Perhatian!!!

Semua cerita ini adalah hakmilik Puan Saiman dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Friday, January 14, 2011

Cerita kehidupan 2

Satu ketika..... jam 9.45 pagi.
Treet...treettt... bunyi telefon tangan gua berbunyi... Gua angkat. Nombor tertera nama sabahat gua yang gua kenal tapi agak lama tidak berjumpa.....
Gua : Hellooo.....
Suara : Hello...ini aunty Kath ka....
Gua : Ya, sepa ni....<---cuma orang yang kenal benar saja yang panggil gua dengan nama gelaran ni.....
Suara : Aunty...saya M****y bah...anak A****....
Gua : Ah ya....kenapa girl.....<---gua memang panggil anak sahabat gua ni dengan panggilan Girl....
Suara : Aunty, saya mau minta tolong bah ni, bulih ka aunty datang rumah. Mami bah, dari tadi kami kasih bangun indak mau bangun2.... mami bilang indak larat....
Gua tanpa menanyakan dengan lebih lanjut, terus bersetuju. Gua terus memandu kereta ke rumah sahabat gua ini. Sampai sahaja gua di rumah sahabat gua ni.....
Gua : Girl, mana mami ?
Girl : Sana aunty dalam bilik...
Gua : (terus masuk dalam bilik)...Astagafirullah'zim..... kenapa ko ni....
Girl : Begitu la mami tu aunty, bawa ckp pun, mami indak larat mau jawab....
Gua : Mami ada makan ubat ka?
Girl : Ada...panad*l saja...satu papan sudah dia makan, tapi indak jugak baik2. Ada jgk saya masak bubur kasih makan mami, tapi mami muntah balik. Mami bilang di buka mata, macam berpusing ni rumah dia nampak....
Gua : Mana adik ? (Adik adalah adik kepada girl)
Girl : Ada di dapur.
Gua : Ok...panggil adik....
Girl terus memanggil adiknya. Sebaik sahaja adiknya sampai, gua terus menghulurkan kunci kereta gua.
Gua : Adik, pegi turun di bawah, buka pintu kereta aunty. Kasih 'limpang' tu kerusi depan. Girl, ko tolong aunty pegang mami, kita bawa dia pegi klinik.
Pada mulanya, sabahat gua ini menggeleng-gelengkan kepala enggan, tapi gua paksa juga. Nasib baik sahabat gua ini 'petite' orangnya. Dipendekkan cerita, sebaik sahaja sahabat gua ini berbaring di kereta gua, gua bersama anak2nya terus ke klinik yang berhampiran rumah gua.
Sesampai sahaja di klinik, kebetulan tiada pesakit, kemudian sahabat gua ini terus dimasukkan ke bilik rawatan. Sambil ditemani oleh gua dan anaknya, selepas doktor menerangkan serba sedikit mengenai penyakit 'ringan' yang dihadapi oleh sahabat gua itu, doktor terpaksa menambah 2 pain air ke dalam badan sahabat gua itu. Jadi sementara menunggu sahabat gua menjalani rawatan, gua membawa kedua2 anaknya makan di kedai makan yang berhampiran. Usai makan, gua balik ke klinik. Ketika itu, sahabat gua sudah sedar, namun masih ada 1 pain air lagi harus dihabiskan. Selesai rawatan, sahabat gua ini sudah sedar sepenuhnya dan juga diarahkan untuk makan ubat ketika itu juga.
Selepas gua menyelesaikan segala urusan pembayaran, gua meminta sahabat gua dan anak2nya tunggu gua di kereta sementara gua pergi semula ke restoren berhampiran untuk 'tapau' sup kepada sahabat gua ini. Kemudian gua menghantar mereka pulang. Pulang ke rumah gua....
Sampai di rumah, gua meminta bibik gua memasak bubur sementara sahabat gua itu tidur sebentar. 2 jam selepas itu, sahabat gua itu bangun dan berjalan sendiri tanpa di'bantu' oleh sesiapa. Terus gua meminta bibik gua menyiapkan makanan untuk sahabat gua itu. Gua menemankan sahabat gua itu makan sambil ditemani oleh anak2nya. Sambil makan, sahabat gua itu hanya mendiamkan diri. Begitu juga dengan anak2nya. Gua ternampak ada butir2 halus di mata anak2nya. Gua terasa. Hati gua sakit melihat anak2nya menangis melihat mami mereka menyuapkan bubur perlahan2 ke dalam mulut. Kemudian gua ke dapur, bukan untuk makan tapi untuk menghapuskan air mata di mata gua.
Lewat petang, sahabat gua itu minta pamit pulang. Gua meminta agar sahabat gua itu tidur di rumah sehari dua, tapi sahabat gua itu enggan, kerana risau rumah ditinggalkan. Gua mengalah. Kemudian gua hantar mereka anak beranak pulang.
Ketika sampai di rumah mereka, sahabat gua memeluk gua dengan erat. Sambil gua terasa basah di bahu. Gua tau, sahabat gua itu menangis. Anak2nya juga turut memeluk gua. Sambil kami berpelukan, sahabat gua itu mendoakan sesuatu untuk gua...katanya...
'engkaulah sahabat aku dunia akhirat. Aku doakan kau dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa sihat. Semoga kau selalu di lindungi Tuhan.....AMIN.....'
Selesai berkata demikian, air mata gua deras turun melalui celah2 mata. Empangan mata gua pecah...tanpa dapat di tahan2.....
Puan Saiman 'signning off'....

7 comments:

Lee said...

Hi Puan Saiman, long time no see. How you doin'?
Oh ya, happy new year to you and family.
Best regards,
Lee.

AngeL BeaR said...

kawan kakak tu lucky betul ada kawan yg baik.....huhuhuhuh...sedih gak baca entry ni tau... =(

Puan Saiman said...

Uncle Lee,

I missed u....I'm fine, happy new year 2 u too....


take care n hugs uncle Lee...



----------------------------------


adikku Angel,

kakak rasa itulah antara 'tugas' kita kalau mau jadi kawan yang baik kan. Bukan berkawan di kala senang malah di kala susah juga...Bukan mau menabik dada tapi 'mungkin hari ni hari dia, esok2 hari kita kakak pula'...sepa tau kan....


take care n hugs sis...

HoneyBUZZin said...

Pertama kali Honey menemui kakak. honey tau kakak memang orang yg baik...honey puji sikap kakak yang panggil jiran sebelah rumah kakak tu "jie' (kakak). Biarpun berlainan agama dan bangsa, sikap kakak mengingatkan honey pada 'atuk' yang baik hati.
Honey berbesar hati dapat berkenalan dengan kakak...kakak memang bestla...

CathJ said...

aduh... saya punya mata pun jadi kabur2 pasal basah....

syukur lah ada manusia mcm kau P.S (baca:Puan Saiman bah tu.. mcm boring sudah panggil nama betul.. kita main panggil puan2 ja lah ah)

God bless you my fren..

Mouren said...

Puan, tidak dinafikan ko adalah sabahat terbaik di dunia ini.

Time sekolah dulu pun memang sudah nampak kejujuran ko sebagai seorang sahabat!

Puan Saiman said...

adikku Honey,

memang kakak panggil jiran kakak tu 'jie' dan suaminya 'koh' bukan apa, begitulah adat resam kita, hormati yang lebih 'tua' kan...tapi tau ka adik sekarang ni ada certain orang tidak mau kena panggil kakak atau abang...and sometimes they will ask we back 'bila aku kawin sama kakak @ abang ko'...... oh yes.....kakak sudah pernah kena soalan ni....menyakitkan hati kan.....

Adik, kakak pun berbesar hati dapat berkenalan ngan adik....muahhh...

take care n hugs sis...


---------------------------------

CJ,

ko pun begitu bah.... mmg begitu la bah kalau kita berkawan kan. Susah senang tanggung bersama....

take care n hugs my fren.....


---------------------------------

MK,

bukan gua sorang jak begini bah. Kamurnag 4 sekawan pun sama jgk....sepa tu ah...kahkahkahkah...sepa2 yang indak kenal kamurang 4 sekawan ni, mau kena pg sikul balik la tu...hahahahhahaha......

Kita semua mmg baik hati bah my fren, cuma dengan cara yang berlainan kan....

take care n hugs my fren...