Tadi masa ambil Permata Hati dari sekolah, ntah apasal dia mengamuk semacam. Permata hati tu cakap yang Papa janji mau ambil dia hari ni. Tapi mana la bah Papa dapat ambil dia, sebab hari ni kan hari Jumaat, Papa kena pegi sembahyang. Naik jak 'kuda putih' trus dia angin semacam. Siap marah Puan Saiman lagi tu. Puan Saiman bagitau la Papa ndak dapat ambil sebab dia ada hal ngan boss dia. Lepas tu Permata Hati diam. Puan Saiman sangka selesai sudah. Bila sampai rumah, bila bibik buka pintu 'kuda putih', tiba-tiba Permata Hati buang beg ngan kasut sekolah dia dari 'kuda putih'. Masa ni Puan Saiman masih lagi boleh bersabar. Dalam hati 'ndak apa la, budak', sedangkan kita orang tua pun...opssss....bukan orang tua, tapi kita yang 'muda' ni pun pandai bad mood apa lagi budak kan.
Masuk jak rumah, Permata Hati ni terus teriak minta makan. Puan Saiman bagitau la, buka baju ngan seluar sekolah tu dulu, cuci tangan ngan kaki, lepas tu baru makan. Sambil-sambil dia buka baju, dia teriakkan bibik, minta makan. Ndak apa lagi tu....biarlah budakkan, mungkin penat pulang dari sekolah. Masa ni Puan Saiman cuma tinguk jak, cakap pun cakap pelan2, pujuk2. Lepas tu Permata Hati makan, ini hari dia minta bibik suapkan dia makan.
Lepas makan, bibik mandikan dia. Lepas mandi, masa bibik mau pakaikan dia baju dalam bilik, masa ni Puan Saiman tengah tinguk tv, Permata Hati tu datang, trus offkan tv. Puan Saiman cakaplah on la tv tu balik. Lepas tu dia onkan. Masa bibik pakaikan baju tu Permata Hati marah-marah, masa ni dia pegang anak patung teddy bear dia. Tiba-tiba dia hempukkan patung tu di muka bibik, jadi bibik pun terus la cakap, 'abang, kakak pun tau sakit ni tau'. Apalagi bila Puan Saiman nampak apa yang dia buat, trus Puan Saiman pukul tangan dia. Puan Saiman rasa, bibik pun terkejut jugak tu. Lepas tu Puan Saiman tarik dia naik atas katil, suruh tidur. Permata Hati ni apalagi, menangislah. Apa ndak, Puan Saiman ni JARANG betul pukul Permata Hati ni apalagi mencubit. Lepas 10 minit dia baring sebelah Puan Saiman, Puan Saiman pun tanya dia, 'tau ka kenapa mama pukul abang' sambil dia nangis dia angguk2kan kepala dia. Dia jawab 'sebab abang nakal, minta maaf, mama, lain kali abang ndak buat lagi.' Bila Permata Hati cakap begini, bergenang juga air mata. Tapi Puan Saiman cepat2 peluk dia. Puan Saiman cakap la, 'lain kali kalau main pun ndak bulih pukul atau hempuk mainan di muka orang, nanti lain kali orang cakap mama ndak pandai ajar anak'. Lepas tu Puan Saiman buatkan dia susu (Permata Hati ni masih lagi menyusu botol), ndak lama lepas tu dia tertidur. Bila Puan Saiman tinguk dia tidur, menangis tul Puan Saiman. Bukan apa, sakit bah juga kena pukul tu. Tapi bukanlah Puan Saiman pukul sampai patah2 tangan. Pukul2 sayang jak bah tu. Puan Saiman check balik tangan dia yang Puan Saiman pukul tu, ndak merah pun.
Dulu2 Puan Saiman sama adik2 pun kena pukul juga oleh mummy, tapi ndak la bah sampai patah2 tangan, tapi pukulan itulah yang sebenarnya mengajar kita. Puan Saiman rasa mana-mana budak2 pun ndak mustahil kena pukul, kena cubit ka oleh mama bapa kita kan. Sebelum Puan Saiman pegi kerja tadi, Puan Saiman cium betul dia. Selimutkan dia tidur, pasangkan aircon. Sempat lagi Puan Saiman pesan ngan bibik, jangan bangunkan dia, biar dia bangun sendiri. Malam ni Papa mau belanja makan di luar, tapi ndak tau di mana Papa mau bawa. Cuma Papa ada cakap malam ni pegi City Mall, hari minggu nanti pegi 1Borneo. Esok malam, Permata Hati ada 'konsert' di sekolah dia, Papa sudah beli 2 tiket. Jadi bisuk petang, lepas hantar bibik cuti hujung minggu, Puan Saiman mau bawa dia pegi makan dulu, lepas tu baru hantar dia pegi sekolah. Hmmm.....siapa yang ndak sayang sama anak kan.......
No comments:
Post a Comment