Perhatian!!!

Semua cerita ini adalah hakmilik Puan Saiman dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Wednesday, August 11, 2010

Puasa : Hari Pertama - Minggu Pertama

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak kepada semua rakan2 yang beragama Islam...



Ok..cerita pendek sahaja. Hari ni hari pertama menyambut puasa. Seperti biasa, makan sahur tadi pagi teramatlah simple. Bukan apa, perut gua anak beranak masih belum biasa kan. Tapi lepas seminggu nanti, tetap 'masuk' sudahlah. Biasalah bah kan..hari pertama puasa, jadi kasih bangun anak gua tu kena bersabar la. Tapi gua ni kurang sabar. Bukan macam laki gua, siap dukung anak gua lagi, bagi duduk atas kerusi di meja makan...(huh!!! kalau gua minta angkat, bukan dia layan tu......oh sori....gua lupa, gua kan gebu, jadi orang yang gebu ni, keberatan tu faham2 saja la kan...opssss...... kahkahkahkahkah)



Ok, gua pujuk2 anak gua supaya puasa dulu separuh hari (lepas pulang sekolah baru buka puasa. Mau kasih biasa dulu itu perut). Ini perbualan gua sama anak gua masa sahur tadi...



Gua : Abang, puasa nanti siang, kalau tidak tahan, puasa setengah hari saja ah...



Anak gua : Ya....



Gua : Nanti pulang sekolah, barulah minum ok...tapi kalau masih tahan, puasalah sampai petang. Nanti kalau di sekolah, jangan lari2 di panas ah..nanti tu leher (baca : tekak) haus tu..



Anak gua : Ya.....



Laki gua cuma senyum2 saja. Sebabnya..

*

*

*

*

*
*

*
*
*
*
*

anak gua jawab gua, dengan mata tertutup dan kepala terletak di meja makan...geli jugak hati gua. Gua pun indak tau, anak gua tu betul2 dengar apa yang gua pesan. Tapi tidak apa la...memang begitu. Dulu masa gua kecil2 begitu jugak gua. Laki gua pujuk2 supaya anak gua makan, anak gua cuma makan 4 suap nasi dan minum setengah cawan air. Lepas tu dia cuci tangan dan sambung tidur. Laki gua cuma makan coco crunch. Sebab perut belum lagi biasa utk makan berat2. Gua pula, memang sudah start berpuasa sejak bulan lepas. Tapi bukan jugak hari2. Dalam seminggu adalah 3 atau 4 hari. Selain puasa 'sunat', gua mau biasakan perut.



Sekarang ni, gua tengah fikir2, mau masak apa petang nanti utk anak ngan laki gua. Macam2 yang difikir mau dimasak...last2 nanti goreng jak mihun...mudah, cepat dan senang...abis cerita....hahahhahahahaha...



Ok, sekian sahajalah cerita pendek gua utk hari ni.



Puan Saiman 'signning off'...



8 comments:

Anonymous said...

Nda apa ging tapau aja di bazaar ramadhan. Aku paling siuk lah mo jalan2 pigi bazaar ramadhan nie rambang tu mata mo beli itu ini lebih2 lagi orang yang berpuasa hahahaha...siuk bah byk makanan sadap2x nie hahahaha

HoneyBUZZin said...

Selamat menjalankan ibadah puasa...

SJB aka SUELYN J-B. said...

Jadi apa macam your boy? berpuasa lah dia 1 hari atau 1/2 hari saja.

Lee said...

Hi Puan Saiman, wishing you and family a pleasant bulan puasa.
Bila buat rendang and ketupat, send me telegram, ha ha.
You have fun and stay young, Lee.

Puan Saiman said...

Rosc,

ging, tahun ni kunun2 sia indak mau pegi bazar ramadhan. Bukan apa, berabis bah beli, sekali makan kan...2,3 suap terus berhenti.. indak jugak dapat berabis makan tu..minum air jak lebih... hri ni sudah masuk 3 hari puasa, bermakna sudah 2 hari buka puasa sia masak sendiri....hehehehehe...tapi mana tau seklai minggu depan kan, malas sudah masak, last2 beli jugak tu..hehehehehe

---------------------------------

Adikku Honey,

terima kasih dik....

---------------------------------

SJB,

tu boy sia puasa setengah hari saja, penat kali dia, sekolah lagi, pigi tuition lagi.... tapi sia rasa mungkin 2 minggu lagi bulih sudah dia start puasa 1 hari tu....



-----------------------------------

Uncle Lee,

terima kasih atas ucapan.... ya, kalau saya rajin buat, saya akan post telegrem buat uncle..hehehehhehe

CathJ said...

goreng mihun kah paling senang cerita??? sia ingat melawat pasar ramadan lah yg paling senang...hihihi...

selamat berpuasa my fren... ^_^

Shirley S Wong said...

selamt berpuasa puan saiman...^_^

Lee said...

Hello Puan Saima, just dropped by see what you cook for buka puasa? Ada ikan goren sumbat sambal? Ikan masak asam?
Have a pleasant day, stay cool, Lee.