Perhatian!!!

Semua cerita ini adalah hakmilik Puan Saiman dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Tuesday, May 18, 2010

Kena rasuk...isshhh takutnya!!!

Gua rasa semua orang pun tahu apa itu jejantas kan. Tapi...gua cakap tapi...bagi yang tidak tahu tu, gua mau bagi penerangan sikit. Jejantas ni adalah satu jambatan yang dibuat merentasi jalanraya yang sibuk (kalau tidak sibuk, satu jam 1 jak kereta limpas/lalu, tidak payah la bah buat. Bikin habis duit saja kan). Tujuan jejantas ini dibuat adalah untuk keselamatan orang awam ataupun maksud yang lebih jelas ialah untuk keselamatan orang ramai (tidak peduli la bah, orang tua ka, orang muda ka, orang cantik <---macam gua ka, orang gebu dan putih melepak <---pun macam gua jugak, budak-budak ka, sesiapa saja lah adalah diwajibkan untuk menggunakan kalau sudah disediakan <--gua cakap wajib sebab semua orang ada 1 nyawa (lagipun, kalau itu jalanraya tidak sibuk, tidakkan pihak berwajib sengaja-sengaja mahu buatkan), tapi kalau ada sesiapa yang lebih dari 1 nyawa adalah dikecualikan dari cerita ini.

Gua cuma mau kasih cerita jejantas yang gua selalu lalu/limpas. Antara contoh...


1) Jejantas sana dekat area Sembulan.


Gua tahu la bah, sebelah2 tu kan bangunan. Mesti ramai orang kerja di sana kan. Tapi TOLONG la...gua merayu la bagi pihak orang awam yang berkereta. Tolong la guna jejantas tu. Punyalah cantik sudah tu jejantas. Pun tidak juga kena guna. Ada jugalah orang guna, tapi kalau dikira2 tidak penuh bah jari tangan ni. Macam tadi pagi ada orang dari seberang jalan, mahu bawa anak dia pergi hospital (macam mana gua tau tu pakcik sama anak dia mau pegi hosiptal <--- sebab tangan anak dia berbalut/kena simen). Kenapa la menyeberang tidak guna tu jejantas. Begitu la laju2 kereta. Gua perasan tu pakcik macam mahu2 lalu/limpas, tapi takut-takut juga (apa tidak takut, tu kereta laju2 bah). Adalah kereta yang berhenti sama bas yang kasih dia lalu (memang la kita kesian, tapi bahaya jugak kalau kita berhenti tengah jalan kan, silap haribulan, kita yang kena langgar kereta dari belakang...'sigh'..). Biarlah bah, sakit/lenguh tu kaki naik tangga jejantas, tidak jugak sampai kena tahan di hospital bah kan, lepas rehat sekejap ok la lenguh-lenguh kaki tu kan, kalau sakit kaki atau tu kaki penat sebab naik tangga, tapi kalau kena langgar, lagilah sengsara).

2) Area Petagas.


Ni lagi. Berapa kali bah sudah ada orang kena langgar ni. Tapi masih juga orang mau lari2 menyeberang jalanraya. Gua tau jugak bah, itu jejantas agak jauh dari kedai, tapi keselamatan mesti diambil kira jugak bah. Lebih-lebih lagi kalau hari sabtu sama hari ahad. Sudahlah tu tangan penuh plastik (mungkin baru pulang dari tamu atau pasar) dari taman jumb* mahu menyeberang ke petagas. Mana mau bawa tu plastik2 penuh kiri kanan tangan. Bawa lagi anak. Tu tangan anak pun bukan dapat kena pegang lagi, sebab banyak sudah tu plastik di tangan, last-last tu anak, pegang saja baju si ibu, lepas tu menyeberang, lari2 lagi...(abis kambang bulu2 gua berdiri ni, bila nampak situasi begitu). Apasalahnya...NAIK LAH JEJANTAS tu bah. Kadang2 kan, macam gua nampak tu jejantas macam mau tarik telinga orang2 yang lalu dibawah dia. Punyalah besar tu jejantas, tiada jugak orang nampak kah..(kesian owh kau jejantas....).

3) Area Putatan.


Berdekatan tamu putatan. Jangan la kamu cuba ingat2 (terutama yang tinggal di luar putatan). Jejantas ni memang belum lagi kena buat. Itu yang orang2 masih lagi menyeberang. Tapi kadang2 gua terfikir jugak kan. Kalau kena buat jejantas nanti, adakah orang mau guna tu ah... mesti ada kan..tapi berapa orang yang akan guna itu jejantas untuk menyeberang.

p/s: Ini adalah pandangan peribadi gua sebagai seorang pemandu kereta. Memanglah sebagai seorang pemandu yang cantik, berhemah, bersopan santun penuh dengan adat ketimuran (errr...bukan Om ah..)kahkahkahkahkahkah.....opsss.... memang la tidak boleh laju di jalanraya kan, tapi setahu gua kelajuan tu adalah 80km/j <-- ini gua bawa la, kalau kamurang, gua tidak tahu. Kalau gua bawa 20km/j di jalanraya, adalah orang lain maki2 gua kan. Kalau gua mahu memandu 20km/j, baguslah gua buat jalan raya sendiri. Satu orang saja gua drive. Bawa 5km/j pun tiada orang marah..(ok kawan2, kalau gua buat jalanraya, gua akan kenakan charge RM120 <-- bayar bulanan bah. Dari KK-Putatan. Dijamin selamat. Bila dibuat?? Owhh...jangan risau, gua akan buat permohonan ke J*R itupun kalau kena lulus la (mesti kena lulus punyalah, gua sudah kasih sedia alasan2 yang kukuh, sekukuh kuku besi <--- apa bah ni...gua pun indak tau apa yang gua tulis ni). Tapi kalau gua sudah dapat kelulusan, gua sudah kira2 dalam beberapa bulan gua akan menjadi jutawan. Tidak perlu la gua ikut MLM ka..tidak perlu ikut tarikan2 ka <--- ala main kutu la.... lagi sakit2 kepala mau fikir bila mau dapat gaji bulan kan. Ramai bah mau guna jalanraya gua buat tu. Apa tidak, racing pun bulih bah. Tapi untuk orang yang lebih dari 1 nyawa saja. Kalau cuma ada 1 nyawa jak macam gua, sila maklumkan sama gua dengan lebih awal. Gua jugak berjanji yang jalanraya gua akan buat nanti, tidak ada lubang2 yang akan mencederakan kereta anda (supaya kalau ada yang mau drive 360 km/s, terasa tu kereta terbang). Jadi kawan-kawan berpakatlah. Siapa lagi yang akan membantu gua untuk menjadi kaya kan. Kalau kawan-kawan boleh cari orang lagi, yang mau ikut jalanraya yang gua mau buat ni, gua kasih komisyen la (gua lantik diri sendiri sebagai ketua, supaya gua cepat jadi kaya, lagi ramai orang masuk lagi bagus <-- biasalah gua kan tamak haloba). Jadi amacam.....

p/s/s : Ok.... sebagai permulaan. Gua lukiskan gambar jejantas. Nampak yang macam jambatan tu. Itulah jejantas. Di bawah yang ada anak panah tu, jalanraya. Amacam..cantik kan lukisan gua (kalau siapa2 yang berani cakap tidak cantik, permohonan anda akan ditolak oleh gua. Sebarang rayuan tidak akan diterima, hahahhahahahaha). Jangan risau, kalau gua hantar permohonan (mau buat jalanraya nanti) gua akan lukis tangan. Walaupun tidak berapa cantik, tapi itu menunjukkan kesungguhan gua untuk menjadi kaya dengan cepat <--- buat sendiri lebih menjimatkan kos).

Gua sengaja meng'war-warkan' untuk buat jalanraya yang baru. Supaya gua boleh jadi jutawan dalam sekelip mata. Kalau gua sudah jadi jutawan, gua tidak lagi update blog. Update jugak la, tapi bukan gua yang update, orang lain la gua suruh. Aikkk....kamurang tanya kenapa..(isshhhh kamurang ni)...gua kan sudah jadi jutawan, gua sibuk. Biasalah gua ada bestfren baru. Gua kan berkawan sama Palis Hillton, Nomee Kembell, Keemoora, Keem Kardakesian <---sekadar menyebut beberapa nama. Mana lagi gua tinggal sini..gua tinggal di obersee. Tapi jangan risau, nanti gua suruh pomen gua tinguk2 ni jalanraya... lagipun masa ni bisnes gua bilion2 sudah, gua tinggal di hotel jak <--- biasalah orang kaya, mana mau cakap mau cakap benda2 kecil kan...opsssss....

*PERHATIAN - penulisan di atas adalah bukan dari hati gua. Gua rasa ada sesuatu merasuk jari jemari gua yang gebu ni. Gua rasa ini akibat kekurangan makan asam bambangan, sebab hari sabtu tu, gua tidak dapat beli. Tiada kena jual. Jadi jangan salahkan gua, sila salahkan bambangan dan jari jemari gua.

Tajuk di atas tiada kaitan sama cerita hantu. Sengaja gua buat, supaya lagi ramai orang masuk blog gua....kahkahkahkahkahkahkah... Dan pesanan terakhir gua 'JANGAN MAKI DAN KUTUK GUA' itu salah di sisi perasaan dan hati nurani gua <---- gua ni sensitif sebenarnya <--- sila percaya.....hehehehehehehe

Puan Saiman 'signning off'...

7 comments:

Anonymous said...

Ko tau kah kanapa durang indak guna tu jejantas mo "shortcut" kunun hahahaha...sa rasa lah. Mungkin juga durang ada 2 nyawa mcm ko bilang heheheh. Betul juga ko cakap tu sa pun selalu nampak ada lagi tu yang sanggup naik tu benteng kalau ada di tgh jalan ishk...ishk...ishk... kalau yang pagar saja cuba ko check d tiga bulan lapas tu ada lah tu pagar ada lubang sudah di tgh2 hahahah....

Mouren said...

Puan, ini lah selalu buat sy ter maki maki kalu limpas d Petagas tu (terutamanya) sbb sudah tau jln tu byk keta laju2, ramai-ramai lagi menyeberang jalan bah.

Nyawa dorang mcm Garfield the fat cat kali tu tau...ada spare d rumah.

:P

Puan Saiman said...

Roscy,

itu la bah kan, biarlah bah jauh sikit jalan, sakit kaki mau naik tu tangga jejantas, tapi nyawa tu penting bah kan.

***********************************

MK- betul tu, ko tau skrg, kalau sia pg putatan, sanggup sia ikut jln donggongon yg trus pg putatan tu. Bukan apa bah, pernah sia nampak bah di petagas tu, ada tu urg mengelak telanggar urg limpas, kereta dia pula kena langgar. Tu urg yg di elak tu, selamba jak trus pulang. Si kawan pula terpaksa urus kereta dia yg kena langgar...ishhhh.... gergitan owh sia tinguk urang tu... pasal dia, semua urg ke'jammed'man bah..

SJB aka SUELYN J-B. said...

saya nampak tu tajuk tadi terfikir 2 kali juga mahu baca kah tidak. kau tahu lah saya ni penakut habis ni. kalau sudah terbaca cerita begitu memang terus terikut sampai tidur tu hehehe. nasib juga kau ada kasih masuk lukisan kau kalau tidak huhu terlepas lah cerita kau ni.

Tulah bah tu si Rosc cakap, mahu shotcut bah tu tapi dorang tidak terfikir ini juga jalan shortcut dorang kalau mahu pigi "Atas" kekeke.

Puan Saiman said...

kahkahkahkah...alalala SJB, sama la penakut kita ni pulak ah... sia pun begitu tu, klu ada dengar cerita atau tinguk movie pasal hantu, bah, jaga la, gerenti sia indak bulih tidur tu. Kadang2 tu laki kasih tekejutkan, bikin gaduh jgk tu. Hahahahha... bah apa tidak, tekejut bah...

Ya bah kan, ni la bah, urg2 ni, mau cari jalan short cut kan, tapi dorang tidak peduli bah.

Take care 'hugs'

HoneyBUZZin said...

Puan Saiman...
saya pernah mendengar pengalaman dari seseorang beberapa tahun yang lalu dimana anak beliau yang masih tadika, diragut rantainya sewaktu menggunakkan jejantas.(jejantas diantara gudang karamunsing dan gereja katolik) saya rasa inilah puncanya mengapa ramai yang tidak mahu menggunakan jejantas di sini..
Secara terus-terang, kalau saya tidak berkereta, saya juga akan menyeberangi jalan daripada dirompak, ataupun dicabul di atas jejantas yang tiada orang.
Am serious...the authority incharged have to do something about this...lebih banyakkan polis peronda dikawasan sebegini.

HoneyBUZZin said...

lagi satu, meh sini honey cubit.....ingatkan cerita hantu.....