Perhatian!!!

Semua cerita ini adalah hakmilik Puan Saiman dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Friday, July 16, 2010

Semua mesti gembirakan...

Salam..salam.... selamat hari Jumaat kawan2... Gua tau.... semua bah bergembira hari ni... ada 2 sebabkan...




Yang pertama...




Hari ni hari Jumaat aka hari lima. Malam ni bolehlah tidur lambat (bagi siapa2 yang tidak kerja esok ataupun tidak terlibat dengan acara 'tepuk tangan'...sesiapa yang tinggal di kawasan KK ni, tahu la apa acara besar yang akan diadakan esok dengan lusa kan). Kalau tidak juga tau, cuba baca newspaper dan dengarlah siaran radio tempatan. Ada tu. Balik2 lagi promo dia keluar tu. Gua, syukur la banyak2, gua tidak terlibat. Lagipun gua sekarang ni tengah berlatih. Biasalah guakan gebu, baik hati lagi, jangan lupa cantik dan ayu lagi. Gua sekarang ni ada hobi. Lagipun selain dari 'gila' tengok wayang, gua sekarang ni start sudah 'gila' boling. Jangan kamurang main2. Gua pun terkejut, sebenarnya gua ni ada bakat 'semulajadi' mau jadi pemain boling ni. Setakat longkang kiri kanan boling tu, biasa sudah tu. 'Strike' ohhh...jangan harap....warghkakakakakka....



Tapi apa kes.... semalam gua pegi rumah parents gua. Bapa gua boleh2 'bet' sama gua. Bapa gua cakap, siapa kalah belanja makan. Sebagai seorang anak yang baik dan mendengar cakap ibu bapa, manalah gua mau kan <--- bukan pasal apa, mestilah gua kalah kan..opssssss.... Biasalah... gua ni sebenarnya bukan mahu 'minta puji'. Kalau 'strike' tu, ala kacang. Gua kasih 'can' bapa, adik2 sama ipar2 gua menang bah sebenarnya <---- yea kawan2.. ada ayat2 kaver diri sendiri tu ah...warghkakakakkaa.



Malam ni gua mau buat pengumaman sama adik2 dan ipar2 gua. Siapa menang belanja. Bah.. cuba kamurang fikir.. kalau ada orang dapat naik pangkat, mesti orang tu belanja kan. Kalau ada orang dapat 'rezeki' lebih, pun dia belanja kan. Tapi kenapa orang yang kalah pulak yang belanja kan. Patutnya, yang menang la bah belanja. Apa indak, kan dia yang menang. Kalau menang, mesti senang hati kan. Kalau senang hati, mestila bah mau belanja kan...hahahahhahaha...amacam, baguskan idea gua....ni kali la ah...




Selain daripada main boling, di 1B sekarang ada beberapa kerusi urut disediakan. 1 ringgit, 3 minit. Nah, sioklah bah gua guna ni kerusi. Kalau kamurang nampak gua duduk2 sudah sana, dan kamurang mau pakai tu kerusi, baguslah kamurang pegi cari kerusi urut lain, ataupun cari dulu tempat duduk. Bukan apa, gua urut setengah jam tu. Berabis bah segala, lemak2 gua bergegar kena urut oleh kerusi tu...opssssss......tersebut pulak pasal lemak tepu gua....kahkahkahkahkahkahkah...sori indak sengaja...lagipun, siapa cakap lemak indak berguna, cuba tengok orang2 yang tinggal sana Kutub Utara, apa makanan durang..Ikan paus kan. Bukan durang makan isi, durang lebih banyak makan lemak tu ikan paus. Nah...laku bah lemak....kahkahkahkahkahkah. Jangan marah2 bah, bukan apa bah kan...gurau senda di hari Jumaat. Tajuk pun 'semua mesti gembirakan...kan.....hehehehehehe



Ok. Ini lagi satu berita PALING GEMBIRA......








Amacam...berita menggembirakan. Jangan risau. Di berita, sudah kena 'cakap' tidak membebankan rakyat. Orang2 'besar' pun cakap, mmg tidak membebankan. Jadi memang tidak membebankan la kan. 'Senyum' jak la bah kita. Jangan la bising2. Tiada jugak orang mau dengar tu. Jadi kepada sahabat2 ku di luar, gua mau mengwar-warkan, bahawa gua mau buka satu ladang tebu supaya gua cepat kaya. Gula mahal owh... kalau setahun 2 kali naik, nah kalau 10 tahun, gua bulih sudah beli kondominium sana Hill Star, KL <---sila terjemah dalam BM yer kawan2. Gua indak mau beli sini , aikkkk urang kaya bah, kaya jual gula....mestilah mau tinggal jauh2. Takut bah saudara pinjam duit.....tu saudara pinjam duit mesti mau beli gula kan. Oppsssss..bukan mau beli gula, gua kasih free jak sebab gua kan kaya....durang mau beli minyak, sebab minyak naik sudah kan <--nah..indak bulih ni begini, Tuhan mesti marah ni, belum ada apa2 macam2 sudah angan2 kan....



Nasib baik gua sudah kawin sama orang ensem yang baik hati. Kalaulah gua masih bujang, tatap gua pindak sana Dubai, cari tokei minyak, supaya bulih jugak kasih free sama saudara kan....ishhhhh... indak bulih pulak tamaha kan. Tapi biasalah guakan tamak haloba, mestilah semua pun gua mau kan. Jual minyak bulih jadi kaya, jual gula lagi la kan. Kalau gua jual gula, dalam 6 bulan jak, uiyoooooo....bulih sudah gua beli gelang yang besar dia macam rantai kapal yang berlabuh sana perlabuhan Likas tu...



Jadi, kawan2 jangan susah hati. Tunggu jak gua jadi tokei gula sama tokei minyak, gua akan kasih jak. Owhhh bukan..bukah kasih, gua jual harga separuh jak ah... Apa...free.... ala, indak la bulih free tau.... bayar jak bah, separuh harga. Kan orang2 'besar' sudah cakap..tidak bah membebankan rakyat. Jadi memang betul la bah tu kan.



p/s : gua syak, nangka yang kadang2 berbuah di belakang rumah gua tu, biji nangka tu mengeluarkan RM5 sebiji. Apa tidak, setiap ada buah, mesti hilang. Baru 2 hari lepas bibik gua bungkus karung, tengahari tadi, bibik gua kasitau gua, tinggal karung jak di bawah pokok nangka, nangkanya sudah ghaib....isshhh....mau panggil tb3 ni, mau kasih masuk dalam misteri nusentara...dengan bertajuk 'Misteri Nangka Hilang'....



p/s : kepada adikku Honey.. ada jual madu ka..kakak indak mau guna gula la buat sementara (tidak cukup 25 sen bah mau beli), mau guna madu saja..kalau ada jual, kestau kakak ah....Oh..pasal nangka, nanti kalau ada tb3 datang rmh kakak, nanti kakak bawa adik, supaya kita sama2 bulih masuk tb....

3 comments:

HoneyBUZZin said...

hehehe.....sis ni..time urang susah ati..sempat jugak bergurau..huhu...yalabah... entri pun misti gembira jadi sia bergumbira laini...hehe
Honey mao tunggu kakak ku yang gebu dan cantik menjadi tokei...tokei tiapa sis..jangan tokek sudahlah...Maklumlah..zaman semakin kejam, bila2 masa saja boleh bertukar2..macam cerita eclipse..
nanti honey belikan madu buat sis...
:)

Puan Saiman said...

adikku honey...

ah!!! adik susah hati..kestau kakak sepa jahat adik..nanti kakak pg marah tu urg....muahahahahhaa... nahh... terlanjur adik sebut tokei tokek, mcm kakak pun mau jugak jadi tokei tokek..biasalah kakak ni kan tamak haloba...hahahahaha
betul adik ckp tu, zaman semakin kejam, kejap begini, sekejap lagi begitu....

p/s : siapa nama zaman sila tukar ke gaman....kahkahkahkahkahah <--gurauan semata2...

SJB aka SUELYN J-B. said...

Tu gula RM 1.90 per kilo kah?. Murah juga kan?. Kami di sini jarang guna gula, kami guna madu or maple syrup.