Perhatian!!!

Semua cerita ini adalah hakmilik Puan Saiman dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Friday, September 5, 2008

Cerita Puasa dan Cerita Apo

Ndak rasakan hari ni sudah lima hari kita berpuasa. Hari pertama Puasa, masak yang simple2 jak. Dan masa Sungkhai Puan Saiman cuma masak nasi jak dan lauk beli jak di luar. Tu pun cuma beli lauk Asam Pedas dan sayur kangkung tumis belacan. Ngan sedikit kuih muih. Sebab kalau masak pun cuma Papa ngan Puan Saiman jak makan, Permata Hati tu taulah kan budak-budak, makan pun banyak manalah jugak. Bibik lepas Tarawih barulah Papa ambil.
Hari kedua Puasa, makan sahur pun biasa2 jak. Cuma ikan goreng ikan ngan sup bayam ngan fishball. Api yang bestnya masa Sungkhai, kami berbuka di rumah bapa.... masa beli makanan jak 2 trip balik ke kereta, cuma hantar makanan yang dibeli jak. Puan Saiman ngan Noi ditugaskan utk membeli makanan.... Kebetulan 02/10, wedding anniversary Noi dan birthday Adik Akma... Makanan penuh meja.... tapi tu lah gambar lupa pulak diambil...sigh...
Tup...tup... hari ni sudah hari Jumaat kan.....
So kepada semua Selamat meneruskan Puasa dan Selamat Berbuka Puasa bila sampai waktunya yer..... jangan pula belum buka puasa sudah minum 3,4 round.
___________________________________________________________________
Hari ni tepat seminggu Apo meninggalkan kami.
Mendiang Apo seorang ibu, nenek dan moyang kepada 9 orang anak, 43 orang cucu dan 44 orang cicit dan seorang piut. Berketurunan Kadazan dan berkahwin dengan Akung (panggilan kepada atuk) seorang berbangsa Cina. Maka anak-anak mereka berbangsa Sino Kadazan dan ini merupakan salah satu bangsa bumiputera di Sabah.
Sepanjang mengenali Mendiang Apo, Puan Saiman merasakan Mendiang seorang ibu yang tidak pernah membeza-bezakan antara anak-anaknya. Bukan sahaja anak malah kepada cucu dan cicitnya.
Setiap kali menyambut Tahun Baru Cina, Mendiang akan menjemput semua anak, cucu dan cicitnya merayakan Tahun Baru Cina samaada di rumah mereka yang terletak di atas bukit ataupun di rumah Mama Tua (Kakak emak yang paling tua) untuk merayakan Tahun Baru Cina. Pelbagai hidangan makanan yang dihidangkan pada masa tu. Masa Puan Saiman masih kecil, Mendiang Apo akan memesan satay dan pelbagai makanan ringan dan yang paling best dapat makan limau mandarin sepuas hati, siap boleh tapau lagi tu.
Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menurut mummy Puan Saiman, Apo meminta agar mummy menyediakan hidangan ketupat, nasi impit, rendang dan kari ayam, untuk dimakan bersama. Lagipun ketika itu Mendiang Apo tidak lagi berapa kuat dan berjalan pun bertongkat. Tapi walaupun Mendiang tidak lagi kuat, tapi mendiang masih ingat kesemua nama cucu dan cicitnya. Dan Tahun Baru Cina lepas merupakan sambutan Tahun Baru yang terakhir kami bersama. Puan Saiman ingat lagi masa tu, Mendiang Apo beberapa kali menyatakan kemungkinan ini merupakan sambutan Tahun Baru yang terakhir yang akan disambut oleh beliau. Satu lagi yang menjadi kebiasaan Apo apabila berjumpa dengan anak menantu, cucu dan cicitnya, Mendiang akan memeluk dan selalu berpesan kepada cucu yang telah berkahwin jangan bergaduh. Bukan sahaja kepada anak dan cucu malah dengan pembantu rumah juga Mendiang buat begitu juga.
Pada Hari Jumaat yang lepas, Mendiang Apo telah terjatuh di bilik air ketika mau mandi pada waktu pagi. Sebelum tengahari dibawa ke Rafflesia Specialist Centre di Jalan Airport/Kepayan. Petang tu mendiang koma kemudian dibawa ke Queen Elizabeth Hospital dan ketika itu semua semua anak mendiang berkumpul di sana kecuali seorang lagi Mama Tua (Kakak kepada mummy) yang dalam perjalanan pulang dari Amerika sebaik sahaja mendengar berita Apo dimasukkan di hospital. Adik beradik Puan Saiman semua berada di sana. Beberapa sepupu Puan Saiman juga ada disana. Kami menunggu sehingga jam 11.00 dan kemudiannya dimaklumkan mendiang akan dimasukkan kedalam wad. Selepas tu, Puan Saiman bersama adik beradik dan bapa pulang manakala mummy dan adik beradiknya masih lagi di hospital. Tetapi ndak lama selepas tu, mummy minta bapa ambil sebab mummy belum mandi dan makan lagi (rumah bapa ngan hospital tidak jauh cuma 5 minit perjalanan). Lebih kurang jam 1 lebih, mummy called. Tapi masa ni Puan Saiman ndak dengar bunyi telefon berdering, dan awal pagi tu barulah Puan Saiman tahu yang Apo telah meninggalkan kami semua buat selama-lamanya.
Sebagai menghormati Mendiang Apo dan menghormati Adat Resam Bangsa, kini Puan Saiman sekeluarga akan berkabung selama 3 bulan. Insyaallah Tahun ini tiada rumah terbuka untuk Hari Raya dan jika hendak berkunjung ke rumah dipersilakan la yer... Secara dasarnya, Bapa ngam mummy telah bersetuju untuk pulang ke kampung Papa pada Hari Raya ketiga dan akan kembali semula ke KK pada Raya keempat.

1 comment:

Anonymous said...

Maaf, baru terbaca blog Puan Saiman hari ni, takziah diucapkan kepada keluarga Puan Saiman