Awas, entry ini tersangatlah panjang......................
Sudah berapa kali Puan Saiman taip entry ni, lepas taip delete balik....alahai... Puan Saiman ni tua ndak la berapa tua, muda pun ndak juga berapa muda.... tapi Puan Saiman selalu cakap ngan Papa, kalau Puan Saiman ni ndak cantik (sila makan ubat penahan muntah okeyyy), silap2 Papa pun ndak mau tinguk, bukan setakat tinguk jak, jeling pun ndak mau tu.... makanya sebab cantiklah dan bertapa ayunya Puan Saiman ni maka Papa suka tu (kalau anda yang baca ni muntah, sila jumpa doktor ahh...) sudahlah ayu, badan pun cute betul...hahahahaa...... Tau apa respons Papa... dia senyum jak...cissss.....
Kadang-kadang bila kita mau cari pasangan ni pun kalau bulih perkara yang pertama sebelum kahwin tu biarlah pasangan kita tu direstui oleh ibu bapa. Sebab kadang2 walaupun pilihan kita tu sehensem Brad Pitt atau Tom Cruise, kalau ibu bapa ndak berapa berkenaan tu mesti ada SEBAB. Tapi tu lah kan, bila sudah terkena panahan cinta ta*i kucing pun rasa coklat. Betul kan... ala apa pulak ndak betul, Puan Saiman pun pernah bercinta jugak. Sebab dengan restu orang tua, doa orang tua, Insyaallah rumahtangga akan sentiasa dilindungi olehNya. Tapi biasalah kan kalau bergaduh sikit-sikit kan, ala biasalah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita laki bini kan.
Tolak ansur paling penting. Bila kita berkahwin, kita bukan jak berkahwin dengan pasangan kita tu, tapi kita juga sudah jadi sebahagian daripada keluarga pasangan kita tu. Kalau ada kenduri kahwin ka, masa kesusahan ka (baca : masuk hospital atau orang sakit), wajiblah kita melawat, walaupun sekejap dan kalau kita sendiri tiada masalah kan. Tapi kalau ada kesempatan tu pegi la. Janganlah pulak pasangan kita jak malar pegi tempat kita tapi kita sendiri ndak la pegi tempat dia. Mungkin masa ni masa dia, masa lain masa kita pula kan. Anggaplah adik beradik dan sanak saudara pasangan kita tu macam keluarga kita sendiri juga. Jangan pulak kita buat begitu tapi pasangan kita tu pulak buat derrkk jak kan. Hormatilah perasaan orang lain terutama ibu bapa kita masing-masing.
Puan Saiman ni bukan lah pandai berceramah sangatkan, tapi sudah banyak contoh yang Puan Saiman nampak. Hampir 90% rumahtangga yang tidak direstui oleh ibubapa tidak bertahan lama. Pelbagai masalah mesti akan timbul. Sebab tu ibubapa akan cakap, 'itulah sebab orang tua cakap ndak pandai dengar'. Tapi itulah kan jodoh. Tapi bagi Puan Saiman, selagi kita boleh pertahankan rumahtangga kita pertahankan la. Tapi kalau sudah ndak tahan.... fikirlah sendiri dan ambillah jalan yang terbaik utk diri sendiri dan jangan TIPU DIRI SENDIRI. Bagi Puan Saiman, apabila kita sudah tidak ada hubungan dengan pasangan kita tu, diri sendiri juga akan kembali semula ke ibubapa dan adik beradik. Sebab tu sebelum berkahwin, JANGAN sesekali CAKAP BESAR dengan keluarga. Jangan sangka boleh hidup sendiri tanpa sokongan keluarga, walaupun ndak dibantu dengan wang ringgit tapi dengan nasihat pun sudah cukup berguna. KEHIDUPAN YANG SEBENAR BUKAN MACAM DRAMA DI TV. Kalau sudah kahwin dan lapar, kena makan nasi juga bukannya makan cinta. Bukan saja kita perlu jaga hati/perasaan pasangan kita, tapi hati/perasaan kita juga perlu dijagakan.
Kalau boleh, bila kita sudah berkahwin, ubahlah perangai menjadi lebih matang. Jangan pula menjawab ibu bapa kita. Samaada kita terima atau tidak nasihat ibubapa kita tu, lebih baik mendiamkan diri. Berdikarilah. Kita mesti mencuba untuk berdikari. Cukup-cukuplah menyusahkan ibubapa. Walaupun ibubapa kita tidak lagi membuat kerja utk kita, tapi kadangkalanya perbuatan/perangai kita menyesakkan fikiran ibubapa. Cukup-cukuplah ibubapa kita membesarkan kita menjadi manusia. Kini bila kita sudah dewasa, inilah masa kita menyenangkan ibubapa. Sebenarnya ibubapa ni bukan mengharapkan duit daripada anak2, tapi kalau anak2 sudah boleh berdikari dan mempunyai rumahtangga yang baik pun sudah cukup menyenangkan fikiran mereka. Kadangkala kalau kita menjawab ibubapa, kita ndak tau samaada jawapan kita tu menyakitkan hati mereka. Sedangkan adakalanya anak2 kita yang masih kecil dan belum berakal menjawab kita pun membuatkan kita menitiskan air mata, inikan lagi kita yang sudah dewasa.
Sekiranya kita sudah memilih untuk mencari pasangan yang baru, pilihlah yang terbaik, dengan restu orang tua dan jangan TERGOPOH GAPAH. Kalau ada jodoh ndak kan kemana jugak. Jangan ibarat terlepas dari mulut harimau, masuk pula kemulut dinasour. Jadikan kehidupan yang lepas tu sebagai iktibar. Mula2 memang pasangan yang baru tu dapat menerima anak2 tetapi kita harus memikirkan dalam jangka masa 10 tahun akan datang. Contohnya : bagaimana kalau pulang ke kampung pasangan yang baru, anak-anak dengan bekas pasangan kita hendak dibawa ataupun sebaliknya. Kalau tidak dibawa hendak ditinggalkan dengan bekas pasangan, tapi kalau bekas pasangan tu juga sudah berkahwin baru, adakah pasangannya dapat menerima anak-anak tersebut? Ini harus difikirkan.
Puan Saiman ni pun bukannya baik sangat pun, tapi Puan Saiman seboleh-bolehnya ingin membalas jasa orang tua yang melahirkan dan membesarkan Puan Saiman sehingga sekarang. Malang bagi Puan Saiman sebab tidak pernah mengenali arwah mentua perempuan (meninggal 2 tahun sebelum Puan Saiman mengenali Papa), tapi sekurang2nya bapa mentua Puan Saiman sempat Puan Saiman jaga walaupun ndak lama, tapi Puan Saiman menjaga seperti bapa sendiri. Sehinggalah arwah meninggal pun di rumah Puan Saiman. Kini Puan Saiman ingin berbakti pula dengan bapa dan mummy. Walaupun sekiranya Puan Saiman dapat memberikan bulan dan bintang kepada bapa dan mummy, tapi Puan Saiman masih lagi ndak dapat membalas budi mereka. Sudah cukup mereka membesarkan Puan Saiman, memberikan pelajaran, adab, kesopanan dan budi pekerti dan segala-galanya. Dan seboleh-bolehnya Puan Saiman ndak mau melihat bapa dan mummy bersedih dan menangis mengenangkan nasib anak-anak.
Puan Saiman selalu mendoakan supaya bapa dan mummy, adik beradik dan anak-anak buah serta ipar duai supaya diberikan kesihatan yang baik dan mempunyai kehidupan yang lebih baik. Apabila kita buat perkara yang menyakiti hati ibu bapa, jangan terkejut satu hari nanti anak-anak kita akan buat perkara yang sama kepada kita. Sebab mereka sudah nampak contoh untuk diikuti. Ini yang paling Puan Saiman takut. Jangan pula kakak-kakak, adik-adik, anak-anak diluar sana cakap, 'ko senang la cakap, nasib ko ndak macam kami'. Jangan cakap begitu, jadikanlah kehidupan orang lain sebagai pengajaran dan panduan. Jangan kawan2 sibuk mau kahwin, sibuk juga beriya-iya mau kahwin. Dan DOA RESTU ibu bapa itu paling penting. CINTA memang siookkk..... dpt jalan sana sini, pegang2 tangan. Tapi jangan sudah kahwin, mau pegang tangan, panas la, malu la, ini la itu la. Tapi masa-masa bercinta dulu panas2 pun, jalan peluk2 kan.... aikkk sudah kahwin ndakkan bulih pegang tangan sedangkan itulah yang sebaik-baiknya kan. Macam bapa ngan mummy Puan Saiman, sampai sekarang ni pun jalan masih pegang tangan, kalau mau limpas (baca: seberang) jalan pun bapa pegang tangan mummy. Kecualilah kalau bapa sama mummy ada pegang bakul di kedua-dua belah tangan kan macam mana juga mau pegang-pegang tangan...hehehehe.... eiii ndak sabar mau jumpa bapa sama mummy, semalam Puan Saiman ndak pegi rumah durang, ni malam mesti Puan Saiman pegi rumah durang ni......yahuuuu.......
Cerita di atas tidak ada kena mengena dengan Puan Saiman dan Papa ataupun dengan sesiapa sahaja. Ini sekadar pandangan Puan Saiman sahaja. Kepada anda diluar sana, kakak-kakak, adik-adik, anak-anak, jadikan ini sebagai panduan. Sekiranya terasa maafkanlah Puan Saiman yang tidak berpelajaran ini. Tetapi jika tidak dimaafkan, ya... apa bulih buat kan.....
Buat Papa pulak, terima kasih sebab sehingga sekarang ni pun masih lagi pegang tangan mama kalau jalan-jalan, bukan apa tu kan Pa, Mama tau la...err... mama kan cantik, sudah lah cantik ayu lagi....'kurus' yang amat pula tu kan Pa....hehehheehe....(lepas baca ni, Puan Saiman harap Papa ndak muntah).
No comments:
Post a Comment