Perhatian!!!

Semua cerita ini adalah hakmilik Puan Saiman dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Monday, June 14, 2010

RACISM in SABAH - updated...

RACISM in SABAH...(oh yessss, gua sendiri yang alami)..... Sekarang ni gua betul2 bingung. Kalau di luar negara, indak jugak gua hairan. Ini di SABAH bah...SABAH......

Gua mau stabilkan dulu kemarahan gua ni. Bukan apa... bah, kalau kita marah, emosi kurang stabil. Bila kurang stabil, minda kita tidak dapat berfikir dengan baik. Bila marah, apa yang akan dikatakan pun kurang baik. Jadi gua kena turunkan dulu paras kemarahan gua. Bila gua sudah ok dan stabil (atau gua sudah ok sepenuhnya) barulah gua akan kasihtau apa yang gua alami.....



ok...ok...sekarang ni gua ok...



Ceritanya begini..................Sabtu (12 June 2010, lebih kurang jam 9.30 pagi). Tempat di WATERWORLD, BUKIT PADANG.





Me, my two sons and my hubby kena beli tiket la bah kan. Tiket yang dikenakan adalah RM40.00, RM10 seorang, ok I paid. Bila masuk jak di sana, kami anak beranak tukar baju dan basahkan badan di tempat yang disediakan, gua pun terus ke kolam budak2. I'm a mother, so I've to watch my boys, right. Laki gua pulak, sibuk2 la ambil gambar gua sama anak-anak gua. Gua masuk la dalam kolam kanak-kanak. Lepas 10 minit, gua nampak laki gua tengah bercerita 'something' ngan guard yang bertugas. Tidak lama lepas tu, terus laki gua datang dekat gua. So this is our conversation...


Laki gua : Ma, tu guard cakap, mama kena buka penutup kepala.




Gua : Kenapa...


Laki gua : Entah, tu guard cakap, durang punya peraturan. Tu guard cakap, kalau tidak buka, mama kena keluar dari kolam.


Gua : Ok..


Bukan saja gua yang di'arah' keluar dari kolam, tapi beberapa individu juga. Gua bukan berpelajaran tinggi. Gua juga bukan berharta. DAN gua bukannya seorang yang mempunyai pangkat dan darjat. Dan gua tahu 'gua' pergi ketempat awam. TAPI, gua sudah pegi SUNWAY LAGOON dan gua juga pernah ke beberapa hotel yang mempunyai kolam, tapi gua tidak pernah diarahkan keluar dari kolam hanya kerana gua memakai TUDUNG.


Kalau gua berada di luar negara (tapi bukan semua negara), gua tidaklah hairan. TAPI gua berada di NEGERI SABAH. NEGERI kelahiran gua. NEGERI yang terkenal dengan sikap ramah dan friendly. Sebelum ke WATERWORLD BUKIT PADANG, gua ada masuk dalam website mereka. TAPI tidak pulak dinyatakan, orang yang tidak bertudung tidak dibenarkan turun ke kolam. Begitu juga masa beli tiket. Gua tidak nampak sebarang papan tanda yang menyatakan ORANG BERTUDUNG TIDAK DIBENARKAN untuk turun ke kolam. Cuma ada satu papan tanda mengenai aturcara berpakaian di kolam renang. Tapi kenapa papan tanda itu diletakkan di dalam kawasan tersebut. Kenapa tidak diletakkan di luar (sebelum kita membayar tiket). Kalau gua tau, gua TIDAK MAHU masuk. Bayar mahal2, last2 kena keluar kolam....


Yang menjadi pertanyaan gua sekarang ni. Gua muslim. Gua memang pakai tudung. Dan memang ada baju mandi untuk perempuan muslim mandi. Gua berada di Malaysia. Spesifiknya, di SABAH. Negeri kelahiran gua. Gua mandi di tempat awam. Pergi ofis gua pakai tudung. Pergi kemana-mana pun gua pakai tudung. Gua Muslim. Tapi apa pasal pula kalau gua mau pegi KOLAM YANG BERBAYAR, gua dikehendaki buka tudung. Memakai tudung adalah WAJIB bagi setiap perempaun ISLAM. Bukan mahu meninggikan diri. TAPI. Gua pernah mandi di hotel bertaraf 5 bintang. Dengan memakai pakaian renang muslimah. TAPI gua langsung tidak diarahkan keluar dari kolam. Kenapa mesti di SABAH. Sehinggakan ada satu family berbangsa lain, cakap dengan gua..'Its unfair' we are Malaysian. Memang betul. Tapi apa boleh buat kan, semuanya sudah dalam peraturan tempat ni.


Memang gua sedih. Memang gua sakit hati. Dan memang gua malu apabila diarahkan keluar dari kolam. Gua tidak marah dengan guard tu. Gua tau, dia hanya menjalankan tugas. Dia pun makan gaji. Gua pun nampak guard tu serba salah bagitau gua. Yang gua hairan, website WATER WORLD ini juga dapat dilayari melalui website ini.


Gua tahu, ada jugak kamurang2 di luar sana akan mengambil sikap mendiamkan diri. Sebab anda tidak kenal gua dan gua pun tidak kenal kamurang. TAPI. Macam mana kalau gua ni, bestfriend kamurang. Kawan kamurang. Kakak, adik ataupun saudara kamurang. Sanggup kah kamurang nampak hanya pasal tudung saudara kamurang tidak dibenarkan bersuka ria. Atau barangkali masih ada yang beranggapan orang muslim ini terrorist?? Ataupun barangkali orang-orang yang bertudung mempunyai penyakit berjangkit. Susah gua mau bayangkan...(tiba-tiba gua teringatkan cerita dari Barat<--gua lupa tajuk cerita ini, apabila seorang budak ber'kulit hitam' masuk ke kolam. Semua orang berkulit putih keluar dari kolam itu kerana mereka menganggap air dalam kolam itu 'tercemar').



Gua sudah meluahkan perasaan gua dalam blog gua ini. Gua akan tulis pengalaman gua ni dalam suratkhabar perdana pula. Tunggu dan lihat....



Oh ya..... mesti kamurang hairan kan, tiba2 gua sebut 'my sons', mana pulak tiba2 datang seorang kan..hehehhehehe...inilah dia....


My son with his 1st cousin. My hubby nephew. He lost his mother when he was 4. Same age with my son, now 7.
During this school holiday, he stayed with us. Dan akan hantar balik ke kampung pada sabtu ni (sebab Isnin depan sekolah sudah kan). Beberapa hari ni, anak gua ni, kasih tau sama gua, yang dia tidak mau balik sekolah di kampung, dia mahu sekolah di KK. Dia bersungguh2 mau tinggal sama gua. Kadang2 dia panggil gua auntie dan kadang2 tersasul jugak dia panggil gua mama. Gua anggap anak ni sudah macam anak gua sendiri. Tapi dia masih ada bapa. Dan saudara sebelah bapa dia. Sekarang ni gua serba salah. Laki gua pun serba salah....alahai.... Selain daripada anak2 saudara gua sendiri, anak gua ini jugaklah menjadi kesayangan gua...
Puan Saiman 'signning off'......




















7 comments:

Lab papa said...

I feel sad indeed. I definitely agree with you that should write to major newspaper about this matter. In addition, don't go there anymore. Thanks for sharing this PnSaiman.

p/s Buli pigi beach instead :)

Puan Saiman said...

hello Labpapa..

terima kasih sebab singgah. Ya bah. Mmg gua akan tulis di major newspaper ni. Dan mmg gua indak lagi mau pg sana tu.

p/s: nah.... lain kali kan, klu ko nmpk ada satu perempuan yang cute, cantik, dan lemah lembut, lari2 di beach tg aru dengan indak sedar diri (sampai semua lemak2 bergagar), pakai lagi swimming suit, gua la tu (lps baca ni, sila ambil plastik dan muntah la sepuas hati, pasal ni perempuan perasan abis)....kahkahkahkahkahkahkah

Rosc said...

Ging...i never know pula itu waterworld ada rules macam tu. this is not right. masuk dalam forum / hotline daily express juga. Perkara macam tu harus di share kepada umum biar tu waterworld explain why such rules should have.

Puan Saiman said...

Rosc,

tq ging..sebab sokong. Ya bah, bukan sia saja yang terkejut bah ada rules begini, urang lain pun terkejut bah. Bagus kalau di obersee kan, ini di negeri kita yg terchenta bah....

Sia sedang usahakan sesuatu....hehehehehehe

HoneyBUZZin said...

hi Puan Saiman..Honey ada juga p sana tapi tidak pernah tahu ada rules begitu. I think u should write to the management of water world or better still forward your grievances to Daily Express.
Macam-macam orang pun ada sekarang ni sis...
This is really sad indeed.
Take Care

Puan Saiman said...

Dear Honey,

ya bah. Kakak pun terkejut bah. Mmg kakak sedang usahakan sesuatu sekarang ni. Cuma skrg ni sedang tunggu dan lihat la apa akan jadi. Terima kasih sebab ambil berat.

'hugs'....

LeeYo said...

daling baru sia tebaca post ko ni..kureng hajarrrr itu guard and the waterworld management BODOH naaa sia ni nda suka ckp gitu tapi bila sia tau daling sia kana layan gitu mesti sia marah BODOH BANGANG (ada ka tu bahasa?) mana bole gitu.. respek la org pakai tudung bkn org pakai tudung tu suka2 tamparrrrrrrrrrrrrrrrrr ni...