Sudah dua malam berturut Puan Saiman ngan Papa bawa Permata Hati utk 'berubat' di tempat Ustaz Ku, Alhamdulillah memang ada perubahan. Kalau hari Selasa dan kelmarin, Permata Hati kelihatan pucat dan tidak bermaya, hilai ketawa pun tiada, hanya terbaring lesu, kini Permata Hati sudah seperti biasa, namun masih lagi mengeluh yang kini sakitnya sudah beralih ke dahi dan bukan lagi di ubun-ubunya. Sudah minta makan, berbanding dua hari lepas, jangankan satu suap nasi, nampak nasi pun dia menangis.
Kalau diikutkan, pagi tadi, Puan Saiman memang mau pegi kerja, jadi pagi tadi tiba-tiba Permata Hati minta ke tandas untuk membuang air besar, tapi tiba-tiba dia muntah. Muntah kuning pula tu. Selesai dia muntah, dia menangis minta supaya Puan Saiman tidak pegi kerja. Puan Saiman bukan sengaja tidak mau pergi kerja dan bukan juga tidak mengharapkan bibik, tapi lainlah kita menjaga sendirikan. Umpamanya kelmarin, Permata Hati menangis minta supaya Puan Saiman tidak pergi kerja, tapi memandangkan kelmarin Puan Saiman ada seminar, jadi mau tidak mau, terpaksalah juga pergi, tapi lepas seminar tu, trus email bos minta excuse pulang, sebab Permata Hati suruh bibik kol, dan suruh Puan Saiman pulang.
Bila sampai di rumah, Puan Saiman nampak, air dalam botol yang mesti diminum oleh Permata Hati, tidak sampai setengah pun kurang, tapi itulah seperti Puan Saiman cakapkan tadi, apa juga yang kita harapkan bibik jaga kan, maka itulah Puan Saiman terpaksa ambil cuti kecemasan hari ni. Kini Permata Hati sudah boleh bergurau senda dan ketawa. Baru juga tadi Permata Hati minta makan nasi, walaupun hanya 6 sudu, tapi sekurang-kurangnya dia makan nasi. Dan baru sekejap tadi juga Permata Hati bagitau yang dia mau pergi tuisyen petang ni, Syukur Alhamdulillah. Untuk berubat di tempat Ustaz Ku, Permata Hati kena datang sebanyak 14 hari berturut-turut. Sudah dua malam kami ke sana, ada 12 hari lagi. Apalah 14 hari tu kan berbanding dengan kesihatan Permata Hati. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan olehNya.
Kadang-kadang, menjadi ibu yang juga bekerja ni, adakalanya menjadikan kita serba salah. Tuntutan kerja di pejabat dan juga anak sakit membuatkan kita serba salah. Kita bekerja untuk mencari makan, dan anak yang sakit juga memerlukan penjagaan. Apa tindakan yang perlu diambil sekiranya anak kita yang sakit kebetulan juga ada auditor yang datang. Tidak kisahlah auditor tu berkenaan dengan I*O ataupun a*di*or dari Ke*enter*an Ke*an*an kan. Apa kata rakan sekerja, dan apa pula sangkaan Ketua kita kan. Tapi bagi Puan Saiman, apapun orang cakap, masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Bukannya kita sengaja mahu suruh anak kita sakit kan. Lagipun kalau apa-apa yang jadi dengan anak kita, siapa yang akan menyesal nanti. Diri sendiri juga yang akan memikul bebanan kan. Walaupun Puan Saiman tidak melahirkan Permata Hati, tetapi menjaga Permata Hati sejak berumur 4 hari lagi, membuatkan kasih sayang terhadap anak tidak membezakan dengan ibu-ibu yang lain.
Sekiranya suatu hari nanti, Permata Hati terbaca blog ini, Puan Saiman hanya berharap supaya Permata Hati tahu bahawa kasih sayang kami dengan Permata Hati adalah sepenuh hati. Apa sahaja yang kami buat adalah untuk kebaikan dirinya. Semoga Permata Hati diberikan kesihatan yang lebih baik dari sekarang, Amin.....
Puan Saiman 'sign out'............
No comments:
Post a Comment