Hujung minggu lepas, gua terserempak sama sahabat lama gua, seorang ibu tunggal anak 2. Gua bawa sahabat gua tu lepak di kedai. Mulanya sahabat gua itu enggan, tapi gua memujuk dan meminta menemankan gua untuk makan. Gua minta nasi lemak biasa dan teh tarik. Sahabat gua cuma minta roti canai kosong dan segelas kopi 'o'. Maka sesi meluahkan perasaan bermula...
Dia : Susah betul aku sekarang ni....
Gua : Perlahan2 bah, begitu la bah hidup ni... yang penting sabar..
Dia : Macam mana mau sabar, kau tau kan aku ni ibu tunggal, anak 2, masih sekolah pula tu. Sudahlah sekarang ni harga barangan semua naik. Baru ni minyak naik lagi.
Gua : Ya la, macam mana juga kita mau mengelakkan. Semua pun mau dibeli...
Dia : Itu la bah tu. Kau tau, baru ni aku bawa 50 ringgit pegi tamu, beli ayam sekilo, ikan 1 kilo, sayur berapa ikat saja. Ko tau la sekarang, mana lagia da sayur 1 ringgit 1 ikat. Sedangkan sayur petola pun kena jual 1 biji bah, teda sudah 1 ikat. Beli ini beli itu, abis sudah tu 50 ringgit, apa pun indak terbeli lagi. Padahal kira mau beli telur sama bawang2. Itu baru makan untuk minggu ni....minggu depan belum tau lagi ni. Sekarang ni minyak naik lagi. Ada orang cakap indak membebankan, tapi aku sekarang ni mau tersungkur sudah ni....
Gua nampak sinar berkaca di matanya....Gua terdiam....sahabat gua terus bercerita tentang anaknya yang tidak dipedulikan oleh bapa mereka. Tentang gajinya yang hanya cukup2 makan. Tentang perbelanjaan sekolah anak2nya yang tidak dapat diberi. Mereka anak beranak hanya membawa bekal nasi sejuk lebihan makan malam yang adakalanya di goreng setiap pagi, setiap hari dan hanya sekali sekala membawa mee goreng kosong ke pejabat dan sekolah.
Dia : Ko tau gaji aku kan berapa juga.... bayar rumah, belanja dapur kalau setakat 50 ringgit baru dapat 2 kampit beras, bayar bas sekolah budak2 tu lagi, tambang bas aku lagi.....sakit kepala aku. Oh ya, si M***Y selalu tanya2 ko tu. Dia bilang dia ingat lagi dulu ko ambil kami tengah malam dari rumah.
*Tiba2 gua teringatkan satu kejadian dulu .Seingat2 gua, haya sekali dia meminta bantuan gua, itupun sebab anaknya sakit dan dia minta bawa pergi ke hospital kerajaan. Oleh sebab dari rumahnya agak jauh dengan hospital kerajaan, gua bawa anaknya itu ke klinik persendirian. Dan seingat2 gua juga, ketika sampai di klinik persendirian itu, sahabat gua enggan turun dari kereta gua. Sehinggalah gua bagitau yang gua akan tolong bayarkan dan anggaplah ini sedekah gua untuk anaknya itu. Barulah sahabat gua itu turun. Pun ketika itu, gua ternampak ada manik-manik jernih turun dari pipi sahabat gua itu. Tapi gua berpura2 tidak menyedarinya *
Gua hanya menggangguk-anggukan kepala. Tanda bersetuju. Usai makan, gua 'tapau' 2 bungkus nasi lemak dan 2 keping roti telur untuk diberikan kepada anak2nya. Gua memeluk dan bersalam dengan sahabat gua itu. Gua menyelitkan sesuatu di tangannya. Mulanya dia enggan menerima, tapi bila gua bagitau yang itu adalah untuk anak2nya. Dia terpaksa menerima juga.
Gua : Marilah aku hantar ko pulang...
Dia : Ko ni pun, ko tinggal di mana, aku tinggal di mana. Mana kita sama jalan. Indak payah la bah, jangan la ko susah...aku ok juga ni. Lagipun, aku mau singgah rumah mama aku lagi. Aku mau bagi mama aku ikan ni....
Gua : Bah, ya la. Lain kali kalau ada apa2 ko kol jak aku ah. Jangan la ko segan2 sama aku.
Dia : Ya la bah.....
Gua melihat sahabat gua itu berjalan dengan hati yang sayu. Tidak disedari air di empangan mata gua akhirnya pecah juga.......
Puan Saiman 'signning off'....
6 comments:
Kenapa aku terasa seperti kenal 'dia' ni...aduh! sahabat mu sahabat ku jua Puan.
Kagum aku menengok ko membantu 'dia'
Hmm, knp lah 'suami' dia buat mcm tu *sigh*
Sahabatku MK,
oh ya ka ;-D, mungkin jgk kita kenal orang yg sama kan, kalau betul, mmg betul2 kebetulan...
itu hanya sedikit sahaja yang dapat diberikan, namun 'dia' lebih sakit menanggung semuanya....
MK, orang ketiga..... orang ketiga telah meruntuhkan rumahtangga sahabat gua ini. 3 tahun bermadu menambahkan luka di hati, maka sahabat gua ini minta di'lepas'kan. Selepas di'lepas'kan, bekas suami terus melupakan dia dan anak2.
Bukan itu saja....banyak lagi cerita yang merutun jiwa sebenarnya
take care n hugs my fren
Sedih tau dengar cerita mcm ni... org yg menanggung lagi lah sedih kan...
ni la hidup...harap2 kawan kakak tu ada hari yg lebih baik di masa depan... =(
CJ sahabatku,
mmg sedih sahabatku....sahabat gua ni memang terpaksa menelan semua kepahitan...gua selalu berdoa kepadaNya agar sahabat gua ini diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang berlipat kali ganda.... kerana banyak sebenarnya tanggungan dan beban di bahunya.
take care n hugs my fren....
----------------------------------
adikku Angel,
ya, betul tu dik, macam2 jenis kehidupan dan ragam manusia dapat kita lihat. Namun ini adalah secebis kisah sahabat kakak ini. Kakak pun sentaiasa mendoakan dan mengharapkan ada sinar di hujung jalan buat mereka anak beranak....
take care n hugs sis.....
Susah sekarang...honey terasa sangat kenaikan tu...espc.bayar petrol!
Post a Comment