Perhatian!!!

Semua cerita ini adalah hakmilik Puan Saiman dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Monday, February 23, 2009

Kita Wanita...

Masa lunch hour tadi, seperti biasa Puan Saiman akan pulang ke rumah. Dan kebetulan sempatlah jugak melihat satu siri 'Kisah Benar' yang ditayangkan di TV3 ni. Dalam cerita ni ada sepasang suami isteri yang diberi nama Harun dan Fatimah. Mereka ni dikurniakan dua orang anak.

Dijadikan cerita, si Fatimah ni seorang yang begitu sosial sehinggakan terlupalah beliau akan rumahtangga. Mula-mula tu emak kepada Harun ni bagitau la juga kepada Harun ni supaya berkahwin baru sebab sudah 3 bulan isteri dia ni tiada pulang ke rumah. Bukan sebab apa, emak Harun ni suruh dia kahwin, tapi sebenarnya di kesiankan anak-anak si Harun ni yang masih perlukan ibu mereka dan mereka juga masih kecil lagi. Tapi Harun bagitau dengan emaknya biar dia sahaja yang menjaga anak-anaknya sendiri. Bukan itu sahaja, secara kebetulan Harun bersama dengan rakan lelakinya juga ternampak isterinya berpoya-poya bersama dengan lelaki lain. Sehingga kawan di Harun tu bertanya yang perempuan yang mereka nampak tu persis isteri si Harun ni, tapi mau tau apa si Harun ni jawab "pelanduk dua serupa kot". Sampai begitu sekali dia cuba menutup keaiban bini dia tu.

Sehinggalah setahun berlalu, tiba-tiba pulanglah bini si Harun ni dengan perut yang memboyot dan mengharapkan kemaafan daripada Harun dan anak-anak mereka. Tapi walaupun Harun marah dengan bini dia ni, tapi dia tidak juga halau bini dia keluar rumah, cuma dia cakap " kalau mau tidur, tidurlah di bilik belakang tu". Sehingga beberapa ketika, si Fatimah ni berasakan si Harun dan anak-anak mereka ni tidak memaafkan dia, maka Fatimah ni memintalah si Harun ni hantarkan dia balik ke rumah ibu bapanya sendiri. Masa ni, si Fatimah ni sedang sakit, ntah sakit apa, tapi kemungkinan kena Aids ataupun penyakit kelamin.

Ketika di rumah ibu bapa Fatimah ni, Fatimah yang menderita penyakit ni sudah pun sakit teruk. Meraung-raung meminta keampunan dari suaminya, Harun. Manakala di rumah Harun pula, emak Harun pula memujuk Harun untuk memaafkan dosa Fatimah. Sehinggalah, suatu hari Harun bersama anak-anaknya datang ke rumah mentuanya, dia berjumpa dengan isterinya dan terus memaafkan dosa isterinya itu. Tidak lama selepas tu, Fatimah pun terus menghembuskan nafasnya setelah mendapat keampunan dari suaminya.

Cerita di atas ni berdasarkan dari Kisah Benar di TV3, tengahari tadi. Tapi cerita dibawah ni, rasanya kejadian ni berlaku beberapa tahun yang lepas...rasanya sesiapa yang mengikut perkembangan isu semasa, mesti masih ingat kes ni... Tapi rasanya Puan Saiman ndak payahlah sebut nama ya....

Dijadikan cerita si lelaki ni sudah berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak. Membuat hubungan dengan seorang wanita (rasanya cerita mereka berdua ni ndak payahlah cerita ya.....) sehinggakan satu kejadian berlaku sehingga menyebabkan si lelaki ni ditahan dan dihadapkan ke mahkamah. Dijadikan cerita, turun naik mahkamah la si lelaki ni, dan setiap kali itu jugalah si isteri yang sedang mengandung tu juga ada, untuk bagi support utk sang suami ni. Sehinggakan ada satu ketika tu, Puan Saiman sedih melihat si isteri ni di TV dan di suratkhabar utama. Tiba-tiba ada beberapa persoalan dibenak Puan Saiman. Antaranya :

1) Jika baru berkahwin, si suami sudah tidak ada 'teruna'nya dan si isteri mengetahuinya, si isteri masih boleh menerima.... past is past.. kata si isteri.

2) Jika baru berkahwin, si isteri sudah tidak ada 'daranya', no way si suami boleh terima kan, dayus namanya kalau tidak menceraikan isteri...sudah 'ditebuk tupai' katanya....hmmm...


3) Jika si isteri, mengetahui si suami ditangkap khalwat, si isteri sedia memaafkan.... kan...


4) Jika si suami, mengetahui si isteri ditangkap khalwat, alamat kena cerailah....


5) Jika si isteri ternampak si suami menumpangkan kawan perempuan ke suatu tempat, kononnya 'atas arahan bos' walhal si suami tu bukan pemandu, si isteri akan menerima apa jak alasan suami, kan...


6) Jika si suami ternampak si isteri menumpangkan kawan lelaki yang turun di bus stop ataupun hujan, alamatnya 'perang dunia' la jawabnya.....


Adakah masih ada lelaki seperti Harun dan masih adakah isteri seperti cerita di atas itu? Mungkin masih ada..... utk lelaki seperti 'Harun' dan kepada si 'isteri' yang cerita di atas tu, Puan Saiman 'salute' anda di luar sana......




p/s : cerita ini tiada kena mengena dengan sesiapa, cuma selepas melihat cerita 'Kisah Benar' tadi, membuatkan Puan Saiman berfikir seketika..... dan ada juga bahan utk 'update' blog kan... Disamping itu juga ianya dapat dijadikan pengajaran kan.....





Puan Saiman ' sign out'.......

No comments: