Perhatian!!!

Semua cerita ini adalah hakmilik Puan Saiman dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Tuesday, April 28, 2009

Cuti hujung minggu ini

Hari Jumaat ni cuti 'Labour Day' lepas tu sambung lagi cuti hujung minggu....Yahuuuu...... Dari minggu lepas lagi, Puan Saiman sudah buat rancangan ngan Papa. Jumaat ni, Puan Saiman akan merajinkan diri. Mula-mula akan buat 2 jenis biskut (itupun tinguk angin dulu la, kalau rajin buat 2, kalau malas, langsung ndak buat....hahahahaha). Tapi belum tahu lagi mau buat biskut apa... hmmmm.... ini kena tanya Permata Hati dulu..... Malam sikit, kiranya mau masak rendang ayam ngan kari ayam. Dan tidak dilupakan mau rebus nasi impit. Sabtu nanti Insyaallah, Papa mau bawa pegi piknik di Kundasang..... nah ko...... piknik punyalah jauh kan.


Sebenarnya bukan apa, memang setahun sekali kami pegi Kundasang utk piknik. Lagipun, masa ni jak bulih bawa Permata Hati tu jalan-jalan. Lagipun, sebenarnya mimang Puan Saiman suka betul pegi Kundasang ni...... sudahlah udaranya yang nyaman, sejuk lagi tu..... sioknya.... Macam tahun lepas, pun begitu juga, kami anak beranak, bibik ngan Bibing piknik di Taman Kinabalu, Kundasang. Masa tu pun memang menu yang sama, kari ayam, rendang daging ngan nasi impit. Bukan apa.... senang disediakan. Sepatutnya hujung minggu ni, bibik patutnya bercuti hujung minggu, oleh kerana kemungkinan besar dia tidak akan menyambung kontraknya, jadi tahun ni tahun terakhir dia akan bekerja utk kami. Bila Puan Saiman kestau jak yang mau piknik di Kundasang, terus bibik cakap mau ikut. So, bawa jak la kan, mana tau kan memang ini la last dia bekerja di 'luar negara', sebab dari apa yang bibik bagitau, kemungkinan bila dia kembali ke negaranya, dia tidak akan lagi bekerja di Malaysia. kerana antara satu sebabnya, duit simpanannya sudah agak mencukupi utk dia membuka gerai utk jualan jajan. Lagipun menurut bibik, setakat ni dia sudah ada tanah yang mana emaknya dan adik lelakinya sudah menanam pokok gajus dan hasilnya sudah boleh didapati pada tahun depan. Begitu juga tanah yang baru dibelinya yang berdekatan dengan sekolah. Jadi dia berhajat utk membuka gerai kecil-kecilan utk menjual jajan dan nasi campur utk orang-orang yang bekerja di kawasan tu.....(tenguk.... bibik ni lebih kaya dari majikannya sendiri.... hahahaha). Memang beginilah bah kan, rezeki orang kita ndak tahu...... tapi apa pun yang akan bibik buat, Puan Saiman sekeluarga akan mendoakan semoga berjaya...Amin.... (aikkk....apasal bulih jadi cerita pasal bibik ni..... out of topik sudah ni...)
Jadi tunggu jak la hari Jumaat ni ah..... kalau ada buat biskut.... bah adalah tu... tapi kalau teda, maknanya teda la bah tu kan..... tapi mesti kasih kuat semangat ni...... hahahahahaha....
Puan Saiman 'sign out'.
p/s : oppssss sebelum Puan Saiman 'sign out,' Puan Saiman terperasan ada seorang pembaca dari Mountain View, California juga menjenguk blog ini..... dan juga dari Lakhnau , Uttar Pradesh India dan beberapa lagi negara yang Puan Saiman ndak pernah pegi pun.....bangga ni (kembang hidung ni....hahahahaha). Terima kasih la kepada semua yang meluangkan masa dan membaca blog Puan Saiman yang tidak seberapa ni,. Kalau pegi KK jangan lupa bagitau ok, nnt bulih la jumpa. Dan kalau sudi kasih kenal la diri anda yang jauh itu, ok................

No comments: