Perhatian!!!

Semua cerita ini adalah hakmilik Puan Saiman dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Friday, February 6, 2009

'TERMASUK'........

AWAS : Ini adalah pandangan peribadi Puan Saiman. Tiada niat utk 'memanaskan' hati. Cuma ingin membetulkan ayat. Tapi kalau silap, minta maaflah. Maklumlah Puan Saiman ni bukanlah tinggi sekolah pun. Maklumlah...ndak pandai... jadi kepada orang-orang yang pandai di luar sana tu 'pandai-pandailah'. Semasa entri ini ditulis, Puan Saiman demam dan baru sahaja makan ubat demam, ubat selesema dan ubat batuk. Jangan susah, semua ubat dimakan mengikut sukatan yang diberikan. Mungkin sensiif bagi sesetengah orang, kalau ndak suka sila tekan tanda 'x' disebelah kanan atas tu atau siapa yang guna Safari sila tekan warna merah yang bertanda 'x' sebelah kiri di atas.

2 malam lepas, kebetulan Puan Saiman sedang menonton berita jam 8 di salah satu stesyen tv yang kebanyakkannya pembaca beritanya memang popular sedang dan ada yg sdh jd datin pun, membaca berita tentang kawalan harga barangan. Salah satu ayat yang dinyatakan adalah seperti berikut :

'harga kawalan barangan akan diselaraskan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak'.

Inilah yang Puan Saiman mau cakapkan ni. Setahu Puan Saiman, Puan Saiman ni tinggal di Negara Malaysia. Malaysia yang tercinta ini mempunyai 13 buah negeri iaitu di Semenanjung Malaysia atau Malaysia Timur ada 11 buah negeri dan di Malaysia Barat atau Borneo pula Sabah dan Sarawak serta ada 3 Wilayah Persekutuan iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Jadi kalau sudah sebut seluruh negara, kenapa lagi perlu sebut TERMASUK SABAH DAN SARAWAK. Kalaupun sudah sebut SELURUH NEGARA ndak payahlah sebut TERMASUK SABAH DAN SARAWAK kan...

Oleh kerana Puan Saiman tidak puas hati, Puan Saiman rujuk ngan Papa, Papa pun juga cakap kalau sudah sebut seluruh negara, ndak payahlah sebut lagi TERMASUK SABAH DAN SARAWAK .... itulah pasal. Satu persoalan difikiran Puan Saiman, bila sudah sebut seluruh negara, memang orang akan faham la, tapi bila disebut termasuk Sabah dan Sarawak, seolah-olah Sabah dan Sarawak ni bukan pula dalam Malaysia....sigh....

Kita nampak perkara ni memang kecil kan, tapi bagi seseorang yang tiada pendidikan macam Puan Saiman ni, perkara ni kadang-kadang menyakitkan hati juga.... memang anda di luar sana akan bercakap, heiii...don't to sensitive.... memang sensitif pun, sebab we're Malaysian right??? Apa anda rasa kalau negeri anda yang disebut begitu???

Utk maklumat lanjut sila layari web di bawah ni.....

http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysia

No comments: