Perhatian!!!

Semua cerita ini adalah hakmilik Puan Saiman dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Wednesday, June 9, 2010

I love Sandakan



Ok...seperti yang gua janjikan. Inilah gambar2 masa gua pegi Sandakan 2 minggu lepas. Kita tengok2 gambar la ah..... Gambar ni tidak ikut susunan. Gua upload, apa yang keluar, itulah yang gua cerita <---biasalah orang 'rajin' mmg begitu tu...



Ini hotel lobby (Swiss-In Waterfront, Sandakan). Sorry lah. Tidak terambil pulak gambar bilik ( tu bilik quite small, tapi very clean) . Lepas check-in, letak saja beg, terus pegi cari makan...hehehehehhehe.... biasalah gua kan cantik....kahkahkahkahkahkah... Lagipun, gua sampai jak di hotel ni, malam sudah lorrr.....

Ini pulak pemandangan di depan hotel tu. Hotel ni berhadapan dengan laut. Tempat ok la. Parking di hotel ni memang tiada masalah. Sebab ada staff hotel yang akan bantu kasih parking kereta kita. Kunci kereta kita nanti, hotel staff akan letak di reception. Senangkan..... (wah promote ni). Gua suka tinggal di hotel ni sebab.......


Mau cari makan pun senang. Mau beli junk food atau toiletries pun senang. Ada supermarket...(isshhhh lupa pulak nama supermarket ni) tapi semua benda pun ada, yang mau tahan cuma RM nya... Tapi... kepada sesiapa yang ada anak2 yang aktif, haruslah berwaspada. Sebabnya.... nampak orang yang duduk tu (ala yang cuma nampak belakang tu) dia duduk di atas tiang besi yang agak rendah. Cuba perhatikan, tiang tu cuma disambung rantai besi dan itu sahaja. Bayangkan kalau budak2 berlari kearah tiang tu....palis-palis, gua indak mau bayangkan.... Di samping itu juga (wah ayat.... ada beberapa remaja yang duduk di batu2 di luar rantai besi tu. Bayangkan kalau tidak bernasib baik, jatuh...... dalam owhh laut....laut lain cerita, batu lagi besar-besar....



Ini pulak jalan di kawasan 'English Tea Restaurant' dan juga Agnes Keith House.



Di kawasan English Tea House....





Best betul dapat duduk2 di bawah pokok ni. Boleh nampak laut dan kawasan bandar Sandakan dari tempat ni.


Model yang tidak puas hati dengan bayaran yang diberikan. Nampak muka tu, marung (baca : masam) jak bah tu muka...ishhhh...geram......



Nasib baik ni tempat cantik. Jadi tahap kemarahan turun dengan mendadak...kahkahkahkahkahkahkah.....



Cantik kan... pondok kecil ni terletak di antara tempat jual tiket dan 'Rumah Agnes Keith'. Gua betul2 suka tempat ni. Entahlah... bila pertama kali nampak kan...tiba2 gua teringat cerita The Bridges of Madison County. Sebab pondok tu 'macam' tempat laluan kereta dalam cerita tu. Cuma bezanya dalam cerita tu, tempat laluan kereta tu besar dan panjang. Ini kecil saja. Isshhhh...apa ni, gua melalut pegi cerita pasal movie pulak ni <--- tapi ini cerita gua betul2 suka...



Penanda arah..gua suka penanda arah. Kalau ini tiada, bisa sesat gue....
Lepas beli tiket. Cuma dua orang saja dikenakan. RM2 seorang. Kanak2 free. Nampak senyuman model berbaju biru tu. Dengan penuh gembira. Sebab dijanjikan aiskrim.... Model berbaju kuning tu model antarabangsa. Bayaran mahal. Kalau mau panggil untuk dijadikan model swimming suit...HARUS...bayaran mencecah jutaan pound...kahkahkahkahkahkahkah.....*pengsan*...

Oh ya, tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam 'Rumah Agnes Keith'. Dan salah satu gambar yang terdapat dalam rumah tersebut adalah gambar seseorang (gua lupa pula siapa) yang mana gambarnya telah diambil di tempat ini........

di tempat 'minuman burung'. Jadi agar tidak 'kempunan' gua minta anak gua berdiri, macam di gambar tersebut. Wah....ensem sungguh model ni.

Isshhhh..... bini siapa la yang cantik menawan tu.....kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah ..... ya..ya... gua tau la, sekarang ni lebih2 sudah gua memuji diri sendiri kan... biasalah gua kan lemah lembut.....(sila pengsan).....






Puan Saiman 'signning off'.....














3 comments:

SJB said...

Di atas bukit kah ni English Tea House? Macam saya tidak pernah nampak oh ni. Kali baru juga kan kena buka. Best oh, tapi sayang tidak boleh ambil gambar di dalam.

Puan Saiman said...

My dear SJB,

ya sis, ni tempat kan atas bukit. Mmg cantik.

Di Agnes Keith House tu pun cantik2 owh gambar2 dlm tu rumah, sayang betul tidak bulih ambil gambar. Padahal kan, banyak betul barang2 dalam rumah tu. Yang paling bersejarah kan, peti ais.... hehehehehehe

Uncle Lee said...

Hello Puan Saiman, I have been to Sabah and Sarawak but missed Sandakan. And love your beautiful pics here. Lovely scenery.
I love the pic of that house, looks Colonial too.
You have fun and keep well, Lee.