Perhatian!!!

Semua cerita ini adalah hakmilik Puan Saiman dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Thursday, May 14, 2009

Happy Teacher's Day


Kelmarin, di masa senggang....(fuh bahasa, kalau si daling baca ni, gerenti dia ketawa gulik-gulik ni), Puan Saiman sibuk bikin kad utk hari guru. Memang sejak dua menjak ni kan, sejak Permata Hati sekolah ni, setiap hari guru, Puan Saiman ngan Permata Hati akan buat kad utk guru-guru di sekolah Tzu Yu. Papa ngan baik hati akan sponsor beli bunga... tuk cikgu-cikgu sekolah tu. Kalau tahun lepas, Permata Hati cuma bagi 2 kad ngan 2 kuntum bunga utk cikgu-cikgu tu, tapi ni tahun 6 orang. Apalagi berabislah bah Puan Saiman kelmarin buat kad ni. Dan semalam, mau dekat setengah jam juga Permata Hati tulis untuk dalam kad tu. Sampai dia cakap
Permata Hati : Ma, mau patah sudah jari abang ni....
Puan Saiman : ndak apa nanti mama tolong tulis. Lepas tulis nanti, mama tulis nama sendiri, sebab mama yang tulis kan
Permata Hati : Ndak apa la, biar abang tulis sendiri....
Hahahahahaa..... psiko......bah kan. Last-last habis juga dia tulis....
Jadi, pagi tadi, Puan Saiman minta tolong ngan Papa, utk temankan Permata Hati bagi kad ngan bunga utk cikgu-cikgu dia. Papa sms Puan Saiman said that the teachers quite happy when Permata Hati gave them the flowers and the handmade cards. Bagi Puan Saiman pula, bagi bunga ngan kad pun atau bagi duit berjuta-juta pun ndak terbalas jasa guru-guru ni. Daripada Permata Hati ndak kenal huruf, sampai kenal huruf. Dari ndak pandai membaca sampailah boleh membaca, semuanya atas jasa guru-guru. Kalau ada lagi perkataan selain dari terima kasih, maka perkataan itulah yang akan Puan Saiman cakap.....
Jadi kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar Puan Saiman.. bukan hanya cikgu-cikgu tapi juga kepada kawan-kawan Puan Saiman yang banyak mengajar banyak perkara yang Puan Saiman tidak ketahui sebelum ini......
Happy Teachers Day
May God Bless You
And
Your Family
Puan Saiman 'sign out'......

2 comments:

MaMaMi said...

Assalamualaikum Puan Saiman, salam ziarah..

Mana bah tu shout box, mo tinggal tapak kaki pun susah...ngeh². Aku paling suka cari blog urg sbh nih, bah mari kita bertukar² link + follower. Kan leeyoooo....;)

Puan Saiman said...

Waalaikumsalam Salam ziarah juga,

Pasal tu shout box akan diusahakan secapat mungkin. Bah marilah kita bertukar@ link + follower ;-D