Tadi masa lunch, Puan Saiman pulang rumah bapa (dari ofis pegi rumah bapa, lebih kurang 5 minit - kalau drive la, kalau jalan kaki, lebih kurang 20-25 minit). Sampai di rumah bapa, jumpa Adik garage, tengah check kereta dia. Puan Saiman tanyalah Adik
Puan Saiman : mana mummy ?
Adik : ada di dalam, tengah bising-bising.
Puan Saiman : apasal?
Adik : Pasal orang gaji la.
Ah sudah, apasal pulak bibik-bibik ni. Di rumah bapa ni, kalau siang ada 2 orang bibik. 1 bibik As. As ni memang tinggal sama durang bapa. 1 bibik lagi, bibik Didik. Kalau siang Didik bawa bibik dia jaga Nana di sana, lepas pejabat nanti Didik bawa la bibik dia pulang. Bila Puan Saiman masuk rumah, Puan Saiman duduk. Terus bapa cakap sama Puan Saiman.
Bapa : tension mummy ko tu.
Puan Saiman : ngapa, Pak.
Bapa : Ko pecaya, tadi kami pegi tamu, tu dua langsung ndak buat apa-apa di rumah. Menyapu pun tidak.
Puan Saiman : Apa jak durang buat ?
Bapa : teda apa-apa. Tu yang mummy ko bising di dapur tu.
Keluar As dari dapur pegi ruang tamu. Mungkin dia sudah sound bibik dia masa di dapur. As terus tanya bibik Didik.
As : kak, apa kamu buat di rumah tadi ?
Bibik Didik : ......(senyap jak ndak jawab apa-apa pun).
Jam 1.50 t/hari, As balik ofis. Masa ni Puan Saiman tengah makan. Jam 2.00 ptg. Adik tengah baring di sofa, tengok tv. Bapa dalam bilik, mummy tengah ambil air sembahyang.
Puan Saiman : Adik, tolong off dulu tv tu, ada kakak mau cakap.
Adik : ...(trus kasih off tv). Masa ni adik trus keluar.
Puan Saiman : Ini ada saya mau cakap sama kakak (Bibik Didik) sama Rina (Bibik As). Sepatutnya kamu dua di rumah ni pandai-pandailah buat kerja. Rina, kalau Weeda tidur, tolonglah menyapu ka, mop rumah ka, kasih bersih la rumah ni. Kalau dia tidur, apa yang kamu buat ? Kakak pun sama, patutnya kakak tolong tengoklah Weeda tu kalau Rina tengah buat kerja. Nana pun bukannya kakak dukung jak. Kasih masuk dia dalam kereta roda dia. Kalau dia ndak nangis, kakak bolehlah tolong buat kerja sikit-sikit. Ini ndak, dua-dua kamu ndak buat apa-apa. Masing-masing tunggu sepa yang patut buat kerja. Patutnya kamu dua di sini tolong la bah mama (durang panggil mummy dgn panggilan mama), ini ndak mama pulak yang tolong kamu. Kakak, jangan juga telampau dukung Nana tu, kalau telampau biasa juga kena dukung, nanti apa pun ndak la bulih buat apa-apa. Rina, kalau Weeda sudah makan minum, jangan lah duduk jak dekat dia. Selagi dia ndak menangis, buat la kerja lain, cuma tinguk-tinguk juga la dia. Kalau kamu dua urang ndak buat apa-apa, jangan kan mama, kalau kamu di kampung, mama kamu pun marah. Kalau kamu ndak mau kena tegur, atau kalau kamu ndak mau kena marah, buat lah kerja. Gaji yang kamu dapat tu ndak berkat, kalau kamu buat kerja sambil lewa jak. Itulah sebab kalau kamu terima gaji, sekejap jak habis, sebab kamu buat kerja sambil lewa jak. Buatlah kerja cam kerja tu tanggungjawab. Bukan ndak buat, hujung bulan tinggal terima gaji jak. Kalau kamu rasa kerja ni ndak sesuai sama kamu, minta berhenti sama majikan kamu. Cari kerja lain. Jangan sampai selalu kena tegur, kena marah. Bila kamu ndak buat kerja, kamu kena marah. Bila kena marah kamu menangis, dalam diam kamu berdendam. Kita masing-masing sudah dewasa, masing-masing boleh fikir sendiri. Saya harap apa yang saya cakap ni masuk telinga simpan dalam kepala, bukan masuk telinga kiri keluar terus telinga kanan.
Bila Puan Saiman selesai cakap, bibik As menangis. Bibik Didik sudah merah mata. Puan Saiman ni ndak pernah tegur bibik-bibik ni. Kalau tegur pun Puan Saiman ndak suka tegur depan-depan orang. Cakap pun pelan-pelan jak, ndak lah dalam intonasi yang marah. Puan Saiman cool jak. Puan Saiman pun jaga juga perasaan durang kan. Walaupun durang tu pembantu rumah, tapi durang pun manusia jugak kan. Darah pun merah juga. Puan Saiman harap durang dengar lah cakap Puan Saiman ni.
Kalaupun adik-adik Puan Saiman baca blog ni, Puan Saiman harap durang faham apa yang Puan Saiman cuba sampaikan sama bibik durang. Kalau durang marah pun sama Puan Saiman terpulanglah. Walaupun durang cuma tinggal waktu siang ataupun tinggal sama-sama di rumah bapa, durang kenalah tolong buat kerja rumah juga. Di rumah tu semua ada. Bukannya perlu angkat air, bercucuk tanam, mengecat rumah. Cuma perlu tolong angkat kain, menyapu dan buat kerja rumah yang lain kecuali memasak. Sebab yang memasak kalau bukan mummy, bapa yang masak sendiri dan kasih makan durang. Ndakkan bila mummy atau bapa masak, kuali pun durang ndak bulih tolong cuci kah? Tapi kalau adik-adik Puan Saiman ndak suka apa yang Puan Saiman cakap, sila tinggalkan bibik di rumah anda sendiri!!! Sebab akhirnya yang menerima akibat ialah mummy dan bukannya orang lain. Cukup-cukuplah kita menyusahkan mummy dan bapa. Cukup-cukuplah durang kasih besar kita. Kasih hidup kita macam orang lain. Kalau marah, terpulanglah....
No comments:
Post a Comment