Perhatian!!!

Semua cerita ini adalah hakmilik Puan Saiman dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Thursday, January 22, 2009

Mau gaduh ka!!!!!

Depan rumah ada sebaris kedai. Ada kedai makan, ada kedai sayur/buah, ada kedai gunting rambut dan kedai serbaneka 24 jam. Memang namanya kedaikan, jadi di depan dan belakang kedai tu ada parking yang disediakan utk parking la bah. Manakala di tepi kiri dan kanan kedai tu jalan keluar masuk. Jadi rumah Puan Saiman ni kebetulan terletak di tepi kedai tu lah. Dijadikan cerita......

Pemilik-pemilik kereta ni kan, SEDAP-SEDAP parking kereta durang di tepi kedai tu, bermakna durang parking di hadapan rumah la. Sudahla jalan tu jalan keluar masuk kenderaan, jadi bila durang parking di sana, maknanya jalan tu sudah jadi satu. Bila sudah jadi 1 jalan, jadi kenderaan pun yang mau keluar masuk terpaksalah tunggu turn durang mau jalan....

Yang bikin panas tu, bila kereta-kereta tu parking disana, Puan Saiman ndak dapat mengundurkan kereta, bila mau undurkan kereta, terpaksa keluar masuk sampai 3 kali, baru dapat jalan. Kadang-kadang pemandu kereta tu ada dalam kereta,tapi bulih-bulih buat derkkk jak, langsung ndak mengundurkan kereta ataupun bagi laluan KAMI mau keluar dari rumah.

JADI di sini Puan Saiman ingin memberitahu....

KEPADA SEMUA PEMANDU YANG PARKING KERETA ANDA BERSEBELAHAN DENGAN 7-11 DI KEPAYAN RIDGE, SILA FIKIRKAN KESUKARAN KAMI MAU KELUAR DARI RUMAH. JANGAN FIKIR KESENANGAN ANDA SAHAJA. TIDAK KIRA APA BANGSA ANDA, KESOPANAN DAN KEPRIHATINAN AMAT DINANTIKAN.

Bukan apa, kadang-kadang bila Puan Saiman honk kereta... aikkkk... durang pula yang marah, patutnya KAMI yang marah kan. Sudahlah parking rumah orang, ndak sedar diri betul.


Puan Saiman 'sign out'...

No comments: