Perhatian!!!

Semua cerita ini adalah hakmilik Puan Saiman dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Sunday, January 11, 2009

You jump, I jump...



Entry ini ditulis khas untuk Papa......


Masihkan Papa ingat.... 13 tahun yang lepas semasa Papa cuba meng'usha' seorang gadis di kaunter. Masihkah Papa ingat reaksi gadis itu......
Masihkan Papa ingat, 13 tahun yang lepas, semasa gadis itu dalam 'kesusahan', Papa la yang muncul memberikan bantuan....Masihkan Papa ingat.......

Masihkah Papa ingat, ketika itu.........
Masihkah Papa ingat, ketika ada kata-kata yang kurang manis kepada kita....
Masihkah Papa ingat, apa yang pernah kita lalui...
Masihkah Papa ingat, kita pernah terkandas di tengah-tengah banjir di Telipok dulu....

Masihkah Papa ingat, ketika pertama kali kita berjalan bersama...
Masihkan Papa ingat, ketika kita makan bersama...
Masihkan Papa ingat, ketika pertama kali kita bertengkar...
Masihkah Papa ingat.....

Masihkah Papa ingat, Papa melihat gadis itu disebalik cermin...
Masihkah Papa ingat, menjemput gadis itu dari pejabat...
Masihkah Papa ingat, menjemput gadis itu utk menonton wayang.....
Masihkah Papa ingat.....

Masihkan Papa ingat, menelefon gadis itu dari telefon awam....
Masihkah Papa ingat, pertama kali membawa gadis itu pulang ke kampung...
Masihkah Papa ingat, pertama kali gadis itu makan 'sagol'...
Masihkah Papa ingat......

Masihkan Papa ingat, pertama kali gadis itu mandi di telaga....
Masihkah Papa ingat, Papa membiarkan gadis ini memandu pulang utk pertama kalinya...
Masihkan Papa ingat, Papa mengirimkan bunga kepada gadis itu...
Masihkan Papa ingat.....

Masihkan Papa ingat, ketika menemankan gadis itu menjalani pembedahan...
Masihkah Papa ingat, ketika gadis itu bersedih kerana 'keguguran' dahulu...
Masihkah Papa ingat, ketika memimpin tangan gadis itu...
Masihkah Papa ingat...... 

Tahukan Papa, gadis itu masih mengingati segala-galanya...
Namun gadis itu terlupa Hari Jadi Papa...... 
Sehingga Papa yang ingatkan gadis itu...
Masihkah Papa ingat.....

Kepada Papa,

Walaupun terlewat, namun si gadis sekali lagi ucapkan, 
Selamat menyambut hari lahir yang ke-40....
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki....
Sekiranya si gadis pernah mengeluarkan bait-bait kata yang kesat....
Maafkanlah si gadis itu....

Bukan niat untuk kecilkan hati....
Bukan niat untuk menguris hati....
Bukan niat untuk sedihkan hati....
Dan bukan niat juga untuk susahkan hati...
Maafkanlah gadis itu...

Terima kasih kerana menyayangi gadis ini...
Terima kasih kerana menerima gadis ini seadanya...
Terima kasih kerana memberikan kebahagiaan kepada gadis ini...
Dan terima kasih juga kerana menerima keluarga gadis ini seadanya...

Terima kasih kerana memberikan semangat kepada gadis ini....
Terima kasih kerana memberikan nasihat kepada gadis ini....
Terima kasih kerana memberikan panduan gadis ini....
Dan terima kasih kerana sanggup memberikan segalanya kepada gadis ini.....



p/s : u jump, I jump itu tidak ada kena mengena dengan apa yang tertulis di atas, U jump I jump itu ditulis kerana ketika nukilan ini ditulis, Puan Saiman sedang menonton Titanic......
 

No comments: