Perhatian!!!

Semua cerita ini adalah hakmilik Puan Saiman dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Monday, March 21, 2011

Harta karun.

Berdasarkan kisah benar.......





Di satu ketika....... pertengahan tahun 70'an. Sepasang suami isteri baru mendirikan rumahtangga. Si isteri berdarah campuran cina + kadazan, manakala si suami berdarah Brunei + Bajau.....maka wujudlah anak2.





Apabila mereka mendirikan rumahtangga...si isteri telah dihadiahkan oleh ibu si isteri beberapa dozen pinggan mangkuk untuk digunapakai oleh si isteri. Makan pinggan mangkuk tersebut digunapakai untuk menghidangkan makanan kepada si suami serta anak2.





Sehinggalah suatu ketika, apabila anak2 semakin ramai dan bertambah ramai. Maka pinggan dan mangkuk serta gelas2 seramik di simpan di dalam peti yang besar. Maka anak2 pun diperkenalkan dengan pinggan2 plastik. Maka sekiranya pinggan, mangkuk atau cawan2 yang jatuh dari tingkat 20 pun, nescaya tidak luka sedikit pun pinggan2 tersebut.





Sehinggalah pada suatu ketika, keluarga yang hidup sederhana tersebut berpindah kerana sang suami membeli rumah di kawasan bandar. Maka diangkutlah semua bala tentera yang kian membesar. Dan peti yang besar tersebut tinggalah di rumah lama. Bukan dilupakan tapi adalah lebih selamat ditinggalkan. Dan si isteri tadi berpesanlah kepada penyewa rumah lama agar peti tersebut hanya mengandungi pinggan2 mangkuk2 dan gelas2 lama.





Hari berganti hari, bulan berganti bulan, dan tahun juga berganti nombor. Sehinggalah satu ketika, apabila anak2 sudah membesar dan si penyewa rumah lama tadi pun berpindah. Apabila sang suami dan isteri pergi dan memeriksa rumah lama mereka, maka pasangan suami isteri itupun agak bersedih apabila terlihat peti tersebut telah dibuka dan banyaklah pinggan mangkuk dan gelas2 yang 'ghaib'. Dengan perasaan yang sedih, maka peti itupun diangkat dan dibawa bersama. Kemudian, peti itupun duduklah bersama pasangan tadi. Tanpa dibuka dan diperiksa sekali lagi. Maka peti itupun duduklah di satu sudut dapur, di tutupi dengan kain dan diletakkan barang2 di atas peti tersebut.





Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan sekali lagi tahun berganti nombor......sehinggalah suatu ketika, anak pertama kepada pasangan tadi, menanyakan kepada ibu bapanya sekiranya mereka tahu sesiapa yang ada menjual pinggan mangkuk dan cawan2 lama. Si ibu dan si bapa tadi menyatakan bahawa mereka ada menyimpan sedikit pinggan mangkin tersebut dan menyuruh si anak tadi pergi melihat peti yang disimpan di sudut dapur. Tetapi si anak tadi tidak juga melihat ataupun membuka peti tersebut.





Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti nombor. Rumah pasangan tadi kalau dulu di sulami dengan gelak ketawa dan tangisan anak2, kini berganti dengan gelak ketawa dan tangisan cucu2. Sehinggalah hari Jumaat yang lepas. Ketika si anak sedang duduk2 di ruang tamu di rumah ibu dan bapanya. Kedengaran si bapa memanggil si anak. Apabila si anak melihat bapanya di dapur, kelihatan si bapa sedang memegang pintu peti tersebut. Dan ternampaklah si anak akan pinggan mangkuk dan beberapa cawan2 yang ada. Maka si bapa pun menyuruhlah si anak memilih dan mengambil pinggan2 mangkuk2 dan cawan2 yang disukai dan sekiranya ingin, semua sekali pun boleh, dari tidak diguna, kata si bapa. Maka dengan penuh kegembiraan maka si anak tadi mengambil satu besen kecil. Penuh.

Jadi gambar di bawah ini hanya sedikit atau secebis dari pinggan2 tersebut. Sila la menjamu mata......






Pinggan di bawah ini hanya 2 sahaja. Kiri dan kanan. Ditengah2 pula dihadiahkan oleh kakak angkat gua. Rupanya kakak angkat gua banyak pinggan begini, tapi kini pinggan2 kakak angkat gua itu terletak di kampung. Kakak angkat gua berjanji untuk memberikan gua pinggan2 dam mangkuk2 sekiranya beliau pulang kampung kelak. :-D

Pandang depan.....lihat kembang bunga tu...cantik kan.....


Pinggan ini hanya tinggal 2 juga. Ibu kepada anak ini menyatakan bahawa dahulu beliau ada 1 dozen pinggan begini. Tetapi 'ghaib'. Begitu juga pinggan di atas tadi. Pasu di tengah2 itu adalah pasu antik. Kepunyaan kakak angkat gua. Menurut cerita kakak angkat gua, beliau pernah menyelamatkan seorang tua yang berbangsa cina. Jadi sebagai hadiah kerana menyelamatkan itu, maka orang tua tersebut telah menghadiahkan kakak angkat gua pasu ini. Menurut orang tua tersebut, pasu ini adalah peninggalan moyang beliau. Sebanyak 3 jenis ceramik ini telah dihadiahkan, dan menurut kakak angkat gua juga, 2 buah ceramik yang diberi adalah bangku bekas pasu dan juga tajau. Tetapi hilang di curi orang. Jadi kakak angkat gua hadiahkan pasu ini untuk gua pula. Terima kasih...kak....


Gambaran bunga2 pinggan dengan lebih dekat. Pinggan ni kalau di lihat dari jauh, macam mata....


Pandangan dari jauh.... dengan bangga diri, gua ingin mengumumkan...bahawasanya gua yang gebu ini telah berjaya mengecat almari ini.....sila kagum <---- kambang sudah gua ni...warghkakakakaka...jadi kepada sesiapa yang ingin mengecat perabot sila panggil gua...nanti gua bagi quotation <---wah!!! riak ni..... ;-D

Dan ini juga..... nampak kerusi tempat letak lampu tu meja tu...pun gua cat juga....sila kagum.....

Belum lagi kagum ka??? Nampak meja perhiasan di antara almari putih tu...pun gua cat juga..... <---- sengaja ni bagitau......

Susun atur pinggan2....

Gambar2 pinggan secara dekat akan diberikan kelak.......

p/s : ada sebuah meja lagi yang telah di cat oleh gua, tapi belum dapat di bawa masuk ke dalam rumah sebab, cat belum kering ;-D
Puan Saiman 'signning off'.......




5 comments:

AngeL BeaR said...

wah..itu piring!!! my late grandma pun ada..sekarang di ruma lama grandpa sa di beaufort...dulu dorang ada lagi tu cawan lama yg tebal tu...tapi ntah..semenjak beliau durang urang ni suda meninggal, tiba2 pandai ilang sendiri suda tu cawan2....semua urang pun mencari..ntah pi mana la tu tau...

CathJ said...

wah sedap nya mendengar cerita2 mu... baru cerita benar lagi tu...

and... syabassssss.... hasil titik peluh mengecat... memang barbaloi2...

nda sabar mau tingu itu meja pula... aku pun minat ni english style.. tapi mau tunggu budak2 ku besar dulu... uh huuuu... hahahahhahaha...

Psst: Nah aku tau lah hadiah apa yg mau di bagi nanti ni... time kita gather2 nanti2 time aku sudah boleh balik KK.. ^_^ (Pasti nya bukan peabot lah geng... hahahahha... susah nya masuk kargo hahahahha)

HoneyBUZZin said...

buat saspen jer...hahaha

UmmiRosma said...

Cantik..puas hati tengok hasil tangan sendiri...

SJB aka SUELYN J-B. said...

Memang mahal tu kalau antik.