Perhatian!!!

Semua cerita ini adalah hakmilik Puan Saiman dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Thursday, October 9, 2008

Start keja

Hari ni hari kedua Puan Saiman masuk keja. Kelmarin hari pertama keja, cam biasalah keja sampai ndak cukup tangan. Kelmarin pun Puan Saiman pulang jam 4.45 sudah, padahal waktu habis keja jam 4.30 ptg. Tapi ndak apalah kan memang begitu la keja kita kan.

Ada berita yang menggembirakan yang Puan Saiman kongsikan bersama. Papa dengan baik hati telah sponsor mesin jahit epal ngan Puan Saiman. Insyaallah, kalau teda aral melintang, sabtu ni Puan Saiman start kelas la. Tapi apa pun Puan Saiman belum beli lagi ni. Kena suruh beli kapur, benang, jarum, gunting dan lain-lain lagi lah. Mungkin Puan Saiman akan beli pagi sabtu nanti di Segama.

Cerita Hari Raya.

Sebenarnya Papa ngan Puan Saiman kira mau buat 'open house' hari Sabtu ni, tapi rupa-rupanya ada family gathering pula sempena 40 hari Apo meninggal dunia. Jadi 'open house' ni kemungkinan akan diadakan pada minggu depan, Insyaallah. Tapi best juga kalau dapat buat on 25/10 atau 26/10, sebab 27/10 tu kan cuti, jadi bulih la buat apa-apa yang patut kan.
Sampai di sini dulu bebelan Puan Saiman pagi ni....babai.

No comments: