Perhatian!!!

Semua cerita ini adalah hakmilik Puan Saiman dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Friday, August 22, 2008

Rancangan Hujung Minggu.

Nampak gambar di atas tu, itu la gambar Bibing ngan Permata Hati. Permata Hati ni betul-betul 'adore' Abang Bibing dia ni. Semuanya dia mau macam Abang Bibing. Sampai gigi dia pun dia mau mcm Abang Bibing... Permata Hati betul2 anggap Bibing ni macam mentor dia. Kalau dia sama Bibing ndak pandai bertengkar, mungkin sebab Bibing ni jenis mudah kalah. Mungkin juga dia yang paling tua antara sepupu sebelah Puan Saiman, dia lebih banyak mengalah. Walaupun dengan adik dia sendiri. Dan disebabkan dia yang pertama, dia menjadi kesayangan semua. Dan Permata Hati ni sanggup menangis pasal Abang Bibing. Kalau Permata Hati mau jalan pegi mana-mana mesti dia bagitau 'bawa Abang Bibing, ok'. Permata Hati juga begitu, dia sanggup ndak main PSP dia dalam kereta, asal jak Abang Bibing dia ikut jalan. Gambar di atas ni diambil di Suria KLCC, pada bulan Jun yang lepas. Kan betul. Melekat jak dua urang ni. Padahal masa ni anak Noi pun ada. Tapi mungkin sebab durang ni budak lelaki kan. Dan anak Noi tu kan perempuan.
Ni malam, Papa mau bawa Permata Hati ngan Bibing pegi 1Borneo. Tidak dilupakan juga bapa ngan mummy. Bibik tinggal, jaga rumah. Puan Saiman juga sudah minta kebenaran dari Ning. Permata Hati tu bah minta Abang Bibing dia tidur di rumah. Bestnya. Meriah la rumah kami nanti. Mesti budak dua tu lewat tidur. Pagi tadi, Puan Saiman sudah minta bibik keluarkan tilam besar utk dua orang tu tidur.
Pagi esok, kira mau bawa Permata Hati ngan Bibing pegi Centre Point. Petang, lepas Permata Hati habis kelas muzik, mau bawa Bibing ngan Permata Hati, mandi kolam.....Apa..... ala bukan mandi kolam yang di hotel tu.... hari tu Permata Hati ada minta belikan kolam utk budak2 tu...yang mesti isi air tu....yang itu la. Kira mau bawa anak Noi juga..... best ni, dengar budak2 tu mandi..mesti best kan...

Hari minggu nanti, kira mau bawa Permata Hati tu pegi Wawasan Plaza, sebab Puan Saiman ada benda mau tinguk di sana...ala adalah... kalau la Papa boleh belikan benda ni nanti...bestnyaa.... sebab ada kena ajar cara2nya lagi secara percuma.Ala sabar la ah... kalau jadi Puan Saiman kena kasih beli, nanti Puan Saiman bagitau berita gembira ni... :-D (pssttt.... Puan Saiman sudah minta beli benda ni ngan Papa sempena birthday.... tapi kalau sekali utk anniversary sekali pun, Puan Saiman ndak peduli..... sebab banyak kelebihannya ni....harap2 Papa kasih beli la....wink..wink).


Jadi apa perancangan anda hujung minggu ni.... berkongsilah kegembiraan anda dengan orang tersayang... aiseymen... mcm iklan pulak bah.
p/s: Dik, nanti kakak upload gambar Nana ah... kakak belum lagi ambil gambar dia kan....

No comments: