Perhatian!!!

Semua cerita ini adalah hakmilik Puan Saiman dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Monday, December 15, 2008

Bulan Bercuti

Bulan Disember ni memang bulan orang sibuk mau bercuti. Jadi Puan Saiman pun begitu jugak. Sekarang ni pun malas sudah mencapai ke tahap maksimum. Nasib baik cuti sudah tahap kritikal, kalau ndak, malas tul mau pegi kerja ni. Bagus lagi punduk2 (baca : duduk) di rumah, bulih beramas mesra ngan Permata Hati.
Mulai minggu depan, 26/12, Puan Saiman mula bercuti. Jadi Puan Saiman sudah berkira-kira mau bawa Permata Hati pegi 1Borneo, naik bas lagi tu. Kesian bah Permata Hati ni, selalu betul mau naik bas, tapi teda masa pula mau bawa dia, jadi Puan Saiman sdh bagitau Papa mau bawa dia naik bas pegi 1Borneo, Papa pun sudah bagi green light. Dari rumah, Papa ambil. Naik bas pegi 1Borneo dari Warisan Square. Bas ni khas utk pegi 1Borneo. Nampaknya bas ni memang selesa, Puan Saiman pernah tanya ngan ipar Puan Saiman yang pernah naik bas ni, dia cakap memang cukup selesa. So, Insyaallah kalau teda aral melintang memang jadi la ni. Kiranya mau bawa Permata Hati naik bas tu around jam 10.00 pagi, sampai sana sebelum jam 11.00 pagi, pegi pusing-pusing kejap, lepas tu bawa dia tinguk wayang. Lepas dari tinguk wayang, lunch. Lepas lunch, pegi bawa dia di tempat permainan budak-budak tu. Buang-buang masa sebelum Papa ambil. Ataupun, pegi sebelah tengahari, lunch dulu, baru tinguk wayang jam 2.00, lepas tinguk wayang, bawa dia pegi tempat permainan budak-budak, lepas tu pegi cari kasut ngan stokin sekolah. Sementara tunggu Papa ambil. Tinguklah mana yang ok, kan. Permata hati ni paling suka makan di Kenny Rogers ataupun Rasa Mas. Rasa Mas tu nasi ayam dia pun ok juga, kalau ambil satu set, siap ada sup, sayur ngan ayam sedap pulak tu (ini dari rasa Puan Saiman sendiri la, lain orang lain seleranya kan). Kalau di Kenny Rogers tu, Permata Hati suka betul mushroom soup dia. Rasanya Permata Hati pun memang suka pegi 1Borneo ni, bukannya apa, semuanya ada di 1Borneo. Puan Saiman jangan cakaplah..... fulus jak ndak cukup... muahahahaha...
Dalam seminggu cuti tu, Puan Saiman pun ndak tau mau bawa dia pegi mana lagi. Tengoklah.... sekarang ni pun Puan Saiman sedang pujuk-pujuk Papa utk ambil cuti, tapi tu lah kan, memang betul la Papa cakap, Papa kan sudah ambil cuti hari tu, jadi sekarang ni ramai betul staff dia minta cuti, jadi kalau Papa pun cuti nanti teda pula orang di ofis kan. Sabar jak la Puan Saiman tu....sigh.... Jadi Puan Saiman berharap supaya adalah staff Papa yang ndak bercuti supaya Papa boleh berjalan ngan kami dan ini akan membolehkan Papa membayar setiap barang yang Puan Saiman beli........^ . .^ muahahahhaa, bukannya Papa ndak bagi duit kalau Puan Saiman jalan ngan Permata Hati,t api masalah ndak cukup....hahahahahaha... kalau Papa ada, dia jak la tulung bayar, jadi Puan Saiman bulih buat buduh jak......... ataupun masa bayar tu kan, Puan Saiman pura-puralah buka purse....padahal... dalam hati doa-doa jugalah biar Papa cakap.... 'ndak apa Ma, biar Papa bayar'....... dalam hati Puan Saiman tu....'AMIN'.... opsssss.... kenapatan la oleh Papa ni.... tapi ndak apa bah kan Pa....wink...wink..... (baca : sambil-sambil Puan Saiman pura-pura hilang ingatan yang Papa sudah kasih beli oven utk anniversary hari tu).
Ada juga la Puan Saiman cakap ngan Papa, mau bawa Permata Hati pegi Kundasang, ala ndak payah la bah tidur disana, pulang balik jak pun, tapi tinguklah kalau Papa dapat cuti, kalau ndak, di rumah jak la Puan Saiman ni ngan Permata Hati sebab bibik pegi cuti-cuti Malaysia. Last-last, Puan Saiman ngan Permata Hati makan, minum dan tidur jak la ni.... bertambah-tambahlah badan Puan Saiman ni 'kurus'.... hehehehe.....

No comments: