Ini merupakan resepi daripada mummy Puan Saiman. Dulu-dulu masa kami masih lagi tinggal di kampung, sekali seminggu ada orang datang ke kampung utk ajar ibu-ibu belajar menjahit ngan belajar memasak. Ada sekali tu, mummy buatlah kuih megi. Jadi Puan Saiman tanyalah mummy macam mana dia buat, sebab ada sekali tu Puan Saiman buat, ndak pula jadi, dan inilah resepi yang mummy kasih. Sudah 2 kali Puan Saiman buat, rasanya memang sedap malah Permata Hati juga suka makan sebab ndak berapa pedas.
Bahan-bahan :
Bahan A :
1. 4 bungkus megi ( guna megi kari)2. 3 cawan air
3. 1 sb tepung kanji
Bahan B
1. Isi daging atau isi ayam (dicincang halus)
2. Sayur campur
3. 2 cawan air
Bahan C
Bahan C
1. 1 biji telur
2. 2 sudu tepung gandum
3. 1 cawan minyak
Cara-cara :
1. Rebuskan isi daging atau isi ayam bersama-sama dengan 2 cawan air. Biar mendidih sehingga isi daging atau isi ayam beserta sayur campur masak. Angkat dan toskan. Ketepikan.
2. Masukkan 3 cawan air, bila mendidih, masukkan megi. Bila megi tersebut agak kembang, masukkan rempah kari megi tu (letakkan sedikit air dulu), kemudian gaul rata. Masukkan isi ayam atau isi daging beserta sayur campur tadi. Gaulkan rata. Masukkan tepung kanji yang dicampur air sedikit. Gaulkan rata selama 2 minit atau sehingga megi tu agak-agak kering.
3. Masukkan megi tersebut ke dalam loyang dan tekan-tekankan guna sudu besar. Tekankan sehingga rata. Sejukkan dan masukkan ke peti sejuk selama 2 jam, supaya senang di potong.
4. Keluarkan dari peti sejuk, potong gunakan pisau yang tajam. Anggaran potongan 2" x 2". Ulikan megi yang dipotong tu dalam tepung, kemudian ulikan megi tu ke dalam telur dan terus goreng.
5. Lepas goreng, apa lagi makan la bah...hehehehehe. Lebih sedap dimakan bersama sos cili.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment