Perhatian!!!

Semua cerita ini adalah hakmilik Puan Saiman dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
Showing posts with label permata hati. Show all posts
Showing posts with label permata hati. Show all posts

Monday, January 5, 2009

Sekolah oh sekolah....

Pagi ni Puan Saiman yakin semua ibu-ibu dan bapa-bapa sibuk menguruskan anak-anak sekolah kan. Begitu juga ngan Puan Saiman. Cuma berbeza ngan Puan Saiman, Permata Hati masih lagi di tadika 2nd year, cuma tukar kelas jak, masih lagi di sekolah yang sama dan peraturan sekolah yang sama, jadi maknanya hari ni Puan Saiman ngan Papa pegi kerja, macam mana mau buatkan, begini la cari makan. Seperti biasa, utk masuk di Tadika 2 ni, tedalah perubahan cuma, ndak macam masa Permata Hati masuk Taska ngan Tadika 1st year dulu. Terpaksa ambil cuti. Tapi sebenarnya anak-anak tu nampaknya biasa jak, cuma ibu bapa jak excited semacam kan, maklumlah anak-anak sudah mula belajar. Macam-macam bermain di minda, takut anak-anak bergaduh la, takut jatuh la, macam -macam la bah kan. Tapi walaupun masuk di tadika 2, namun persiapan sekolah tetap macam anak orang lain kan.
Ini peristiwa yang berkaitan ngan urusan persekolahan Permata Hati.
Peristiwa 1 - 26/12/2008 Buat pendaftaran Permata Hati di sekolah. Beli baju ngan buku-buku sekolah. Jumpa ngan cikgu kelas, dan seperti biasa Puan Saiman tetap akan memaklumkan ngan guru kelas begini ' Cikgu, saya serahkan anak saya di bawah jagaan cikgu, kalau dia nakal atau langgar arahan cikgu, silalah denda dan kalau perlu di pukul, pukul la, cuma jangan sampai lebam atau patah'. Mungkin terkejut ngan statement Puan Saiman, cikgu tu pandang semacam jak ngan Papa. Sampai berkerut muka dia. Tapi bukan ngan cikgu tu jak Puan Saiman cakap begitu, ngan cikgu taska, cikgu tadika 1, cikgu tuition ngan cikgu muzik dia pun Puan Saiman cakap begitu.
Peristiwa 2 - 03/01/2009 Bawa Papa ngan Permata Hati pegi 1Borneo tinguk wayang lepas tu beli stokin. Kasut ndak payah beli sebab akhir tahun 2007, ada belikan kasut 2 pasang utk Permata Hati, rupanya kasut tu besar, oleh kerana malas mau kasih balik, beli jak yang baru, sebab kasut ni lama simpan pun ndak apa sebab kasut tu tunggu kaki Permata Hati besar sebenarnya (baca : bukan apa, Puan Saiman sebenarnya malas mau tukar, leceh la). Jadi tunggu punya tunggu, akhirnya kaki Permata Hati tu akan mula berkawan ngan Permata Hati bermula hari ni, 1 tahun kasut tu menunggu kaki Permata Hati....hahahahaa...
Peristiwa 3 - 04/01/2009 Bawa Permata Hati pegi Karamunsing, beli stationary. Ini mesti beli the day b4 sekolah buka, kalau beli awal, alamatnya ndak sempat la bawa pegi sekolah, maklumla anak Puan Saiman ni artist..... (baca : kalau beli awal, gerenti ndak sempatlah kaler ni kena bawa pegi sekolah).
Peristiwa 4 - The day.... Awal Puan Saiman bangun. Seperti biasa bangun kan Permata Hati, tapi malar cakap kejap, rehat dulu...sigh... last-last Puan Saiman mandi dulu, bila keluar dari kamar mandi, rupanya sudah pula dia bangun. Seperti biasa, bibik bantu utk uruskan Permata Hati. Dan pagi tadi, setelah sebulan setengah bercuti, inilah pertanyaan Permata Hati
Permata Hati : Ma, kejap jak ka sekolah ( maksud Permata Hati tu, sekolah utk tahun ni)
Mama : Kejap jak tu, nak. (dalam hati : alahai nak, hari ni baru 05/1, ada 10 bulan lagi sekolah).
Permata Hati : Tapi Ma, kenapa masa abang belajar di kelas Teacher Alice tu lama betul abang rasa).
Mama : Memang la begitu, sebab abang selalu lambat tidur, cuba kalau abang tidur awal, abang ndak rasa tu (baca : alasan jak tu, sebab teda lagi alasan lagi yang bulih kena bagi)
Macam-macam ....sigh... anak aku ni, baru sekolah hari ni, tapi dia tanya sudah bila lagi cuti sekolah, sebab Papa sudah janji kalau ada rezeki lebih, cuti sekolah hujung tahun nanti pegi KL ..... yes..... tapi yang susahnya sekarang ni malar la dia tanya bila lagi cuti panjang.....
Jadi, kepada anda di luar sana, apa cerita anda pagi ni.....
Puan Saiman sign out....

Tuesday, December 23, 2008

Hari-hari yang berlalu.....

Hari ni hari terakhir Puan Saiman membantu kerja-kerja di level 1 tu. Sejak membantu di sana dari awal Oktober sehinggalah hari ni, banyak juga yang sudah Puan Saiman habiskan. Sampaikan Puan Saiman terpaksa bekerja hari Sabtu hanya utk menyusutkan 'benda-benda' itu. Kini semuanya sudah selesai. Puan Saiman dan 2 lagi 'rakan' membantu di sana dari Okt sehingga akhir Disember. Walaupun belum lagi habis bulan, kan Puan Saiman akan mula bercuti dari 26/12 sehinggalah 02/01/2009. Walaupun bercuti panjang, teda sebarang perancangan dibuat....sigh... (sambil menjeling Papa ni).... Bibik pula start sudah bercuti 25/12 nanti....yes... lamanya sudah Puan Saiman sekeluarga teda 'privacy', jadi bila bibik bercuti panjang ni, adalah privacy sikitkan. Lagipun, Puan Saiman harap bisuk adalah half day ni, kalau ada kan best....


Sekarang ni, masa betul-betul cepat berlalu. Baru pegi kerja pagi, buat kerja 'sikit-sikit', sudah petang. Balik rumah, masak, mandi, makan, tidur. Begitulah rutin kan. Macam baru jak rasanya Permata Hati tu masih merah lagi tapak kaki, sekarang ni saiz kasut sekolah jak 20. Sudah 2 batang gigi susu yang tanggal dan kini sudah berganti ngan gigi kekal. Kalau dulu, rambut di gunting pendek, atau cukur pisau mata saiz 1, sekarang ni rambut ndak bulih potong pendek, nanti kalau potong terlampau pendek, rambut ndak bulih buat style ultraman. Kalau dulu cakap slang 'baby talk' sekarang ni lancar sudah bercakap, cuma ada beberapa perkataan 3 susu kata yang ndak dapat sebut, macam tenggelam dia cuma sebut gelam :-D Kalau dulu tengok rancangan Elmo atau ultraman, atau Postman Pat, atau Barnie atau yang sewaktu dengannya, hampir semua rancangan di channel Ceria ataupun Playhouse Disney Channel 613, atau Nickelodeon 612, sekarang ni di channel Cartoon Network 616. Kalau dulu Ultraman, sekarang ni Ben10.


Macam baru juga rasanya Puan Saiman berpindah ke Bahagian ni, rupanya sudah setahun. Betul-betul ndak rasa. Kalau di Bahagian dulu, hujung tahun begini mana la dapat cuti, biarpun apply, gerenti ndak kena lulus punya. Banyak payment mau settle di Bahagian Akaun. Ndak payah apply cuti, memang tau ndak kena kasih cuti punya. Tahun ni, buat pertama kalinya Puan Saiman dapat bercuti panjang sedikit. Tapi masalahnya, Puan Saiman jak cuti, Papa barangkali ndak cuti tu. Jadi kesimpulannya, Puan Saiman akan berdua-duaan jak ngan Permata Hati di rumah, tanpa Papa dan tanpa bibik. Oleh sebab bibik teda, maka Permata Hati akan diberikan tugas yang paling senang iaitu - selama teda bibik ni, Permata Hati akan keluarkan Ciki & Ciko (baca :kucing) dari kandang dan bila malam, panggil balik masuk kandang. Lepas tu, suruh Permata Hati panggil Ciko & Ciki pulang makan kalau tengahari...hehehehe....
Hari Sabtu ni ada 2 jemputan, 1 jenputan kawin, 1 lagi jemputan 'full moon'. Mungkin jemputan ni terpaksa ditolak sebab Puan Saiman ndak mau pegi..... jangan tanya kenapa... cuma memang ndak mau pegi... tapi kalau tiba-tiba angin 'baik' masa hari tu, mungkin pegi jugak la....
Ok..... lain kali sambung cerita.... Puan Saiman sign out...

Monday, December 15, 2008

Bulan Bercuti

Bulan Disember ni memang bulan orang sibuk mau bercuti. Jadi Puan Saiman pun begitu jugak. Sekarang ni pun malas sudah mencapai ke tahap maksimum. Nasib baik cuti sudah tahap kritikal, kalau ndak, malas tul mau pegi kerja ni. Bagus lagi punduk2 (baca : duduk) di rumah, bulih beramas mesra ngan Permata Hati.
Mulai minggu depan, 26/12, Puan Saiman mula bercuti. Jadi Puan Saiman sudah berkira-kira mau bawa Permata Hati pegi 1Borneo, naik bas lagi tu. Kesian bah Permata Hati ni, selalu betul mau naik bas, tapi teda masa pula mau bawa dia, jadi Puan Saiman sdh bagitau Papa mau bawa dia naik bas pegi 1Borneo, Papa pun sudah bagi green light. Dari rumah, Papa ambil. Naik bas pegi 1Borneo dari Warisan Square. Bas ni khas utk pegi 1Borneo. Nampaknya bas ni memang selesa, Puan Saiman pernah tanya ngan ipar Puan Saiman yang pernah naik bas ni, dia cakap memang cukup selesa. So, Insyaallah kalau teda aral melintang memang jadi la ni. Kiranya mau bawa Permata Hati naik bas tu around jam 10.00 pagi, sampai sana sebelum jam 11.00 pagi, pegi pusing-pusing kejap, lepas tu bawa dia tinguk wayang. Lepas dari tinguk wayang, lunch. Lepas lunch, pegi bawa dia di tempat permainan budak-budak tu. Buang-buang masa sebelum Papa ambil. Ataupun, pegi sebelah tengahari, lunch dulu, baru tinguk wayang jam 2.00, lepas tinguk wayang, bawa dia pegi tempat permainan budak-budak, lepas tu pegi cari kasut ngan stokin sekolah. Sementara tunggu Papa ambil. Tinguklah mana yang ok, kan. Permata hati ni paling suka makan di Kenny Rogers ataupun Rasa Mas. Rasa Mas tu nasi ayam dia pun ok juga, kalau ambil satu set, siap ada sup, sayur ngan ayam sedap pulak tu (ini dari rasa Puan Saiman sendiri la, lain orang lain seleranya kan). Kalau di Kenny Rogers tu, Permata Hati suka betul mushroom soup dia. Rasanya Permata Hati pun memang suka pegi 1Borneo ni, bukannya apa, semuanya ada di 1Borneo. Puan Saiman jangan cakaplah..... fulus jak ndak cukup... muahahahaha...
Dalam seminggu cuti tu, Puan Saiman pun ndak tau mau bawa dia pegi mana lagi. Tengoklah.... sekarang ni pun Puan Saiman sedang pujuk-pujuk Papa utk ambil cuti, tapi tu lah kan, memang betul la Papa cakap, Papa kan sudah ambil cuti hari tu, jadi sekarang ni ramai betul staff dia minta cuti, jadi kalau Papa pun cuti nanti teda pula orang di ofis kan. Sabar jak la Puan Saiman tu....sigh.... Jadi Puan Saiman berharap supaya adalah staff Papa yang ndak bercuti supaya Papa boleh berjalan ngan kami dan ini akan membolehkan Papa membayar setiap barang yang Puan Saiman beli........^ . .^ muahahahhaa, bukannya Papa ndak bagi duit kalau Puan Saiman jalan ngan Permata Hati,t api masalah ndak cukup....hahahahahaha... kalau Papa ada, dia jak la tulung bayar, jadi Puan Saiman bulih buat buduh jak......... ataupun masa bayar tu kan, Puan Saiman pura-puralah buka purse....padahal... dalam hati doa-doa jugalah biar Papa cakap.... 'ndak apa Ma, biar Papa bayar'....... dalam hati Puan Saiman tu....'AMIN'.... opsssss.... kenapatan la oleh Papa ni.... tapi ndak apa bah kan Pa....wink...wink..... (baca : sambil-sambil Puan Saiman pura-pura hilang ingatan yang Papa sudah kasih beli oven utk anniversary hari tu).
Ada juga la Puan Saiman cakap ngan Papa, mau bawa Permata Hati pegi Kundasang, ala ndak payah la bah tidur disana, pulang balik jak pun, tapi tinguklah kalau Papa dapat cuti, kalau ndak, di rumah jak la Puan Saiman ni ngan Permata Hati sebab bibik pegi cuti-cuti Malaysia. Last-last, Puan Saiman ngan Permata Hati makan, minum dan tidur jak la ni.... bertambah-tambahlah badan Puan Saiman ni 'kurus'.... hehehehe.....

Wednesday, December 3, 2008

Mama Baby....

Kalau bulan Ogos Bulan Kemerdekaan, maka bulan Disember Bulan anniversary Puan Saiman lah...hehehehehe... Insyaallah 23/12 ni genaplah 13 tahun Puan Saiman berkahwin ngan Papa. Lapan tahun berkahwin ngan Papa, kami biasa hidup berdua, ke sana ke sini, kami berdua. Banyaklah mulut bertanya-tanya 'aik berdua jak ka? mana anak??' Masa ni Puan Saiman selamba jak la cakap belum ada rezeki. Ada yang bagi semangat utk Puan Saiman tapi lagi banyaklah juga cakap-cakap belakang. Masa ni Puan Saiman ngan Papa juga ambil part time sekolah balik. Jadi kalau ada saudara mara kawin tu, kadang-kadang cuma Puan Saiman jak yang pegi, kadang-kadang cuma Papa jak la yang pegi. Jadi bila ada nampak kami lone rangers, maka banyaklah spekulasi yang bercakap yang Puan Saiman ngan Papa sudah 'berpisah'. Hmm... mulut orang kan. Sampaikan ada yang berani tanya ngan Noi masa kenduri samaada betul atau tidak kami sudah 'berpisah'... kalau mau tau apa Noi jawab, anda kena tanya Noi la...hehehehe.
Sampaikan Noi kasih sampai 'berita' ni ngan Puan Saiman. Hairan betul kan, kadang-kadang orang luar lebih tau pasal rumah tangga kita daripada kita sendiri kan.... hairan...hairan... Jadi oleh kerana selama 8 tahun tu kami hidup berdua, segala 'kebiasaan' yang kami buat, tiba-tiba berubah bila datangnya Permata Hati. Sebelum itu, Puan Saiman ngan Papa pernah juga bercakap utk mengambil anak angkat ni, tapi ndak la secara tiba-tiba. Tanpa sebarang persediaan, tiba-tiba Permata Hati muncul dalam hidup kami. Syukur Alhamdulillah. Permata Hati mengisi kehidupan kami dengan penuh keceriaan. Syukur Alhamdulillah, berkat pengalaman Puan Saiman menjaga adik-adik, maka menjaga Permata Hati amatlah mudah. Dengan tunjuk ajar daripada mummy dan bapa serta Noi ngan Ning (masa ni Noi ngan Ning baru melahirkan Aming ngan Is - ralat umur Aming/Is ngan Permata Hati ialah 5 bulan, cuma tahun yang berlainan). Kini, Permata Hati sudah berumur 5 tahun dan Insyaallah akan masuk 6 tahun pada Mac tahun depan.
Selama hidup ngan Papa ni kan, Puan Saiman selalu berperasaan yang kadang-kadang Puan Saiman ni kan manja yang berlebihan ngan Papa. Pernah juga Puan Saiman tanya Papa, kalau-kalau Puan Saiman ni manja, cuma Papa senyum jak kadang-kadang pun dia buat derrkkk jak. Jadi Puan Saiman selalu cakap sendiri, mungkin perasan sendiri jak ni....sampailah kejadian ni...
Kejadian 1...
Puan Saiman : Abang....(panggilan Permata Hati)..... Kemas mainan ni, kalau abang ndak kemas nanti mama kestau Papa jangan beli mainan utk abang lagi....
Permata Hati : Mama baby.......
Puan Saiman : ????.....
Kejadian 2...
Permata Hati : Ma, malam ni kita pusing dekat ofis Papa ok...
Puan Saiman : Ok, tapi bila Papa pulang nanti abang cakap sendiri ngan Papa, ok...
Permata Hati : Mama la bah cakap, kan Mama Baby....
Puan Saiman : ????.......
Kejadian 3....
Puan Saiman : Abang, masuk mandi. Banyak nyamuk di belakang tu... (masa ni Permata Hati main di belakang rumah...)
Permata Hati : kejap..... lima minit
Lepas 10 minit...
Puan Saiman : Abang masuk !!! Kalau ndak mama kestau Papa abang ndak dengar mama cakap...
Permata Hati : Heii....... (sambil masuk dapur)... sikit-sikit kestau Papa, Mama baby.....
Puan Saiman : ......????
Sehinggalah malam tadi...... sebelum tidur.....
Puan Saiman : Abang mau tidur sudah ka?
Permata Hati : Ya, tapi mama kasih off la dulu komputer (baca : notebook) tu.
Puan Saiman : Kejap....
Permata Hati : Ma, abang kasih off aircon ah...
Puan Saiman : Bah...
Permata Hati : Ma...(baring sambil tinguk Puan Saiman...)
Puan Saiman : Hmmm....
Permata Hati : Mama baby kan....
Puan Saiman : Ah... kenapa pulak Mama baby...?
Permata Hati : Sebabkan Papa selalu kiss mama....
Puan Saiman : Ala... kan Papa pun selalu kiss abang kan...
Permata Hati : Tapi, Papa selalu kasih beli mama present...tapi papa ndak kasih beli abang present.
Puan Saiman : Banyaknya papa kasih beli abang tu... di KL jak, abang beli barang Ben 10 jak 1 beg Ben 10 abang kan. Mama mana ada Papa kasih beli (masa ni Puan Saiman cover-cover la sikit).
Permata Hati : Ada tu abang nampak, Papa kasih beli mama yang bikin masak kek tu (baca : oven), lepas tu Papa kasih beli mama utk jahit kain tu (baca : mesin jahit), Papa kasih beli mama baju, abang nampak Papa kasih beli mama beg 2 lagi tu.
Puan Saiman : Ala...Papa kasih beli mama tu pun utk mama tu pun utk abang juga. Kan abang suka makan kek, jadi sekarang ni kalau abang cakap mau makan kek, trus mama buat kek kan. Kalau ada baju atau seluar abang koyak, bulih mama jahit. Beg mama tu Papa kasih beli bukan utk mama jak, kan mama selalu simpan PSP abang dalam beg mama.
Permata Hati : ...(terdiam)...
Puan Saiman : Bang, kenapa abang selalu cakap mama baby....
Permata Hati : Memang la.... Sebab Mama selalu kena kiss oleh Papa, dalam kereta pun Papa pegang tangan mama. Papa selalu cakap kalau makan, tunggu mama dulu. Kalau jalanpun Papa pegang tangan mama....jadi mama baby la.
Puan Saiman : Oh begitu ka..... Mama pun selalu nampak Papa kiss abang. Kasih beli abang mainan. Bawa abang makan KFC, pegang tangan abang..... sama macam mama la kan. Lagipun kadang-kadang abang ndak mau kena pegang tangan oleh Papa kan, jadi abang nampak jak Papa pegang tangan mama, sebab abangkan suka lari-lari...
Permata Hati : Ya la, tapi abangkan masih kecil, mama kan sudah besar mana bulih baby-baby lagi...
Puan Saiman : ????....
Masa lunch hour tadi, Puan Saiman masih lagi terfikir-fikir apa maksud Permata Hati, dan kini Puan Saiman sudah dapat apa yang dia cuba sampaikan. Maksud Permata Hati tu Puan Saiman ni manja la...sebab dia cakap cam baby.... mungkin dia nampak Nana (anak Didik), ramai betul yang ambil berat, sekejap-sekejap kena kiss, kejap-kejap kena dukung/gendong. Mungkin juga dia jeles sebab bila Papa pulang, mesti Papa cari Puan Saiman bila Papa sampai rumah (seperti biasa Puan Saiman dalam bilik tinguk tv atau di dapur masak). Rupanya selama ni Permata Hati perhatikan jak apa yang Papa buat ngan Puan Saiman. Dan utk itu juga, selama ni bukanlah Puan Saiman perasan yang Puan Saiman ni manja ngan Papa tapi sememangnya memang MANJA ngan Papa. Jadi sahlah segala perasan tu selama ni...hehehehehehehe......
Jadi ada 20 hari lagi sebelum masuk tahun ke 13 kami berkahwin. Tapi Puan Saiman ndak la mau minta apa-apa lagi sebab kan sudah kena kasih beli oven......tapi kalau ada lagi yang kena kasih beli Puan Saiman ndak kisah pun, tapi kali ni Papa kena bagi sembunyi...sembunyi la... wink....wink.....

Wednesday, November 5, 2008

Sensitif.

Sensitif - sensitif (sénsitif) 1. mudah (lekas) merasai sesuatu, lekas bergerak balas (memberikan reaksi) terhadap sesuatu rangsangan, peka, mudah tersinggung (perasaan, peribadi, dll); 2. boleh memperlihatkan perubahan yg sekecil-kecilnya (alat yg menyukat spt jangka suhu, neraca, dll), mudah (lekas) bergerak balas (bkn alat, mesin, dsb).


Menurut kamus Melayu, maksud sensitif melibatkan perkara (1) adalah berkaitan. Sensitif ni bukan saja melibatkan orang yang lebih berumur tapi juga anak-anak. Ini cerita pasal Permata Hati. Permata Hati ni sensitif betul. Pantang kena usik sikit, ndak lama tu, mengalir la air mata. Bukan jak gitu, pantang kena janji, tiba-tiba kalau yang dijanji tu ndak jadi, mengalirlah air mata tu. Macam tadi, masa Puan Saiman ambil dia, Puan Saiman bagitaulah sama dia, yang Papa ada kol bagitau yang Teacher Kelly (cikgu Piano) dia ndak jadi buat kelas ganti ni malam sebab ada masalah yang ndak dapat dielakkan jadi petang ni dia kena pegi tuition. Teacher Kelly ni ada bagitau Papa hari sabtu yang lepas tu, ada 2 kali kelas yang dia ndak dapat ajar bulan lepas, jadi dia mau ganti malam ni, dari jam 7 sampai jam 8 (1 jam jak). Jadi ari minggu tu, Puan Saiman bagitau ngan Permata Hati, sebab hari rabu nanti (5/11) malam ada kelas muzik, jadi petang ndak payah pegi tuition. Apalagi, punyalah Permata Hati happy. Tapi, bila Puan Saiman bagitau tadi, mengalir air mata si kawan bah. Terpaksa Puan Saiman kasih berhenti 'kuda putih' di depan sekolah lama Maktab Sabah (ada ruang berhenti di tepi) sambil pujuk-pujuk dia. Aikk...maikn kena pujuk makin lebat pula airmata. Puan Saiman tanyalah 'abang mau beli popcorn ka' dia jawab 'mau'...tapi tu suara semut pun ndak dengar. Sib baik Puan Saiman ada korek telinga semalam. Jadi lepas tu singgah di Giant Kepayan Ridge. Tapi apa kes, masuk dalam utk parking pun bayar RM1, dulu free, sekarang bayar la pulak. Tapi ndak apa, yang penting dapat beli pop corn. Puan Saiman parking jak di depan Giant tu, blok jak la kereta orang sekejap, sebab pop corn tu kena jual dekat main door bangunan tu jak. Sekali tinguk, alamak teda pula durang buat hari ni, tapi ndak apa, Permata Hati cakap 'jangan la susah-susah mama, teda pop corn, abang beli jak la eskrim'. Ah sudah....minta eskrim la pulak. Tapi ndak apa, yang penting dia ndak lagi merajuk. Lepas bayar, Puan Saiman ngan Permata Hati trus pulang.


Sampai di rumah, Puan Saiman slow talk, sepa ndak tau, Puan Saiman ni kan pakar memujuk...hehehe...ndak caya tanya Papa...(kan, Pa). Puan Saiman cakap la gini, ' petang ni abang pegi la tuition, nanti malam kita pusing', tiba-tiba si kawan nangis balik, ah sudah... Lepas tu dia minta Puan Saiman kol Papa, rupa-rupanya dia bagitau Papa dia minta bawa pegi pusing di tempat dia belajar piano tu....isshhhh....tapi ndak apa...sabar jak Puan Saiman tu. Lepas tu Puan Saiman cakap lagi 'lepas abang cuci tangan sama kaki, abang pegi makan, lepas makan nanti mama kasih mandi'. Dia said 'ok mama'. Jadi masa Puan Saiman kasih mandi dia, dia bagitau la yang hari Jumaat nanti dia teda sekolah sebab ada Majlis Penyampaian Hadiah utk Taska 2 ngan Tadika 2 (turn Permata Hati minggu depan 14/11). Jadi hari Khamis petang bulih lah main PSP, jadi Puan Saiman pun cakap 'ok, no problem'. Tau apa Permata Hati cakap ngan Puan Saiman, 'Ma, mama tau ka ari khamis tu bisuk' sambil dia senyum2 lagi tu. Astagafirullah, hari khamis sudah pula bisuk kan. Jadi, bisuk petang ni lepas pulang dari kelas tuition Permata Hati tu main PSP dia sampai la hari Ahad malam.....sigh....

Friday, October 31, 2008

Pukulan Sayang!!

Tadi masa ambil Permata Hati dari sekolah, ntah apasal dia mengamuk semacam. Permata hati tu cakap yang Papa janji mau ambil dia hari ni. Tapi mana la bah Papa dapat ambil dia, sebab hari ni kan hari Jumaat, Papa kena pegi sembahyang. Naik jak 'kuda putih' trus dia angin semacam. Siap marah Puan Saiman lagi tu. Puan Saiman bagitau la Papa ndak dapat ambil sebab dia ada hal ngan boss dia. Lepas tu Permata Hati diam. Puan Saiman sangka selesai sudah. Bila sampai rumah, bila bibik buka pintu 'kuda putih', tiba-tiba Permata Hati buang beg ngan kasut sekolah dia dari 'kuda putih'. Masa ni Puan Saiman masih lagi boleh bersabar. Dalam hati 'ndak apa la, budak', sedangkan kita orang tua pun...opssss....bukan orang tua, tapi kita yang 'muda' ni pun pandai bad mood apa lagi budak kan.
Masuk jak rumah, Permata Hati ni terus teriak minta makan. Puan Saiman bagitau la, buka baju ngan seluar sekolah tu dulu, cuci tangan ngan kaki, lepas tu baru makan. Sambil-sambil dia buka baju, dia teriakkan bibik, minta makan. Ndak apa lagi tu....biarlah budakkan, mungkin penat pulang dari sekolah. Masa ni Puan Saiman cuma tinguk jak, cakap pun cakap pelan2, pujuk2. Lepas tu Permata Hati makan, ini hari dia minta bibik suapkan dia makan.
Lepas makan, bibik mandikan dia. Lepas mandi, masa bibik mau pakaikan dia baju dalam bilik, masa ni Puan Saiman tengah tinguk tv, Permata Hati tu datang, trus offkan tv. Puan Saiman cakaplah on la tv tu balik. Lepas tu dia onkan. Masa bibik pakaikan baju tu Permata Hati marah-marah, masa ni dia pegang anak patung teddy bear dia. Tiba-tiba dia hempukkan patung tu di muka bibik, jadi bibik pun terus la cakap, 'abang, kakak pun tau sakit ni tau'. Apalagi bila Puan Saiman nampak apa yang dia buat, trus Puan Saiman pukul tangan dia. Puan Saiman rasa, bibik pun terkejut jugak tu. Lepas tu Puan Saiman tarik dia naik atas katil, suruh tidur. Permata Hati ni apalagi, menangislah. Apa ndak, Puan Saiman ni JARANG betul pukul Permata Hati ni apalagi mencubit. Lepas 10 minit dia baring sebelah Puan Saiman, Puan Saiman pun tanya dia, 'tau ka kenapa mama pukul abang' sambil dia nangis dia angguk2kan kepala dia. Dia jawab 'sebab abang nakal, minta maaf, mama, lain kali abang ndak buat lagi.' Bila Permata Hati cakap begini, bergenang juga air mata. Tapi Puan Saiman cepat2 peluk dia. Puan Saiman cakap la, 'lain kali kalau main pun ndak bulih pukul atau hempuk mainan di muka orang, nanti lain kali orang cakap mama ndak pandai ajar anak'. Lepas tu Puan Saiman buatkan dia susu (Permata Hati ni masih lagi menyusu botol), ndak lama lepas tu dia tertidur. Bila Puan Saiman tinguk dia tidur, menangis tul Puan Saiman. Bukan apa, sakit bah juga kena pukul tu. Tapi bukanlah Puan Saiman pukul sampai patah2 tangan. Pukul2 sayang jak bah tu. Puan Saiman check balik tangan dia yang Puan Saiman pukul tu, ndak merah pun.
Dulu2 Puan Saiman sama adik2 pun kena pukul juga oleh mummy, tapi ndak la bah sampai patah2 tangan, tapi pukulan itulah yang sebenarnya mengajar kita. Puan Saiman rasa mana-mana budak2 pun ndak mustahil kena pukul, kena cubit ka oleh mama bapa kita kan. Sebelum Puan Saiman pegi kerja tadi, Puan Saiman cium betul dia. Selimutkan dia tidur, pasangkan aircon. Sempat lagi Puan Saiman pesan ngan bibik, jangan bangunkan dia, biar dia bangun sendiri. Malam ni Papa mau belanja makan di luar, tapi ndak tau di mana Papa mau bawa. Cuma Papa ada cakap malam ni pegi City Mall, hari minggu nanti pegi 1Borneo. Esok malam, Permata Hati ada 'konsert' di sekolah dia, Papa sudah beli 2 tiket. Jadi bisuk petang, lepas hantar bibik cuti hujung minggu, Puan Saiman mau bawa dia pegi makan dulu, lepas tu baru hantar dia pegi sekolah. Hmmm.....siapa yang ndak sayang sama anak kan.......

Friday, October 24, 2008

Jumaat yang ditunggu...

Ya..... seperti biasa, Puan Saiman ni memang suka betul kalau hari Jumaat. Apa indak, bisuk sama ari minggu bulih bangun lambat..(cisss.... kalau hujung minggu mana la bangun lambat, mata ni, jam 6 sudah bangun, tapi kalau hari bekerja, jangankan jam 6, sampai limpas 6.45 pagi pun belum lagi mau bangun tu).
Agenda bisuk (25/10) - ada jemputan kahwin di Petagas. Ini kena pegi la ni sebab yang kawin tu 1st kazen.
(26/10) - Insyaallah, kiranya mau buat open house utk kenalan rapat, cikgu Permata Hati, jiran sebelah, dan yang paling utama, keluarga. Jadi maknanya lepas pegi rumah orang kahwin (25/10) tu, kena pegi tamu Putatan la ni, mau belanja sikit2. Kalau ikut perancangan Papa ngan Puan Saiman, kiranya Puan Saiman mau buat Nasi Putih, Nasi Impit, Sambal Satay, Kari Ayam, Rendang Daging, Sup Tulang, ngan Mee Soto. Insyaallah, ini perancangan jak. Kalau ada rezeki lebih tu adalah lebih kan, kalau teda, amacam jugak...(pssstttt... Papa sudah kasih PERINGATAN tu, jangan lari budget, nanti teda money pocket pegi KL)....(Ok, Pa, jangan risau, semua under kontrol).....hehehehehe
(27/10) - petang (jam 4.00) kena buat cupcake, malam kena buat aising dan terus hias cupcake. Sebab hari Selasa kena bawa pegi ofis.
(28/10) - Selasa, kerja sudah balik.....
Masa Puan Saiman ambil Permata Hati tadi, dia minta pinjam phone Puan Saiman, dia mau kol Papa kunun. Puan Saiman ada tanya juga, dia mau cakap sama Papa pasal apa... tau apa dia jawab, "adalah, Ma." Rupanya dia minta bawa papa pegi Karamunsing malam ni, sebab dia minta bawa makan KFC. Sempat lagi Puan Saiman dengar dia cakap tu...."Pa, abang abis sudah exam hari ni." Puan Saiman nampak, senang betul hati dia. Mungkin sebab dalam minggu ni dia ada exam akhir tahun kan. Tapi, yang Puan Saiman ndak tahan tu, kalau kena tanya amacam exam, bulih dia jawab... "senang jak bah...semua abang bulih jawab" jangan salah sangka ada lagi ayat di belakang tu "abangkan hebat cam Ben 10".........hahhahahahaha
Jadi maknanya malam ni Puan Saiman sekeluarga akan makan KFC. Bibik tu kadang2 mau ikut, kadang2 ndak mau pulak.... sebab kalau dia ndak ikut, dia bulih tinguk Astro Aruna tanpa gangguan.... kadang2 kalau ada lauk siang tu lagi pun dia ndak mau ikut, sebab dia cakap sayang lauk tu teda sepa yang makan.... Puan Saiman pula rasa terpulanglah, sudah kena bawa, ndak mau ikut, kalau ikut pun ok jugak, kan.

Friday, October 10, 2008

Apa cerita bisuk??

Nah kan, ari ni ari lima sudah. Hari yang di tunggu2 oleh Permata Hati. kalau hari lima (baca: Jumaat) jak, mesti kesukaan la dia tu. Apa ndak, bulih main PSP sampai malam hari satu (baca : Isnin). Semalam dia bawa Papa pegi 1Borneo. Yes..... Papa said ok. Puan Saiman pun apalagi tumpang suka la. Bukan apa.... di 1Borneo tu macam2 ada. Ala bukan beli pun, cuci2 mata jak bah. Minggu lepas pun pegi, tapi masa ni Puan Saiman belanja Papa ngan Permata Hati tu makan di Kenny Rogers. Puan Saiman cam biasalah makan Tangy Chicken Spegetti...yum...yum...yum. Permata Hati tu minta ayam original ngan nasi, baked beans sama salad ngan feveret dia chicken soup, Papa cam biasalah Black Paper Chicken, nasi, salad sama apa tu ah, ndak pula Puan Saiman ingat.
Malam ni pula, Papa mau belanja (baca: bukan Papa mau belanja, tapi Puan Saiman yang minta belanja) di Thien2. Tadi Papa sms, dia minta Puan Saiman ngan Permata Hati naik teksi dan jumpa di Thien2 jak lepas maghrib. Puan Saiman ok jak, yang penting Papa belanja kan. Bibik pula tinggal rumah. Ntah semalam bibik tu bagitau malam ni dia mau tinguk cerita Indon di tv, jam 9. Tadi masa lunch pun dia ada hint2 juga mau tgk Ayat2 Cinta ka tu, Puan Saiman pun ndak ingat tajuk dia....
Cerita pasal bibik ni kan, ada satu cerita pasal bibik-bibik ni. Tapi bukan pasal bibik Puan Saiman tapi Bibik Ning ngan Bibik Didik. Ya Allah.... Bibik Ning masa di Kudat hari tu, kalau ikut hati, mau jak Puan Saiman tolak bibik dia tu dalam kolam. Masa budak2 tu mandi, bibik Puan Saiman duduk dekat kolam budak2 tu, tapi bibik Ning, kin panas betul... bulih2 dia duduk2 di kerusi dekat Puan Saiman pulak tu. Puan Saiman ni ndak juga kisah lah kalau Aming tu mandi di kolam budak2 tapi ni, dia mandi di kolam orang dewasa. Bibik Ning ni pula bukan tinguk2 Aming, bulih2 dia asyik masyuk tinguk urang lain. Last2 Puan Saiman suruh bibik ni sama Aming naik pegi bilik. Ndak lama begitu, turun Ning ngan Bibik sama Aming. Puan Saiman kasih cerita la sama Ning perangai bibik dia ni. Sekali tinguk lagi, bukan dia tinguk2 Aming, bulih2 dia berkenalan sama bibik yang juga tengah tunggu anak majikan dia...sigh.... Bibik Puan Saiman pula sepanjang di Kudat tu, Puan Saiman no komen, sebab dia menurut perintah. Jadi tiada teguran yang dia terima...hehehehe...
Sebelum ni Puan Saiman ada cerita pasal Bibik Didik kan. Malam sebelum dia dihantar pulang tu, bibik tu cakap dia sakit belakang. Jadi Puan Saiman ni dengan baik hati la kunun minta Papa belikan Salon Pas utk belakang bibik ni. Bukan jak belikan, tapi Puan Saiman sendiri yang lekatkan di belakang dia. Tapi mau tau apa jadi, rupa2nya dia sakit bukan sakit biasa, tapi sakit buatan urang.... bah kalau sudah di perut tu ada isi, bukan buatan urang lagi ka!!!!. Seperti biasa la mummy sama Didik masih lagi baik hati, bila Bibik ni cakap dia masih lagi mau kerja, jadi dia minta pulang lagi hari Isnin tu. Tapi tau apa jadi, dia bagitau makcik dia yang mummy sama Didik suruh dia gugurkan kandungan dia....hah...ndak ko gila dia tu. Last2 hari Selasa tu sudah pass kerja dia kena kasih kansel... padan muka... Mummy sama Didik punyalah marah. Apa ndak. Bukan durang mummy sama Didik suruh dia buat begitu, apalah mengong punya urang, sendiri buat, tuduh lagi urang lain....
Bisuk seperti biasa, Puan Saiman akan mula belajar menjahit. Insyaallah Puan Saiman akan start jam 11.00 pagi sampai 4.00 ptg la tu. Puan Saiman kira minta ambil ngan Papa lepas Permata Hati abis kelas Piano dia. Lepas Maghrib pula ada family gathering di Kinarut. Cam sekejap jak sudah 40 hari Apo passed away. Kejap jak kan.
Hari minggu kalau teda halangan, Puan Saiman pegi lagi kelas menjahit tu. Harap2 geng menjahit tu ada la di sana.
Selamat berhujung minggu. Puan Saiman tau, ada diantara anda diluar sana selalu baca blog Puan Saiman ni, bah apalagi, kalau datang pegi KK, jangan lupa belanja la Puan Saiman makan. Puan Saiman ni ok jak....hehhehe...gerenti ndak marah punya...... hahahahahah...

Tuesday, September 30, 2008

Yeyy...yeyy...bisuk Raya



Alhamdulillah, hari ni masuk 30 Ramadhan kita berpuasa. Sejak ada Permata Hati ni, Puan Saiman terasa juga kemeriahan Aidilfitri. Ya la bah, kalau dulu berdua jak ngan Papa, sekarang ni sudah tahun ke-5 kami beraya ngan Permata Hati. Meriah betul rasanya membeli baju budak2, macam2 perangai budak2 bulih kita nampak. Ada yang menangis, ada pilih baju sendiri, ada yang ibu bapa mau kasih try baju, anak2 tu malar lari sana sini, macam2 la gaya durang bulih nampak tu.




Semalam sebelum tidur, Permata Hati tanya Puan Saiman, jadi ka hari 3 (baca: Rabu) Hari Raya. Bila Puan Saiman cakap ya, bukan main gembira dia sambil cakap, 'kalau gitu bulih sudah makan pagi ka tu, Ma'. Puan Saiman cuma angguk jak. Semalam masa di rumah bapa, bibik ada tanya dia, malam ni mau tidur di rumah atuk ka? Bulih2 dia jawap ok. Alamak nak oii... rumah kita bukan jauh. Puan Saiman harap2 dia minta bawa pulang la. Bukan apa, rumah Puan Saiman ngan rumah bapa, 7 minit jak pun. Lain la durang Noi, Ning ngan Didik.




Menjelang Hari Raya ini, Puan Saiman ingin mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca blog Puan Saiman. Terutama kepada Papa, terima kasih sebab memberikan peluang kepada Puan Saiman untuk Berhari Raya bersama keluarga sebelah Puan Saiman setiap tahun, kecuali 2 tahun yang lepas, yang mana itulah Hari Raya kita yang terakhir bersama Arwah Y. Puan Saiman ndak akan lupa sampai bila2 bilamana Papa bagitau 'ndak apa la kita beraya di KK dulu sebab bapa ngan mummy masih ada. Jadi kita dahulukanlah orang tua yang masih ada. Kemudian baru kita balik Kudat (thank you, Pa. Mama and Abang luv you very2 much. Papa tau juga kan). Kepada bapa ngan mummy, semoga Hari Raya ni membawa keberkatan kepada kita semua. Kepada adik beradik Puan Saiman, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga hubungan kita adik beradik sentiasa diberkati olehNya.


Kepada semua, sila la terima duit raya di atas tu ah....hehehehehehe......

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin

Daripada : Puan Saiman, Papa dan Permata Hati.

Tuesday, August 12, 2008

Alahai....

Kelmarin, masa ambil Permata Hati dari sekolah, Puan Saiman tanya la dia makan apa masa rehat? Permata Hati tu jawab "makan mee mama. Sedap betul. Iskandar ndak habis makan, jadi abang makan la mee dia tu", nah kau.... anak aku... makan mee kawan dia....hahhahaa.... tapi mungkin terlampau kenyang kan, mau sampai sudah di rumah......uuuweeekkkk..... alamak dia muntah la pulak... kesian tul Puan Saiman nampak dia muntah. Habis keluar segala mee dan sayur.... ( Pssttt... Pa, ndak apa la bah kuda putih tu bau muntah, bukan sengaja pun). Sampai di rumah, Puan Saiman terus mandikan dia...bibik bersihkan muntah di kereta. Masa mandikan Permata Hati tu, Puan Saiman cakaplah kalau sakit perut atau terasa mau muntah, ndak payahlah pegi tuition... tapi si kawan tu rajin pulak....beria-ia mau pegi tuition. Lepas mandikan Permata Hati tu, Puan Saiman pun pegi la ofis balik.
Petang tu masa Papa pulang, Puan Saiman pun hint2 la suruh dia bagitau Papa, masa dia bagitau tu, mau ketawa pun ada, mau marah pun ada.... sloww jak suara dia bagitau Papa dia muntah dalam kereta..... sampai Papa terpaksa dekatkan telinga di mulut Permata Hati tu....hehehehehe.... Lepas makan malam, Permata Hati tu bawa Papa dan Puan Saiman pusing2.... so Papa pun bawa la kami pusing2 KK... tapi mau tau something.... sebenarnya yang berabis mau pusing tu Mama ngan Papa dia... si kawan pula.....hissshhh.... sudah tidur di tempat duduk belakang... alahai......