk dekat kolam budak2 tu, tapi bibik Ning, kin panas betul... bulih2 dia duduk2 di kerusi dekat Puan Saiman pulak tu. Puan Saiman ni ndak juga kisah lah kalau Aming tu mandi di kolam budak2 tapi ni, dia mandi di kolam orang dewasa. Bibik Ning ni pula bukan tinguk2 Aming, bulih2 dia asyik masyuk tinguk urang lain. Last2 Puan Saiman suruh bibik ni sama Aming naik pegi bilik. Ndak lama begitu, turun Ning ngan Bibik sama Aming. Puan Saiman kasih cerita la sama Ning perangai bibik dia ni. Sekali tinguk lagi, bukan dia tinguk2 Aming, bulih2 dia berkenalan sama bibik yang juga tengah tunggu anak majikan dia...sigh.... Bibik Puan Saiman pula sepanjang di Kudat tu, Puan Saiman no komen, sebab dia menurut perintah. Jadi tiada teguran yang dia terima...hehehehe...
Sebelum ni Puan Saiman ada cerita pasal Bibik Didik kan. Malam sebelum dia dihantar pulang tu, bibik tu cakap dia sakit belakang. Jadi Puan Saiman ni dengan baik hati la kunun minta Papa belikan Salon Pas utk belakang bibik ni. Bukan jak belikan, tapi Puan Saiman sendiri yang lekatkan di belakang dia. Tapi mau tau apa jadi, rupa2nya dia sakit bukan sakit biasa, tapi sakit buatan urang.... bah kalau sudah di perut tu ada isi, bukan buatan urang lagi ka!!!!. Seperti biasa la mummy sama Didik masih lagi baik hati, bila Bibik ni cakap dia masih lagi mau kerja, jadi dia minta pulang lagi hari Isnin tu. Tapi tau apa jadi, dia bagitau makcik dia yang mummy sama Didik suruh dia gugurkan kandungan dia....hah...ndak ko gila dia tu. Last2 hari Selasa tu sudah pass kerja dia kena kasih kansel... padan muka... Mummy sama Didik punyalah marah. Apa ndak. Bukan durang mummy sama Didik suruh dia buat begitu, apalah mengong punya urang, sendiri buat, tuduh lagi urang lain....
Bisuk seperti biasa, Puan Saiman akan mula belajar menjahit. Insyaallah Puan Saiman akan start jam 11.00 pagi sampai 4.00 ptg la tu. Puan Saiman kira minta ambil ngan Papa lepas Permata Hati abis kelas Piano dia. Lepas Maghrib pula ada family gathering di Kinarut. Cam sekejap jak sudah 40 hari Apo passed away. Kejap jak kan.
Hari minggu kalau teda halangan, Puan Saiman pegi lagi kelas menjahit tu. Harap2 geng menjahit tu ada la di sana.
Selamat berhujung minggu. Puan Saiman tau, ada diantara anda diluar sana selalu baca blog Puan Saiman ni, bah apalagi, kalau datang pegi KK, jangan lupa belanja la Puan Saiman makan. Puan Saiman ni ok jak....hehhehe...gerenti ndak marah punya...... hahahahahah...

Thursday, October 9, 2008

Start keja

Hari ni hari kedua Puan Saiman masuk keja. Kelmarin hari pertama keja, cam biasalah keja sampai ndak cukup tangan. Kelmarin pun Puan Saiman pulang jam 4.45 sudah, padahal waktu habis keja jam 4.30 ptg. Tapi ndak apalah kan memang begitu la keja kita kan.

Ada berita yang menggembirakan yang Puan Saiman kongsikan bersama. Papa dengan baik hati telah sponsor mesin jahit epal ngan Puan Saiman. Insyaallah, kalau teda aral melintang, sabtu ni Puan Saiman start kelas la. Tapi apa pun Puan Saiman belum beli lagi ni. Kena suruh beli kapur, benang, jarum, gunting dan lain-lain lagi lah. Mungkin Puan Saiman akan beli pagi sabtu nanti di Segama.

Cerita Hari Raya.

Sebenarnya Papa ngan Puan Saiman kira mau buat 'open house' hari Sabtu ni, tapi rupa-rupanya ada family gathering pula sempena 40 hari Apo meninggal dunia. Jadi 'open house' ni kemungkinan akan diadakan pada minggu depan, Insyaallah. Tapi best juga kalau dapat buat on 25/10 atau 26/10, sebab 27/10 tu kan cuti, jadi bulih la buat apa-apa yang patut kan.
Sampai di sini dulu bebelan Puan Saiman pagi ni....babai.

Thursday, October 2, 2008

Cerita Raya Ke-2



Assalamualaikum,



bah apa cerita Raya?? Alhamdulillah hari ni Hari Raya ke-2. Puan Saiman nampak daging pun mau muntah sudah...... bukan apa kan, malar sudah dari kelmarin makan daging la, ayam la, kari la, rendang la, ketupat la, macam-macam la. Petang kelmarin Puan Saiman pulang rumah sesudah seharian berjalan. Sampai rumah, kemas rumah, cuci kain. BAh, biarpun bibik pulang petang ni, tapi ndakkan mau tunggu dia kan. Jangan sampai pula orang gaji ni sangka kita terlampau harap durang......cissss perasan betul la durang tu. Sudahlah demand betul sekarang ni...kadang2 perangai bibik-bibik ni lebih dari majikan. Macam mana pun kita tolak ansur sama durang, kadang-kadang kepala kita pun durang mau injak2. Tapi bukan semua ah......



Puan Saiman nampak bibik Didik sama bibik Ning pandai buat perangai sudah. Tapi durang Didik sama Ning ni bukan cam Puan Saiman, durang ni ada kesabaran yang tinggi. Kalau Puan Saiman, kelmarin bibik kena jamin, hari ni buat hal, esok sudah kena berhenti. Ndak apa duit hangus, jangan sampai hati sendiri rentung kan.......



Tadi Puan Saiman sudah sound Ning, bosan betul makan daging ngan ayam dari kelmarin, jadi Puan Saiman bawa lah Ning pegi Servey di Putatan. Kira mau cari ikan atau udang. Sedap jugak kalau makan rebus2 ni. Tapi masalahnay si Ning ni dari pagi belum mandi. Malar sibuk suruh Puan Saiman pakai tudung, tapi apa kes yang dia sendiri dari pagi belum mandi....sigh...



Insyaallah, esok lepas sembahyang Jumaat, kami akan berangkat pegi Kudat..yes... ndak sabar sudah ni. Ada juga orang tanya Puan Saiman ndak boring ka beraya di KK ni. Sudahlah jalan lengang, jiran sebelah menyebelah teda pulak tu, semua pulang kampung. Ala, bagi Puan Saiman, kalau sudah biasa beraya di satu-satu tempat tu, macam mana pun keadaannya, mesti kita rasa meriah kan. Begitu juga bagi Puan Saiman, macam mana pun meriah di tempat Papa di Kudat, ndak lawan juga di tempat bapa sama mummy, kan. Sebabnya kita masih ada ibubapa. Kalau orang tu kita tinggal dalam gua sekali pun, rasanya Hari Raya anak-anak sanggup pulang pegi gua tu, utk beraya ngan ibubapa kan....... Apa pun jenis rumah yang kita duduki. Rumah papan ka, rumah atas air ka, rumah batu ka, pondok ka, tapi rasa kemeriahan Hari Raya tu tetap sama. Kecuali bagi mereka yang baru kehilangan saudara mara la kan... itu Puan Saiman faham sebab Puan Saiman pun pernah kehilangan saudara di kala Syawal menjelang...fuh..ayat..power....hhehehehe.



Ok la, Ning pun baru selesai mandi, rasanya dia sudah signal tu mau jalan, jangan ndak tau sebenarnya Puan Saiman ni ada dalam bilik bibik di rumah bapa. Jangan tanya mana bibik pegi, walaupun bukan turn dia bercuti tapi dia 'berlakon' sakit supaya di hantar pulang...kesian Didik.... tapi ndak apa, sepandai2 tupai melompat, akhirnya disambar ular jua....sekian....opssss...melalut pula di tengahari Hari Raya ke-2 ni....