Perhatian!!!

Semua cerita ini adalah hakmilik Puan Saiman dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Monday, July 12, 2010

Cerita Cinta - tiada perasaan.

Di satu pagi yang panas. Jam 9.30 pagi. Pagi Ahad. Tamu Putatan. Atau lebih tepat lagi di tepi jalan. Kedai sebaris dengan pasaraya yang selalu ramai orang. Antara sebuah kedai makan dan kedai telefon. Pelakon utama. Sepasang suami isteri. Sebuah motosikal. Pelakon tambahan. Orang ramai yang lalu lalang.

Entah. Kurang pasti. Apa kisah sebenarnya. Cuma yang sempat didengar adalah..

Suami (sambil melihat isterinya) : Mana bah ko simpan utak ko ni. Tu mata tu. Teda guna...bla..bla...bla

Si isteri cuma tertunduk malu. Menyimpan barang2 yang dibeli di 'bakul' motosikal.

Sang suami yang bersuara kuat dan menengking isteri. Tiada perasaan ka suami ini. Sang isteri dimalukan di tempat awam. Tiadakah sedikit kesabaran untuk memarahi isteri di rumah. Kenapa mesti di tempat awam, kan. Entahlah...
Semua pelakon tambahan cuma melihat drama kehidupan. Ada yang menggeleng2kan kepala.
Inilah salah satu drama yang dapat ditonton secara percuma. Bukan mahu menyibukkan diri. Tapi kalau 'drama' di siarkan secara langsung di depan mata. Tiada mata yang tidak memandang, bukan.
Ini salah satu cerita 'malang'. Kesian sang isteri. Tidakkah sang suami teringatkan ketika kemanisan bercinta. Entahlah.
p/s : tidak semua cerita lepas kawin semuanya pahit dan tidak semua cerita ketika bercinta semuanya dengan manis. Tidak semua. Itulah namanya kehidupan. Tiada kehidupan yang tidak mengalami kesusahan dan masalah. Seperti putaran jam, sentiasa berpusing dari kanan ke kiri. Kecuali jam digital. Oh..ini tidak termasuk dalam cerita ini.
Tamat.
p/s : masih terbayang2 lagi wajah si isteri ketika ditengking. Kebetulan gua ngan laki gua limpas/lalu sebelah si isteri. Tiada apa dapat dilakukan selain dari hanya men'dengar'. Gua dapat melihat orang ramai yang lalu lalang melihat 'drama' ini dan ada juga beberapa orang menggeleng2kan kepala. Dan kisah yang di akhiri 'they lived happily ever after...' hanya dalam buku cerita dongengan kanak2. Hakikatnya banyak lagi halangan yang perlu dihadapi. Itulah namanya kehidupan, bukan.


Ini betul2 tamat.

6 comments:

Wyne Ren @ Mauve Ocean Blue said...

Cian sang isteri kan Puan? bah, kalu ko datang tamu Putatan...kabar2 kan sy yee...sy pun biasa 'menonton drama' di sana...

HoneyBUZZin said...

Sedih pula honey bila baca cerita ini. Terasa mao menyengat 'palui' tu!

Puan Saiman said...

MK,

ya bah. Sia pun heran bah urg begini ni. Tiada perasaan langsung. Sia ni kalau pg tamu, tu laki sia bilang macam lipas, sekejap sini, sekali pusing sudah ilang. Bukan apa bah.... rambang bah tu mata, macam semua la bah mau dibeli. Cuma RM jak indak cukup..hahahahahahaha...

p/s : nah...klu kita dua pg tamu, indak la kali kita terbeli apa2 tu kan, sana kita duduk2 di warung2 tu...sambil crita2...kahkahkahkahkahh...... lps tu bulih la kita tguk drama free kan....cuci mata...

take care n hugs

-----------------------------------

Honey,

mmg sedih..sangat2 sedih.. tu laki kakak pun geleng2 kepala bah. Sampai dalam kereta, tu laki kakak pun ckp serupa honey...'palui punya urang, marah2 bini di tengah2 jln'....

p/s : sengat dik...banyak2, 1 badan lagi bagus...'wink2'..

take care n hugs

Uncle Lee said...

Hello Puan Saiman. Even the queen of flowers has thorns, and life, married life can have its hiccups.....
But thats how love goes.
And a man or woman who has never made his or her husband, wife is a failure in life, ha ha.
But the strong will survive, and you can, and will, best regards, Lee.

Puan Saiman said...

Hello Uncle Lee..

yes sir, ur are right. Saya pun kasihan nampak itu perempuan kena marah oleh husband dia...

Tq sebab singgah.

Semoga sentiasa sihat dan gembira disamping Mrs Lee

SJB said...

Terlampau juga si sang suami tu. kau imagine kalau di rumah, hmmmm kali habis di belasah si isteri. Kesian.