Perhatian!!!

Semua cerita ini adalah hakmilik Puan Saiman dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Thursday, May 21, 2009

New hobby and my best friends stories part II

Psssttt, nampak tajuk di atas tu, macam drama kan, ada part I part II, hehehehe...
Sekarang ni Puan Saiman memang ada hobi baru yang gila-gila. Kalau hujung minggu (malam sabtu dan malam Ahad), sanggup tidur sampai jam 2 atau 3 pagi. Kadang-kadang balik jak dari tinguk wayang jam 11.30 malam, rehat sekejap terus buat hobi ni. Kadang-kadang Papa sudah tidur pun sanggup bangun balik, temankan. Sebab Papa dapat makan 'fresh from oven' dia bilang. Selalunya bila Puan Saiman buat kek ka, bun ka, biskut ka, orang pertama yang akan makan ialah Papa. Dan orang yang kedua ialah 'Security Guard' dibelakang rumah tu... sebab durang ndak tidur sampai subuh kan, jadi kadang-kadang jam 3 pagi pun Papa antar 'fresh from oven' sama durang..... hehehehehe


Orang-orang yang rapat sama Puan Saiman pun heran, kalau dulu mesti ini yang Puan Saiman akan cakap 'kena pukul pun, aku ndak mau buat biskut atau kuih, leceh tul'. Tapi sekarang... terbalik la sudah. Ndak kena suruh buat pun buat jugak. Sampai mummy ngan adik-adik Puan Saiman pun hairan... Papa lagi lah.... kalau dulu Papa selalu cakap bila mau dekat raya..


Papa : Tahun ni macam biasa (baca : beli biskut ka)


Puan Saiman : Ya.... sambil kelip-kelip mata ngan Papa...


Papa : Bah....


Fuhhh..... nasib baik Papa ndak pernah suruh beli biskut marie.... hahahahaha.....


Kadang-kadang Puan Saiman buat biskut ka atau bun kan ataupun kek, bukannya apa, sekadar mau menajamkan keskilan sebenarnya. Biasanya buat pertama kali, kadang-kadang jadi, kadang-kadang langsung ndak jadi. Kalau jadi pun, buat pertama kali, memangla ndak cantik, rasa memang ok, tapi kalau susah kali kedua, memang ada perubahan dari rupa dan bentuk, rasa lagi lah kan (errr...... ini dari pengalaman sendiri la kan). Dan selalunya yang jadi mangsa utk merasa ni ialah mummy, bapa ngan adik-adik Puan Saiman la, dan kadang-kadang bila sudah menjadi, barulah kawan-kawan pula, terutamanya 'best prens'. Sebabnya adalah, cuma kawan-kawan yang rapat sama kita ni la yang akan memberikan komen yang membina dan bukan komen-komen yang 'membunuh'..... Orang-orang yang memberikan komen-komen yang membunuh ni adalah bukan dikalangan 'best prens' kita. Orang-orang ni sebenarnya, orang yang menyinggah sebentar, ternampak, merasa sedikit kononnya (tapi habis juga 3,4 biji) dan memberikan komen yang menyakitkan hati. Bukan pasa apa yang kita buat, tapi pasal bentuk badan kita pun bulih menyakitkan hati orang tu kan... heran betul. Tapi kalau kita asyik dengar komen dia yang menyakitkan hati, bulih mati semangat dan kreativiti ooo..... jadi teruskan praktis dan buat sehingga menjadi.... hahahaha..... (dan selalunya yang jadi tukang rasa ialah besan, Ija, ct sarah dan Ipa.....hahahahaha). Dan selalunya bila kita berjaya... orang yang menyinggah sebentar itulah akan menarik muka dan tidak akan langsung menegur anda... hahahahaha....pengalaman ni geng...pengalaman...

Jadi kepada best prens ku ( u know who u are) di luar sana, anda mimang yang the best la.... kerana sanggup memberi 'taruhan' kepada perut anda untuk menerima segala, biskut, bun dll. Bukan memuji, tapi inilah sebenarnya yang dinamakan 'best pren' Durang ni la 'shoulder to cry on', bila durang menegur penuh dengan gurauan. Dan kalau kita perasan, bila durang menegur kita, walaupun pedas tapi kita ndak akan ambil hati... sebabnya durang menegur dengan penuh keikhlasan kan. Bila kita dengar best pren ni menceritakan cerita yang sedih-sedih, kita pun ikut menangis, inilah yang kita panggil 'KAWAN'. Bila kita dengar best pren ni dilimpahi rezeki, kitapun akan menumpang kebahagiaan kan, bila dia bersedih dan ada masalah, kita pun akan ikut sama. Walaupun kita ada adik beradik yang rapat ngan kita dan juga jadi teman baik kita, tapi memang berlainan dengan best pren yang kita ada kan. Apasal tu ah, ada sepa-sepa tau ka.....

Dengan penuh kemusykilan.....Puan Saiman 'sign out'....

3 comments:

Anonymous said...

ehehe..memandangkan kita ni sdh lama kenal daling..sia pun mula2 heran yg ko suka buat biskut skrg ehehe..sbb tiap2 tahun sia akan dapat biskut yg olmen bilang mcm biasa (yg kana order tu hihihi) tapi skg buat sendiri sdh ah daling.. ehehe..satu hari nnt sia akan pertaruhkan perut sia utk merasa suma jenis biskut ko daling..dan sia tempiling tu c pengkritik hebat tu.. mcm sia kanaaaalll jaaa ehehe...

Puan Saiman said...

hahahahhaa... betul bah kan daling, tiap tahun main beli jak bah kan. Tapi ntah kenapa, terus terajin ni.... tapi jan susah daling, next week tatap sia kasih ko utk ka'amatan, tungguuuuu..... hahahahaha

Daling, panat jak ko tempiling tu urang tu, ndak pandai sedar2 dia tu daling. urang tu kan ndak abis2 mau menyakitkan ati... sia pun eran, bila la bah dia mau sedar diri tu

Ika said...

aku kanal ka tu urang ah??? kih kih kih... jan kita risau kak.. walau banyak mana biskut kita buat pun.. kita suda ada dua peminat kecil di rumah yang sanggup mempertaruhkan perut masing-masing.. kih kih kih