Sensitif - sensitif (sénsitif) 1. mudah (lekas) merasai sesuatu, lekas bergerak balas (memberikan reaksi) terhadap sesuatu rangsangan, peka, mudah tersinggung (perasaan, peribadi, dll); 2. boleh memperlihatkan perubahan yg sekecil-kecilnya (alat yg menyukat spt jangka suhu, neraca, dll), mudah (lekas) bergerak balas (bkn alat, mesin, dsb).
Menurut kamus Melayu, maksud sensitif melibatkan perkara (1) adalah berkaitan. Sensitif ni bukan saja melibatkan orang yang lebih berumur tapi juga anak-anak. Ini cerita pasal Permata Hati. Permata Hati ni sensitif betul. Pantang kena usik sikit, ndak lama tu, mengalir la air mata. Bukan jak gitu, pantang kena janji, tiba-tiba kalau yang dijanji tu ndak jadi, mengalirlah air mata tu. Macam tadi, masa Puan Saiman ambil dia, Puan Saiman bagitaulah sama dia, yang Papa ada kol bagitau yang Teacher Kelly (cikgu Piano) dia ndak jadi buat kelas ganti ni malam sebab ada masalah yang ndak dapat dielakkan jadi petang ni dia kena pegi tuition. Teacher Kelly ni ada bagitau Papa hari sabtu yang lepas tu, ada 2 kali kelas yang dia ndak dapat ajar bulan lepas, jadi dia mau ganti malam ni, dari jam 7 sampai jam 8 (1 jam jak). Jadi ari minggu tu, Puan Saiman bagitau ngan Permata Hati, sebab hari rabu nanti (5/11) malam ada kelas muzik, jadi petang ndak payah pegi tuition. Apalagi, punyalah Permata Hati happy. Tapi, bila Puan Saiman bagitau tadi, mengalir air mata si kawan bah. Terpaksa Puan Saiman kasih berhenti 'kuda putih' di depan sekolah lama Maktab Sabah (ada ruang berhenti di tepi) sambil pujuk-pujuk dia. Aikk...maikn kena pujuk makin lebat pula airmata. Puan Saiman tanyalah 'abang mau beli popcorn ka' dia jawab 'mau'...tapi tu suara semut pun ndak dengar. Sib baik Puan Saiman ada korek telinga semalam. Jadi lepas tu singgah di Giant Kepayan Ridge. Tapi apa kes, masuk dalam utk parking pun bayar RM1, dulu free, sekarang bayar la pulak. Tapi ndak apa, yang penting dapat beli pop corn. Puan Saiman parking jak di depan Giant tu, blok jak la kereta orang sekejap, sebab pop corn tu kena jual dekat main door bangunan tu jak. Sekali tinguk, alamak teda pula durang buat hari ni, tapi ndak apa, Permata Hati cakap 'jangan la susah-susah mama, teda pop corn, abang beli jak la eskrim'. Ah sudah....minta eskrim la pulak. Tapi ndak apa, yang penting dia ndak lagi merajuk. Lepas bayar, Puan Saiman ngan Permata Hati trus pulang.
Sampai di rumah, Puan Saiman slow talk, sepa ndak tau, Puan Saiman ni kan pakar memujuk...hehehe...ndak caya tanya Papa...(kan, Pa). Puan Saiman cakap la gini, ' petang ni abang pegi la tuition, nanti malam kita pusing', tiba-tiba si kawan nangis balik, ah sudah... Lepas tu dia minta Puan Saiman kol Papa, rupa-rupanya dia bagitau Papa dia minta bawa pegi pusing di tempat dia belajar piano tu....isshhhh....tapi ndak apa...sabar jak Puan Saiman tu. Lepas tu Puan Saiman cakap lagi 'lepas abang cuci tangan sama kaki, abang pegi makan, lepas makan nanti mama kasih mandi'. Dia said 'ok mama'. Jadi masa Puan Saiman kasih mandi dia, dia bagitau la yang hari Jumaat nanti dia teda sekolah sebab ada Majlis Penyampaian Hadiah utk Taska 2 ngan Tadika 2 (turn Permata Hati minggu depan 14/11). Jadi hari Khamis petang bulih lah main PSP, jadi Puan Saiman pun cakap 'ok, no problem'. Tau apa Permata Hati cakap ngan Puan Saiman, 'Ma, mama tau ka ari khamis tu bisuk' sambil dia senyum2 lagi tu. Astagafirullah, hari khamis sudah pula bisuk kan. Jadi, bisuk petang ni lepas pulang dari kelas tuition Permata Hati tu main PSP dia sampai la hari Ahad malam.....sigh....
1 comment:
Mohon di kongsi sedikit fakta tentang maksud sensitif yer...
ini blog saya
http://www.uturnhidup.blogspot.com
semoga perkongsian ini memberi manfaat utk semua orang...
terima kasih puan
Post a Comment