Perhatian!!!

Semua cerita ini adalah hakmilik Puan Saiman dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Tuesday, December 23, 2008

Hari-hari yang berlalu.....

Hari ni hari terakhir Puan Saiman membantu kerja-kerja di level 1 tu. Sejak membantu di sana dari awal Oktober sehinggalah hari ni, banyak juga yang sudah Puan Saiman habiskan. Sampaikan Puan Saiman terpaksa bekerja hari Sabtu hanya utk menyusutkan 'benda-benda' itu. Kini semuanya sudah selesai. Puan Saiman dan 2 lagi 'rakan' membantu di sana dari Okt sehingga akhir Disember. Walaupun belum lagi habis bulan, kan Puan Saiman akan mula bercuti dari 26/12 sehinggalah 02/01/2009. Walaupun bercuti panjang, teda sebarang perancangan dibuat....sigh... (sambil menjeling Papa ni).... Bibik pula start sudah bercuti 25/12 nanti....yes... lamanya sudah Puan Saiman sekeluarga teda 'privacy', jadi bila bibik bercuti panjang ni, adalah privacy sikitkan. Lagipun, Puan Saiman harap bisuk adalah half day ni, kalau ada kan best....


Sekarang ni, masa betul-betul cepat berlalu. Baru pegi kerja pagi, buat kerja 'sikit-sikit', sudah petang. Balik rumah, masak, mandi, makan, tidur. Begitulah rutin kan. Macam baru jak rasanya Permata Hati tu masih merah lagi tapak kaki, sekarang ni saiz kasut sekolah jak 20. Sudah 2 batang gigi susu yang tanggal dan kini sudah berganti ngan gigi kekal. Kalau dulu, rambut di gunting pendek, atau cukur pisau mata saiz 1, sekarang ni rambut ndak bulih potong pendek, nanti kalau potong terlampau pendek, rambut ndak bulih buat style ultraman. Kalau dulu cakap slang 'baby talk' sekarang ni lancar sudah bercakap, cuma ada beberapa perkataan 3 susu kata yang ndak dapat sebut, macam tenggelam dia cuma sebut gelam :-D Kalau dulu tengok rancangan Elmo atau ultraman, atau Postman Pat, atau Barnie atau yang sewaktu dengannya, hampir semua rancangan di channel Ceria ataupun Playhouse Disney Channel 613, atau Nickelodeon 612, sekarang ni di channel Cartoon Network 616. Kalau dulu Ultraman, sekarang ni Ben10.


Macam baru juga rasanya Puan Saiman berpindah ke Bahagian ni, rupanya sudah setahun. Betul-betul ndak rasa. Kalau di Bahagian dulu, hujung tahun begini mana la dapat cuti, biarpun apply, gerenti ndak kena lulus punya. Banyak payment mau settle di Bahagian Akaun. Ndak payah apply cuti, memang tau ndak kena kasih cuti punya. Tahun ni, buat pertama kalinya Puan Saiman dapat bercuti panjang sedikit. Tapi masalahnya, Puan Saiman jak cuti, Papa barangkali ndak cuti tu. Jadi kesimpulannya, Puan Saiman akan berdua-duaan jak ngan Permata Hati di rumah, tanpa Papa dan tanpa bibik. Oleh sebab bibik teda, maka Permata Hati akan diberikan tugas yang paling senang iaitu - selama teda bibik ni, Permata Hati akan keluarkan Ciki & Ciko (baca :kucing) dari kandang dan bila malam, panggil balik masuk kandang. Lepas tu, suruh Permata Hati panggil Ciko & Ciki pulang makan kalau tengahari...hehehehe....
Hari Sabtu ni ada 2 jemputan, 1 jenputan kawin, 1 lagi jemputan 'full moon'. Mungkin jemputan ni terpaksa ditolak sebab Puan Saiman ndak mau pegi..... jangan tanya kenapa... cuma memang ndak mau pegi... tapi kalau tiba-tiba angin 'baik' masa hari tu, mungkin pegi jugak la....
Ok..... lain kali sambung cerita.... Puan Saiman sign out...

No comments: