Perhatian!!!

Semua cerita ini adalah hakmilik Puan Saiman dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Thursday, October 2, 2008

Cerita Raya Ke-2



Assalamualaikum,



bah apa cerita Raya?? Alhamdulillah hari ni Hari Raya ke-2. Puan Saiman nampak daging pun mau muntah sudah...... bukan apa kan, malar sudah dari kelmarin makan daging la, ayam la, kari la, rendang la, ketupat la, macam-macam la. Petang kelmarin Puan Saiman pulang rumah sesudah seharian berjalan. Sampai rumah, kemas rumah, cuci kain. BAh, biarpun bibik pulang petang ni, tapi ndakkan mau tunggu dia kan. Jangan sampai pula orang gaji ni sangka kita terlampau harap durang......cissss perasan betul la durang tu. Sudahlah demand betul sekarang ni...kadang2 perangai bibik-bibik ni lebih dari majikan. Macam mana pun kita tolak ansur sama durang, kadang-kadang kepala kita pun durang mau injak2. Tapi bukan semua ah......



Puan Saiman nampak bibik Didik sama bibik Ning pandai buat perangai sudah. Tapi durang Didik sama Ning ni bukan cam Puan Saiman, durang ni ada kesabaran yang tinggi. Kalau Puan Saiman, kelmarin bibik kena jamin, hari ni buat hal, esok sudah kena berhenti. Ndak apa duit hangus, jangan sampai hati sendiri rentung kan.......



Tadi Puan Saiman sudah sound Ning, bosan betul makan daging ngan ayam dari kelmarin, jadi Puan Saiman bawa lah Ning pegi Servey di Putatan. Kira mau cari ikan atau udang. Sedap jugak kalau makan rebus2 ni. Tapi masalahnay si Ning ni dari pagi belum mandi. Malar sibuk suruh Puan Saiman pakai tudung, tapi apa kes yang dia sendiri dari pagi belum mandi....sigh...



Insyaallah, esok lepas sembahyang Jumaat, kami akan berangkat pegi Kudat..yes... ndak sabar sudah ni. Ada juga orang tanya Puan Saiman ndak boring ka beraya di KK ni. Sudahlah jalan lengang, jiran sebelah menyebelah teda pulak tu, semua pulang kampung. Ala, bagi Puan Saiman, kalau sudah biasa beraya di satu-satu tempat tu, macam mana pun keadaannya, mesti kita rasa meriah kan. Begitu juga bagi Puan Saiman, macam mana pun meriah di tempat Papa di Kudat, ndak lawan juga di tempat bapa sama mummy, kan. Sebabnya kita masih ada ibubapa. Kalau orang tu kita tinggal dalam gua sekali pun, rasanya Hari Raya anak-anak sanggup pulang pegi gua tu, utk beraya ngan ibubapa kan....... Apa pun jenis rumah yang kita duduki. Rumah papan ka, rumah atas air ka, rumah batu ka, pondok ka, tapi rasa kemeriahan Hari Raya tu tetap sama. Kecuali bagi mereka yang baru kehilangan saudara mara la kan... itu Puan Saiman faham sebab Puan Saiman pun pernah kehilangan saudara di kala Syawal menjelang...fuh..ayat..power....hhehehehe.



Ok la, Ning pun baru selesai mandi, rasanya dia sudah signal tu mau jalan, jangan ndak tau sebenarnya Puan Saiman ni ada dalam bilik bibik di rumah bapa. Jangan tanya mana bibik pegi, walaupun bukan turn dia bercuti tapi dia 'berlakon' sakit supaya di hantar pulang...kesian Didik.... tapi ndak apa, sepandai2 tupai melompat, akhirnya disambar ular jua....sekian....opssss...melalut pula di tengahari Hari Raya ke-2 ni....

No comments: