Perhatian!!!

Semua cerita ini adalah hakmilik Puan Saiman dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Tuesday, June 15, 2010

Cerita Manis.


Cubit paha kiri yang gebu, paha kanan yang gebu jugak terasa sakit. Mesti kamurang pernah dengar pepatah ni kan, cuma buang jak perkataan gebu tu. Perkataan gebu tu sebenarnya sesuai utk gua saja. Biasalah orang cantik...kahkahkahkahkahkahakah (harap2 kalau Labpapa baca ni, jangan dia demam sudah la...kihkihkihkihkihkih.. bukan demam apa, geli kali dia baca...kahkahkakahkahkah...) <--Labpapa, gua gurau2 jak ahh.... issshhh...apa gua melalut cakap ni... ok balik kepada cerita asal...


Ok... gua ada satu cerita. Cerita ini dimulakan dengan ayat berikut ...


Pada suatu masa dahulu. Seorang gadis yang ayu, cantik, lemah lembut, berbakat (semuanya bagus2 la, kalah Sinderela, siapa la tu ah..) berkahwin dengan seorang lelaki yang baik dan ensem..kahkahkahkahkahkahkahkah...erkkkk....isshhhh berdusa ni tau kalau ketawa2 ni...kihkihkihkihkihkihkih...


Dipendekkan cerita, adik perempuan kepada lelaki tersebut telah dipanggil Tuhan (meninggal dunia). Dan meninggalkan seorang anak lelaki yang dipanggil Manis. Manis tinggal bersama dengan makciknya di kampung. Makcik tersebut adalah kakak kepada bapa Manis. Tinggal begitu jauh di pedalaman. Bermandikan air hujan dan bertandaskan pasir di tepi pantai. Boleh dibayangkan bagaimana kehidupan Manis bersama keluarga makciknya. Bapa Manis tidak tinggal bersama. Kerana dia bekerja di tempat lain. Walaupun di daerah yang sama.


Sehinggalah musin cuti sekolah. Isteri kepada lelaki yang ensem tersebut ataupun isteri pakcik kepada si Manis ini meminta supaya Manis diambil dari kampung dan tinggal bersama dengan pakciknya selama cuti sekolah berlangsung. Maka disini lah bermula segala-galanya <--- fuhh ayat... bulih dapat anugerah sastera ni...kihkihkihkihkih


Isteri kepada pakciknya tidak dapat menahan air mata apabila si Manis meluahkan perasaannya. Tentang susahnya kehidupan. Tentang pahitnya kehidupan. Dan yang paling tidak tertahan apabila Manis bercakap tentang kematian. Tersentap. Memang hati makciknya tersentap. Bercakap mengenai kematian dengan seorang kanak-kanak bukan semudah yang disangka. Hati makciknya bagai terhempas di batu. Pecah berderai. Air mata tidak dapat dibendung. Pakciknya juga terdiam apabila mendengar luahan hati Manis. Dan Manis pun menghabiskan musim cuti sekolah di rumah pakciknya. Walaupun cuti sekolah, Manis juga menghadiri tuisyen yang dihadiri oleh sepupunya, iaitu anak pakciknya. Di kelas tuisyen tersebut, Manis belajar membaca, mengira dan menulis, semuanya dalam bahasa 'kulit putih'. Manis seronok. Manis gembira. Manis suka semua pengalaman yang baru. Manis juga beriya-iya menceritakan pengalaman berada di kelas tuisyen kepada makciknya. Sehinggakan Manis begitu teruja berkawan dengan kawan-kawan baru yang berlainan bangsa. Sebab Manis tidak pernah mengenali seorang pun kawan-kawan dari bangsa asing, selain daripada bangsanya sendiri. Hubungan Manis dengan makciknya juga semakin akrab. Sebab makciknya banyak menghabiskan masa melayan Manis.


Beberapa hari lagi Manis akan dihantar pulang ke kampung untuk bersekolah. Beg sekolah sudah dibeli kerana beg sekolah Manis koyak digigit tikus. Beg sekolah yang koyak itulah dibawa ke rumah pakciknya untuk membawa baju yang dibawa. Kasut sekolah dan peralatan sekolah juga sudah disediakan. Baju-baju yang baru dibeli juga kini dipakai oleh Manis. Manis gembira. Makciknya lebih gembira.


Tapi makciknya dilemma. Bukan apa. Makciknya cuma isteri kepada pakciknya. Sedangkan Manis juga masih mempunyai makcik-makcik sebelah ibunya. Mereka lebih berhak untuk menjaga Manis. Sejahat-jahat mereka, mereka tetap mempunyai hubungan darah. Kerana jika mereka memarahi Manis dengan tujuan mengajar untuk menjadi orang yang berguna, sekurang-kurangnya orang di sekeliling tidak berasa hati dan mereka akan berkata ' ala, biasalah. Mereka marah sebab mahu mengajar anak buah sendiri'. Sebaik-baik makciknya pun tetap orang lain. Sekiranya makciknya memarahi Manis, juga tujuan untuk mengajar sekiranya dia melakukan kesilapan, orang sekeliling tetap akan memandang serong. Orang sekeliling tetap akan berkata 'mentang-mentang bukan anak saudara dia sendiri, suka-suka hati marah'.....Nampak dua keadaan yang berbeza ini.
Namun, sekiranya bukan isteri pakciknya dan pakciknya yang mengambil berat dan pihak yang lebih berhak mengambil sikap diam dan lihat dan tidak ambil peduli. Entahlah mungkin mereka mempunyai alasan yang tersendiri. Namun harus diingat, Manis adalah satu-satunya peninggalan saudara mereka. Saudara sedarah mereka (fuhhh ayat.... tatap dapat la anugerah sastera ni). Yang menjadi mangsa adalah Manis. Kesian Manis. Manis anak yang baik. Manis bukan minta wang ringgit. Manis cuma dahagakan kasih sayang seorang ibu. Seorang kanak-kanak memerlukan tunjuk ajar seorang ibu. Kini makciknya menjadi serba salah. Setiap hari Manis minta dijaga dan tinggal bersama makciknya. Dengan pakciknya juga Manis meminta. Dengan sepupunya juga Manis meminta. Kini Manis juga sudah mengatakan kepada pembantu rumah pakciknya yang Manis tidak mahu pulang ke kampung dan ingin bersekolah bersama sepupunya.
Kini pakciknya dalam dilemma. Makciknya pun begitu. Cubit paha kiri yang gebu, paha kanan yang gebu juga akan terasa sakit.
TAMAT
Amacam....gua bulih tulis CERPEN kan.... ishhh..kalau gua tulis, senang2 ni menang <-- ya kawan-kawan, ada sifat-sifat riak di sana...isshhhhh nah.. ini indak bulih begini ni tau..terang2 la berdusa sudah kan.....
Jadi sekiranya anda mempunyai pendapat tentang Cerita Manis sila taipkan CM dan hantarkan ke..... 01234, tekan send pun indak dapat...kahkahkahkahkahkahkahkah....ala...sori la bah kawan2, gua ni telampau tinguk rancangan realiti bah ni...itu yang terpengaruh tu. Jadi jangan salahkan gua, sila salahkan rancangan realiti yang berlambak di tv tu <-- gua kan cantik, mana la mau mengaku silap sendiri kan.... see gua terus terang...hahahhahahahaha

Gua selalu berpegang dengan qada dan qadar, dan juga hukum karma. Orang 'putih' bilang wat u give, ur get back...begitu la bah, kalau gua indak silap. Tapi laki gua selalu pesan sama gua...'Mama ni telampau baik bah sama urg, jangan terlalu baik Ma, nanti orang pancung kepala mama tu'.... hah!!! pancung.....larikkkk....

Akhir kata bila la gua kena kasih beli gelang ni ;-D .....laki gua buat indak tau jak tu...ishhh

Puan Saiman 'signning off'....

3 comments:

SJB said...

Ohhh dari Tv lah pulak hahaha. Terlampau tengok Tv kan? tulah sampai teringat ingat hehehe.

Adakah sempat lagi tanya pasal gelang hahaha.

Puan Saiman said...

Sis SJB,

cerita tu adalah kisah benar. Tapi tu sms mimang tipu abis.

Tu la bah pasal gelang ni, bila la bah kena kasih beli ni...ishhh..hehehehehe

Rosc said...

tu trik minta beli gelang tu bah ishk ishk.....dengan sayu nya sa membaca cerpen mu tu last2 putung stim tul trik ko tu yang ujung2 trus sa takatawa...sampat lagi bah apa tu urang bilang menyelam sambil minum air kah tu hahahahaha....