Perhatian!!!

Semua cerita ini adalah hakmilik Puan Saiman dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Friday, July 22, 2011

Mau cakap pun susah.....

Nampak kamurang tajuk di atas tu...bukan untung sebab beli barang.....belum gaji lagi ging, mana lah bulih perasan2 macam tu duit dalam bank semua gua punya kan.... hari ni gua mau cerita bukan pasal gua tapi gua mau cerita pasal budak2 atau remaja2 zaman sekarang ni...

Seperti yang gua pernah bagitau (adalah dalam beberapa kali...atau sekali dua jak), gua bekerja sebagai kuli di kutub khanah. Oleh sebab tu la, setiap hari gua bulih nampak gelagat budak2 remaja.

Adegan 1.....

Ibu atau bapa hantar ke kutub khanah untuk menelaah pelajaran. Ibu/bapa hantar ke depan pintu. Si anak remaja turun dari kenderaan.. Masuk ke dalam bangunan.....maka menunggulah sang remaja yang berlainan jantina. Oh...tidak salah belajar bersama2. Belajar bersama tersangatlah baik. Tapi apa kes, dari datang sampailah pulang, duduk dan bercerita. Buku di atas meja. Dibuka, tapi tidal dibaca. Hanya dijadikan perhiasan meja.....entahlah.....

Adegan 2......

Datang ke kutub khanah.....Bawa beg, bawa buku, bawa botol minuman. Untuk diminum sekiranya tekak terasa dahaga. Tidak dilupakan juga bawa baju tebal, maklumlah penghawa dingin agar dingin suhunya. Maaf, bukan mengata, jauh sekali bersifat dengki...tapi janganlah pakai seluar yang terlalu pendek. Nanti orang lain menjeling. Bukan sekali tapi berkali2. Dan janganlah marah atau buat aduan sekiranya kurang selesa dengan jelingan nakal orang lain.

Adegan 3......

Adakalanya.....kelihatan beberapa remaja dihantar oleh ibu bapa masing2. Adakalanya menaiki bas, dan selainnya gua kurang pasti. Tapi kenapa berkumpul di taman depan kutub khanah. Jogging...oh...tiada orang berjogging jam 3 petang. Dan mereka2 ini berkumpul di pondok2 yg terdpt di tmn tersebut. Masa dihabiskan di sana sambil berbual kosong.....

Adegan 4......

Sekumpulan remaja sedang duduk2 semeja. Di atas meja kelihatan buku2 terbuka....agak bertaburan. Mulut berkunci. Mata tertumpu kepada sesuatu. Jari jemari sibuk. Bagus kan....kyusuk sungguh remaja2 ini. Oh tapi mereka bukan belajar, tapi masing2 sedang membalas sms......

Adegan 5....

Hebat....sangat2 hebat.... remaja kini kebanyakkannya mempunyai notebook sendiri. Sebagai ibubapa, kita mau yang terbaik utk anak kita kan. Tapi notebook yang dibawa bukannya digunakan sebaik-baiknya. Tapi digunakan utk melihat u-tube......utk melayari fb....tidak.....memang tidak salah untuk melayari website terse but...tapi apalah guna bawa buku sekolah yang hanya diletakkan di tepi meja......







Begitulah antara remaja2 yang dapat dilihat. Kadang2 gua sedih melihat situasi ini. Susah payah ibu bapa menghantar mereka ke kutub khanah, tapi mereka tidak menggunakan kemudahan yang disediakan dengan sebaik2nya. Tapi bukan semua...hanya segelintir sahaja....





Puan Saiman 'signning off'.....

5 comments:

HoneyBUZZin said...

zaman telah berubah sis......

AngeL BeaR said...

haih...gini la budak2 sekarang...

CathJ said...

alasan utk lari dari rumah seketika.. terfikir pula mcm mana anak2 kita nanti ni...

Wyne @ Mouren Mauve said...

Time sa pg di Kutub Khanah dulu, kami takut sama c 'Barita' sbb dia slalu ambil2 pen atau pemadam urang ekekekek!

Budak2 skrg kan memang...MAU CAKAP PUN SUSAH!

Puan Saiman said...

Sis Honey,

ya betul tu sis....zaman betul2 berubah...

take care n hugs sis...


-------------------------------------------------------------------------

Sis AngelBear,

ya, kurang juga sifat bersopan santun di kalangan mereka, tapi bukan semua....


take care n hugs sis....



------------------------------------------------------------------------

CJ my dear fren,

betul tu..... mug betul...masa anak2 kita nanti lagi menggerunkan hati kan....



take care n hugs my dear fren...

----------------------------------------------------------------------

My dear fren Myne,

hahahhahahahaa..........masih ada ka tu urg ah....

Btul tu my fren, klu tegur nnt, drng bilang pula kita sibuk hal drng.....


take care n hugs my dear fren.....