Perhatian!!!

Semua cerita ini adalah hakmilik Puan Saiman dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Monday, April 27, 2009

Macam-macam cerita.....

Beberapa minggu ni, ofis Puan Saiman ada pelbagai aktiviti, dan hampir kesemuanya Puan Saiman terlibat..... bagus kalau pegawai besar.... hahahahaha. Walaupun dalam kepenatan dan kesibukan, dan juga bersungut...hehehehee... tapi Puan Saiman tetap juga bersyukur sebab diberi kepercayaan untuk join aktiviti-aktiviti ini. Dari menelefon ke hotel-hotel dan bercakap ngan orang pelbagai bangsa, memberikan satu pengalaman yang tidak ternilai. Boleh juga mengasah bakat PR ni. Bukan semua orang diberikan kepercayaan kan. Banyak Puan Saiman belajar. Dari ndak tahu Dokumentasi I*O sampailah ke pameran he*ba, semuanya Puan Saiman pelajari. Walaupun masih ramai lagi pegawai-pegawai yang lebih berpotensi utk menjalankan tugas-tugas tersebut. Tapi macam Papa cakap, pegawai-pegawai atasan ni ada alasan yang tersendiri utk panggil seseorang tu utk membantu mereka. Jadi sekarang ni Puan Saiman akan lebih berfikiran positif.

Sekarang ni Puan Saiman ada satu aktivit ngan Papa. Aktivit tinguk wayang. Kami akan pegi tinguk wayang setiap malam sabtu. Kami mesti tinguk wayang jam 9 malam. Tapi kami keluar rumah round 7 pm. Pegi dinner dulu lepas tu baru pegi tinguk wayang. Sanggup ni Papa drive pegi 1B, padahal dalam perjalanan pegi 1B tu ada 2 panggung wayang yang kami lalu...hahahaha... Tapi sebenarnya Puan Saiman ngan Papa lebih suka tinguk wayang di 1B sebab tempatnya yang selesa dan luas. Tapi yang paling penting ialah banyak kedai makan... hahahaha.... Sementara ada bibik ni la kami tinguk wayang, mana tahu awal tahun depan bibik ndak lagi mau sambung kontrak, alamatnya kena bawa sekali la Permata Hati tu tinguk wayang. Masalahnya, bukan semua wayang yang dipertontonkan kepada umum sesuai utk budak-budak kan, sebab itulah Papa bawa Puan Saiman tinguk wayang berdua-duaan jak, tapi kalau ada kartun ataupun cerita yang sesuai ngan budak-budak gerenti Permata Hati kena bawa tu.

Cerita Permata Hati.

Permata Hati sekarang ni sudah boleh membaca..... tapi bukanlah perkataan yang panjang2. Cuma dua susunan perkataan... macam mata, makan, nasi, tidur dll. Cuma perkataan yang senang-senang saja lah. Ini pun berkat tunjuk ajar mamanya yang comel....cewahhh.... Sebenarnya, Permata Hati tu tau sudah Abjad ABC, cuma belum pandai mengeja, jadi Puan Saiman pun merujuklah dengan orang yang lebih pakar, iaitu, adik Noi. Memandangkan anaknya Iz sudah boleh membaca ketika berumut 5 tahun, jadi Puan Saiman pun mengorek la rahsia dia. Jadi dengan tunjuk ajar daripada cikgu yang bertauliah itu, dan dia juga bagitau buku yang harus dibeli, maka Puan Saiman pun ngan Papa pegi cari buku tu sabtu minggu lepas ataupun lebih spesifiknya pada 18/4. Dapat beli 4 buah buku. Yang bagusnya buku tu ada berperingkat. Buku 1, Buku 2, Buku 3 dan Buku 4. Jadi malam tu juga Puan Saiman mulakan dengan Buku 1. Buku 1 ambil masa 3 malam utk dibaca. Buku 2, 2 malam utk dihabiskan dan hari Jumaat yang lepas sudah start buku 3. Sabtu dan Ahad, Buku 3 tu langsung Permata Hati ndak mau baca, sebab susah dia cakap. So Puan Saiman pun slow la sikit. Bukan apa, satu perkara yang Puan Saiman perhatikan ialah, Permata Hati ni kalau bab belajar masa mood dia ok, kejap jak dia membaca, TANPA SALAH. Tapi kalau dia tiada mood, jangan disuruh. Mula la mengeluarkan air mata. Bacaan pun tersekat-sekat. Macam hari tu, masa Buku 2. Masa ni dia ndak tahan mengantuk sudah, jadi Puan Saiman pun cakaplah


Puan Saiman : Ala... tinggal 2 perkataan jak tu, abang kasih habis la, ok.


Permata Hati : Ala Ma, abang mengantuk sudah ni....


Puan Saiman : Baca jak la...


Permata Hati : I... BU...... (diam..., langsung teda bunyi)


Puan Saiman : Apa bunyi IBU (sambil mengeja) tu.....


Permata Hati : (Eja lagi balik) I (e)......bu ......(dan dengan penuh konfiden dan kuat Permata Hati pun bagitau......) IKAN.


Puan Saiman masa ni ketawa sampai guling-guling atas katil..... nah kau, anak sepa lagi dalam muka bumi ni eja IBU bunyinya Ikan.... anak Puan Saiman jak....... Bila Puan Saiman kasih tau bunyi yang betul, Permata hati pun ikut ketawa....... Rupanya dalam buku B. Malaysia Permata Hati, ada pula diajar huruf I dan gambarnya ikan. Jadi dia pun sebutlah IBU tu bunyinya IKAN.... hahahaha... lucu betul Puan Saiman rasa.......

Tadi masa lunch hour, Puan Saiman rindu ngan Permata Hati ni, jadi Puan Saiman pun pulang la, mau jenguk Permata Hati. Sampai jak Puan Saiman di rumah, terus dia mengadu, dia ada kerja rumah Bahasa Cina. Jadi bila Puan Saiman tinguk jak kerja rumah tu, terus dia cakap...

Permata Hati : Ma, nanti jak Abang buat di tuition ah....

Puan Saiman : Ok.......

Terus Puan Saiman simpan balik buku tu dalam beg sekolah dia. Semalam Puan Saiman ada masak lemak nangka ikan masin. Sedap tul makan. Tau la sayur nangka ni kan, makin di kasih panas, makin sedap. Lepas makan, Permata Hati baring atas katil. Dia minta Puan Saiman baring sebelah dia. Ndak lama lepas tu, dia minta potongkan kuku. Sejak kebelakangan ni, Permata Hati ni mula bertanya yang macam-macam. Kadang-kadang sampai Papa pun ndak tau mau jawab apa. Pernah juga bapa Puan Saiman bagitau, yang Permata Hati ni walaupun masih lagi budak-budak tapi berakal betul. Syukur Alhamdulillah. Bukan itu saja, sensitif bukan main. Macam semalam. Seperti biasa, kalau sebelum tidur, Permata Hati ni biasa minta cerita dahulu sebelum tidur. Jadi Papa pun kasih cerita la pasal Permata Hati berumur 1 tahun setengah. Masa tu bibik kami yang pertama baru berhenti. Oleh sebab kami belum lagi dapat pengganti, jadi untuk sementara, kami terpaksa letak dia di nursery di Jalan Ke*ajikan. Yang Puan Saiman terkejut tu, percaya Permata Hati masih ingat lagi. Bila Papa cerita, kalau Permata Hati ditinggalkan di nursery tu, Permata Hati mesti menangis kuat2. yang buat kami terkejut tu...... dia MENANGIS.

Alahai anakku...........

Puan Saiman 'sign out'.



No comments: