Perhatian!!!

Semua cerita ini adalah hakmilik Puan Saiman dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Tuesday, July 14, 2009

Our Little Hut....



Nah kan apa sia bilang, bersambung bah lagi ni cerita.....hehehehhe.... tapi last sudah ni, lepas ni teda sudah cerita pasal tanam-tanam bunga ni..... lepas selesai tanam-tanam bunga.... kamipun mula mengemas 'car porch'. Susun punya susun..... ini la hasilnya.




Inilah 'port' baru yang Papa suka. Tempat Papa minum2 kupi sambil pekena biskut atau pun kuih. Permata Hati pun suka main di lantai tu. Bentang jak tikar, pandai la dia kasih keluar segala mak nenek mainan dia. Kadang-kadang siap baring-baring lagi tu......hehehhee...cute tul bila nampak dia buat gitu....



Nampak kabinet sebelah kerusi tu, mari kita tinguk dengan lebih dekat lagi......








Inilah kabinet tu. Supaya nampak cantik, Papa dengan baik hati, kasih beli bakul2 yang cantik ni untuk letak barang-barang. Bakul Pertama sebelah kiri tu Papa simpan segala jenis cecair yang berbahaya kepada budak-budak. Jadi Papa letak di atas la, supaya Permata Hati ataupun budak-budak yang datang di rumah ndak dapat ambil....bahaya oooo.........





Oh ya.... nampak bunga tu ka..... ada sepa-sepa tau ka, ada urang kestau Puan Saiman yang bunga berdaun ni ndak bagus, beracun kunun..... jadi kalau ada sepa-sepa yang tau pasal bunga please let me know ah..... errr..... ahhhh.... baru sia ingat...... psstttt CJ, ko tau ka pasal ni, sebab sia ada 3 pasu ni, kalau betul-betul beracun, sia buang ni...... Tapi siok bah kan tinguk daun dia berkilat jak..... tu yang Puan Saiman letak riben merah lagi tu..... tujuannya utk menaikkan seri wajah.... hahahahahahaha



Ok.... mari kita tinguk apa benda yang ada dalam kotak-kotak tu ah..... Antara barang yang ditaruh dalam tu ialah tisu..... bbaaaannnyaaakkkk gunanya tisu ni, salah satunya kalau Permata Hati kasih tumpah air, cepat-cepat dia ambil tisu utk lap... takut kali dia Mama dia mengamuk @ bising @ membebel kalau nampak ada benda yang tumpah atau berselerak....hahahaha




Dan ada juga bakul untuk taruh permainan dia..... macam-macam ada dalam tu..... Robot Transformer..... kereta2 yang jual di Sh*ll tu, Wall-e, Eve.....macam-macam lagi la.....



Di bahagian bawah kabinet tu, Papa letak tin-tin cat, pencuci tiles dan lain-lain lagi la.....





Di bawah kerusi (kerusi yang sebelah kiri) tu pula ialah...errr..... ntah apa nama dia tu, Papa ngan Permata Hati selalu guna benda ni utk praktis masukkan bola golf dalam lubang. Sebenarnya benda ni warna hijau, tapi bila kena lipat-lipat lain pula warna dia.




Dan di bawah kerusi sebelah kiri tu (yang warna biru tu) tempat simpan segala-galanya pasal bunga.... baja..... tanah..... semuanya di sana






Di atas meja tu pula, Puan Saiman letak baby kristal dalam pasu kaca kemudian letak bunga, dalam gambar ni ndak berapa nampak, sebab bunga tu ndak besar.


Aikkk..... apa yang warna merah atas kabinet tu ah...... mari kita pg tinguk.......




Muahahahahaha........ inilah dia Penjaga Rumah kami.......hahahahaha...... oltramen sedang duduk atas mangkuk tandas...... sambil membaca lagi tu..... yang bikin takut tu, tu kepala dia pandai angguk2 kalau kena matahari..... Jadi kepada semua Raksakse (ikut stail Permata Hati bila dia sebut Raksaksa, hehehehe) jaga-jagalah kalau pegi pondok kami ni...... tapi Puan Saiman rasa la kan, kalau ada raksaksa datang pun, lambat sikit ni oltromen dapat bertindak sebab sibuk mau pakai seluar lagi.....hahahahhaha.......




Oh ya..... apabila anda selesai membaca entri ni kali, Puan Saiman baru balik dari KL bersama-sama ngan Ija. Kami berdua puas berjalan-jalan sampai pening kepala..... segala aktiviti yang dirancang telah bertukar, hahahahaha. Alhamdulillah. Sampai ndak sempat apdet blog telampau sibuk beronggeng....hahahahhahaha..... dan cerita pasal KL akan diceritakan pada episode yang akan datang........




Puan Saiman 'sign out'............






No comments: