Perhatian!!!

Semua cerita ini adalah hakmilik Puan Saiman dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Tuesday, June 2, 2009

Cerita Cuti Umum

Wargghhhhh....(alamak menguap la pulak)...... macam ndak cukup tidur, padahal semalam jam 9 sudah tidur..hehehehe... (Puan Saiman syak ndak cukup cuti yang kena kasih ni...hehehehe)...oh ya lupa pulak mau bagitau, hari Jumaat tu kena bagi juga balik awal... jam 3.00 petang semua dibenarkan pulang... hehehehhe..... Ya la bah kan, walaupun jam 3.00 ptg sekurang-kurangnya pulang awal jugak kan, Syukur Alhamdulillah.....


Dan seperti yang Papa janjikan, Papa bawa Puan Saiman ngan Permata Hati bercuti di Karambunai. Walaupun ndak jauh, tapi sekurang-kurangnya dapatlah juga bawa Permata Hati bercuti kan.... Kebetulan Papa ada berjanji ngan Permata Hati kalau keputusan peperiksaan dia bagus, Papa bawa dia swimming, dan janji telah ditunaikan...cewahhh.... (nantilah Puan Saiman uploadkan keputusan peperiksaan Permata Hati ok).


Seperti biasa, inilah barang-barang yang telah dibawa, beg besar tu, isinya adalah pakaian Puan Saiman ngan Permata Hati dan yang sebelah tu adalah pakaian-pakaian Papa. gambar yang kedua tu adalah beg Puan Saiman yang dibuka (psstttt.... jgn susah seluar kecik semuanya dibawah timbunan baju...hahahahhaa) dan sebuku yang mana penulisnya adalah Datuk A. Kadir Jasin yang bertajuk Blogger. Gambar yang ketiga adalah segala mak nenek vitamin dan ubat Permata Hati... bukannya Permata Hati demam, tapi manalah tau kan.... kalau2 demam, ndaklah payah cari2 klinik kan..... dan gambar yang keempat tu adalah makanan ringan, namalah tau kalau2 tengah malam lapar.... dan salah satu barang yang HARUS Puan Saiman bawa ialah air Mineral.... kemana-mana pun dibawa, termasuklah pulang kampung Papa....











Gambar dibawah ni pula adalah gambar yang diambil di sekitar hotel. Spesifiknya adalah dalam perjalanan ke bilik hotel. Dua gambar yang diatas tu adalah gambar2 yang diambil ketika Puan Saiman dalam perjalanan ke bilik.... bestnya jalan, macam dalam taman.... sunyi... udara segar.... staff yang friendly..... besttt woooo, wa cakap lu...hehehehe. Gambar yang tengah tu adalah gambar kandid yang Puan Saiman ambil. Masa ni Permata Hati tengah khusyuk tengok plan2 jalan yang ada di Karambunai.... siap bagitau Papa lagi

Permata Hati : Pa, lepas ni abang mau pegi sini ah... lepas pegi sini abang mau pegi ..... lagi.

Papa : Hmmmm.... (seperti biasa la jawab pun main hmmm jak...)







Gambar di bawan ni pulak masa kami baru check in, kebetulan Karambunai adakan tarian sumazau sempena Menyambut Pesta Kaamatan. Masa menari ni, pihak Karambunai Resort juga menghidangkan minuman Tapai kepada tetamu. Dan seperti yang Puan Saiman jangka, Karambunai Resort ni memang peka dengan sensitiviti orang Melayu terutamanya Islam, mereka tidak menghidangkan minuman tersebut kepada Puan Saiman pun..... Papa pula masa ni teda, sebab masa ni Papa tengah check in di bilik... Puan Saiman pula sibuk ngan Permata Hati tinguk tarian ni..... (psssstttt.... masa ni ada orang putih 'ndak berbaju' sebelah ni, dia cuma pakai tuala jak..... heheehhehehe). Gambar tengah tu pula adalah bunga yang banyak di tanam di tepi pejalan kaki ke bilik hotel...... cantikkan.... mau juga petik bunga tu, tapi memandangkan terlampau cantik, ndak sampai hati pulak mau petik. Nampak father and son berjalan perpegangan tangan tu.... inilah gambar yang paling Puan Saiman suka. Padahal masa ni Permata Hati boleh berlari sana sini tu, tapi tiba-tiba dia pegang tangan Papa pulak..... so sweet kan...... Gambar Permata Hati yang ndak sabar sudah mau 'menjelajah'... nampak senyuman tu.... cam kena paksa jak kan... hahahahhaa





Sebenarnya banyak lagi gambar, belum lagi habis di'edit'. Kalau sudah siap, Puan Saiman akan 'upload'kan ok....
Tadi pagi Permata Hati menangis. Bila Puan Saiman tanya kenapa menangis, dia cakap
Permata Hati : Kenapa abang cuti, tapi mama sama Papa ndak cuti ?
Papa : Memanglah. Sebab abangkan cuti sekolah, Mama sama Papa sudah jgk cuti kelmarin kan. Mana bulih cuti lama-lama nanti bos marah....
Permata Hati : Suruh la Mama telefon bos Mama sama bos Papa, kestau kamu cuti jaga anak.....
Puan Saiman :...... (ketawa sambil tutup mulut).....
Puan Saiman 'sign out'....
























































No comments: