Perhatian!!!

Semua cerita ini adalah hakmilik Puan Saiman dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Monday, March 16, 2009

Cinta Sejati.

Sedang Puan Saiman 'surf' internet, tiba-tiba termasuk pula dalam website di bawah ini. Puan Saiman 'translate' dalam Bahasa Melayu secara ringkas la ah dan kalau mau tengok gambar 'cinta sejati' tu sila lah klik di website di bawah tu, tapi kepada anda yang boleh berbahasa Inggeris, bolehlah baca terus di website di bawah tu......


Kisah cinta ini berlaku di Negara China dan kisah ini telah menyentuh perasaan orang di seluruh dunia. Kisahnya bermula apabila seorang lelaki muda dan seorang wanita yang lebih berumur dari pemuda tersebut yang telah melarikan diri kerana cinta dan hidup bersama lebih dari setengah abad. Lelaki China yang berumur 70 tahun tersebut telah mengukir/membentuk lebih kurang 6,000 anak tangga hanya dengan menggunakan tangan untuk menaiki gunung tersebut, telah meninggal dunia di sebuah gua yang menjadi tempat tinggal pasangan tersebut selama 50 tahun.


Lebih kurang 50 tahun dahulu, Liu Guojiang, seorang pemuda yang berumur 19 tahun, telah jatuh cinta dengan seorang ibu tunggal Xu Chaoqin, yang ketika itu berumur 29 tahun. Seakan cerita Romeo dan Juliet, yang membezakannya hanyalah perbezaan adalah keluarga serta sahabat handai mengkritik hubungan tersebut hanya disebabkan perbezaan umur serta Xu ketika itu telah pun mempunyai anak sendiri. Pada ketika itu, perbuatan tersebut dianggap tidak bermoral apabila seorang lelaki muda bercinta dengan wanita yang lebih berumur lebih-lebih lagi yang berstatus ibu tunggal dan mempunyai anak. Untuk mengelakkan kata-kata hinaan daripada orang ramai, mereka pun berpindah ke sebuah daerah yang asing dan jauh ke Daerah Jiangjin di Bahagian Selatan ChongQing.

Pada permulaan hidup mereka bersama begitu susah. Mereka tidak mempunyai bekalan lampu ataupun makanan. Mereka terpaksa memakan rumput dan akar-akar yang mereka dapati dari kawasan pergunungan tersebut. Liu juga membuat lampu minyak tanah untuk meneruskan kehidupan mereka sebagai suami isteri. Xu terasa bahawa beliau menyusahkan suaminnya dan kerap bertanya adakah 'suaminya menyesal kerana berkahwin dengannya', tetapi suaminya menjawab, 'jika mereka bersama, semuanya akan menjadi bertambah baik'.

Pada tahun kedua mereka tinggal di pergunungan tersebut sehinggalah 50 tahun kemudian, Liu telah membuat atau membentuk tanah hanya menggunakan tangan untuk dijadikan tangga di pergunungan tersebut untuk memudahkan isterinya turun dari pergunungan itu. Setengah abad berlalu dan pada tahun 2001, sekumpulan pengembara yang sedang mengembara dalam hutan tersebut terkejut apabila mereka menjumpai pasangan tersebut dan 6,000 anak tangga yang telah dibentuk dengan menggunakan tangan. Seorang daripada tujuh anak mereka, Liu MingSheng berkata 'Ibu bapa kami amat menyintai antara satu sama lain, merekat telah hidup bersama lebih daripada 50 tahun, dan sehari pun mereka tidak pernah berpisah. Bapa telah membentuk anak-anak tangga hanya dengan menggunakan tangan selama bertahun-tahun untuk keselesaan ibu, walaupun ibu tidak selalu turun.'
Mereka hidup dengan aman, damai dan penuh dengan kasih sayang selama 50 tahun, sehinggalah minggu lepas. Liu, yang berumur 70 tahun, seperti biasa pulang dari kebunnya, jatuh pengsan... Xu duduk di sisi suaminya sambil berdoa sehinggalah suaminya menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam dakapannya. Kerana cinta yang mendalam terhadap isterinya, genggaman Liu tetap tidak terlepas dari tangan isterinya, walaupun beliau telah meninggal dunia.
'Awak berjanji dengan saya yang awak akan menjaga saya, awak akan bersama saya sehingga saya pergi dahulu, tetapi kini awak yang dahulu pergi, macam mana saya hidup lagi tanpa awak?' Begitulah rintihan Xu setiap hari, berulang-ulang kali, sambil memegang keranda suaminya yang berwarna hitam, dan air mata yang berlinangan dipipi.

Pada tahun 2006, cerita cinta mereka menjadi antara 10 yang teratas dari Negara China, yang dihimpunkan dari Chinese Women Weekly. Kerajaan tempatan di tempat tersebut telah membuat keputusan untuk 'menyimpan' 'tangga cinta' mereka dan juga tempat tinggal mereka sebagai muzium, supaya 'Cerita Cinta' mereka dikenang untuk selama-lamanya.

Semalam, apabila Puan Saiman menceritakan kisah 'Cinta Agung' ini kepada Papa, airmata Puan Saiman tidak dapat disembunyikan lagi. Cerita cinta mereka ini amat menginsafkan Puan Saiman. Mereka hidup dalam serba kekurangan dan hidup jauh dari masyarakat, tiada peti sejuk, tiada makanan yang sedap-sedap, tiada fast food, tiada shopping mall, tiada aircon, tiada kenderaan, tiada gaji bulanan, dan tiada apa-apa kesenangan dunia. Mereka cuma ada 'CINTA'. Tapi kerana 'CINTA' itulah mereka hidup bersama selama lebih dari 50 tahun. Mereka hanya tinggal di gua dan hidup hanya dengan bercucuk tanam. Adalah mustahil mereka tidak pernah berselisih faham dan merajuk. Ini adalah perkara biasa di antara bersama suami isteri. Tetapi semua ini dapat mereka tangani dengan 'hebat'.

Cerita 'CINTA' mereka ini menjadikan Puan Saiman menjadi teramat kerdil dalam percintaan. Tidak dinafikan kadangkala Puan Saiman juga memang selalu terasa hati dengan Papa..... tapi sebenarnya bila difikirkan balik, 'kecil hati' cuma disebabkan perkara kecil, yang kadangkala terasa seperti sebesar alam...sigh.... kadang-kadang Papa tidak sambut panggilan telefon Puan Saiman pun membuatkan Puan Saiman kecil hati.....sighhhhh....

Tapi 'CINTA AGUNG' mereka ini adalah salah satu contoh yang paling baik untuk difikirkan oleh KITA yang telah berumahtangga.

http://www.snopes.com/glurge/chineselove.asp

Bila Puan Saiman membaca cerita ini berulang kali, setiap kali itu jugalah air mata mengalir di pipi......... Puan Saiman 'sign out'....

No comments: