Perhatian!!!

Semua cerita ini adalah hakmilik Puan Saiman dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Wednesday, December 24, 2008

Happy Anniversary!!!!

Awal pagi tadi Puan Saiman dapat SMS dari Papa... (thank you, Pa). Same to you, too. Tahun ni, sudah 13 tahun Puan Saiman hidup ngan Papa. So, seperti yang dijanjikan oleh Papa tadi pagi, malam ni Papa bawa Puan Saiman ngan Permata Hati pegi... aik pegi mana lagi, pegi 1Borneo la bah. PEgi main boling, kiranya Puan Saiman mau bawa Papa pegi makan di Kenny Rogers, lepas tu tinguk wayang, lepas tinguk wayang barulah main boling.... hehehehehe.....



Awal pagi ni, Puan Saiman buat 'kuih maggi', walaupun percubaan pertama tetapi berjaya jugak la. Jadi dalam masa cuti nanti, Puan Saiman akan buat utk makan di rumah. Semalam Papa pegi dinner ngan department dia sempena Ketua Pengarah yang akan pencen. Apalagi, selagi papa ndak pulang, Permata Hati pun ndak mau tidur, dan setiap kali Puan Saiman mau tidur, dia akan panggil 'Mama, jangan tidur, kasih kawan abang, kita sama-sama tunggu Papa...' padahal masa ni mata Puan Saiman punyalah berat. Nasib baik juga papa pulang awal..(Pa, Mama tau ni, mesti papa escape awal kan).


Hari ni Puan Saiman dengar ada half day, tapi half day nya jam 3.30 petang... ndak apa la janji ada.... walaupun lambat..... Selesai minum pagi tadi (ala bukan di mana pun, dimeja jak pun), Puan Saiman terus kasih bersih tempat kerja Puan Saiman ni, bukan apa, lebih banyak sampah sebenarnya. Ini kalau ada orang busuk hati ni, lempar mancis, gerenti tempat duduk Puan Saiman ni terbakar....hehehehe.... jadi hari ni Puan Saiman pakailah baju t-shirt ngan seluar panjang jak...wink...wink...


Hari ni, Puan Saiman mau bercerita pasal Papa pula. Papa ni ndaklah cerewet. Apa yang Puan Saiman masak, semuala bah dia makan. Kadang-kadang Puan Saiman masak tu pun ndak la sedap, tapi ntahlah, bila cakap ngan Papa dia cakap sedap, tapi betul atau ndak Puan Saiman pun ndak tau. Itu kena tanya Papa la. Mungkin juga Papa cuma mau ambil hati, jadi Papa pun 'terpaksa' jak la makan, kan. Papa ni suka makan kari, terutama kari ayam. Tapi lauk yang paling Papa suka ikan+udang+sotong rebus mangga ataupun ikan+udang+sotong rebus bambangan. Sampai bertambah-tambah tu Papa makan. Lebih lagi kalau campur lagi ngan daun bawing (baca : kemangi)...
Papa ni suka betul dengar jazz. Love song jangan cakap la (yang ini Puan Saiman suka, sebabnya Puan Saiman bulih tumpang sekaki...hahahaha) .Puan Saiman pernah tanya Papa suka group apa. Papa jawab 'Alleycat'...hehehehe.... Papa juga suka Search....oiii jangan ndak tau...legend tu..... Papa suka membaca, sampai penuh sudah almari ngan buku di study room tu. Papa suka baca pelbagai bahan bacaan, sampai kadang2 Puan Saiman nampak dia baca Majalah Ben10 Permata Hati...hehehehehe..... Kalau dulu Papa ni memang kaki sukan. Papa bulih main badmintan, tenis, bowling dan sekarang ni golf. Kalau dulu Papa mesti wakil Jabatan utk bersukan, sekarang ni pun masih juga tapi cuma main golf la.
Jadi kepada Papa
SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE13.
SEMOGA PAPA DIPANJANGKAN UMUR, DIMURAHKAN REZEKI DAN DILIMPAHI RAHMAT OLEH ALLAH S.W.T, AMIN.
DARIPADA PUAN SAIMAN NGAN PERMATA HATI


No comments: