Perhatian!!!

Semua cerita ini adalah hakmilik Puan Saiman dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Friday, April 3, 2009

Cerita minggu lepas....

Ingat lagi kah cerita minggu lepas ada orang langgar 'kuda putih'.  Kejadian ni berlaku selepas ambil Permata Hati dari sekolah. Bila sampai depan Ibu Pejabat Te*e**m, biasalah jalan jammed. Sebab kebetulan kawasan ni sahaja ada 4 buah sekolah iaitu 1 taska, 2 tadika dan 1 lagi sekolah rendah. Kebetulan jalanraya tu jalan utama/jalan besar. Dari jauh lagi (ini Puan Saiman pandang cermin depan) kebetulan Permata Hati duduk di belakang), Puan Saiman memang perasan kereta dipandu laju. Pertama kali tu 'dia' sempat brek. Kali kedua, kereta di depan Puan Saiman berjalan sedikit kemudian brek, jadi Puan Saiman pun ikut la. Sambil tu mata Puan Saiman masih lagi tinguk kereta di belakang tu. Si kawan ni pula, sambil memandu, tiba2 dia tunduk macam ada something yang terjatuh, jadi si kawan ni pun tunduk, tunduk punya tunduk, ah sudah...... di kawan tu langgar belakang kuda putih.

Bila sudah berlanggar, Puan Saiman pun turun la mau tinguk la kecederaan 'kuda putih', tau apa jadi, si kawan yang melanggar tu, masih lagi sibuk cari ntah apa benda yang jatuh tu, bila Puan Saiman bagitau dia, yang dia langgar belakang, mula-mula tu dia ndak juga mengaku, tapi Puan Saiman paksa juga dia turun kereta, dan tinguk. Jadi dipendekkan cerita, dia mengaku juga akhirnya. Bila Puan Saiman minta no telefon si kawan ni, kesian juga dia, sibuk mencari telefon, puas juga Puan Saiman menelefon bila dia minta tolong dailkan. Rupanya telefon tu terjatuh di kaki tempat pemandu. Rupanya si kawan yang tunduk semasa memandu tu, rupanya sedang cuba mengambil telefonnya yang terjatuh... sememangnya kecuaian semasa memandu....

Sekarang ni Puan Saiman sedang menonton Al Kuliah siaran TV3, tentang Jenazah. Memang bagus rancangan ni, tapi lebih bagus lagi kalau dapat di tonton, bukan pada sebelah petang, sebab masa ni ramai baru pulang kerja, kecuali bagi negeri yang bercuti hari Jumaat, lain cerita la kan. Sebenarnya memang selalu juga Puan Saiman tinguk siaran ni, dan di Astro Oasis pun ada juga. Banyak pengajaran dan ikthibar yang dapat kita pelajari. Tapi yang ndak bestnya lepas siaran Al Kuliah, cerita dari Indon la pulak. Bukan ndak boleh tapi ndak sesuai la.....   lebih-lebih lagi, kalau di KK ni kan, waktu Maghrib awal berbanding di Semenanjung.

Puan Saiman masih ingat lagi dulu-dulu (ehem...... masa bujang dulu kala), kalau waktu Maghrib begini, pantang betul bapa kalau tv di pasang. Masa ni sunyi sepi jak rumah, tapi tepat jak jam 7 malam, ndak sempat2 lagi, berebut tu mau pasang tv...... hehehehehehhe.... rindu pulak ngan durang mummy sama bapa......

Ok la, Papa pun sudah sampai....... mau layan Papa dulu....... (ala Puan Saiman kan isteri mithali.... ndak caya, tanya Papa... kan Pa)




Puan Saiman 'sign out'............ 

No comments: