Perhatian!!!

Semua cerita ini adalah hakmilik Puan Saiman dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Monday, December 8, 2008

Raya


Sayu tul Puan Saiman bila dengar Takbir ngan lagu Selamat Hari Raya dendangan Datuk Syarifah Aini di Sabah.fm ni. Rasa macam mau terbang jak pulang pegi rumah bapa... rindu tul mau berkumpul-kumpul ngan durang bapa sama adik-adik, terutama ngan Papa dan Permata Hati. Bila dengar lagu raya ni kan, rasanya ndak kisahlah jauh atau dekat rumah ibu bapa kita kan, yang penting kita mesti mau pulang, hati tu berkobar-kobar mau pulang, cam terngiang-ngiang di telinga suara bapa ngan mummy, seakan-akan ternampak di anak mata perangai adik-adik ngan anak buah. Best betul kalau ingat masa dulu-dulu.


Kalau dulu masa budak-budak, masa tinggal di kampung, masa raya begini, tugas Puan Saiman mesti pasang lampu pelita. Sebelum Maghrib, bapa letak minyan tanah dalam lampu pelita, jadi lepas maghrib, Puan Saiman akan letakkan lampi pelita di sekeliling pagar, lepas tu pasang. Masa ni juga, lampu mentol yang berwarna warni akan di pasang. Masa ni mana lagi ada lampu lip lap ni. Meriah betul. Lepas tu, Puan Saiman akan ditugaskan oleh mummy menumbuk segala bawang-bawang, tumbuk segala rempat ratus ngan yang paling Puan Saiman ndak suka, TUMBUK KELAPA Goreng utk dibuat kerisik. Sebab kelapa ni kena tumbuk sampailah keluar minyak. Sakit tangan ohh.... Masa ni la juga sepupu sepapat akan berbasikal sambil panggil Puan Saiman, Sudahlah sakit tangan, sakit hati lagi sebab ndak dapat join durang. Tapi kejap jak tu, lepas selesai jak urusan tumbuk menumbuk, masa ni la Puan Saiman kasih nampak keskillan naik basikal...hahahahahahaha....


Kalau dulu, di kampung, mana ada adegan culik menculik ni. Anak kau, anak aku juga, anak aku, anak kau juga, jadi mana2 orang tua di kampung tu suka2 hati jak durang kalau mau marah kita, kalau buat salah la, tapi sekarang ni, silap-silap anak sebelah rumah pun ndak kenal. Masa ni la Puan Saiman ngan Awing sama Jamali pusing2 kampung, tapi seberang kami jak la, seberang ndak berani sebab masa ni sungai masih besar lagi. Masa ni la kami sibuk-sibuk tinguk urang sibuk pasang lampu pelita, ada pertandingan lampu pelita, selalunya diadakan masa malam raya la. Kami, the 3 stooges ni selalu la bah sibuk-sibuk. Bila pulang jak di rumah, bukan jak muka hitam kena asap lampu pelita, lubang hidung jangan cakaplah...hehehehe...


Kalau dulu, bapa mana la dapat ikut pertandingan ni, sebab bapa ada anak-anak perempuan, jadi mana ada urang tulung dia pasang lampu pelita pakai batang bambu, cuma daddy Yunus jak la yang rajin ikut ni. Masa ni, arwah Nenek Haji masih ada lagi, arwah akan duduk di beranda rumah sambil mengarah-arah jak la kerja dia..... tiba-tiba Puan Saiman teringat pula Arwah... Al-Fatihah...


Kalau dulu, Puan Saiman masih ingat lagi, baju Puan Saiman adik beradik memang special, baju kurung yang dibuat memang boria abis. Masa dulu corak kain berbelang-belang memang popular, jadi utk menjimatkan kos dan masa rasanya, mummy beli dua warna, 1 warna merah, satu warna biru, masa ni kami baru 4 beradik, jadi 2 orang pakai warna biru, 2 lagi pakai warna merah. Malam Ahad yang lepas, masa family gathering di rumah mendiang Apo, masih lagi pula ada gambar kami di rumah di Kinarut, apalagi jadi bahan ketawa kami adik beradik la. Ada Ning ambil gambar tu. Masa gambar diambil, kira kamilah yang paling hebat ...... muahahahha...... Puan Saiman ngan baju kurung berbelang putih biru, ngan rambut pendek kembang, bapa ngan rambut ala-ala Allyecats, rambut mummy ala-ala Farah Fawcett-Bionic Women (sori la kalau salah ejaan), adik-adik yang lain, ala biasalah kan, mana durang dapat lawan kecantikan dan keayuan Puan Saiman kan, maklumlah Puan Saiman ni kan kakak durang, jadi durang ndak bulih lawan, nanti ketulahan kan.....muahahahahaha.....


Kalau dulu, kan ada bunga api jenis tali tu, kiri dan kanan tali, kalau ditarik mengeluarkan bunyi yang kuat tu kan, jadi apa Puan Saiman buat, Puan Saiman ikat di pagar tangga, jadi sepa-sepa jak buka pintu pagar tu gerenti menyumpah punya, jadi sepa lagi kena tuduh, Puan Saiman la sebab mana lagi ada budak yang paling tua di rumah tu...sigh..... kenapatan (baca : ketahuan) la pulak.... Masa ni, bila orang bertakbir dari masjid Putatan, memang dengarlah dari rumah Puan Saiman, masa ni lah berkobar-kobar utk menyambut raya, ndak kisah la Raya Puasa atau Raya Haji.


Kalau dulu, ada satu cerita yang agak sedih utk diceritakan tapi cerita ni jadi pengajaran yang berguna kepada Puan Saiman. Kalau dulu, masa Raya, mummy akan minta tolong Nenek Hajah datang ke rumah utk ajar mummy masak makanan Melayu. Pernah satu ketika, Nenek Hajah datang ke rumah sekadar mahu ajar mummy masak Nasi Minyak!!! Kesian mummy, memandangkan dia saudara baru, jadi mummy terpaksa belajar masakan Melayu. Rasanya masa ni umur Puan Saiman baru 7 atau 8 tahun. Walaupun pada kebanyakkan masa Puan Saiman bermain cam budak-budak yang lain, tapi tetap juga memerhati kejadian di sekeliling. Masa ni la Puan Saiman bertekad, satu hari nanti Puan Saiman tetap akan belajar memasak dan membantu mummy di dapur. Supaya dapat menyambut Hari Raya seperti orang lain. Begitu la pengorbanan ibu bapa kita kan, sanggup buat apa saja asal jak anak-anak dapat macam apa yang anak orang lain dapat, kan. Cuma kadang kala anak-anak jak yang masih ndak sedar diri. Ntahlah sama ada pura-pura ndak sedar diri atau memang ndak sedar-sedar....sigh....


Sedih pulak........ teremosi pulak Puan Saiman. Ok la, sign out.


No comments: