Elloooo kawan2.... nah ari ni ari 5 sudah kan..bah paham2 saja bah kalau ari 5 ni. Ramaiiiii la yang buat planning sudah tu kan. Malam ni mau pegi mana, bisuk pula mau pegi mana, ari minggu pun mau pegi mana kan...makan di mana.... walaupun kita jalan2 kan, yang paling penting tu makan bah kan (ada jugak la bah orang pegi jalan2 makan di rumah dulu bah kan, tapi indak apa bah kan sesekali makan di luar, baca anak bini pegi makan2 bah kan <---- bukan ditujukan kepada laki gua sila percaya. Kalau laki gua, kejap2 tanya mau makan ka tidak, apa indak badan gua ni malar la kiut dan gebu sepanjang waktu......kahkahkahkahkahkah). Biarpun kita jalan2 'cuci mata' tapi makan tatap makan kan. Walaupun bukan makan makanan berat (bukan makan batu tapi makan nasi bah kan) hehehehhehe...tapi ada jugak urang makan batu..opssss..... terlebey sudah...kahkahkahkahkah, tapi tetap juga ada beli eskrim ka, kerupuk2 ka, paling tidak pun gula2 bah kan. Bikin pemanis mulut bah kan. Macam gua kan, kalau makan gula2 kan, makin manis tu muka gua..biasalah guakan cantik dan paling penting masih muda remaja bah errr... beberapa tahun lepas la...kahkahkahakahkah (bah..pandai2 la kamurang kasih sedia plastik ah... ala, bikin kamurang muntah2 bah)....kahkahkahkahkah...
Ok... sempena hari Jumaat ni kan, gua ada mau kasih cerita. Bukan mau cakap pasal orang..tapi inikan pemerhatian gua kalau gua pegi di satu2 tempat. Terutama kalau kita kena jemput oleh saudara mara gua. Biasalah bah kita ni kan, tinggal jauh2. Kadang2 satu tahun belum tau lagi jumpa kan. Kadang2 tu, berjumpa masa kita sekolah lagi, sekali jumpa sekarangkan, masing-masing bah ada ekur (baca :anak). Kadang2 tu, anak kita baru 1 urg (macam gua) tapi saudara kita tu anak dia sudah 4, 5 urang. Tapi biarlah bah kan, rezeki masing2. Kalau sudah Tuhan kasih begitu, kita terima jak la bah kan. Balik kepada cerita asal (aiseymen.... ayat...)......
Pernahkan kamurang jumpa orang yang jenis yang indak pandai puas hati. Apapun dia mau komplen. Contohnya begini.... Sudah la datang di jemput kan. Bila tengah makan, dia komplen. Bilang makanan indak sedap la, lauk indak cukup la, nasi mentah la. Begini la, begitu la. Air yang kena sedia, indak manis la, banyak ais la. Tapi tu minuman tin, dia bantai sampai 4,5 tin, indak pulak dia cakap. Semua pun dia mau komplen. Dalam komplen2 pun, tambah juga nasi 2,3 kali.
Sambil2 makan. Sudahlah kita lama sudah indak jumpa sama ni orang... nah di sana jugak la bah dia tanya kita, berapa sudah anak. Kalau kita jawab baruuu 1...nah kena lagi tanya kenapa satu jak, indak lagi mau tambah ka?? Tidak mau kasih kawan ka tu anak?? Kalau pulak kita kestau anak kita 2 urang, mesti dia tanya lagi lelaki ka perempuan. Kalau kita jawab 'dua2 perempuan', dia tanya lagi, indak mau tambah lagi ka, mana tau ni kali lelaki. Indak puas kena tanya begitu. Yang bikin sakit hati lagi bila dia ckp begini..'satu saja anak ko, nah kalau ko tidak tambah2 lagi, indak ko takut laki ko cari lain nanti'. Masa ni kan, terasa juga mau kasih tumpah tu nasi di tangan kita di muka dia bah. Nasib baik di tempat urang bah kan. Mau pindah tempat duduk, teda pula kosong di tempat lain...hishh.....
Masa kita makan la, dia kestau sama kita, anak siapa yang baru kawin lari, anak siapa kawin sama laki urang la, anak siapa yang lamaaaaa sudah kawin belum juga dapat anak. Lebih2 lagi kalau ada urang limpas depan, ada la dia kasih tau tu urang siapa, apa cerita tu urang, apa gosip tu urang. Belum abis lagi cerita.. si kawan ni kestau lagi, anak siapa yang dapat masuk u, anak siapa yang kerja mekanik sebab indak pass spm, anak siapa yang kerja di kedai kain, anak siapa yang kerja di opis, siapa yang baru bercerai pun dia tau.
Tidak cukup begitu, si kawan ni tanya lagi, kita ni kerja apa, apa jawatan, laki kita keja apa, di mana...siap tanya apa jawatan lagi tu. Indak jugak dia puas hati, dia tanya jugak di mana kita tinggal. Kalau kita kestau 'owhh..sia tinggal sana ********', mesti dia jawab begini, 'ko tinggal di sana. Indak ko takut, pernah bah urang kena bunuh di sana tu'. La... indak ko panas hati tu, sebab berapa lama sudah kita tinggal di sana, indak pernah pula kita dengar ada kes bunuh kan. Tu mulut kan...kita pun hairan bah. Kadang2 kita sangka dia diam sekejap tu, abis la sudah dia cakap...sekali tinguk, sambung lagi......
Dia tanya pula perihal adik beradik kita. Tanya si polan sama si polan tu masih sama2 lagi ka tidak. Kita pun terkejut, mimang la bah masih lagi tu urang laki bini..bulih2 dia jawab begini..'si x bah kestau sia, yang durang tu kunu bercerai sudah'........ la..... kita pun indak tau yang urang dia cakap ni bercerai...padahal baru semalam kita jumpa durang kan.. Nah indak ko tu, ni urang jenis begini ni kan, lebih tau lagi pasal urang lain, dari urang tu sendiri bah kan.....
Masa kita duduk2 lepas makan ni la pulak si kawan ni, belek2 gelang kita la, cincin kita la, tanya di mana beli. Bila kita kestau di mana kita beli..nahh..di sana jugak la dia kestau yang tempat tu indak bagus... outdated la, emas dia indak tulin la. Bila kita tanya balik gelang dia di mana dia beli....sekali dia sebut, di tempat yang elegen2 bah. Padahal macam emas celup jak kan. Lepas tu, di kawan ni kestau la bah, yang dia ni indak pakai emas, kulit elergik la... tu emas2 dia semua simpan di peti keselamatan di bank...nah indak ko...di bank bah...bah, kita percaya jak la bah. Lepas tu sibuk la bah dia kestau si A tu cuma pakai emas celup, si B tu pulak indak dapat pakai emas sebab tu laki dia indak mampu kasih beli. Jadi apa la kamu rasa duduk di sebelah orang begini ni...
Bila kita nampak sudah tempat duduk kosong di tempat lain. Kita pun berpindah la bah. Mau jugak kita cerita2 sama urang lain. Tapi apa ko rasa, bila ko sudah pindah tempat duduk. Si kawan tadi ni, bercerita sama urang lain, lepas tu tu si kawan sama urang duduk sebelah dia balik2 tinguk tempat ko. Indak puas meninguk, mulut pun signal2 tunjuk sama kita. Apa ko rasa......hairan kan, betul2 bah bikin hairan. Gua rasakan, urang begini ni kan, kena lahir masa gerhana bulan kali kan....atau kena lahir masa bintang bertembung di cakrawala...mana tau mungkin kan.
Indak sampai setengah jam, si kawan ni terduduk lagi pulak sebelah kamurang. Ni kali dia bawa cerita pasal urang yang duduk sebelah dia tadi. 'Eh..ko kenal ka siapa duduk sebelah sia tadi tu'. Bila kita jawab 'kenal, tapi lama sudah indak cerita2 sama dia'... terus si kawan ni cakap ' 'oh...kesian dia tu. Baru dia keluar ospital tu. Dia kena sakit kan*er. Itu la bah kan kita ni mesti mau jaga kesihatan bah kan. Ini indak, dia tu apa pun makan....bla...bla...bla...tu laki dia...bla..bla...bla...'.
Sekali tinguk kan, teda ribut teda petir.... sekali urang yang duduk sebelah dia terus cakap begini 'biarlah bah. Sudah nasib dia. Kita yang sihat ni bersyukur la bah. Kita ni kan patut kasih dia semangat bah, bukan bawa mulut dari hujung ke hujung. Oh ya, baru sia ingat...si X suruh sia kestau sama ko, hutang ko yang hari tu sama dia belum lagi ko bayar. Hutang ko sama sia pun belum jugak ko bayar...lamaaaa sudah tu kan. Hari tu ko cakap sama sia, anak si X tu teda keja kan, tembirang la ko. Keja bah anak dia, pilot bah anak dia tu. Sama tu hari ko kestau sama sia, anak si XX tu bercerai kan, mana ada. Mau masuk 8 sudah anak durang tu'.
Nah...sekali kena tempalak begitu, mana mau simpan muka kan. Bulih nampak bah muka si kawan, merah...semerah merahnya. Kalah bah merah lipan kena tuang air panas. Kalah jugak merah udang harimau kena rebus. Ini barulah nama dia kena buku sama ruas. Itu la bah kan, lain kali jangan la bah begitu. Kita indak mau cakap sebab kita jaga air muka dia. Sama kita dia indak kena, tapi sekali dia kena sama urang lain, indak ko tu... Masa tu la si kawan indak senang sudah duduk. Terus kasih keluar h/p, signal tu laki dia, bawa pulang... Urang2 yang duduk di sebelah2 semua senyum2. Bukan senyum apa bah tu kan, senyum nampak gaya2 urang2 begini ni bah.
Sudah la bah kita ni jarang2 berjumpa kan, jadi jangan la bah bawa gosip2 indak berbayar ni kan. Kita ni mau berjumpa supaya dapat kasih 'ketat' lagi tu tali saudara bah kan. Supaya bertambah rapat kan. Kita indak jugak mau, mana tau satu hari nanti, terlanggar kereta ka, brabis kunu kita teriak2 marah, sekali tinguk bersaudara pula bah. Bukannya kita datang 'bawa mulut' kan.
Gua ada terima 2,3 jemputan. Gua harap, gua indak terduduk lagi sebelah orang ni. Kalaupun ada tempat kosong sebelah si kawan ni, sanggup gua berdiri dari dengar 'berita sensasi' percuma dari si kawan ni. Tapi sejak kebelakangan ni, gua perasan juga si kawan ni jaraaanggg sudah datang ke jemputan keluarga. Gua pun indak pernah tanya juga kenapa dia indak pernah datang. Mungkin juga tidak dijemput. Mungkin juga si kawan ni malas datang. Mungkin..Gua cakap mungkin. Gua pun indak tau.
Oh ya... teda gua cakap pasal gelang dari tadi kan. Tiadakan gua cakap pasal minta beli gelang. Bukan. Belum bah lagi gua kena kasih beli. Walaupun gua betul2 teringin gelang baru. Entah la. Laki gua tu, asal jak gua cakap gua teda gelangkan, dia tinguk tangan gua. Lepas tu dia senyum. Ishhhh...magik betul laki gua ni. Gua pun indak tau apa la yang dia senyum tu. Nah.... betul kan, dari tadi gua teda sebut pasal gelang kan.......betul ni teda bah <--- bah sama2 la bah kita faham2 ah....kahkahkahkahkahkahkahkah
p/s : kepada Sis SJB, selamat kembali bekerja. Wah.. maternity leave di sana satu tahun ka.....siok owh....
Ok kawan2.... Selamat Berhujung Minggu.....
7 comments:
Hi Sis, Honey faham perasaan sis kerana honey pernah kenali orang-orang yang begini.
Jangan lagi membiarkan diri sis di'torture' oleh orang sebegitu. It's not worth having them as friends.
Selamat berhujung minggu sis..
huh daling..mcm sia biasa jmpa org gini..termasuk la "kawan" kita yg penah ckp naa tu la kau p kawan sama si anu apa nda besar badan makannn ja bla bla bla..mau ja ditampar pakai selipar ehehe tp nda brani ekekek
wahhhhh.... bikin panas pula org2 mcm tu..paling saya nda suka manusia jenis mcm tu tu hahahahaha.... bikin dosa ja mendengar hahahhahaha...
eeee.... paling geram kan...mcm sudah terperangkap nda dapat lari hahahahah... tapi kalau saya... terus saya lari tu... eee nda kau pening kepala kah time dia meleter...hihihi
Sama lah citer "mami jarum' tu. Benci orang macam tu ada sesetengah tu sudah lah mulut mami jarum mengata orang tapi ndak sedar diri sendiri and keluarga sendiri pun bergolak juga tapi berabis rabis lah bah mo cakap hal orang. sabar aje lah orang macam nie g pun dia juga yang buat dosa lidah tu lah paling bahaya...tapi cerita ko ni ging sandi juga lah dia terkena makan cili padas hehehe...tapi anduuuuuu....itu galang amas ah ndak tinggal juga bah..hahahah...have a great weekend ging....
Sis Honey,
ya bah kan dik. kadang2 kan hairan jugak kakak urang begini ni. Kerja dia kan menyakitkan hati urang jak...
Ya, adik pun, selamat berhujung minggu.
Take care n hugs
--------------------------------
darling,
kihkihkihkihkihkih....ya bah kan. Sia indak lupa owh sampai bila2 dia cakap begitu. Apasal dia dengki tul sama kita tu kan. Padahal, kita indak pun pernah ambil tau hal dia. Dia dengki kali kita berkawan 'geng satu kepala' bah tu kan.
take care n hugs...
p/s : makin ensem si den2 daling, gergitan tul sia nampak dia. Besar sdh dia owh...
----------------------------------
CJ,
ya bah. Lagipun kan CJ, urg begini ni kan, indak peduli. Kenapalah dia menghadiri di tempat 'orang meninggal' begitu jgk dia. Indak bah dia peduli perasaan urang lain.
take care n hugs..
----------------------------------
Rosc,
ya bah, kadang2 urg begini ni kan, mcm mau minta penampar jak tau. Bikin panas bah. Nasib jak bah, kita ingat pesan mama2 kita kan, jgn kasih sakit hati urg tua, kalau sia indak ingat pesanan mama sia tu, tatap kena sudah tu...
take care n hugs..
p/s : tu galang emas, ntah la bila la dpt tu. Klu sia kestau tu laki kan, dia ckp, 'eh, bukan ada sdh ka'...kin panas...
Betul ni memang ada orang macam ni. Kira orang tidak ada kerja lain lah tu. Buang masa saja.
Anyway, thanks k. Ya cuti beranak di sini 1 tahun, sudah tu government bayar 60% dari pendapatan sebelum cuti beranak :D. Best kan?.
Sis SJB,
wah..betul2 siok kan. Sdhlah happy dapat baby, cuti lagi 1 tahun...apa!!!! dpt lagi 60% dr pendapatan, gaovernment kasih....kalau gitu, mau packing baju sdh ni, mau pindah sdh kakak pg sana...hahahahhahaha. Tinggal bawah jambatan pun bawah jambatan la....kahkahkahkahkah....
take care n hugs..
Post a Comment