Perhatian!!!

Semua cerita ini adalah hakmilik Puan Saiman dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Thursday, October 30, 2008

Menjahit atau Memasak

Susah...betul-betul susah kalau mau buat dua pilihan ni. Sebab dua-dua pun Puan Saiman suka. Puan Saiman suka menjahit sebab Puan Saiman ada mesin yang Papa kasih beli. Kalau ndak lagi Puan Saiman pegi kelas menjahit, silap2 lain kali kalau mau minta beli apa-apa, Papa buat derkkk jak tu. Cuma sekarang ni Puan Saiman teda masa mau pegi kelas (baca: bukan teda masa, tapi kalau pegi ari enam sama ari minggu - ramai tul urang. Kalau pegi hari bekerja pun ndak dapat, tapi masa ni best tul mau pegi sebab ndak ramai urang, masalahnya Puan Saiman ni kerja la pulak...hissshhhh). Ni kalau Papa tau ni, silap2 kena cuci telinga ni. Kalau masa masak pulak, Puan Saiman pun suka sebab Puan Saiman ni kan family women. Macam mana penat pun, Puan Saiman mesti masak utk makan malam. Walaupun bibik cuti, dapur Puan Saiman mesti berasap (errr...kadang-kadang la....hehehehe). Tapi ini bukan salah Puan Saiman ah...Papa tu yang selalu cakap mau belanja di Kenny Rogers...mana bulih tolak beb...muahahahahaha.
Puan Saiman suka memasak. Pantang ada resepi baru, mesti Puan Saiman masak. Lebih lagi kalau Puan Saiman nampak Permata Hati ngan Papa makan. Aduii...kalau bulih siang malam mau masak bagi durang makan. Begitu juga kalau Puan Saiman masak lepas tu bapa, mummy, adik-adik ngan anak-anak buah makan siap minta tambah nasi lagi tu, punyalah siok nampak durang makan. Tapi mcm orang selalu cakap, seseorang tu cuma ada 1 speciality, jadi dengan ini Puan Saiman ingin war-warkan bahawa Puan Saiman lebih kearah memasak. Ndak kisahlah masak lauk ka, buat kek ka... suruh la masak apa jak, gerenti Puan Saiman akan bergembira. Rasa PUAS bila selesai masak atau lepas menjahit memang lain....(Pa, kalau Papa baca blog Mama ni, jangan marah mam ah... mama ni kan sensitif ;-D ...pssttt...tu bunyi pujuk2 tu). Tapi jangan risau, Puan Saiman tetap akan meneruskan kelas menjahit tu. Tapi memasak tetap di hati.
Ok lah, sekian laporan utk hari ini, Insyaallah esok-esok Puan Saiman akan sambung cerita lagi...bye.

No comments: