Perhatian!!!

Semua cerita ini adalah hakmilik Puan Saiman dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Saturday, January 3, 2009

Daging Masak Hitam buah kering.

Ok, entry meluahkan perasaan sudah selesai, cuma mau tahu apa jadi lagi semalam..... mati karan dari jam 8 lebih sampai 12 lebih, lepas tu ada lagi mati balik, sampailah lepas subuh, lepas subuh tu, mau tau lebih kurang 10 kali mati.... malas sudah Puan Saiman mau marah2, terpaksa la suruh bibik matikan semua karan elektrik, karang ndak pasal2 abis pula tv meletup, RO water machine meletup dll. Last2 Papa bawa breakfast di Kak Nong.... jom pekena mee basah ikan..... yummy...

Atas permintaan sharadzmien, Puan Saiman sertakan resepi daging yang diminta. 

Resepi Daging Masak Hitam Buah Kering.

1 kilo daging - hiris jangan terlalu kecil dan jangan terlalu tebal
1 sb jintan manis*
1 sb jintan putih*
6 biji bunga lawang*
2 batang kulit kayu manis*
1/2 sb asam jawa*
1 mangkuk kicap pekat manis (Puan Saiman guna kicap cap unta)*
1/2 mangkuk lada kering*
1/2 mangkuk kerisik kelapa*
3 biji bawang besar*
7 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
1 mangkuk, 3 atau 4 jenis buah-buah kering yang dicampur. Rendam dulu supaya lembut.  
1/2 mangkuk minyak makan

Cara-cara 

Blender kan semua yang bertanda * bersama-sama. Lepas blender, masukkan ke dalam daging dan dikacau. Perapkan daging, lagi lama lagi bagus. Tapi selalunya Puan Saiman akan perapkan daging tu semalaman (sila letak dalam peti sejuk, tapi jangan dalam ais utk letak ikan tu ah... nanti lain pulak kejadian).

Bila mau masak, masukkan minyak ke dalam kuali dan gorengkan bawang merah serta bawang putih, bila kekuningan, masukkan daging, gaul sebati. Kecilkan api, sentiasa kacau daging supaya ndak hangus. Kalau kurang air, masukkan 1/2 mangkuk sehingga daging masak. Bila daging masak, sila rasa dahulu sebelum masukkan perasa dan garam. Masukkan buah-buah kering dan kacau selama 5 minit, tutup api. Lepas tu bolehlah dimakan. Selamat mencuba.
 




1 comment:

Ika said...

wahhh... resepi yang di tunggu dah tiba...
terima kasih kak... nanti aku try... hehehe...