Open house hari Ahad tu berjalan dengan baik dan lancar seperti yang dirancangkan. Tetamu datang dari jam 11.00 pagi sampailah lepas Maghrib. Tetamu yang terakhir pulang adalah antara rakan karib Puan Saiman setelah 4 tahun tidak berjumpa. Beliau merupakan seorang ibu tunggal beranak dua. Anak-anak beliau kalau 4 tahun yang lepas masih lagi bersekolah rendah kini menjadi 2 orang anak perawan yang cantik dan baik budi pekerti. Pandai betul kawan Puan Saiman tu mendidik anak. Kawan Puan Saiman ni ditinggalkan oleh suaminya ketika anak-anak masih kecil lagi dan masa tu kawan Puan Saiman merupakan seorang saudara baru. Namun berkat kuat semangat dan kerana anak-anak, beliau tetap cekalkan hati. Alhamdulillah, kini kehidupan beliau sudah berubah. Opppsss..... cukup, kita tukar cerita lain pulak.
Di KK ni dari hari Jumaat petang sampai la hari Ahad tu, hujan bukan main lagi. Kelmarin hari Isnin (21/10), sebelah petang Puan Saiman buat cupcake yang telah ditempah oleh Pejabat Puan Saiman. Lebih kurang 50 biji Puan Saiman buat. Didik pun join juga buat sebab di mau buat utk bawa pegi pejabat dia. Tadi Puan Saiman dapat order lagi sebanyak 200 biji, tapi Puan Saiman ndak sanggup mau buat memandangkan kapisiti oven tidak mengizinkan lagipun bisuk mau kerja, silap2 kalau telampau buat cupcake, bisnes maju, kerja ntah ke mana... jadi oleh kerana Puan Saiman ni seorang pekerja yang berdedikasi maka, order cupcake sebanyak 200 biji telah ditolak. Tadi adik ipar (adik Papa) juga ada sms, dia cakap ada kawan dia mau order cupcake 50 biji utk 14/11, Puan Saiman cakap, bisuk baru Puan Saiman kasih keputusan, sebab kalau kerja susah sikit mau buat. Lagipun Puan Saiman mau bagi tumpuan utk Permata Hati ngan Papa, so kalau hujung minggu tu ok sikit jugak kan. Kalau hari bekerja ni, Permata Hati tu lepas makan malam biasa minta bawa jalan, jadi Papa ngan Puan Saiman terpaksalah kasih kawan Permata Hati tu kan. Macam kawan Puan Saiman cakap, masa anak-anak kita ni masih kecil2 la kita selalu kasih kawan dia jalan-jalan, nanti kalau dia sudah masuk remaja tu, mana lagi dia mau kasih kawan kita jalan2 tu... tapi Puan Saiman rasa, memang betul jugak tu.
Hari ni Jabatan Puan Saiman buat 'Open House' utk semua staff. Yang best tu, setiap Bahagian diarahkan utk memasak lauk. Apalagi, pagi tadi Puan Saiman sempat memasak nasi. Mcm masak utk kenduri. Ada Bahagian yang masak rendang, macam-macam lagi la. Bila susun makan tadi pagi, ndak muat bah 4 meja.... bestnya makan (puasa turun 2 kilo, belum lagi abis syawal naik 3 kilo, apa kes.... hahahaha).
No comments:
Post a Comment